Pembinaan Keluarga Bahagia

Salam..
Selalunya ana menconteng bila mahu mencapai sesuatu. Jalan-jalan kerja yang perlu ana selusuri. Berikut adalah salah satu intisari dalam buku conteng ana.

Bismillah.

 Niat - hanya kerana Allah SWT, ikut sirah Nabi SAW
- kebahagian dan kehampaan hanya datang dengan izin Nya
- membentuk peribadi keluarga bahagia yang mentaaati perintah Allah SWT.
 Peringkat-peringkat ;
a) Muhasabah/Kenali diri dan keluarga
- kenali sifat ahli keluarga; pemarah?degil?lembut hati?
- Selidiki mutu ibadah; Solah? Al Quran? Zikir? Sunat?
- Kaji hobi dan kesukaan untuk memujuk/ambil hati.

b) Bentuk Peribadi diri untuk membimbing
- tanamkan keyakinan yang tinggi sebagai seorang pendakwah.
- berakhlak baik dengan ibu bapa
- amalan agama yang istiqomah/penggunaan masa
- Jangan berputus asa.

c) Sediakan Perancangan
- buat jadual masa untuk kerja rumah/sekolah. (giliran memasak/membasuh dan masa belajar)
- Tetapkan masa untuk ta’alim,tazkiran dan muzakarah. (istiqomah)
- Biasakan dengan memperbanyak muzakarah sesama ahli.
- Bentuk suasana berjemaah. (solah,makan, keluar rumah)
- Bimbing ahli keluarga mencapai cita-citanya.
- Galakkan menabung dan belanja sekadarnya di hujung minggu/bulan/bersedekah.

d) Penguatkuasaan
- jadi seorang hakim yang adil
- tetapkan hukuman bagi pengabaian tugas (tahap degil)
- Tetapkan ganjaran buat beberapa ketika (yg umur kecik)
- Pastikan solah, tilawah dan kefahaman ilmu yang dipelajari sentiasa diperiksa.
- Laksanakan matlamat yang perlu dicapai.
- Amalkan sistem hukuman tegas (jgn sambilewa)

e) Lapangkan Masa Bersama
- luang masa untuk keluar makan angin/majlis ilmu
- berbelanja bersama (ajar berhemah/merancang perbelanjaan)
- makan bersama di luar

f) Perhatian
- Prihatin tarikh lahir setiap ahli family.
- Ganjaran capai matlamat (budak2 je)
- Tunaikan keinginan yang baik-baik je.

g) Muhasabah
- Lihat kesan dari pelaksanaan
- Lihat hubungan kekeluargaan.
- Lihat ‘tahap’ kesolehan anak-anak.
- Lihat kelemahan yang wujud, cari penyelesaian.
- Doa sungguh2, penyerahan diri yang total kepada Allah.

Alhamdulillah.


-------------------------

Manusia ni banyak ragamnye kan? Tapi begitulah dunia. Ana tidak mengharap dunia ini bersih dari orang-orang yang tidak menyenangkan kita. Pokok pangkal segalanya, Allah jua yang menilai baik buruk kita, hati kita.

Suatu hari pernah menegur seorang budak perempuan darjah 3. Sengaja sebab memang ana faham keadaan family mereka.
”Kama mengaji Quran sampai mana dah?”
”Dah lama Kama tak ngaji, lepas pakngah meninggal.” ana fhm arwah mmg sering azan di surau.
”Malam ni datang rumah na? Mak Njang blh ajar sembahyang dengan ngaji.”

Alhamdulillah, berlangsung beberapa minggu. Tengok mak pun senang hati nak ngajar anak orang.

Kelmarin, emak Kama, budak tersebut datang dengan bercekak pinggang sambil memulangkan Muqaddam. Ana tiada di rumah.
”Awat kak?”
”eh? Suri kata apa kat anak kak? bohsia?”
Mujur ana tiada di rumah,klu x,mungkin ana x thn dengar dia herdik mak begitu.
”Ya Allah kak..kata apa? Kalau kak tak percaya sekejap saya nak ambil air sembahyang,pegang Quran,sumpah saya tak kata apa.” (lazim bagi org dulu2..)
Mak ana kata Makcik tu lembut hati lepas dengar tu. Ya Allah,warisikanlah ketenangan mak ana pada ana...huhu

Lepas beberapa hari, baru lah tahu yang anak perempuan mereka yang berumur 14 tahun yang buat cerita. Entah apa motifnya. Budak si Kama pun dah tak datang lagi dah.

”Mak, mak terasa hati dak?”
”Nak terasa hati apa? Mmg mcm2 perangai orang,abang. Buat apa nak kisah.”
”Um..tkpelah. tak payah la abang nak pujuk mak..”
”Pujuk apa? Toksah nak mengarut..” hee...

**ahmad fikry : Jom sama-sama..kita doa. ”Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan mereka. Bagilah hidayah,petunjukMu untuk kami dan mereka. Kekalkan kami dalam jalanMu.. Ameen.” Ok..turun tangan.


--------------------


Dari awal bulan postpone ke tengah bulan.. alhamdulillah ada juga masa extra untuk pemantapan organisasi dalam keluarga. Uhuk...

Dalam pada tu, nak menulis sikit-sikit dengan apa yang bakal ditempuh nanti.

Ikhlas, terlalu banyak alasan,’lemah iman’ yang ana dengar. Dari teman-teman terdahulu mahupun yang baru. Ana gambarkan seolah-olah rintangan yang dihadapi mereka terlalu besar sehingga bersandar atas alasan ’lemah iman’. Betul ke lebai?

Ana;fikry, bukan sekadar bercakap. Kerana ana sendiri pernah menghadapi keadaan-keadaan yang dikatakan ”lemah iman”, ”tengah sejuk”. Selalu je minta kawan2 doakan. Tapi berbalik pula kepada usaha kita untuk menghangatkan kembali iman, mana pergi?

Kita abai tanggungjawab kita bila mengenal ’tempurung’ kerja,isteri,keluarga,atau suasana baru. Walhal ’tempurung’ ini dapat kita pecahkan menjadi sumber kekuatan kita. Mampu?

Akhi, terlupakah akhi ttg manisnya kesusahan dalam perjuangan. Mana akhi letak syukur dan kesedaran akhi saat melihat teman bimbingan akhi mendekati Allah. Mana saat mengalirnya air mata pertama akhi dalam merenung betapa kurangnya akhi bercerita tentang keagungan Allah, kehebatan ciptaan Nya. Mana kesedaran akhi sewaktu tertancapnya keazaman bahawa usaha dakwah adalah urat nadi akhi.

Akhi,kita lemah tapi bukan alasan untuk kita terus melemah..suburkan hati akhi. Akhi mampu melahirkan generasi bertaqwa dengan izin Allah. Orang yang membantu agama Allah tetap berjaya di akhirat.

Pernah sekali kita bersama melihat seorang abang yang masam mukanya, gelap dan garang, dan penuh tanggapan. Dia syak. Namun tetap meluahkan keinginan sanubarinya. Sudahnya kini,kita melihat wajahnya yang berseri dengan senyuman, berjubah dan ramah. Ciri-ciri seorang mukmin padanya. Akhi...alhamdulillah.

Akhi, Allah mampu jadikan burung dan pepohon berdakwah kepadaNya. Tapi mahukah akhi dipinggirkan?

Sahabat, fikry yang menulis sama akhlaknya dengan fikry yang bercakap di hadapan kalian. Jangan tersasar dalam menilai yang baik. Padan muke.hoho

**ahmad fikry ;Jom, mai nak papah. Nanti kot-kot ana tersadung akar rumput ujian, korang la pulak papah..lagi kes berat..hehe

------------------------
Share/Bookmark

Up,Up and Away...

Salam

Segala puji bagi Allah,yang Maha Kuasa atas segala setiap sesuatu.

Perasaan bersalah, insaf dan bertanggungjawab adalah cermin yang memantulkan cahaya iman. Bagaimana perasaan-perasaan ini dibawa oleh akal yang tersuluh iman. Ana insaf akan kedaifan kita,manusia dalam mengenal betapa kerdilnya hakikat diri sebagai hambaNya. Manusia boleh saja merancang untuk menjadi mukmin yang soleh dan berusaha mencapainya. Namun hanya dengan izin Allah, berlangsung pengaturan hidup mengikut cara yang dipilihNya. Tarbiyyah dalam menguji jiwa yang ikhlas atau dusta.

Ana melihat hikmahnya dalam ujian. Mengingatkan bagi yang leka, menghidupkan hati-hati yang lalai. Mewujudkan peningkatan iman dan kesedaran dari baja-baja ujian.

Sukar digambar dengan perkataan. Seakan seseorang yang lazim melakukan pekerjaan dengan baik, mengikut panduan. Namun bila dilanda ujian, wujud kesedaran pada sifat-sifat yang perlu dibina, tersingkap keindahan pengajaran yang tersembunyi dan peningkatan keyakinannya dalam menjadi lebih baik.

Menghidupkan hati-hati yang lalai?..adalah lebih baik seorang pendosa yang tinggi pengharapannya pada keampuan Allah dalam suasana maksiatnya, dari seorang yang tenggelam bersama amalan ibadahnya,namun hatinya mati dari mengharap dan merasakan keagungan Allah. Yang pasti, tiada segala sesuatu yang dapat melepasi Mahkamah Akhirat.

Wallahua’lam

--------------------

Jamadilawal || bulan Mei ini berangkatlah ana..walaupun tidak disangka-sangka dengan tawaran yang diterima, namun seperti yang dirasakan, ana harus pergi.

Tatkala melihat adik-adik yang bertelekung tersengguk-sengguk melayan rasa mengantuk dalam sesi bacaan kitab dan tazkirah subuh, wujud rasa kasih. Ya Allah, peliharalah keluargaku dari musibah, hindarkanlah mereka daripada goda maksiat, kurniakanlah mereka hidayah yang berterusan. Sungguh Engkau Maha Pengasih,ya Allah...ameen.

Mungkin saja mereka dah bosan dengar abang dia ni membebel pagi-pagi. Huhu..

”Haih..lepas ni, siapa yang tido masa abang bercakap, abang bagi duit sekolah sorang singgit je, pi dengan bas..tido la,tido..”
Mulalah saling mencuit-cuit menggerakkan yang lena. hehe..

Mula buat jadual untuk adik-adik untuk memudahkan mak abah memantau keadaan mereka. Jadikan rutin agar terbentuk sahsiah diri. Bukan dengan paksaan tapi kasih sayang. Apa gunanya kebebasan tanpa aturan yang jelas,umpama layang-layang putus tali.

--------------

Matlamat : hati yang suci,bersih dan ikhlas.

Rezeki,jodoh dan ajal ketentuan Allah. Berusahalah mendapatkannya mengikut jalan dan diringi sifat yang dikehendakiNya. Letakkan noktah padanya dari membiarkan kerisauan hati untuknya merobek-robek akhiratmu.

Allah tidak melihat lahir amalan dan rupa kamu, Allah melihat hati kamu.

Berlaku ikhlas. Jadikan iman sebagai kayu pengukur amalan yang dilakukan.

Apa gunanya jutaan kebaikan yang dipuji manusia sedangkan kosong pada pandangan Allah? Itulah pentingnya jiwa yang suci,bersih dan ikhlas.

Hati yang ikhlas mengalahkan..
Bisikan syaitan,
bisikan nafsu jahat,
bisikan ingin berdusta
bisikan pecah amanah
bisikan kuffur
bisikan hipokrit dan
jutaan bisikan yang terhadang oleh sekatan iman yang kukuh.

Hati yang ikhlas melahirkan..
Lazatnya ibadah
Damainya jiwa
Tulusnya kasih sayang
Dan jutaan perasaan keindahan jannah.

Hati yang ikhlas merasakan panasnya dosa,saljunya pahala.
Hati yang ikhlas menerangi yang gelap, memancarkan yang terang.
Hati yang ikhlas adalah hati yang mengenal Tuhannya.

**ahmad fikry - up,up and away

--------------------------------

Salam..

Alhamdulillah..Petang jumaat lalu, akhirnya dapat juga merehatkan urat-urat leher yang tegang di Gunung Jerai. Di atas kawasan gunung itu, ana sedut puas-puas udara nyaman nya. Menikmati pemandangan dari atas verandah chalet yang kami lawati.

Terasa sedikit agak ‘semput’ setelah berjalan beberapa ketika ke tempat yang diingini. Kebetulan terlihat couple yang sedang berbual.

”Hayat! Kita nak buat pemantauan dekat mana hari ini?” Nada ana kuat sambil mengeluarkan buku nota dari beg. (ana selalu bawa beg bimbit kecil)
”Ye? Kita buat dekat Zon satu la.” sahut hayat dengan nada yang kuat juga.

Kemudian couple itu beredar pergi.

Nyaman terasa. Sejuk mata air yang disediakan untuk berwudhu. Usai solah asar, kami berjalan ke lereng bukit melihat pemandangan. Keindahan ciptaan Allah dekat di hati.

Huhu..hayat ajak beriadah jogging di kawasan gunung setiap pagi jumaat yang akan datang. Insya Allah…(huhu)

**ahmad fikry semput
Share/Bookmark

Going Away?

Salam…










Berbicara lah dengan ibadah
Halusi keikhlasannya
Menggapai nikmat bercinta
Kepada Rabb mu

Berperilaku lah dengan akhlak
Halusi ketulusannya
Meraih nikmat bersaudara
Capai redhaNya

Berdamping lah dengan syariat
Membatasi kehidupan
Memetik nikmat kebahagiaan
Berteman kejayaan

Islam itu indah
Pada manusia yang menurutinya
Hingga kehendak Islam
Wujud pada kehendak hatinya.


-----------------------------


Semasa perjalanan pulang dengan motosikal, terlanggar seekor kucing.. Berusaha kempiskan perut agar beban atas kucing berkurang sb panik..(tak logiknya..huuu).

Kasihan kucing tu..tapi memang tak sempat nak buat apa. Tiba-tiba je keluar dari semak. Berhenti dan berpaling kepada si kucing. Cepat-cepat je dia lari semula masuk ke dalam semak. Ingatkan dah arwah. Terpandang juga langkahnya capik. Ya Allah. Tak sempat nak tengok pun cedera dia. Terus balik je sebab dah malam dgn jauh.

Kalau lah kucing itu bertuan..entah apa makian, cacian yang tuan dia cakap dkt ana.

Zaman sekolah dulu pernah terlanggar ayam, mati ayam tu. Berhenti ambil bangkai tanya kt kawan-kawan yang melepak kat situ siapa tuannya. Pergi la ke dapur tuannya.

Makcik, saya dah langgar ayam makcik. Tak sempat nak brek. Nak buat macam mana?”
Boleh pula makcik tu sengih kt ana. ”Hehe..bagi kt makcik pun makcik boleh buat apa? Pergi la buang ayam tu..hehe” Terus je ana bawa dan buang dkt semak.

Bukan apa, sebenarnya setiap tindakan kita ada balasannya. Kadang-kadang tu bimbang kalau-kalau sebab hal yang kita anggap remeh, hal tu menjadikan kita tersangkut kt padang mahsyar. Sebaiknya kita setel siap-siap dkt dunia ni. Tapi masa langgar ayam tu bukan fikir macam ni kot.. rasanya fikir takut-takut kalau makcik tu nak ganti rugi.

Berbalik pada kucing tadi, terfikir setiap makhluk ada tuannya, Allah SWT. Ya Allah, sembuhkanlah kucing itu. Bagus kucing ni, buatkan ana ingatkan Allah. Ayuh, doakannya bersama.(huu..)

--------------------------------------

Alhamdulillah, sakit pinggang ana selama ni dah tidak terasa lagi. Haih..mcm org tua pulak. Banyak juga hikmahnya dari sakit pinggang yang berbulan-bulan itu.

Cerita la kat ustaz sebab sakit pinggang, ustaz suruh perbanyakkan solah sunat. Kemudian dia lihat kedudukan ana dalam solah. Setiap sentimeter, gerakan dan kekuatan yang diperlukan dalam kedudukan solah diajarkan pada ana. Dalam kedudukan solah punyai titik-titik refleksologi yang tertentu. Yang boleh betulkan tulang belakang pun ada. Hikmahnya, ana dapat ilmu sikit-sikit.

Hikmah yang kedua,sebab jadi peringatan buat ana. Bukannya ana tak bersolah sunat, tapi akhir-akhir ni jarang sgt nak ’perbanyak’. Yang ana lazim buat,solah sunat taubat,hajat sebelum tidur dan tahajud sempat-sempat nak masuk subuh je. Sunat rawatib pun kadang-kadang diabaikan. Astaghfirullah. Mulalah muhasabah yang solah itu bukan satu kelaziman, tapi suatu bentuk pernyataan mentaati perintah mengagungkan Allah, apa yang wajib bagi hambaNya dan bagi ana,pernyataan cinta dan jalan ikhlas. Takkanlah bila nak datang semangat baru nak buat. Sedangkan sebaik-baik pekerjaan adalah yang istiqomah.

Alhamdulillah, dah tak sakit2 pinggang lagi. Syukran ya ustaz, Syukran ya ’sakit pinggang’.

------------------------------

Sahabat ana SMS,”bagaimana nak bentuk sifat?”

Haih..macamana nak bagi jawapan sendiri. Ingat-ingat lupa je kaedahnya. Tambah pula ana ni tak pandai sangat nak susun ayat. Kadang-kadang cemburu dengan sahabat yang pandai susun ayat seperti seorang kaunseling yang pro.

Zaman sekolah menengah dulu, pada waktu petang, jd rutin ana pergi membersihkan kandang lembu tokwan. Tokwan minta tolong ana sebab dah tak larat. Selalu lah petang-petang tu ana sorang-sorang gi bersih kandang. Tokwan biasanya akan tinggalkan unggun api bersama kayu api. Ana akan gunakan cangkul dan membuang habis najis lembu tu ke unggun api. Esok pagi, tok akan himpun abu-abu kasar tu buat baja untuk tanamannya.

Teringat pula dulu selalu malu bila tok nak kasi upah. Masuk kunci pintu bilik sebab takmau ambik upah. Tok pula hulur je duit bawah pintu. Ambil juga duit tu..hehe. Buat beli buku dragon ball.huhu

Punyai akhlak yang mulia adalah satu aset yang tidak ternilai harganya. Peribadi Rasulullah SAW dihiasi oleh akhlak yang mulia, akhlak al Quran. Berbagai-bagai rumusan yang disediakan oleh para hukamak untuk memperoleh sifat mulia. Doa-doa yang diajar Rasulullah untuk mencapai kebagusan akhlak.

Kebanyakan para nabi itu menjadi pengembala kambing. Bila ana teliti, memang agak sukar juga menjaga kambing. Dari situ mungkin wujud pentarbiyahan Allah kepada para nabi untuk punyai sifat.

Dan juga kisah yang sahabat ana ceritakan, tentang wali Allah yang pernah membanting tong-tong najis dengan najis yang berlumuran menitik di tubuhnya. Masih ana ingat saat sahabat itu bercerita dengan bersungguh-sunguh, wali Allah itu berkata,”Aku nak buang sifat sombong aku...”

Pendapat ana, sifat mulia itu wujud bersama kerendahan hati dan kesabaran. Jangan segan menyingsing tangan membersihkan tandas, menyumbang tenaga untuk kerja-kerja amal dan meletihkan diri pada khidmat.

Orang yang kuat bukanlah yang mampu menahan air terjun dari mengalir, tetapi orang yang dapat mengawal kemarahannya.

---------------------------

Sejak akhir-akhir ini sering menghabiskan masa bersama keluarga, mengajar adik-adik. Membawa pergi makan angin. Lebih banyak berbual, beramah. Bila ada kesempatan tu, suka belajar memasak dengan mak. Dah warisi buat char koey teow yang sedap.

Mula meyusun jadual agar adik-adik dapat mengikuti kelak. Bagi tazkirah yang melebihkan kepada penjagaan syariat dalam diri adik-adik. Sembang dan bual dengan mak abah macam mana nak pantau adik-adik ikut jadual, jaga perilaku dan bertegas pada adik-adik ikut panduan.

Membebel dalam blog pun iya juga.huhu

Allah..terasa macam diri akan pergi dari suasana ini. Berpindah mungkin. Tapi tidak wujud dalam perancangan. Wallahua’alam

**ahmad fikry bersyukur.
Share/Bookmark

Nawaitu

Salam..
Teringat saat waktunya tokwan meninggal. Masa itu ana bersama dengan bos, cik norlida di Kepala Batas. Cik Norlida sendiri menyatakan ana agak berlainan dari biasa. Mungkin saja naluri ana. Saat mendapat panggilan daripada adik, ana terpegun,kelu sementara. Cepat-cepat ana minta izin pulang untuk bersama menguruskan jenazah tokwan. Cik Norlida sepantasnya menghantar ana ke pejabat di Sungai Petani dan terus ana pulang ke rumah dengan kenderaan ana dari sana.
Setibanya di rumah, ana tatap wajah lembut tokwan. Ana cium dan duduk di sisinya. Membacakan Yaasin dengan doa moga dimudahkan urusannya disana dan moga ditabahkan hati-hati menerima pemergiannya. Ya Allah, tempatkanlah dirinya di dalam golongan mereka yang soleh.

Baru-baru ini, terasa perasaan naluri yang sama. Sempat ana msj pada seorang sahabat mengatakan terasa seperti ada kematian seseorang pada hari itu. Wallahu’alam. Kemudian, berita kematian Ustaz Fauzi Naim agak terlewat sampai kepada ana. Hilangnya seorang pengajar dan pendakwah yang mukhlis. Moga Allah merahmatinya.
Sesungguhnya dalam hal kematian itu terkandung hikmah pengajaran bagi yang masih hidup. Acapkali ana insaf dengan kedaifan diri.

Ketika para muhibbin,pecinta Allah telah menuju ke kemuncak kenikmatan....dimanakah ana?

Seakan menjadi satu dorongan pada ana. Andainya kemuncak nikmat mencintai Allah yang ana damba, sungguh...tiada rehat lagi bagi ahmad fikry.

---------------------------------------------------------------------------------

Salam…
Nampaknya ekspo yang berlangsung sebelum ini agak tidak mendapat sambutan. Memang tak ramai orang. Mulalah peniaga-peniaga menyalahkan penganjur dan enggan membayar sewa tapak. Bagi ana, pengalaman tetap ditimba. Namun, seperti di mana-mana program, budaya ’hedonisme’ tetap saja mendapat keutamaan. Telinga ana bingit mendengarkan lagu-lagu karaoke dan gelak tawa pesertanya.
Ana didedahkan dengan suatu produk MLM dari amerika yang masih baru bertapak di Malaysia. Ana diberi info formula-formula, testimonial dan peluang kekayaan. Seperti biasa, ana sememangnya suka mendengar dan meneliti.
Dalam tempoh yang singkat, ana dijanjikan peluang untuk menjadi kaya, didedahkan dengan rahsia kekayaan dan teknik-teknik. ”Hanya dengan pandai bercakap, abang boleh untung hampir 500 rgt untuk 24 botol produk ini.” Tambahan kata-katanya yang paling menyentuh kulit hati ana ialah,”Abang buat kerja bisnes ini pun sebab nak kaya kan?”
Ana biarkan dulu dia dengan fikirannya. Konsep ”MLM”nya, kekayaan dambaannya, bicara hebatnya, peng’agung’an produknya dan perlekehannya pada produk muslim. Ana tinggalkan jauh-jauh sebentar.
Ana selami hati ana. Adakah itu yang ana dambakan? ..kekayaan.. perasaan ana mudah tercuit andainya terdapat persoalan yang menggugah awal niat ana. Ana perlu muhasabah.
Ana tidak tahu berniaga. Pernah ikut kawan menyertai satu program MLM namun gagal. Ana sekadar melaburkan modal yang dituntut kawan ana.

Mengapa ana mula berniaga kini?...untuk kaya?
Sebelum ini, secara tidak sengaja ana memasuki kursus yang diminta oleh bapa saudara ana. Di dalamnya, ana didedahkan oleh ancaman-ancaman bahan haram dan syubhah dalam produk kegunaan seharian kita, umat Islam. Ana insaf dengan ketidakprihatin’an ana selama ini dalam pemakaian produk seharian. Ana didedahkan dengan fakta-fakta, bukti-bukti dan logic yang tidak dapat disangkal. Ana insaf.
Kehidupan islami itu tidak hanya pada ibadah, malah mencakupi segenap aspek kehidupan kita termasuklah pemakaian produk dan pemakanan kita. Ana jelas akan usaha dan muslihat musuh Islam untuk merosakkan akhidah umat Islam dari semua segi.
Ana didedahkan dengan cara berniaga dan berdakwah. Tugas ana adalah membawa produk halal ke pangkuan umat Islam. Jaminan system perniagaan yang dipantau barisan ahli panel syariah. (pelancaran MLM Syariah pertama pada 9 mac lepas)

Lantas, kenapa ana berniaga?..untuk kaya?
Ana mengimpikan kehidupan islami yang sempurna untuk ahli family ana. Andainya izin Allah untuk ana berumahtangga, ana mahukan yang terbaik untuk mereka, didikan tarbiyyah, makanan dan produk yang jelas halal, bersih lagi baik. Ana mulakan dengan family ana sedia ada.
Ana sendiri tidak menyangka diri ana telah terlibat dalam perniagaan. Terus-terang, jika diturut nafsu, ana lebih senang dalam keadaan zon selesa sekiranya makan gaji. Tetapi ana telah mencintai perjuangan ini. Mengapa?
Ana ingin sampaikan kepada orang ramai akan apa yang ana tahu. Ana mahukan setiap orang punya impian untuk bina family yang sempurna kehidupan islami nya dan kewaspadaan terhadap sebarang unsur yang merosakkan akar akhidah kita tanpa sedar. Ana rela berpenat lelah, menghabiskan harta dan tenaga.
Keberkatan, keredhaan Allah..itu dambaan ana. Ana rela fakir dari kekayaan yang syubhah, kemuliaan yang sementara dan pada hebatnya bicara pada perkara dusta.
Ana bersyukur pada nilai rezeki yang dikurnia, pada kemuliaan yang tiada akhirnya,pada bicara yang haq. Biarpun sekelumit cuma, namun tiada taranya kebahagiaan bagi ana jika itu yang diberkati, diredhai Allah.

Pencarian ana adalah keredhaan Nya ..........alhamdulillah.
Share/Bookmark

Nikmat wal nikmat

Salam

Nikmat lapang sebelum sibuk.
Rebutlah manfaat kebaikan yang ada dengan kesempatan dari masa. Janganlah menjadi sebagai seorang tua yang sentiasa menyesal dengan diri sendiri akibat tidak menghargai masa. Kenalilah diri anda dan bongkarkanlah potensi anda.

Kalau anda tidak pandai berbicara, menulislah.
Kalau anda tidak pandai kitab, belajarlah.
Begitu banyak ruang yang wujud untuk kita memperbaiki diri.
Paling penting,setiap orang layak dan mampu berjaya sebagai hambaNya.
Relevan kah alasan untuk memberikan alasan mengapa kita tidak dapat menjadi hamba Allah yang beriman dengan kesempatan masa yang ada?

Jadikan masa teman mu
Kasih akan nya
Peduli padanya
Hargai kesempatan dengannya

Kerna masa
Wujud sebagai teman mu yang terbaik

**ahmad fikry ligan masa

------------------------------------------------------------

Masalah stress kian meningkat di zaman globalisasi ini. Mengapa dan bagaimana datangnya stress dan penyelesaiannya? Ini yang ingin kita dibincangkan.

Kebanyakan antara kita tidak menyedari diri telah stress. Tanyakan kepada ahli keluarga atau teman terdekat anda sama ada wujud tanda-tanda stress dalam diri anda. Hehe..seronok rasanya contoh yang diberikan oleh Cikgu Nazri. ”Pernah tak kalau anak-anak datang untuk bermanja dengan kita pada waktu kita berehat dan terkasar sedikit. ”Isy, aku tampaq budak ni satgi!!” ..Anda stress. (contoh laa..)

Biasanya stress mulai wujud dalam diri anda apabila bunga-bunga tekanan dalam hidup anda mulai mengembang. Kesibukan, Kehinaan, Kekayaan atau kemiskinan, banyak faktor yang boleh mengundang stress. Soalnya adakah anda stress?

Bagaimana untuk menghancurkan stress? Bersama kongsi caranya.

Bagi ana, ana biasakan mengambil wudhu saat ana merasakan diri ada bunga-bunga kemarahan.(muka,telinga jadi merah..hehe) Solah sunat andai wujudnya kesempatan, dan doa sebagai satu kemestian,”Ya Allah..cekalkan hatiku.”

Atau pada hari moody sikit, ana suka bertilawah atau berbual. Kalau lah memang bad mood sangat, akan terzahir sikap diam ana. (memang takkan cakap sepatah... pendiam+diam=bisu?)

Biasa sangat melepaskan geram kepada bayi, kanak-kanak. Peluk dan gomol habis-habisan. Geletek dan kemam telinga. Sampai puas dan agak-agak tidak merimaskan si budak tu. Rasanya semua sepupu yang kecil punya pengalaman bergusti dengan ana..huhu

Lapangkan masa untuk tidurkan Adham. Pasangkan al Quran dalam handphone. Jarakkan handphone. Dodoi sampai lena. Rasa nikmat berkasih sayang. Ana sendiri akan baring mendengarkan al Qur’an di handphone dan menutupnya saat hampir terlena. (jenis tidak boleh tidur saat mendengar)


Berbual, mengusik dan bergurau dengan mak. Tapi rasanya mak faham hari ’bisu’ ana. Kasih ibu rasanya, diteruskan berbual walaupun anaknya ni diam je.

Bagi ana, ubat paling mujarab untuk stress adalah menjadi penyayang(yg ganaz dan sadis..huu). Semua orang punya cara sendiri. Selamat melegakan stress.

**ahmad fikry sangat berterima kasih kepada hayat dan seorang sahabat pena yang sentiasa menjadi mangsa tumbukan. Syukran. Dush2!
------------------------------------------------------------

Hurm..terbantut minat ana dalam menulis. Rasanya perlu buat rutin ambil masa stengah jam/satu jam sebelum tidur untuk menulis.. hm...(nk tidur jugak laa..)

Masih lagi dengan kegilaan download dan membaca ebook. Salah satu sumber menambahkan ilmu.

Buat promosi dalam ekspo terbaru dengan download ebook percuma. Senarainya ;

Judul
 100 hadith palsu
 Apa ertinya menganut Islam – Fathi Yakan
 Awlawiyat – Dr. Yusuf al Qardawi
 Generasi Qur’ani – Sayyid Quthb
 Petunjuk sepanjang jalan –Syed Qutb
 Bagaimana menyeru kepada Islam –Fathi Yakan
 Bagaimana menyentuh hati – Abbas As-Siisi
 Jalan Dakwah - Al Ustadz Mustafa Masyhur
 Syarah Hadith 40 – Imam An Nawawi
 Dakwah Fardiah – Mustafa Mayhur
 Asas-asas Islam - Abu’l A’la Al-Maududi
 Halal dan Haram dalam Islam – Dr Yusuf al Qardawi
 Al Hikam – Ibnu A’ttaiyah

Biodata
 Salahudin al Ayubbi
 Abdurrahman bin Auf
 Biodata Wali Songo

English
 Answer to non Muslim about Islam – Dr Zakir Abdul Karim Naik
 Purdah and the status of women in Islam -Sayyid Abul A’la Maududi
 Effective Dakwah Tips For Muslim Student – The University of Nottingham

Lain-lain
 Pengurusan Masa
 Islam dan Teknik Industri
 Petua Murah Rezeki
 Terapi Bekam
 9 sebab gagal kaya
 Asas Komputer

Anda mahukan antara ebook-ebook ini? berikan email anda. fiq_fikry@yahoo.com

**Ahmad fikry tauke free ebook

-------------------------------------------------

Salam..

Usah berdusta lagi
Kenapa?

Apa gunanya berdusta?
Saat-saat perlakuan diri
Bakal ditonton di Mahsyar nanti.

Apa gunanya berdusta?
Saat-saat anggota tubuh
Berbicara tentang kebenarannya.

Apa guna berdusta?
Saat Tuhan yang Maha Mengetahui
Melihat dan Mendengar
Hatta bisikan di lubuk hati yang paling dalam

Berhenti berdusta
Dan berlaku jujur lah.

**ahmad fikry ; kebenaran pasti terungkap.

Share/Bookmark

~hilang~

Salam..


Hurm...makin terbatas masa untuk menulis..hhuhu

makin bertambah pula cerpen2 yang tak lengkap..

Alhamdulillah..
Doakan hidayah yang berterusan.
Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.