Dibuai Angan


















Bismillah..

Seorang pemuda yang biasa dengan penderitaan,ringan baginya untuk melalui tompokan lumpur.. - La Tahzan

Apakah yang cukup bagi seseorang yang kosong dari cinta Allah?
Apakah yang diperlukan oleh seseorang yang hatinya penuh dengan cinta Allah?

Alhamdulillah...syukur pada helaan nafas yang masih dikurnia Allah.
Susah ke hidup kita?
Mendenguskah kita ketika dihina?
Mencebikkah kita ketika dihidang makanan?
membara kah kita tatkala diperkecilkan?
Tinggikah kedudukan kita?

dengarkan khabar...
dari kehidupan Rasulullah SAW..
dari kehidupan para sahabat r.anhum..
dari kehidupan para salafussoleh..

kekurangan demi kekurangan dalam diri sendiri
terus terserlah...
Share/Bookmark

Siapakah
















Siapa diri
untuk menongkah langit
untuk mencapai bintang
untuk memeluk bumi??

Dari mana
datangnya kekuatan
datangnya keupayaan
datangnya kejayaan??

Sedar lah diri
datangmu cuma sementara
masamu amat berharga
destinasimu hampir tiba

Mengapa harus di sia-sia
pada batu-batu kecil
yang menghalang jalanmu?

Mengapa harus dikurung
dengan sangkar
yang membelenggu hatimu?

Mengapa harus dibiar
pada sungai
yang hanyutkan imanmu?

hancurkan batu-batu
yang menghalang..
teruskan hidupmu

bukakan sangkar
yang mengurungi..
terbang tinggi taqwamu

Renangi sungai
yang berarus..
selamatkan imanmu

kerana kamu
akan lebih mengenali
siapa kamu

merasakan
lazatnya dalam bercinta
bebasnya dari belenggu
dalam mengenali
Rabb, Tuhan mu yang Maha Agung.

kenali
siapa
diri mu, Pemilik mu


***********************************************



Share/Bookmark

~kehilangan~





















Petang tadi, ana kehilangan datuk ana yang ana sayangi.
Terbayang.. apakah perasaan Nabi SAW saat memangku jenazah anaknya,Ibrahim.
saatnya air mata menitis..saatnya hati menjadi pilu..

Namun inilah kehidupan.
Inilah dunia yang fana.
Inilah dunia yang sementara.
Inilah dunia yang sekadar tempat persinggahan.
Menjadi peringatan bagi mereka yang mahu berfikir.

Ya Allah, tempatkannya di golongan mereka yang soleh.
Ya Allah, Permudahkanlah baginya.
Ya Allah, ampunilah segala dosanya.

Ya Allah, jadikanlah aku lebih cekal dan tabah,
dalam menghadapi segala ujianmu.
dalam menjadi hamba Mu yang bertaqwa.

Amiin ya Rabbal a'lamin ya Allah.
Share/Bookmark

~ Sesaat ~

















Ya Ilahi Rabbi..
sejenak dalam kesedihan,
dalam linangan air mata,
Sesaat
daku terkesima..

akan anugerah Mu
yg tidak pernah putus

Ya Ilahi Rabbi..
betapa hikmahnya
setiap ujian Mu
mendorongku menjadi
lebih mengenal Mu

Ya Ilahi Rabbi..
ibadahku
hidupku
dan matiku
hanya untuk Mu

Ya Ilahi Rabbi
terima lah sembah sujud ku
dalam menuju
ribaan redha Mu


************************************


Share/Bookmark

Menghadap Mu




Engkau mendengar luahanku,
ketika ku sedih.

Engkau memberi rahmat-Mu,
ketika ku gembira.

Engkau kurniakan hidayah-Mu,
ketika ku lalai.

Engkau mengampuniku,
ketika ku sujud..
bertaubat pada-Mu.

Ya Allah...aku cinta pada-Mu

Kuatkan hati ini dengan cinta,
Jernihkan jiwa ini dengan kerinduan,
Zahirkan perbuatan ini dengan ketaatan,
Bentengkan nafsu ini pada ketakutan..
pada Mu, ya Ilahi.

Teguhkanlah iman ku,
Bimbinglah ilmu ku,
Mudahkan lah urusanku..
dalam menghadapi ujian-Mu,ya Allah.
Tiada daya upaya melainkan
dengan izin-Mu

Bukakanlah hijab yang menghalangi,
dalam mengenali..makrifah pada Mu, ya Allah.

Agar diri ini..
mencapai derajat taqwa,
cinta dari Mu..

Oleh Mu,diri mendengar..
Oleh Mu,diri melihat..
Oleh Mu,diri bicara..
Oleh Mu,diri marah..
Oleh Mu,diri melangkah..

Supaya wajah ini dapat menghadap..
Wajah redha Mu..
Tuhan bagi segala keindahan.
Segala puji bagi-Mu,ya Allah.

Harumkan lah cinta ini mewangi,
di sepanjang kehidupan fana ku.

Aku rindu..aku mengharap..
pertemuan dengan Mu,
..bersama dengan keredhaan Mu.


**************************************
Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.