Hamba yang Taat

Salam…

Hati yang makrifah kepada Allah S.W.T.

Setelah tamat kuliah tasawuf oleh Ustaz Yahya. Ana merenung kembali kata-katanya yang dipetik dari kitab ajarannya. Menceritakan perihal jalan ibadah yang sangat sedikit ditempuh oleh orang kebanyakan. Dan dalam golongan yang sedikit itu, jarang-jarang yang dapat istiqomah dan ikhlas dalam jalan yang ditempuhinya. Dan dalam golongan yang sedikit dan jarang-jarang yang istiqomah itu, sangat sedikit yang usahanya berjaya menghampirkan dirinya kepada Allah. Suatu muhasabah untuk ana.

Seharusnya kita muhasabah kembali jalan hidup yang ditempuhi oleh kita. Adakah usaha yang kita lakukan telah MENDEKATKAN diri kita kepada Allah? Atau sekadar di tahap lama? Atau tiada perubahan? Alangkah ruginya sisa hidup yang telah diusahakan tidak menunjukkan hasil tercapainya maksud tujuan.

Ustaz Yahya menyuruh kita merenung, apakah jalan hidup yang ditempuh oleh kita membawa ketaatan kepada Allah? Engineer, pekebun, peniaga, imam, siak dan pelajar yang taat kepada Allah S.W.T. Jika tidak, muhasabah kembali apakah sebabnya kita kita dapat menuju kepada ketaatan kepada Allah dan makrifah kepadaNya. Dan kembali menyusun jalan yang dapat meningkatkan ketaatan kita,taqwa kepada Allah.

Dalam kuliah itu ana cuba simpulkan, andai seorang ustaz atau imam, yang sentiasa berada dalam keadaan ibadah, suasana iman, namun tidak ada manfaatnya jika hati tidak hampir kepada Allah. Maksud ana, kita harus muhasabah kembali apakah punca-punca yang membutakan hati kita dari melihat cahaya makrifatullah. Lalu kita islah dan mengambil jalan yang terbaik dalam kehidupan kita. Seorang yang berstatus imam..tapi sebagai seorang imam yang hampir dengan Allah. Seorang yang berstatus doktor..tetapi sebagai seorang doktor yang hampir dengan Allah. Seorang yang berstatus petani..tetapi sebagai petani yang hampir dengan Allah. Inilah maksud perubahan yang perlu dilakukan dalam jalan kehidupan yang ditempuhi kita.

Kenali hijab-hijab yang menutup hati kita dari maju menghampirkan diri kepada Allah. Kelaziman bagi kita untuk menuruti nafsu pada perkara-perkara yang tidak bermanfaat bagi kita. Seharusnya dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan,kita muhasabah sama ada pekerjaan itu disukai Allah atau tidak? Tinggalkan pekerjaan itu sekiranya hati kita terdetik bahawa itu tidak disukai Allah walaupun nafsu sangat mahukannya. Dan sesungguhnya, dengan mengingati Allah,hati menjadi tenang.

Paling penting adalah doa..menyerah diri kepada Allah. Kita adalah manusia yang lemah. Pohon kekuatan dan pertolongan dari Allah untuk menghadapi segala rintangan dalam mendekatkan diri kepada-Nya. Sentiasa waspada akan hasutan syaitan. Andai sekiranya Adam a.s yang dikurniakan sekelian ilmu kepadanya telah dikeluarkan dari syurga akibat termakan hasutan syaitan, apatah lagi kita. Muhasabah dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan supaya tiada ruang dan peluang untuk syaitan menyusup masuk memperdayakan kita. Doa dan harap pada Allah; Tuhan sekalian alam;Pencipta bagi segala makhluk; Rabb yang Maha Perkasa.

Dalam perjalanan pulang, ana cuba gambarkan maksud kebahagiaan. Mungkin saja kebahagian itu adalah kemanisan,kelazatan,keindahan berdampingan dengan Allah S.W.T, yang wujud setelah berterusan menekan nafsu dan perasaan untuk mentaati perintah Nya, menghadapi segala ujian dan cabaran.

Ya Allah, ampuni dosa kami dan bukakan hijab kelemahan kami yang menghalangi hati kami untuk dekat padaMu. Ameen.

**ahmad fikry ; berusaha menjadi ahmad fikry yang hampir dengan Allah.

------------------------------------


Dulu, suka sangat mendesak sahabat-sahabat bercerita. Lazimnya pada waktu malam di bilik-bilik hostel, ataupun pada waktu lapang di surau.

Syafie dengan kisah-kisah sahabat r.anhum dan mujahadah yang dihadapi oleh mereka.
Nizam dengan kisah kebahagiaan di syurga dan nikmat-nikmatnya.
Zubir dengan kisah kedahsyatan azab neraka dan kisah akhirat.
Rasyidin dengan nada lanjut,bersahaja dan lucu dan terkadang keras menekan bahagian-bahagian tertentu.
Lukman dengan kisah-kisah renungan dan selalu bandingkan, muhasabah pada dirinya.
Hafiz Taib dengan kisah-kisah yang bersemangat, tetapi pendek sangat cakapnya..hehe.
Hafiz Aziz dengan gaya yang sengaja dibuat-buat menjadikan ana tertarik untuk menokok tambah kisahnya..
Hafiz yang selalu melarikan diri dan mengelak dari menjadi mangsa.

Ya Allah, ana rindukan kalian. Saat berbaring di sisi kalian mendengar kisah-kisah kalian. Saat meminta kalian duduk bercerita kepada ana. Saat suatu perasaan berkembang indah mengatakan, ”inilah sahabat akhiratku”


**ahmad fikry ; kurang teman sebaya di sini. Bolehlah juga setakat nak manja-manja dengan sahabat yang tua pun..huhu
Share/Bookmark

Mesyuarat,Istikharah,Tawakkal























Salam.

Tidak rugi orang yang bermesyuarat, tidak menyesal orang yang beristikharah.

Setelah bermesyuarat dengan teman-teman dan family, akhirnya ana berkeputusan untuk fokus pada bidang perniagaan penawar madu dan habbahtus sawda dan keperluan barangan harian halal. Extra nak buat takaful ikhlas dgn medical card. Minyak zaitun dan cuka kurma. Kismis. Bekam dan kursus bekam. Khidmat pemeriksaan kesihatan percuma rumah ke rumah.

Alhamdulillah, walaupun cuma sebuah ruang kedai yang kecil, kami mula mengamalkan sistem mesyuarat setiap pagi untuk menyelaras tugas harian. hm...esok kena tugas housekeeping.

Permulaan berniaga memang memerlukan pengorbanan. Dengan dorongan teman-teman, insya Allah ana akan istiqomah. Lagipula, alhamdulillah timbul minat dalam bidang rawatan dan khidmat masyarakat ni. Kena amik jurusan kedoktoran ni dulu-dulu..huhu

Bila lihat pesakit yang kita rawat sembuh satu persatu, rasa syukur amat2. Seakan kita pula yang lebih gembira dari si pesakit..huhu. Sujud syukur pada Allah azzawajalla. Dengan kasih sayang-Nya yang telah Allah zahirkan kepada kita semua.

Syukur...syukur..syukur..

Allah Maha Penyembuh. Yang menyembuhkan segala sesuatu hanyalah Allah SWT. Tiada kuasa menyembuh segala perubatan dan penawar tanpa izin dari Allah.

Alhamdulillah.
Share/Bookmark

Jalan Hidup Mencapai Taqwa

Salam..

Tulisan ana menyentuh hal ini adalah dipetik daripada sebuah buku yang ana beli sejak di bangku sekolah rendah bertajuk ”Bagaimana menjadi Insan Bertaqwa.”. Ana kupas sedikit isi-isi nya untuk manfaat bersama.

Ana, kita semua sering mencari-cari formula kebahagiaan dalam kehidupan dunia yang sementara dan berkekalan hingga akhirat yang selamanya. Apa yang akan ana kupaskan nanti adalah antara jalan hidup untuk mencapai kebahagiaan itu bagi diri individu. Semoga ana,kita semua dapat membentuk jalan hidup ini dan setiap sifat-sifat yang yang dituntut wujud dalam diri kita semua. Insya Allah.

Semoga kita dapat beramal dengan ilmu yang dipelajari. Sebab tiada gunanya pada ilmu yang tidak diamalkan, walau betapa hebat ilmu yang dipelajari. Beramal lah ilmu itu dalam diri, moga nur cahayanya terpancar dalam kehidupan kita.

--------------------

Taqwa adalah wasiat Allah yang paling utama, maka kita sebagai kaum muslimin hendaklah selalu mengabdikan diri untuk mencapai darjat ketaqwaan kepada-Nya demi kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Menurut sebahagian ulama, ada beberapa langkah penting bagi setiap Muslim menjadi orang yang bertaqwa.

1. Mengingati Allah (zikrullah)

Allah S.W.T sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang beriman untuk mencapai ketenangan hati dan jiwa dengan mengingatinya. Allah S.W.T berfirman, mafhumnya ;” Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan menginagti Allah. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, maka hati merasai tenang.” (Ar- Ra’ad : 28)

Ketenteraman hati adalah asal utama kesihatan rohani dan jasmani seseorang. Mengingati Allah merupakan jalan yang baik bagi mengubat atau merawat hati dan jiwa manusia. Mengingati Allah atau zikrullah adalah dengan bertafakkur merenung kekuasaan Allah S.W.T, akan dapat membersihkan hati dan menambahkan keyakinan akan kebesaran dan ketinggian-Nya sehingga menumbuhkan sifat taqwa.

Mengingati Allah mempunyai dua pengertian;
a. Ingat, patuh dan ikhlas kepada Allah dan melaksanakan segala perintah-Nya.
b. Menyebut nama Allah dengan memuji, mengagungkan dan mensucikan Allah dengan segala sifat kebesaran, ketinggian dan kesempurnaaan-Nya
Mafhum firman-Nya;
”Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi sambil berkata : Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari azab siksa.” (Ali Imran)

”Ingatlah Tuhanmu dalam hatimu serta merendahkan diri dan takut dan bukan dengan suara yang keras, waktu pagi dan petang dan janganlah engkau termasuk ornag-orang yang lalai.” (Al- A’raf : 205)

Ingat atau zikir kepada Allah S.W.T adalah penting kerana dapat mendidik peribadi Muslim di mana segala sesuatu yang terjadi adalah atas kehendak Allah. Mengingati Allah memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia di mana dengan zikir, manusia akan mengenal Tuhannya mengenai diri sendiri dan kelemahan kita. Dengan mengingati Allah akan lahir suatu keyakinan bahawa ketaatan yang diperbuatnya adalah merupakan kurnia Allah dan dengan taufik-Nya. Dengan demikian terhindarlah dari sifat ujub, bangga diri dan sebagainya.

Kalau manusia berada dalam keadaan maksiat, maka dengan mengingati Allah akan dapat membangkitkan kesedarannya untuk menjadi manusia mencintai Allah. Dengan demikian timbul keinsafan bahawa maksiat merupakan dinding yang membentengi antara dirinya dengan Allah S.W.T dan maksiat itu akan menjerumuskan ke jurang kebinasaan. Jika manusia dalam keadaan memperoleh nikmat, baik berupa harta benda, pangkat atau kedudukan serta kemewahan-kemewahan lainnya, dengan mengingati Allah akan menimbulkan keinginan untuk mensyukuri nikmat tersebut.

Di samping itu jika manusia mengalamai penderitaan, dengan mengingati Allah timbullah keyakinan bahawa penderitaan pada hakikatnya merupakan cubaan atau ujian ke atasnya yang dihadapi dengan penuh kesabaran, Allah akan memberi pahala yang berlipat ganda dan menghindarkan dirinya dari cubaan atau ujian.

Menurut Al-Faqih Abu Laith Al-Samarqandi; berzikir atau menginati Allah adalah amal ibadah yang paling unggul kerana setiap ibadah ditentukan kadar dan waktu, bahkan kadangkala dilarang tidak menepati waktunya atau melebihi ketentuannya, tetapi berzikir kepada Allah tiada ketentuan batas waktu dan banyak jumlahnya.

Berkata Ibnu Abbas r.a. ; Janganlah lepas-lepas dari berzikir itu, baik di waktu malam dan siang, di daratan atau lautan, di saat meninggalkan rumah atau di rumah, dalam keadaan kaya ataui miskin, waktu badan sihat atau sakit dan dalam keadaan sunyi atau orang ramai.

Kelebihan Mengingati Allah.
a. Dapat mententeramkan hati dan jiwa. Mafhum firman Allah;
”Dengan berzikir kepada Allah, hati menjadi tenteram. (Ar- Ra’ad :28)
Sabda Rasulullah s.a.w ; ”Mengingati Allah itu menjadi ubat hati.” (H.R Ad-Dailami dari Anas)

b. Allah S.W.T akan mengingatinya.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith qudsi ;” Allah Azzawajalla berfirman ; Aku sentiasa berserta hamba-Ku selama ia tetap berzikir kepada-Ku dan selama kedua-dua bibirnya, tetap bergerak untuk ingat kepada-Ku.”
(Hadith Qudsi riwayat Hakim dan Ibnu Hibban)

c. Dapat masuk syurga di akhirat
Rasulullah s.a.w. bersabda; ”Barangsiapa ingin berdiam di taman-taman syurga, maka hendaklah memperbanyakkan berzikir kepada Allah Azzawajalla.” (H.R. Tabrani)

d. Dapat meningkatkan ketaatan kepada Allah
e. Terpelihara dari melakukan perkara maksiat
f. Memperoleh taufik dan hidayat Allah
g. Dilindungi Allah dari gangguan syaitan
h. Memperoleh rahmat dari Allah

Secara kesimpulannya, haruslah difahami bahawa bagi orang beriman dan beramal soleh serta selalu mengingati Allah, maka dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat akan memperoleh ketenangan dan kesejahteraan.

Menurut Al- Faqih Abu Laith Samarqandi bahawa syarat untuk mencapai taraf taqwa adalah dengan melaksanakan tujuh perkara penting iaitu;
a. Lisannya tidak pernah berdusta, mengumpat dan bicara yang sia-sia, melainkan hanya untuk berzikir kepada Allah, membaca Al- Qur’an dan belajar ilmu agama.
b. Perut tidak pernah makan dan minum, kecualiyang halal dan secukupnya dab tidak berlebihan.
c. Matanya tidak pernah melihat, kecuali yang dihalalkan dan menundukkan pandangannya bahkan menjadi peringatan bagi dirinya.
d. Tangannya tidak pernah berbuat sia-sia, kecuali untuk taat kepada Allah semata-mata.
e. Kakinya terpelihara daripada perbuatan maksiat
f. Hatinya penuh kasih sayang terhadap sesama Muslim, tidak bangga diri dan hasad dengki.
g. Ibadahnya dilandasi dengan penuh keikhlasan dan jauh dari riya’ dan nifa’.

** Insya Allah, ana akan sambung pada post akan datang. Topik; ”Mengerjakan Solah sunat”


Share/Bookmark

Amal -> Istiqomah -> Ikhlas

Salam..

Kejaya sebagai seorang doctor/ perawat adalah suatu kerja yang mulia. Dari kerjaya tersebut, banyak manfaat yang dapat diperoleh manusia. Tambahan pula dapat membetulkan keyakinan dan mendorong pesakit. Alhamdulillah. Ish..ish..jeles kat doctor.

Ana turut sama ikut menjadi doctor celup. Sengaja mengikuti seorang rakan, Abd Rashid dengan membawa peralatan pemeriksaan kesihatan dan produk berasaskan madu dan habbatussawda. Pada suatu hari, kami melawat rumah seorang pesakit yang menderita sakit lumpuh selama setahun komplikasi daripada darah tinggi.

Dalam rumah tersebut, banyaklah para tetamu yang bersedia untuk diperiksa. Kami memulakan selepas Zuhur. Rashid memulakan pemeriksaan dengan mengesan bacaan daripada sebuah mesin elektro accupuntur yang bernilai RM10 ribu.

Ana berbual dengan Mak Cik Roziah sambil mengurut-ngurut tangan Pak Cik Ismail. Kata Mak Cik Roziah, setelah mengamalkan produk madu dan habbatussawda berlandaskan formula kitab tibbun nabawi, suaminya sudah mula mengecam orang sekeliling dan bercakap. Ana lihat wajahnya juga mula berseri berbanding waktu lawatan yang pertama. Sesekali ana lihat Pak Cik Ismail menangis apabila Mak Cik Roziah menceritakan kisah anak-anak yang duduk berjauhan dengan mereka. Rindu rasanya.

Detik yang ana ingat adalah saat ana bergurau dengan Pak Cik Ismail mengatakan wajahnya sudah berseri-seri dan mungkin akan bangun berlari selepas ini, dia terbahak senyum. Huhu...indah sangat.

Alhamdulillah, ana dalam usaha mengumpulkan testimoni daripada pelbagai pesakit yang menunjukkan tanda-tanda penyembuhan. Malahan ana sendiri bersyukur setelah sekian banyak pesakit yang sembuh melalui rawatan yang disediakan. Alhamdulillah, dengan keberkatan madu dan habbahtussawda yang dijanjikan Allah di dalam Al Qur’an dan Hadith.

Sesungguhnya, kesihatan yang baik itu adalah mahkota pada orang yang sihat, yang hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit. Kurniaan Allah yang tidak ternilai.

-------------------------------

Berdampingan dengan orang miskin dan susah akan memupuk sifat kerendahan hati dan qana’ah (mencukupi). Dengan sendiri kita akan merasai, mendalami perasaan mereka dan membandingkan keadaan mereka dengan kita. Menjadikan kita lebih bersyukur akan apa yang telah kita miliki.

Andainya, hari-hari kita berlalu dengan makanan yang serba lengkap hidangannya.. bagaimana jika satu hari kita dihadapkan dengan hidangan yang serba kekurangan. Walau tak sedap dan tawar, kita akan telan dengan rasa bersyukur, silap-silap boleh meleleh air mata.

Beza, amat berbeza. Walaupun biasa hidup sendiri dan masakan sendiri yang lebih teruk dari itu (huhu)..tapi kesannya berbeza. Berdampinganlah dengan orang miskin, hiduplah bersama orang miskin. Bersyukur akan kelebihan dan rasai keutamaan untuk membantu mereka.

Sekali lagi, walaupun kita biasa menghadapi hidup yang susah dan sukar.. namun perasaan dalam duduk bersama orang miskin amat berbeza. Ish...tak tahu pula ana nak gambarkannya. Cuma....setiap kelebihan yang kita ada pada masa itu,hatta walaupun sedikit, akan lebih kita syukuri, akan lebih kita manfaatkan.

Nyata, kemewahan, kelapangan, kesenangan itu dapat melalaikan hati. Ana dambakan hati yang mengingati kefakiran, waspada pada jarum-jarum racun kemewahan, kelapangan dan kesenangan yang mematikan saraf-saraf kesyukuran.

**ahmad fikry; kena turun padang, jangan hanya membayang dan menangis keluar hingus setelah menonton ”Bersamamu”. Lebih effective kesannya kebersamaan kita dengan orang miskin.

--------------------------------

Tips mengatasi sakit kepala.

1. Hentuk kepala di dinding..eh..bukan...silap. hehe

1. Berdoa pada Allah moge disembuhkan dari kesakitan, pegang di tempat sakit dengan membaca Fatihah, selawat dan ayat-ayat syifa’. Berwudhuk.
2. Duduk/ berbaring dalam keadaan bilik yang samar-samar dari cahaya, cahaya yang terang boleh menambahkan lagi sakit kepala. Elak terkena panas terik.
3. Tekapkan ais yang dibungkus tuala pada tempat yang sakit untuk beberapa ketika. Jika tidak berkesan, tekapkan pula tuala yang dibasahi air suam. (ana baca newspaper tulis gitu.)
4. Kosongkan fikiran dari perkara yang merunsingkan,membebankan. Zikir dan ingat kepada Allah S.W.T. (bukan waktu sakit kepala je)
5. (cara ana) Mandi dengan memulakan dari kaki. Jirus perlahan-lahan sehingga anda dapat merasai haba seakan-akan tertolak keluar melalui kepala.
6. Bekam..tak bermaksud cukur kepala. Bekam pada titik-titik tertentu.
7. Solah dan baca Qur’an.

**ahmad fikry : hentuk kepala bukan pilihan!

---------------------------------------
**ahmad fikry;
Suka tengok gaya pengawal memegang senapang ketika beg duit dikeluarkan dari van keselamatan ke mesin ATM. Terbayang nak main-main buat gaya samseng pun tak berani. Naya je kena tembak nanti. Huhu...istighfar.

--------------------------------------

Semakin ramai anak-anak gadis membuang jilbab/tudung dari melindungi rambut mereka. Hendak ditegur, ibu bapa menjadi marah membabi buta. Tak ditegur, adakah membiarkan mungkar berleluasa?

Pengaruh rakan. Apabila semakin terbiasa dengan suasana mendedahkan aurat dan jauh dari suasana yang menghidupkan hati dengan urusan akhirat, maka berlumba-lumba lah ke arah kebinasaan. Malahan penyokong dan pengiklanan budaya ’bebas’ ini semakin meluas. Tak daya kekuatan pula ana nak ketuk kepala setiap orang yang terlibat supaya sedar...

Begitulah suasananya. Kalau cakap bab fantasi tu, boleh la cakap ana nak jadi presiden dan raja negara. Nak laksanakan cabang-cabang dakwah. Buka stesen tv sendiri. Satukan hati-hati, wujudkan suasana islami, taati hukum islam dengan hati yang beriman.... namun hakikat realitinya, inilah jalan mujahadah yang perlu ditempuhi.

Tdak mengapa kalu nak pening-pening kepala fikirkan keadaan umat. Rasulullah s.a.w sendiri tidur malamnya berlinangan air mata memikirkan kita. Kita cegahlah sedaya mungkin, sehikmah yang dituntut.

Para pendakwah, tak lain tak bukan, adalah dengan menarik perhatian sasaran kita untuk mendekati suasana Islami. Perlu menjadi sahabat yang terbaik, contoh yang terbaik, akhlak yang terbaik. Terbaik pada kadar usaha kita. Allah akan meningkatkan iman dan keyakinan kita melihat pada usaha kita untuk mendekati-Nya. Hidayah hanya milik Allah.

Akhlak dan kebajikan akan melembutkan hati-hati yang keras, jiwa-jiwa yang buta, pekak dan bisu pada keindahan tuntutan Islam. Jalan pengislahan untuk kita dalam memperbaiki mutu ibadah kehidupan kita. Insya Allah.

**ahmad fikry ; sebelum mata tertutup rapat.

---------------------------------------

Fitnah ooh fitnah..

Huhu..sabar ajelah. Nak buat macam mana. Hanya jauhari mengenal manikam. Walau ana tak tahu apa itu jauhari dan apa itu manikam.

Alhamdulillah..nak gi tembak pun, ana takda mesingan..sabar adalah senjata yang paling ampuh (kuat). Ambillah senjata sabar. Sabar juga memupuk kelebihan-kelebihan lain. Banyak fadhilat sabar ni.

Jadi untuk peroleh sifat sabar..kita kena banyak dakwahkan tentang kelebihan-kelebihan orang yang bersabar dan Allah suka orang yang bersabar.

Sabar..sabar..

Kalau tak sabar? Hurm...istighfar banyak-banyak. Kita manusia makhluk yang lemah. Nak naik gunung pun tercungap-cungap, ini pula nak marah2, pupuk sifat mazmumah, nak kena fikir kesannya sampai hari akhirat. Lagi letih. Seronok lagi berlari naik gunung..huhu

Perlakuan baik buruk di dunia = natijah balasan baik buruk di akhirat.

Bak kata ‘pakar kaunseling’ ana, begin with the end in mind.

-----------------------------

~hatiku merayu rindu
~kasihku pada Mu syahdu
~munajat hamba pada Mu
~mengharap kasih sayang Mu

~carilah ilmu mengenal Allah
~tanamkan takut neraka Allah
~semaikan harap syurga Allah
~carilah keredhaan Allah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~Kasih manusia sering bermusim,
~Sayang manusia tiada abadi.
~Kasih Tuhan tiada bertepi..
~Sayang Tuhan janji Nya pasti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~Sekeping hati dibawa berlari
~Jauh melalui jalan nan sepi
~Jalan kebenaran indah terbentang
~Di depan mata mu para pejuang...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

**ahmad fikry ; hurm..masa mamai nak tido.

-------------------------------


Adakah kita kekurangan ilmu? Bayangkan dengan menekan butang di search engine, kita boleh dapat jutaan info. Dan juga jutaan kitab-kitab daripada ulama’ tersohor, kajian dan kupasan dari pelbagai sudut keilmuan. Kita kaya dengan ilmu!!

Malangnya, ilmu itu tidak wujud dalam diri kita . Kita mengkhatamkan kitab-kitab dan banyak membaca, namun adakah maklumat yang kita baca itu kita terapkan dalam diri?

Kita banyak bertanya. Andai wujud persoalan, kita akan dapatkan jawapan..tapi adakah apa yang kita pelajari wujud dalam diri kita?

Ana teringat suatu kisah sahabat r.anhum yang tidak akan berpindah ke ayat Al-Quran yang lain jika ayat sebelumnya masih belum diamal atau wujud dalam dirinya.

Beramallah dengan ilmu yang dipelajari. Cahaya dan manfaat dari ilmu itu akan terpancar dalam diri kita. Jadilah kita seorang pembawa cahaya. Insya Allah.

--------------------------------
Share/Bookmark

Sekilas Lalu

Salam.

Pada suatu masa, ana menziarahi seorang sahabat selepas asar. Kemudian, ana dibawa ke sebuah kedai makan yang dimiliki oleh seorang abang yang telah menghantar 3 orang anaknya untuk menjadi hafiz. Cemburu pada sahabat ana ini, sebab pertautan ukhuwah dia dengan penduduk kawasan setempatnya begitu akrab. Ana pekena mee goreng pada saat itu. Alhamdulillah sedap.

Ana diam mengaminkan perkataan abang Midi bila dia menyangka ana sambung belajar peringkat ’alim walau kemudiannya dijelaskan oleh Abu yang ana pergi kursus berkaitan teknikal. Moge dikabulkan Allah.

Pada hari itu, 3 kali ana singgah kedai makan dengan teman yang berbeza, dari asar hingga Isyak. Sekadar minum air barli sambil bertanya khabar. Ketika ana sedang ber’iktikaf berehat-rehat di kawasan masjid, ana dijemput ke rumah Abu dan bermalam di situ. Isterinya telah ke rumah mertua kerana menyambut kelahiran bayi pertama kakaknya. Abu mencuba rawatan bekam dari pukul 11 hingga pukul 12.30 malam dirumahnya. Memang sentiasa di dalam kereta bersama alat berbekam.

Antara yang penting bagi seorang pendakwah adalah hubungannya dengan penduduk setempatnya. Dari situ, ana dapat belajar sifat ramah dan memuliakan orang lain. Sahabat- sahabat di situ juga menjadi ’orang penting’ bagi penduduk. Seringkali saat ana sedang minum bersama, mereka ditegur ramah oleh penduduk dan diminta khidmat mereka. (salah seorang dari mereka adalah mekanik syarikat). Ustaz Din juga selepas doa maghrib terus ada yang mencari. Pendek kata, mereka benar-benar menerapkan konsep persaudaraan islami dalam kehidupan mereka. Ikhlas berkhidmat untuk masyarakat. Memang terasa damai di hati acapkali menziarahi mereka.

**ahmad fikry cemburu.

--------------------------------------

Ana sering mencari-cari bahan untuk meningkatkan motivasi dalam mengusahakan sebuah perniagaan. Kejayaan bukan suatu kebetulan tetapi memerlukan pengorbanan dan usaha bersungguh-sungguh. Salah satu quote yang menarik minat ana adalah;

”percaya tak..anda adalah seorang yang hebat..apa yang menyedihkan adalah anda tidak menggunakan kehebatan itu..” Melalui quote ini ana ubah menjadi;

”Maha Besar Allah yang menciptakan manusia, sebaik-baik kejadian...namun malangnya,kita tidak bersyukur dan tidak menggunakan kehebatan dan nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t dengan sebaik-baiknya.” Jadi renungan untuk ana terus berusaha. Insya Allah.

Mungkin, watak komik yang ana gemari adalah naruto. Sebab semangat yang ditonjolkan watak. Pada saat terlantar lesu kehabisan tenaga ‘chakra’, dia bangkit dengan semangat dan azam untuk terus berusaha dan tidak berputus asa..memberi semangat pada yang lain.

**ahmad fikry : ada seorang kwn tu macam naruto..kuat semangat! huu

----------------------------

Ilmu pertahanan diri yang digemari oleh ana adalah Muay Thai atau lebih dikenali sebagai tomoi. Saban malam minggu saat masih bersekolah dahulu sering belajar dan mempraktik tomoi bersama teman. Walaupun latihannya keras dan menyakitkan, namun terasa puas. Seringkali menduga diri dengan kepantasan gerakan menyerang dan mengelak. Seringkali pulang ke rumah tercapik-capik dengan bengkak sebesar telur di betis.

Ana pernah mempelajari silat namun meninggalkannya setelah ana keliru dengan konsep ilmu kebatinannya. Sekadar cukup dalam mengetahui pukulan, elakkan dan beberapa buah silat yang boleh diamal. Lebih suka tomoi kerana kepantasannya.

Lazim para peserta tomoi dikaitkan dengan pakaian seluar pendek tanpa baju. Memang itu suasananya dalam mempelajari tomoi. Tapi semasa belajar tomoi, ana mengenakan pakaian seluar trak dan baju lengan panjang. Tiada halangan sebenarnya, Cuma kalau mind set kita terbiasa dengan keadaan mendedah aurat, suasana begitulah yang akan wujud.

Dalam pada tu ana turut mengajak sahabat ana yang lain ikut mempelajari tomoi bersama ana. Wujudlah suasana tomoi Islami (huhu) namun sesetengah aje yang dapat bertahan dan menjadi murid tetap. Masih terbayang lagi kepuasan yang wujud setiap kali tamatnya acara sparring.

Huhu..dah lama tak ziarah guru tomoi. Insya Allah.

-------------------------------


Suatu malam, ana tunggu kelas Qiraati Qur’an oleh isteri Ustaz Safarin selesai. Untuk kanak-kanak ribena. Usai kelas, ana dijemput masuk oleh Ustaz.

Semasa pertemuan, ana telah diajar akan doa pelindung yang biasanya diamalkan oleh seorang perawat. Ana turut diajar tentang cara untuk mengesan gangguan makhluk halus dalam diri seseorang pesakit jika ada. Berpandukan ayat-ayat al Quran.

Dalam blog ini, ingin ana kongsikan sedikit ilmu yang ana peroleh. Moge bermanfaat untuk kita semua.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
3 simptom semasa jaga + 2 simptom semasa tidur = gangguan jin




Amalkan zikir ini 100x tiap2 pagi selama sebulan,insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.



-----------------------------

Salam.

Akhir-akhir ini, tumpuan ana adalah membaca kitab-kitab berkaitan tasawuf. Dan bertanya pada guru yang lebih arif. Sememangnya tasawuf punya pengertian yang luas. Antara tujuannya adalah untuk membersihkan jiwa dari sifat tercela dan digantikan dengan sifat terpuji.

Ana petik sedikit kata-kata Imam al Ghazali rah. ;

Dalam kitabnya Al Munqiz Min-a 'dl-Dlalal imam Al Ghazali menulis:
"Semenjak mudaku, sebelum aku menginjak usia dua puluh hingga saat ini, ketika aku telah menginjak usia lima puluh tahun, aku selalu mengarungi lautan yang dalam ini. Dengan segala keberanian, menelusuri seluruh segi, dan mempelajari akidah semua firqah, kemudian berusaha membuka rahasia mazhab semuah firqah itu. Agar aku dapat membedakan antara yang benar dengan yang salah, serta antara yang mengikuti sunnah dengan yang membuat bid'ah. Aku tidak memasuki kebatinan kecuali untuk mengetahui kebatinannya, tidak kaum zhahiri (literalis) kecuali agar aku mengetahui hasil kezhahirihannya, juga tidak filsafat kecuali aku hendak mengetahui hakikat filsafatnya, dan tidak kaum mutakallimin kecuali untuk mengetahui hasil akhir kalam dan debat mereka, tidak juga kaum sufi kecuali aku ingin mengetahui rahasia kesufiannya, dan tidak kaum ahli ibadah kecuali aku ingin mengetahui hasil dari ibadahnya, juga tidak kaum zindiq yang tidak mengikuti syari'at kecuali untuk menyelidiki mengapa mereka demikian berani berbuat seperti itu"

Setelah mengkaji sedemikian rupa seluruh firqah dan kecenderungan pemikiran tersebut, akhirnya Al Ghazali berkesimpulan: "Kemudian aku mengetahui dengan yakin, kaum sufi adalah mereka yang benar-benar menuju kepada Allah Swt. Perjalanan hidup mereka adalah yang paling baik. Metode mereka adalah yang paling lurus. Dan akhlak mereka adalah akhlak yang paling bersih. Bahkan, jika digabungkan intelektualitas kaum intelek, kebijaksanaan para bijak-bestari serta pengetahuan ahli tentang rahasia-rahasia syari'ah untuk merubah sedikit saja perjalanan hidup dan akhlak mereka, serta kemudian mengajukkan gantinya yang lebih baik, niscaya mereka tidak akan mampu"

Dalam ilmu tasawuf, Tarekat adalah satu kaedah untuk mencapai makrifatullah. Digariskan peringkat-peringkat untuk mencapai makrifatullah. Dan juga darjat-darjat ikhlas. Juga pengenalan kepada ilmu hikmah seperti Hissiah,Istidroj dan juga hakikah/ma’nawiyyah.

Ana turut membaca malah menggalakkan para pembaca untuk ikut sama mempelajari tarikat atau kaedah pengikut tasawuf yang menyeleweng. Sesetengahnya tertipu dengan amalan dan merasakan diri terlepas daripada kewajipan agama. Setiap dari kita harus berwaspada akan tipu muslihat syaitan yang halus dalam menyesatkan kita. Setiap langkah dan niat wajib berbalik pada Al Qur’an dan As Sunnah.

Imam Malik rah. berkata : Barangsiapa bertasawwuf tapi tidak berfiqih maka dia telah kafir zindiq (pura-pura beriman), dan barangsiapa yang berfiqih tapi tidak bertasawuf maka dia telah (berdosa) dan barangsiapa yang mengumpulkan keduanya (fiqh dan tasawwuf) maka dia telah benar.


Pada alam ruh, saat sekalian ruh manusia dikumpulkan dan diambil kesaksian yang tergambar dalam firmanNya;
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)", atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka, apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang sesat dahulu"
(Al A'raf: 172-173)

Dalam hal ini, ana petik kata-kata Saidina Ali r.a.

Imam Ali k.w. pernah ditanya: Wahai amirul mu'minin, apakah Anda mengingat hari alastu birabbikum? Ia menjawab: "Ya, aku masih mengingatnya, dan aku mengingat siapa yang berada di samping kanan dan samping kiriku" !.

Lihatlah tahap iman yang dicapai oleh para sahabat r.anhum. Tidak kurang juga yang wujud dalam tokoh-tokoh ulama’ dan para tabi’in yang terkemudian. Mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai iman yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah s.w.t. Semakin banyak ana pelajari, semakin banyak tersingkap kekurangan dan kelemahan diri. Semakin ’tidak tahu’.

Marilah kita bersama-sama berusaha mencapai tingkatan iman yang dikehendakiNya.
Share/Bookmark






















Salam...

Rasanya kena tinggalkan kejap blog ni untuk jangkamasa yang lama.
Fokus-fokus-fokus.

uih...beku otak. tak tau nak tulis apa.

Hm.. jaga iman,amal.
Hm.. ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diamalkan.
hm.. carilah kebahagiaan yang digariskan al Qur'an dan Hadith.

Capai makrifah mengenal Nya.

Mari, tadah tangan dengan penuh pengharapan.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan ku, berikanlah petunjuk agar daku lebih dekat padaMu. Ameen."

Ya Allah..

salam.
ahmad fikry bin fadzil
Share/Bookmark

Ana + Wanita


















Salam..

Penakut perempuan? Itu ke istilah yang sering digunakan pada seorang lelaki yang malu berhadapan dengan seorang wanita. Rasa gementar dan malu bercampur baur. Muka dan telinga yang memerah dan tiba-tiba badan terasa hangat. Telinga berdengung dan suara menjadi gugup. Terasa kepala berat dengan kaki terasa ringan. Mata yang sering menoleh berpaling memandang arah lain. Fikiran yang sentiasa berfikir nak lari.

Wallahu’alam. Entah mengapa memang begitu reaksi ana bila ditegur seorang perempuan. Yang mana boleh ana cover, ana cover. Memang selalu jadi bahan ketawa pada kawan-kawan yang mengerti perubahan ana.

Tapi bagi ana, tiada apa yang perlu dikisahkan. Selama pengajian ana sebelum ini, ana boleh bekerjasama dengan wanita. Tugas yang diberikan tidak pernah terganggu lantaran malu ana pada wanita. Malah ana bersyukur, penghalang ana untuk mendekati wanita adalah malu.

Tak pernah lagi ana mendekati wanita sampai bertemu bahu, merapat muka, bersentuhan jari sepertimana yang kadang-kadang berlaku dalam suasana-suasana perbincangan atau forum. Kita kena muliakan kehormatan diri kita sebagai seorang muslim. Pada masa yang sama, kita telah memuliakan kehormatan wanita sebagai seorang muslimah. Indah kan? Huhu..

Sifat kita pelbagai, ana mungkin pemalu. Tapi bagaimana pula dengan lelaki yang manis mulut, menegur setiap wanita yang dia suka. Tidak segan silu bergelak ketawa,mengurat dan menggatal? Think twice..

Seorang ikhwan pernah bagitahu ana, untuk mengenal peribadi seseorang, perlukan tempoh 40 hari untuk menzahirkan sifatnya. Once kita dah fahami sifat dan karakternya, tidak jadi masalah bukan? Hadapi sifat mereka dengan cara kita menghadapinya. Pemalu, pemarah, keras kepala..semuanya bergantung pada pendekatan yang berbeza. Ana ingat satu kisah.

Aisyah ra. berkata, "Abu Bakar menemui Rasulullah saw. di biliknya saat beliau berbaring dengan santai. Setelah selesai menyampaikan keperluannya, ia keluar. Kemudian Umar datang, usai menyampaikan keperluannya, ia pun keluar. Disusul kemudian Ali yang datang. Setelah menyampaikan keperluannya maka ia pun segera keluar. Berikutnya, Utsman yang datang. Demi melihat Utsman yang datang, Rasulullah saw. buru-buru bangkit dan duduk. Aisyah pun kehairanan dan bertanya kepada beliau, 'Mengapa Anda melakukan hal ini hanya pada seseorang?' Rasulullah saw. menjawab, 'Utsman seorang pemalu. Kerananya saya khuatir bila ia masuk sedangkan saya dalam keadaan seperti sebelumnya, dia tidak mahu menyatakan keperluannya kepadaku.'"

So, tak jadi masalah bersikap pemalu. Lagipun ana tidak lah ketara sangat sampai pengsan bila wanita tegur. Takda lah ana sampai gugup tak terkata-kata atau lari menghilangkan diri. Cuma org perempuan tu blh tahu, blh kesan sifat malu ana bila berhadapan..takdalah dilanjutkan bicara lebih lama,fitnah nanti..huhu.

Jodoh? Insya Allah, ada bezanya malu pada yg haram dengan yang halal. Better simpan untuk jodoh yang telah ditetapkan Allah. Tak perlu rasa gundah, tak perlu rasa resah. Lagipun, ana dah dapat hikmahnya. Jangan berlebihan. Huhu...noktah.

**ahmad fikry ; noktah, titik, noktah, noktah!...huhu

-------------------------------------


Petang tadi semasa dalam perjalanan, terlihat meter tangki minyak motosikal ana dah di tahap merah. Istighfar sebab terlupa mengisi minyak penuh sebelum memulakan perjalanan. Dalam beberapa kilometer, terdapat 4 stesen minyak. Shell dan Caltex.

Dalam duk resah tu, Motosikal mula mati apabila berada di persimpangan jalan. Terlihat signboard stesen minyak Petronas 500m ke hadapan. Mula menolak motosikal menuju ke stesen minyak. Tetiba je ditegur seorang abang.

Kenapa dengan moto adik?”
Assalamua’laikum bang. Moto ni minyak kering bang. Nak tolak ke stesen minyak Petronas tu.” jawab ana. Tahu mesti abang tu akan menawarkan pertolongan menolak motosikal ana tapi entahlah, rasa macam lebih rela tolak sorang2...huhu,segan.
Wa’alaikumussalam. Adik dari mana? Kenapa tak bubuh di Shell belakang nu? Lagi dekat.” tanya abang tu. Malas ambo nak menjawab. Segan.
hmm..saya boikot Shell dengan Caltex bang....” jelas ana.
Sampai macam tu sekali?..hehe.” dia gelak kt ana. Ana senyum.
Macam tu je lah..ini yang ana mampu. Depa kat Palestin tu berdepan peluru dengan bom, ana ni kena tolak motosikal jauh 500m je. Tak seberapa jika nak dibanding depa..lagipun padan muka ana sebab tak isi penuh awal-awal.”Abang tu mengangguk dan membantu ana menolak dengan motosikalnya.

Sebenarnya, krisis kegawatan ekonomi kali ini juga menunjukkan betapa bergantungnya kita kepada sistem ekonomi Barat. Ana bukanlah seorang pakar ekonomi tapi dalam ziarah ana ke forum-forum yang memperbincang soal kegawatan sebenarnya ujian kegawatan kali ini punyai hikmah yang tersirat.

Kata-kata mereka pada pada waktu inilah hikamhnya kita nak menyokong penuh industri tempatan dan bersama bangunkan sistem ekonomi kita sendiri.

Sistem dinar emas pun seharusnya perlu diteliti. Pastinya sistem ekonomi Islam adalah penyelesaiannya. Lihat sahaja keberkesanan sistem takaful yang tidak tergugat dengan kegawatan ekonomi.

Ana bukan ahli dalam sistem ekonomi, jadi tak perlu ana hurai lanjut. Nanti lain yang jadi...membebel tanpa ilmu.

------------------------------------------

Buku oh Buku...






















Baru ana tersedar yang bilik ana kini penuh dengan buku. Kalu tidak ditegur oleh mak mungkin ana terbiasa dengan keadaan begini. Duduk dan baring bersama buku..huhu. Tidak kurang juga dengan pelbagai produk yang terdiri daripada bahan madu dan juga habbahtussawda sebagai rujukan. Penawar dari al Qur’an dan Hadith.

Istighfar..terpandang cetakan ana pada atas pintu, (Al – Badii’) bermaksud Allah Maha Indah untuk ingatkan ana betapa Allah sukakan keindahan.

Mungkin saja disebabkan ana sibuk menyiapkan kandungan buku kecil bertajuk ” Perawatan Tibbun Nabawi : Keajaiban Al Qur’an dan Hadith”.

Kemas-kemas-kemas!!!

-----------------------------------------


*******************************
Cerpen : al auladun abrar
*******************************



Suasana pagi itu agak nyaman. Kabus masih menyelubungi kawasan sekitar. Burung berkicauan berterbangan mencari rezeki. Mentari mula memancarkan sinarnya dan menghambat kabus yang kian menghilang. Embun yang menitis pada hujung-hujung dedaun pohon mula mengering dan bunga mula mengembangkan kuntumnya, awan-awan berarak dibawa angin dan suara alam pagi bertasbih memuji kebesaran PenciptaNya.

Saif mencapai pisau sabit yang terselit di alang bumbung dapur kayu belakang rumahnya. Disarungnya kasut but panjang milik ayahnya dan mula menebas kawasan semak di sekitar rumahnya. Saif belajar menyeimbangkan hayunan pisau sabitnya terlebih dahulu sebelum melancarkan hayunannya untuk menebas. Sudah agak lama rasanya dia tidak menebas kawasan di sekeliling rumah. Sedetik, hatinya menyesal kerana tidak begitu memperdulikan kerja-kerja kawasan rumah yang lazim diuruskan ayahnya sejak mula memasuki universiti.

Setelah beberapa ketika, Saif berhenti. Dia tersenyum. Di kawasan inilah ibunya pernah menjerit meminta pertolongannya apabila terlihat seekor ular kapak pada saat mahu membuang sampah. Ibunya begitu takutkan ular. Dahulu, pernah sekali Saif mengusik ibunya dengan ular plastik dan itulah kali terakhir dia berbuat begitu. Ibunya benar-benar rasa sangat geli pada ular.

Saif kemudiannya pergi membersihkan kawasan kebun kecil. Dia mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar di kebun itu. Sesekali dia meneliti hasil kebun seperti kacang panjang, bendi dan juga terung. Kemudian dia memetik beberapa biji buah terung untuk dibuat masakan ’pajeri terung’ kesukaannya. Saif sedikit mengeliat apabila terasa lenguh di belakangnya akibat membongkok.

Saif mula terasa hangatnya mentari. Dilihat jamnya sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Saif pergi membasuh tangannya dan bersiap-siap masuk ke rumah untuk membersihkan peluh,berwudhuk dan menunaikan solah Dhuha.

----------------------------------

Huhu..penggunaan bahasa yang mudah. Perjalanan cerita yang mendatar. Huhu..sambung lain kali je lah. Tak menarik.
Share/Bookmark

~ we're the muslim

Salam..


Dahulu,pernah sekali buat latihan industri di kilang logam milik bumiputera. Sekadar perkongsian bersama.

Ana memang agak degil..tapi pada keadaan yang memang ana tak dapat bertolak ansur. Ada masanya ana boleh mengikut apa yang ditetapkan. Misalnya, ana tidak dibenarkan berkopiah sewaktu bekerja walaupun kopiah ana seragam dengan pakaian yang disediakan. Ana ikut tatatertib yang dimahukan.

Tapi apa yang ana tidak dapat bertolak ansur adalah jadual waktu kerjanya. Ditetapkan waktu rehat pada pukul 12.00 tghari hingga 1.00 ptg. Bagaimana dengan waktu solah zuhur. 100% pekerjanya adalah muslim! Ana benar-benar sedih sebab selama ini pekerja semuanya mengikut jadual yang ditetapkan.

Bila tiba waktu zohor, ana akan pergi ke masjid terdekat untuk bersolah. Esoknya ana dipanggil ke pejabat oleh pengurus,di tegur kerana tidak mematuhi waktu kerja yang ditetapkan. Ana sampaikan apa yang zahir pada ana. Kilang milik bumiputera Islam tidak boleh punya waktu untuk bersolah? Gelaran apa yang patut ana letakkan? Kemudian ana diberitahu untuk solah di tempat yang disediakan.

Esoknya, apabila tiba waktu zohor. Ana menuju ke tempat yang disediakan. Bilik ’surau’ yang terletak di bawah tangga yang tidak digunakan. Apabila masuk,habuk-habuk menjemput. Ana lihat tilam yang usang bersama bantal yang berpeta-peta. Sebuah mushaf Quran usang yang terbiar di lantai. Dan bau-bau yang tidak menyenangkan. Ana ambil mushaf al Quran dan bawakan pada pengurus.

”Encik, Encik cuba solah sekali di tempat yang encik sediakan. Terima kasih, tapi saya ’alergik’ dengan tempat tu. Al Quran ni saya jumpa di lantai, maybe ada orang terjatuhkannya.” Sinis. Ana terus ke masjid selepas itu. Dan sambung kerja sesudah solah seperti biasa.

Selepas itu, selalu jadi sasaran. Kena marah, kena maki dan kena hamun,huhu..Syukur ana ni bukan jenis telinga nipis. Memang tak kisah langsung. Pernah sekali saat tengah buat kerja, dipanggilnya dan dikata kan yang dia tak suka tengok wajah ana. Malah disuruhnya ana membeliakkan mata..hehe.. ana ikut je. Tapi bila bekerja semula wajah ana normal. Dipanggilnya lagi dan ditegur,”Saya tidak suka wajah awak, nampak tak bersemangat,”...kemudian dileternya kisahnya dulu-dulu saat ke sekolah dengan berkayuh basikal berbatu-batu.

”Dah memang muka saya begini Encik. Encik tak suka takpe,saya memang tak boleh ubah wajah yang Allah bagi pada saya,..tapi Encik boleh berpaling tengok sana..” ana tunjukkan ke arah karung guni. ” Maybe sana lebih indah dari muka saya.”

Kemudian disuruhnya ana mengendalikan mesin yang pernah meragut tangan seorang pekerja. Ana ikutkan aje tapi dihalang oleh seorang pekerja senior yang berkali-kali menegaskan bahawa mesin tersebut berbahaya. Kemudian bertengkarlah si abang tu dengan pengurus.. Ana buat tak kisah dan menghidupkan mesin. Tiba-tiba menggelabah pengurus minta ana pergi ambil giliran bersihkan tandas. Masih ingat lagi ana dibantu 2 orang teman. Sempat bermain-main dengan batang mop, baldi dan air. Huhu.

Sejak hari itu, ana berterusan solah di masjid bersama teman-teman sekerja. Ana mula mengenakan kopiah seperti biasa. ”surau” dibersihkan kerana pada saat hari puasa, ana gunakan tempat tersebut untuk berehat. Kerja mula menjadi semakin seronok. Kakak kerani pun ada mempelawa bahagian office yang digunakannya untuk bersolah selama ini. Pernah sekali saat ana bersolah asar dalam bilik mesyuarat sebelum pulang ke rumah dan dimasuki oleh pengurus. Ana lihat dia tidak memperdulikan kehadiran ana di situ.

Setelah beberapa minggu, jadual waktu kerja telah ditukar pada waktu yang sesuai dengan keperluan kami. Dan pengurus tidak lagi marah-marah kepada pekerjanya seperti dulu. Alhamdulillah.

Tuan-puan, Sebenarnya, kalau Allah telah memberi kedudukan kepada kita,ia merupakan amanah yang perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Jangan mengikut hawa nafsu atau keuntungan semata-mata. Keredhaan Allah jualah yang terlebih penting.

Pernah ana mendengar sebuah khutbah yang mengisahkan khalifah Harun al Rasyid dalam ihram melakukan sa’ie dan berdiri di atas bukit. Kemudian ditegur oleh seorang alim yang cerdik bernama Abdullah.

Abdullah : Nampakkah kamu sekalian manusia di baitul Kaabah?
Harun al Rasyid : Nampak.
Abdullah : Kelak di padang Mashyar, setiap orang ramai di sana akan dipertanggungjawabkan oleh diri mereka masing-masing, ...tetapi engkau, wahai khalifah,akan dipertanggungjawabkan oleh sekalian mereka yang ada.

Khalifah Harun al Rasyid kemudian terduduk menangis.

Bagaimana hal nya dengan kita kini? Ana hairan dengan sikap kita yang merebutkan kedudukan malah bergembira dan meraikannya dengan seronok apabila diberikan tugas seorang pemimpin.. daripada bermuhasabah tentang amanah yang bakal dipikul dan tanggungjawab yang bakal dihitung..

----------------------------


Masjid adalah rumah Allah yang dilimpahi nur keberkatan. Seringkali setiap kali perjalanan ana yang jauh, ana jadikan masjid sebagai tempat persinggahan. Seandainya ana tidak dapat pulang ke rumah pada waktunya disebabkan hal-hal tertentu, ana biasakan dengan beriktikaf di dalam masjid. Bagi ana, masjid yang diimarahkan jemaah yang ramai penuh dengan cahaya ketenangan.

Pada saat menyewa di luar kampus dahulu juga, ana dan kawan-kawan sering dijemput ke majlis-majlis kenduri oleh masyarakat setempat. Tidak kurang juga dapat bertegur sapa dan berbual mesra dengan para imam dan bilal serta ahli kariah masjid. Sangat-sangat berbeza dengan pelajar yang lain yang langsung tidak berusaha mengenal imam kawasan dan juga membilang tangga masjid. Mungkin kerana itu, terdapat lelaki yang kelu lidah apabila ditanya siapakah imam di tempatnya semasa perbualan sebelum akad nikah. Tidak kurang juga kes-kes yang melawan cakap setelah ditegur oleh imam kerana tidak mengetahui identiti imam tersebut.

Apa yang ingin disentuh ialah akhlak di dalam masjid. Ana sedikit kecewa dengan sesetengah keadaan dimana segelintir jemaah tidak segan silu berbual rancak tentang hal dunia di dalam masjid, begitu juga yang ketawa. Mungkin kita biasa dengan suasana masjid namun tidak bermakna kita harus mengenepikan segala adab yang dituntut di dalam masjid. Rasanya sudah cukup berbaloi perbualan dunia dalam ruang masa di luar masjid, jadi tidak perlulah menggunakan masa di dalam masjid untuk berbual kosong. Itu belum lagi menyentuh soal merokok di pintu-pintu masjid.

Satu lagi soal kebersihan, pernah ana jalani suatu kursus pemuda masjid. Kebersihan sangat diambil berat. Kami dikehendaki tidak meninggalkan kotoran dalam masjid hatta sehelai rambut pun. Sebelum pulang, tugas dibahagikan kepada beberapa orang untuk membersihkan kawasan masjid. Bermula dari situ lah, perkenalan ana dalam tugas membersihkan tandas-tandas yang rosak, sisa-sisa buangan yang ditinggalkan terapung, berselerakan. Ana ditarbiyah untuk mengambil kesempatan dalam tugas-tugas begini kerana dapat membuang sifat ego dan sombong, memupuk kerendahan hati. Kena angkat tangan kalu ada pertanyaan siapa mau cuci tandas.huhu.. Ya Allah,buang sifat takbur, riya’ dan ujub dari hati kami.

Pemuda yang hatinya tertaut pada masjid mendapat naungan arasy Allah di hari akhirat nanti. Marilah kita berusaha mencapainya.

---------------------------
Share/Bookmark

Al azwaju shalihah






****************************
Cerpen : Al azwaju shalihah
****************************


Nizam menangis semahu-mahunya. Menangis melepaskan segala apa yang menyesakkan hatinya. Hatinya terasa perit yang bersangatan. Sukar baginya untuk menerima sebuah kenyataan. Dalam bilik itu, Nizam melepaskan segalanya, tidak mungkin lagi dia mampu berpura-pura tersenyum tenang.

-----------------------

Nizam mencium dahi isteri yang baru dinikahinya. Isteri yang halal baginya. Dia merasakan perasaan nyaman yang menyenangkan saat menatap wajah isterinya. Dia bersyukur kerana dikurniakan Allah akan isteri yang sangat menyenangkan hatinya.

”Abang..nanti kita bertilawah sama-sama ye? Abang cuba periksa bacaan Safi,” tanya Safi sambil membaringkan kepalanya ke riba suaminya. Nizam mengangguk sambil mengusap lembut ubun-ubun isterinya yang masih bertelekung. Dia mencium dahi dan kelopak mata isterinya. Dia sangat-sangat bersyukur kerana isterinya mahu ikut bangun menunaikan solah tahajud dengannya. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang sholeh merupakan antara petunjuk kebahagiaan yang dipandukan oleh Ibnu Abbas r.a.

-------------------------

Terasa lututnya kian melemah untuk terus berdiri. Nizam tetap juga menangis. Tangannya diraupkan ke muka. Perlahan, dia berdoa agar hatinya dicekalkan oleh Allah untuk menerima kenyataan ini. Berdoa supaya perit yang terasa amat menyesakkan,sirna dari hatinya. Dalam doanya, dia berterusan menangis.

------------------------

Setelah selesai memeriksa akaun perniagaannya, Nizam bersegera mengambil wuduk dan menunaikan solah taubat dan hajat dengan khusyuk sebelum bersiap untuk tidur. Sesudah memberi salam, dia terlihat isterinya yang telah nyenyak tidur. Dia tersenyum dengan pandangan kasih pada isterinya. Tiba-tiba, dia teringat bahawa ada sesuatu yang ingin dilakukannya sebelum tidur. Dia menuju ke meja dan mencapai kertas yang tercatat sesuatu. Dia cuba menghafalkan kandungan yang ditulis olehnya. Malam itu, Nizam terlena di atas meja bersama catatan di tangannya.

Awal pagi itu, Safi bangun sambil menggosokkan matanya. Dia hairan kerana suaminya tidak mengejutkannya seperti biasa. Bertambah hairan apabila suaminya tiada di sisinya. Rasa cemasnya segera hilang apabila melihat suaminya sedang tidur pada meja tulis. Safi bingkas bangun untuk menggerakkan suaminya, dan terlihat catatan yang terhimpit di tangan Nizam. Safi cuba memahami catatan itu dan matanya basah secara tiba-tiba.

Safi mengetahui suaminya tidak meminati muzik dan tidak tahu menyanyi. Pernah sekali Safi memberitahu Nizam bahawa dia sukakan sebuah lagu yang didengarinya. Hatinya sangat tersentuh apabila melihat catatan yang terhimpit di tangan suaminya adalah lirik lagu yang digemari olehnya.

------------------------

Nizam baring dan berusaha menahan emosinya. Dia mula mengaturkan kembali nafasnya dan menghilangkan isak tangisnya. Dia insaf pada dirinya yang lemah menanggung ujian. Tidak henti-henti hatinya berdoa agar dicekalkan dan dipermudahkan Allah akan apa yang telah menimpa dirinya. Walau begitu, tetap saja air matanya terus mengalir keluar dari matanya.

----------------------------------

Safi menggigil. Suhu badannya meningkat. Berulang kali keluhannya pada Nizam menyatakan dirinya sangat sejuk. Hanya Allah sahaja yang mengetahui cemas yang menyelubungi hati Nizam. Dia menyelimutkan isterinya, menyuapkan air dan ubat. Nizam menjadi tidak senang duduk dan sentiasa berjalan ulak alik di sisi Safi. Safi menolak bila diajak untuk ke hospital. Safi mengatakan dirinya hanya terkena demam biasa. Safi tersenyum melihatkan kecemasan yang melanda suaminya.

” Kenapa Safi senyum? Jangan buat abang risau.” Nizam mengerutkan dahi.
” Abang..kenapa lah tiap-tiap kali Safi sakit, mesti abang jadi macam ini. Cemas tak tentu pasal. Safi demam biasa je abang. Macam mana lah kalau nanti jadi apa-apa kat Safi. Macam mana dengan abang?” Safi masih tersenyum. Wajah pucatnya tetap ayu dipandang Nizam.
“Dah..! jom ke hospital. Kenapa takut sangat nak jumpa doctor dengan makan ubat? Bukannya doctor tu makan orang. Perangai macam budak-budak. Abang pergi ambil baju salin.” Nizam cemas.
“Taknak!” Safi kembali memejamkan matanya.

Keesokannya, Safi sihat seperti biasa. Menyediakan sarapan sambil mengejek-ngejek suaminya yang cemas semalaman.

“Demam kura! Lain kali abang taknak peduli Safi lagi.” dengus Nizam.
”Eleh..kata je taknak peduli,tapi bila Safi sakit,abang cemas tak tentu pasal..hehe. wekk.” Safi mengejek sambil mendekatkan mukanya kepada muka Nizam yang berpaling. Nizam melepaskan roti di tangannya lalu mencapai pipi Safi dan mencubitnya. Ditariknya Safi mendekat kepadanya, dielus lembut rambutnya.

”Kalau Safi sakit lain kali, Safi kena dengar cakap abang. Jangan buat abang risau lagi ye?” Nizam bertutur lembut. Perkataannya disulami dengan rasa kasih yang tulus.
Safi mengangguk. Dia memahami kehendak suaminya. Tapi kemudian menjauhkan dirinya dari Nizam.
”...tapi Safi suka tengok Abang risaukan Safi..hee” ejek Safi sambil berlari-lari anak.

--------------------------

Nizam bangun dan mencapai mushaf al Qur’an. Dibacanya ummul kitab dan dibukanya pada helaian surah At Taubah,surah kegemarannya. Dilapkan air matanya pada tuala kecil dan meneruskan bacaan. Perlahan, air matanya mulai mengering dan isak tangisannya berkurang. Dengan rasa tenang, Nizam cuba memahami sedikit maksud ayat-ayat yang pernah dipelajarinya. Sesekali bacaannya terhenti dan diteruskan kemudiannya.

---------------------------

“Allah s.w.t dengan kerahiman Nya telah mengurniakan pelbagai nikmat pada hambaNya. Dan nikmat yang paling mahal adalah nikmat iman dan Islam. Dengan Iman, kita mengenal siapakah Rabb yang telah menjadikan kita. Dengan Islam, kita memahami petunjuk jalan hidup yang dikehendaki Allah pada umat manusia.

Hati yang beriman, sentiasa cinta dan rindu kepada penciptaNya. Hati yang beriman sentiasa mengawasi tingkah lakunya. Hati yang beriman sentiasa berusaha memperbaiki hubungannya dengan Allah s.w.t. Hati yang beriman sentiasa beramal dengan perintahNya yang akan menjauhkannya dari azab dan murka-Nya. Hati yang berima sentiasa mengharap rahmat dan ampunanNya.

Bersyukurkah kita akan nikmat paling mahal yang dianugerahkan Allah kepada kita? Adakah hati-hati kita sentiasa berzikr mengingatiNya dengan rasa takzim akan kebesaranNya? Pernahkah lafaz-lafaz bicara kita mengagungkan kehebatan Nya? Hati-hati kita benar-benar berserah pada ketentuanNya, menyembah pada Allah yang Esa? Sesungguhnya tiadalah yang kekal hanya melainkan Allah yang Maha Kuasa.”

Nizam menyudahkan tazdkirahnya. Safi mencapai kitab Riyadh as Solihin dalam tangan suaminya untuk disimpan. Safi bergerak dan duduk bersandar di dada suaminya. Dicapai tangan suaminya dan digenggam erat tangan suaminya.

”Safi bersyukur pada Allah sebab dikurniakan pasangan hidup seperti abang. Jiwa Safi tidak pernah kosong dari kasih sayang Allah. Abang membimbing Safi menjadi lebih dekat padaNya.” Safi bersuara lembut.

Nizam mencium ubun-ubun isterinya. ”Abang pun bersyukur sebab dikurniakan Safi sebagai isteri. Safi sebaik-baik pendorong pada abang. Safi menurutkan kemahuan abang untuk lebih bersemangat mengenalNya. Safi adalah sebaik-baik kesenangan dunia pada Abang. Alhamdulillah.”

----------------------

Nizam menyudahkan bacaannya. Dia menutup dan menyimpan mushaf al-Qur’an. Nizam kembali duduk ke atas sejadahnya dan mula beristighfar. Jiwanya terasa damai dan tenang. Rasa perit yang menyesakkan kini berubah menjadi rasa mengharap yang sangat tinggi pada rahmat Allah dalam hatinya. Nizam berterusan beristighfar sambil membenihkan rasa-rasa pengharapan . Benih pengharapan yang ingin dicambahkan dalam doanya.

-----------------------

Nizam marah. Dia beredar meninggalkan bilik dengan membawa bantal dan selimut. Disusun bantalnya di atas sofa halaman ruang tamunya. Nizam terus merebahkan badannya dan memejamkan mata. Hatinya berulang kali beristighfar untuk mengurangkan rasa marahnya. Dia berusaha mengosongkan fikirannya dan memejamkan matanya.

”Abang..kenapa abang diam? Bagitahu Safi apa yang buat abang marah? Safi tak tahu apa kesalahan Safi kalau abang diam. Abang..jangan begini abang. Mari kita tidur di bilik.” Safi mengusap-ngusap lengan suaminya. Safi sangat memahami tabiat suaminya yang tidak mahu bersuara langsung ketika marah. Tapi dia juga tahu yang suaminya akan menjelaskan segalanya ketika hatinya tenang. Safi berusaha menenangkan hati suaminya. Namun dia resah melihatkan suaminya yang seakan tidak memperdulikannya.

”Abang...jangan buat Safi begini.” Safi mencapai telapak tangan suaminya dan meletakkannya di pipinya. Diusap tapak tangan suaminya lembut pada pipinya. Safi cuba bertahan namun air matanya tetap menitis keluar dan membasahkan tapak tangan suaminya.

Dia sedikit tersentak apabila tangan suaminya bergerak perlahan mengesat air matanya. Dilihatnya wajah suaminya yang memberi perhatian mengelap titisan air matanya.

“Safi..kan banyak kali abang dah melarang Safi berchatting dengan lelaki yang Safi tak kenal. Safi dah punya suami..” Nizam memulakan bicaranya.

”..tapi Safi tak buat apa-aa...” jawapan Safi terhenti apabila Nizam menutup mulutnya lembut. Nizam terus mengesat air mata Safi yang masih mengalir.

”Abang faham Safi seorang isteri yang baik. Abang juga tahu Safi sering berchatting dengan kawan-kawan sepengajian dengan Safi. Sedikitpun Abang tak salahkan Safi. Tetapi kadang-kadang abang lihat Safi layan juga lelaki asing yang mahu berchatting sekadar suka-suka. Walaupun abang tak sangsi dan ragu pada kejujuran Safi, tapi abang tidak suka perkara begitu. Abang cemburu. Dan abang tidak senang biarkan rasa cemburu abang ini terpendam begitu sahaja dan membiarkan Safi dengan kebiasaan yang Abang tidak suka. Abang suami Safi. Abang mahu meredhai seluruh perlakuan Safi, sedikitpun abang taknak simpan rasa tidak senang pada Safi. Bukan ke Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Fatimah r.ha,” Hai anakku, tidakkah engkau mengetahui bahawa kerelaan seorang suami itu juga merupakan kerelaan Allah dan kemarahan seorang suami itu juga merupakan murka Allah. Hai anakku, seorang perempuan yang beribadah menyerupai seperti ibadahnya Maryam putri Imran, Kemudian suaminya tidak merelakan kepadanya, maka Allah tidak akan menerima amal ibadah darinya. Hai anakku, amal yang paling utama bagi para wanita ialah ketaatan mereka kepada suaminya....””

Nizam memegang ubun-ubun isterinya,” Abang marah kerana nak Safi faham kehendak abang sebab abang sebelum ini dah pernah menegur Safi, maafkan abang.”

Safi terus menangis, dia menganggukkan kepalanya. ”Safi faham abang. Safi akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Maafkan Safi abang.”

Nizam tersenyum,”Abang maafkan. Kasihannya isteri abang ni kena buli..hee”

Safi terus menumbuk-numbuk dada Nizam. Mukanya memerah dan bingkas bangun dan berlari-lari anak menuju ke bilik, ”Abang tetap kena tidur dekat luar! Padan muka abang.”
”Aikk? Pulak?” sahut Nizam sambil ketawa kecil,lucu melihatkan telatah Safi.

---------------------------

Nizam semakin larut dalam zikirnya. Dia menyerahkan dirinya secara total kepada kehendak takdir Allah. Dia menerima segalanya dengan rasa rendah diri sebagai hamba yang lemah. Keluasan rahmat dan kasih sayang Allah tiada bertepi baginya. Pengharapan demi pengharapan telah menghidupkan hatinya daripada kegelapan akibat kesedihan dan kesengsaraan perasaannya. Aqidahnya meyakini bahawa jodoh, rezeki dan ajal sudah ditentukan Tuhannya.

Nizam membuka matanya yang redup. Dia bangun dan memperbaharui wudhunya. Nizam kembali ke biliknya dan mula berdiri untuk menunaikan solah sunat. Hatinya kini cuma mengharap pada keampunan dan rahmat Allah s.w.t. Memohon agar dilindungi Allah daripada syaitan yang direjam, Nizam memulakan solahnya.

---------------------------

Nizam pulang agak lewat daripada biasa. Selepas Isyak, dia bermesyuarat dengan para ahli jemaah masjid. Pelbagai isu dan hal yang telah dibangkitkan. Tidak kurang juga laporan daripada usaha yang telah dibuat. Mesyuarat diakhiri dengan doa dan sedikit muzakarah dengan sahabatnya.

Nizam membaca sms yang diterimanya, ” Abang, Safi nak pergi hantar ummi sekejap. Ada hal kata ummi. Abang izinkan?”
”Abang izin. Safi nanti boleh bermalam di rumah ummi,dah lewat. Esok abang singgah ambil Safi.”

Nizam berhenti di persimpangan lampu isyarat. Di sebelahnya dilihat sebuah kereta yang dipenuhi penumpang remaja. Nizam beristighfar apabila melihat pasangan muda lelaki perempuan sedang berpeluk dan bercium. Pastinya belum bernikah kerana umur yang masih bersekolah. Nizam membunyikan hon sebagai isyarat membantah perlakuan itu dan kenderaan itu terus memecut pergi. Matanya basah, hatinya geram. Sungguh para muda mudi yang bergelumang dengan maksiat tidak menyedari betapa pedih dan dahsyatnya azab Allah. Cahaya petunjuk terhijab lantaran hati yang hitam dengan dosa. Sebab itu sering dikatakan mereka kepada orang yang ikhlas menegakkan syariat Allah sebagai penyibuk dan macam-macam lagi. Hakikatnya, para pendakwah ini sama sekali tidak ingin para pemuda ini menyediakan dirinya untuk diazab Allah, menjadi bahan bakar nerakaNya. Kasih sayang manakah yang lebih unggul daripada menyelamatkan seseorang manusia yang jauh dari perintah Allah supaya mendekati, mengenal Allah. Sungguh, hidayah itu hanya milik Allah. Nizam beristighfar dan berdoa.

Nizam menerima panggilan daripada Safi.
”Assalamu’alaikum.. abang dah sampai? Safi dah tiba dekat rumah ummi. Abang, sebelum pergi,Safi dah buat bubur kacang. Abang makanlah ye? ”
”Wa’alaikumussalam Safi..abang dah nak sampai. Insya Allah,nanti abang makan lah bubur kacang Safi yang sangat sedap tu. Amboi...sampai tak sempat abang nak jawab salam..hee” usik Nizam.
” Ye lah, sebab Safi rasa tak sedap ha...”
Panggg!! Cermin depan kereta Nizam tiba-tiba retak. Entah dari mana kereta anak-anak muda tadi memecut datang dan melemparkan benda keras. Nizam bertakbir lantas memperlahankan keretanya untuk berhenti di sisi jalan. Nizam beristighfar panjang.
”Abang...abang...abang?!!! kenapa ni bang?!! Abang?!!..huhuu. kenapa ni bang?”
Nizam tersedar yang isterinya masih di dalam talian.
”Bawa berselawat Safi..bertenang.. Abang ok. Alhamdulillah. Cuma ada benda keras yang kena depan cermin kereta ni tadi. Takde apa-apa yang jadi, cermin je yang retak sikit. Abang pulang dulu ye? Nanti abang telefon lain di rumah.” Nizam menenangkan Safi.
”Ye abang. Bawa elok-elok. Nanti abang telefon Safi ye bila dah pulang?”Kedengaran Safi masih lagi risau. Suaranya masih terisak-isak menangis.
”Insya Allah,jangan menangis,nanti ummi risau. Assalamu’alaikum.” Nizam meletakkan telefon. Dilihatnya kawasan cermin hadapan yang retak seketika dan kembali meneruskan perjalanan.

Setibanya di rumah, Nizam berjalan ke dapur sambil menelefon isterinya. Dilihatnya bubur kacang yang disediakan masih panas. Nizam menggelengkan kepala apabila tiga panggilannya tidak dijawab. Mungkin Safi sedang solah untuk menenangkan dirinya. Begitulah kebiasaannya.

------------------------

”Perniagaan abang ditimpa masalah sikit. Ujian dari Allah untuk kita. Mungkin kita terpaksa susah sikit lepas ni. Abang pun mungkin akan sibuk sikit untuk selesaikan masalah ini. Safi ok?” Nizam bertanyakan isterinya.
”Alhamdulillah abang, Safi ok. Jangan lah Abang risaukan tentang Safi. Safi faham masalah abang. Apa yang dapat Safi bantu, Safi bantu. Susah senang, kita sama-sama, abang. Sentiasa harap dan doa pada Allah.” Safi berbicara dengan lembut.
”Masya Allah..terima kasih Safi. Maafkan abang kalau ada kekurangan, ada kelemahan abang selama ini dalam menjadi suami Safi.. abang..”
Safi memintas, ”Jangan cakap begitu,abang. Abang suami Safi, jodoh ketetapan Allah pada Safi. Jangan abang lemah semangat. Susah abang, susah Safi juga. Safi bersyukur sangat kerana dikurniakan abang sebagai suami Safi. Lagipun Safi sayangkan abang kerana Allah. Takkan goyah hati Safi dalam mentaati abang, suami Safi. Abang kena kuat!” kata Safi mendorong Nizam.

“Susah senang kita bersama.”

------------------------

Nizam menghabiskan bubur yang disediakan isterinya. Sedap. Isterinya seringkali tersenyum indah saat dia memuji masakannya. Nizam mencapai telefonnya. Dia bimbang mengganggu isterinya jika dia masih larut dalam bersolah. Dia yakin isterinya akan menelefonnya setelah selesai.

Seketika, hatinya menjadi sebak. Tubuhnya bergementar. Nizam berasa hairan dengan perubahan dirinya seketika tadi namun dia kembali membersihkan mangkuk bubur yang dihabiskannya.

Nizam menghantar pesanan sms kepada isterinya, ” Sedapnya bubur kacang Safi. Licin abang makan. Agaknya ada tak bubur begini di jannah nanti? Hee..Telefon abang ye nanti.”
Nizam tersenyum membaca sms yang ingin dikirimnya. Nizam juga agak risau bimbangkan isterinya masih resah akan kejadian sebentar tadi. Selesai berwudhu, telefon Nizam berdering.

“Zamm…” kedengaran suara ibunya yang terisak-isak menangis. Rasa cemas segera menyelubunginya tetapi Nizam cepat-cepat beristighfar.
“Ke..kenapa..um..ummi?” Nizam gugup.
“Safi, zam.. Safi terlibat dengan kemalangan. Huu..”
”Innalillah hi wa inna ilai hi rajiun...macam mana keadaannya ummi? Macam mana dengan Safi? Macam mana dengan dia?” tanya Nizam cemas.
“ Pak Arshad bagitahu, Safi dah meninggal dalam perjalanan ke hospital. Sabar ye Zam..anak ummi..huu..”

Nizam merasakan dadanya begitu sesak. Nafasnya tercungap-cungap. Seakan udara di sekelilingnya telah menjauh darinya. Telefon terlepas dari genggamannya. Nizam terduduk. Air mata mula bercucuran mengalir.
”Ya Allah..Safi ku..Ya Allah..”

---------------------

Selesai bersolah dan berdoa. Nizam memulakan perjalanan menuju ke hospital. Sebelumnya, dia singgah mengambil ibunya dan berusaha menenangkan ibunya yang telah kehilangan menantu yang dikasihinya. Ibunya menceritakan kepada Nizam apa yang berlaku dan apa yang diceritakan Pak Arshad yang tinggal di kawasan kejadian di dalam perjalanan mereka.

Ibunya memberitahu bahawa selepas kejadian kereta Nizam dibaling benda keras, Safi menjadi begitu risau dan meminta izin dan bersalaman dengan ummi untuk pulang melihatkan keadaan Nizam. Tetapi dalam perjalanan pulang ke rumah, Safi cuba mengelak kereta yang tiba-tiba membelok masuk ke simpang. Akibatnya Safi terbabas melanggar sepohon pokok.

Nizam tabah mendengarnya.

Cerita dari Pak Arshad pula menyatakan sebelum Safi menghembuskan nafas terakhir,dia meminta Pak Arshad mengambil telefon di dalam beg bimbitnya. Safi sempat membaca sms terakhir yang dikirim dari Nizam dan tersenyum indah. Dia berpesan kepada Pak Arshad agar memberitahu Nizam untuk memaafkan segala kesalahan dan meredhai dia sebagai isterinya. Dia menghembuskan nafas terakhir dengan lafaz syahadah.

Dalam ketabahannya,air mata Nizam mengalir perlahan.

--------------------------

Perlahan, Nizam membuka kain putih yang menutupi wajah isterinya. Dia mengucupi dahi jenazah isterinya dan memandang wajah bersih Safi. Nizam mengatur nafas dan tersenyum indah memandang jenazah isterinya.

” Allah mengetahui bahawa abang telah meredhai Safi sebagai isteri yang solehah pada abang. Bagi abang, Safi adalah sebaik-baik kesenangan dunia. Safi telah mentaati perintah Allah dengan sabar melayani segala kehendak suami Safi. Abang memaafkan segala kesalahan Safi sama ada yang tersurat mahupun tersirat. Abang meredhai Safi pergi. Sungguh, Safi seorang isteri yang terbaik pada abang. Semoga Safi tergolong dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Berbahagialah duhai isteriku,Safi..”

Rasulullah s.a.w bersabda ; ”Sesiapa saja wanita yang meninggal dunia dan suaminya meredhainya maka ia masuk syurga.” (Tirmidzi, Ibnu Majah, Hakim)

----------------------

”Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.” - Ali Imran : 139

Kasih sayang bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi, kasih sayang menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak duri penghidupan. – Hamka.

Berbahagialah orang-orang yang beriman.
Penghujungnya adalah kebahagian, bagi setiap yang beriman pada Allah dan Rasul Nya.

----------------------------------------------- tamat

komennya dari pembaca : flashback banyak sangat..tak tersusun

ahmad fikry: sesajer buang tebiat kejap.
Share/Bookmark

Who am i?




















Salam...

perjalanan dalam meraih cinta hakiki.
rindu ku pada Rabb
kasihku pada Rasul s.a.w.
Ya Allah, kenalkan lah daku pada Mu hingga daku benar-benar mengenali Mu.." Ameen
Share/Bookmark

Begin : Al Azwaju Shalihah

Salam..

Bismillahirrahmannirrahim.

Cubaan pertama dalam mempercantikkan lagi gaya bahasa dalam tulisan. Moge dapat meningkatkan lagi kemahiran menulis dan kualitas hasilnya. Ameen..
























********************************

Kelihatan murid-murid sekolah berlari-lari pulang ke kelas masing-masing setelah kedengaran loceng yang menandakan tamatnya waktu rehat. Sebahagian murid berjalan bersama-sama mengiringi gurunya. Sebahagian pula sibuk membersihkan kasut yang kotor dengan tanah akibat asyik bermain di padang. Hiruk pikuk murid-murid sekolah yang berlumba-lumba tidak mahu terlewat masuk ke dalam kelas sebelum kedatangan guru mereka. Kebisingan yang rutin setiap kali loceng bermula dan tamatnya waktu rehat.

Safi mula bangun mengemaskan bekalnya setelah guru-guru perempuan yang lain beransur menuju ke bilik guru. Cikgu Balqis kemudiannya sempat bertanyakan pada Safi dengan suara yang agak kuat, “ Safi!! Esok Kak Balqis bawa ye kain-kain tudung tu. Safi tengok lah yang mana berkenan nanti.”

Safi tersenyum sambil menyahut dari jauh, “Baiklah, Kak Balqis. Insya Allah!”. Kelihatan Cikgu Zainab menepuk-nepuk bahu Cikgu Balqis sambil tertawa,”Sudah-sudah la tu!” Safi turut tersenyum melihatkan gelagat sekumpulan guru perempuan tersebut.

-------------------------------------------------

Safi berjalan menuju ke arah bilik guru. Dilihatnya hanya tinggal 3 org guru sahaja yang berada dalam bilik guru tersebut. Cikgu Ah Hwa yang sedang sibuk menyediakan peralatan mengajarnya. Mungkin dia sedang bersiap-siap untuk mengadakan pembentangan kerana Safi melihat Cikgu Ah Hwa menggulungkan beberapa helai kertas tebal. Cikgu Zainal pula sedang bersandar menghadap laptopnya dan Cikgu Asmah yang sedang meneliti beberapa buku latihan pelajar. Seperti biasa, Safi menuju ke ruang tempat duduknya dan menyiapkan peralatan dan bahan pengajarannya. Safi masih mempunyai masa 45 mint sebelum kelasnya bersama murid-murid Kelas 3 Murni bermula. Sesekali Safi menahan dan melepaskan nafasnya seketika kerana masih kekok dalam menjadi guru praktikal selama 2 bulan.

---------------------------------------------------

”Assalamu’alaikum murid-murid!”
”Wa’alaikummussalam wrh wbrkth Cikgu. Selamat petang Cikgu.” Suara murid-murid kelas 3 Murni bergema dengan lanjut. Safi kemudiannya meletakkan buku-bukunya di atas meja dan berjalan ke arah papan hitam untuk menuliskan sesuatu.

”Baiklah murid-murid. Hari ini Cikgu nak tanya murid-murid apakah cita-cita murid-murid semua. Besar nanti nak jadi apa? Doktor ke, peguam ke, engineer ke, Cikgu nak murid-murid semua beritahu Cikgu.” kata Safi sambil mencatat ”CITA-CITA SAYA” di papan hitam.

Safi menghadap wajahnya memandang semua anak muridnya. Dia cuba mengingati nama-nama yang akan dipanggil.

”Komala, apa cita-cita kamu?” tanya Safi sambil menudingkan jari ke arah seorang murid perempuan berbangsa India.

”Saya nak jadi doktor,cikgu.” jawab Komala.

”Kenapa Komala nak jadi seorang doktor?” tanya Safi bersahaja.

”Sebab doktor selalu tolong orang sakit. Emak saya sakit, cikgu. Nanti saya nak tolong emak saya.” jawab Komala bersungguh-sungguh.
”Ya ke? Emak Komala sakit apa? ” Safi mendekati muridnya setelah jawapan Komala menarik perhatiannya.
”Umm..Emak selalu baring saja, tak boleh bangun. Saya tak tahu sakit apa cikgu. Saya selalu tengok emak menangis.” Jawab Komala sambil menunduk. Tergambar perasaan sayu di wajahnya.
Hati Safi tersentuh. Perlahan dia menggosok-gosok lembut bahu Komala, dia faham mungkin Komala tidak tahu menerangkan jenis penyakit ibunya. Safi berniat untuk menziarahi emak Komala di rumah muridnya ini suatu hari nanti.

”Baiklah murid-murid. Kita semua sama-sama doakan supaya emak Komala cepat sembuh.” ucap Safi kepada semua muridnya. Komala kemudiannya duduk sambil mengusap perlahan matanya yang basah dengan tangannya.

Kemudian pertanyaan diteruskan ke murid-murid yang lain. Pelbagai jawapan yang diberikan. Kebanyakan murid-murid menjadikan ibu bapa mereka sebagai contoh. Safi agak terhibur dengan keceriaan telatah murid-muridnya menjawab soalan yang diberikannya. Terutama sekali adalah Hakim, murid yang paling aktif di dalam kelasnya. Safi sering melihat Hakim selalu mengusik temannya,Hanif. Berbeza dengan Hakim, Hanif pula adalah seorang yang pendiam dan pemalu. Namun kadang-kadang mengamuk marah apabila sering diganggu Hakim.

”Hakim!! Hakim pula nak jadi apa besar nanti? Nak jadi pengacau??” Tanya Safi sambil bercekak pinggang berpura-pura seperti seorang yang garang. Murid-murid tergelak apabila melihat Safi mengembungkan pipinya dan menjegilkan mata ke arah Hakim. Hakim sedikit terkejut namun terus tertawa dengan kelakuan Cikgunya.

Hakim menggaru-garu kepalanya. ”Hakim nak jadi apa ye cikgu? Hakim lupa lah..” Dia tersengih-sengih melihat Safi.
”Mana cikgu tau Hakim nak jadi apa? Hakim ingat lah balik..” Safi dengan nada mengejek.
”Haaaaaaaaa! Hakim nak jadi superman cikgu! Superman kuat!” Hakim terus berlari-lari di kawasan sekitar tempat duduknya dengan lakonan seperti Superman yang sedang terbang. Kemudian dia berhenti seketika memperlihatkan otot di lengannya. Keadaan menjadi riuh rendah dengan ketawa. Safi turut merasa geli hati namun cepat-cepat dia meminta agar murid-muridnya diam supaya keadaan terkawal.
”Mana boleh Hakim.. Superman tu cerita tipu lah. Tu lah, Hakim suka sangat tengok tv. Kita mana boleh jadi Superman.” kata Safi sambil tersenyum. Dia melihat Hakim kembali menggaru-garu kepalanya. Safi menyambung kembali pertanyaannya,” Hakim tak boleh jadi Superman, Hakim nak jadi apa?”
”Hakim nak jadi polis. Boleh naik motor besar! Vroom...vrooomm...!” Sekali lagi seisi kelas 3 Murni ketawa apabila melihat gimik membawa motosikal yang dilakonkan Hakim dengan bersungguh-sungguh. Safi tersenyum sambil mengagak yang Hakim sering menonton televisyen dan banyak terpengaruh dengan rancangannya. Safi kemudiannya meminta Hakim duduk dan beransur menanyakan soalan kepada Hanif yang duduk disebelah Hakim.

Safi bertanya lembut kepada Hanif, dia tahu Hanif adalah seorang murid yang pemalu. ”Hanif..cita-cita Hanif apa? Besar nanti Hanif nak jadi apa?” Kemudian Hanif bangun dan diikuti oleh Hakim. Hakim lantas berkata pada Hanif sambil menuding jarinya, ”Aku jadi polis, kau jadi lah orang jahat. Nak?” Hanif menepis jari Hakim sambil mencebik bibir. ”Kaulah jadi orang jahat, selalu kacau orang!”, dengus Hanif. Safi tertawa kecil melihat kelakuan sepasang kawan di hadapannya.

”Dah Hakim. Jangan ganggu Hanif. Nanti cikgu suruh Hakim berdiri dekat luar kelas,nak?... Biarlah Hanif jawab soalan cikgu dulu. Hanif, Hanif nak jadi apa besar nanti?” tanya Safi yang berminat untuk mengetahui jawapan dari muridnya itu.

”Em..Hanif..Hanif nak jadi macam Saiyidina Abu Bakar.” jawab Hanif. Safi terasa kelu sebentar. Jawapan ini adalah daripada muridnya yang berusia 9 tahun. Safi semakin berminat kerana jawapan sebegini adalah jarang-jarang sekali diberikan oleh kanak-kanak seusianya, dalam suasana zaman ini.

”Kenapa Hanif nak jadi macam Saiyidina Abu Bakar?” tanya Safi ingin tahu.

”Hanif nak jadi macam Saiyidina Abu Bakar sebab abang Hanif selalu cerita yang Saiyidina Abu Bakar ni orang paling rapat dengan Nabi(s.a.w). Saiyidina Abu Bakar orang baik..pahala dia lagi banyak dari bintang-bintang kat langit. Abang Hanif kata, Saiyidina Abu Bakar nanti masuk syurga. Hanif pun nak masuk syurga juga.” Jawab Hanif sambil tersenyum indah melihat cikgunya. Safi terdiam kagum dengan jawapan yang diberikan oleh muridnya itu. Inilah pertama kalinya dia menjumpai kanak-kanak yang mengimpikan menjadi Abu Bakar r.a dan akhirat melebihi fantasinya terhadap gula-gula,permainan dan kesukaan kanak-kanak yang lain. Sungguh dia terdidik dengan suasana asuhan yang Islami.

Safi tersedar dari lamunannya apabila Hakim tiba-tiba bangun dan menayangkan otot lengannya. ”Hakim pula nak jadi macam Saiyidina Umar. Abang Nizam kata Saiyidina Umar kuat!!”

Nizam..entah kenapa nama itu menyusup masuk menggetarkan naluri hatinya. Safi cepat-cepat sedarkan dirinya dari membisu dan bertanya kepada Hakim.

”Nizam tu siapa Hakim? Abang Hakim ke?” tanya Safi ingin tahu.
”Tak lah..abang Nizam tu abang Hanif. Hakim selalu pergi belajar mengaji malam-malam dekat rumah Hanif. Abang Nizam selalu baca cerita. Best tau cikgu.” kata hakim sambil menggayakan orang yang sedang bertumbuk. ”Hakim dengan Hanif selalu lawan dengan Abang Nizam. Kalah Abang Nizam dengan kami..”tambah Hakim dengan bangga.

Safi tersenyum, dia kembali melihat Hanif dan bertanyakan soalan. ”Oh, waktu malam, abang Hanif ajar mengaji ye? ” tanya Safi kepada Hanif yang menunjukkan ekspresi wajah yang masam kepada Hakim. Mungkin kerana cemburu perhatian cikgu padanya telah diganggu Hakim. Hanif sedikit lambat menjawab pertanyaan Safi.

”Tak..Ummi Hanif yang ajar. Abang Nizam selalu pergi masjid waktu malam. Mak kata abang pun pergi mengaji jugak. Kadang-kadang je Abang Nizam ajar kami mengaji Al-Quran.” jawab Hanif.

”Ye? Abang Hanif kerja apa?” tanya Safi lagi. Kemudian dia melihat Hanif seperti sedang berfikir.

”Um..ummi kata abang Nizam kerja jual barang.” Hanif berkata dengan yakin. Kemudian Hakim kembali menyampuk,”Abang Nizam dulu jual burger waktu malam, sedapp..!! Hakim selalu makan.” Hakim menaikkan ibu jarinya.

Kringgg!!...loceng yang menandakan tamatnya waktu pengajaran Safi dalam kelas 3 Murni. Safi beristighfar panjang. Dia sedar yang dirinya agak hanyut dalam mengetahui peribadi seorang insan bernama Nizam. Sekali lagi dia beristighfar kerana sebelumnya, tidak pernah dia mengambil kisah untuk mengenali lelaki. Tambahan pula dengan pengalaman yang telah dilaluinya. ”Nizam hanyalah insan biasa”, getus hatinya. Namun minatnya masih terpaut pada cara asuhan yang diberikan Nizam pada adik dan keluarganya.

”Baiklah murid-murid semua. Cikgu nak murid-murid semua tulis dalam buku tentang ’Cita-Cita Saya Bila Besar Nanti’. Esok Cikgu nak tengok. Ok? Assalamu’alaikum..” kata Safi mengakhiri pengajarannya dalam kelas 3 Murni pada hari itu.

-------------------------------------------------

**bersambung...

Share/Bookmark

Al Azwaju Shalihah : Part 2

---------------------------------------

Sesusuk tubuh bangun dari hamparan sejadah. Tangannya masih memegang biji tasbih. Diusapkan wajahnya dan dilurutkan janggutnya yang sejemput. Biji tasbihnya kini dimasukkan ke dalam beg galas kecil yang sentiasa dibawanya. Perlahan, Nizam bangun untuk memulakan solah dhuha. Dari jauh, kelihatan sepasang mata sedang memerhatikan tingkah laku Nizam. Bibirnya bergerak melafazkan zikir. Badannya disandarkan kepada tiang masjid yang luas itu. Dalam ruang masjid itu,sesekali bergema bunyi cicak yang bergaduh, sahutan burung yang terbang melintas.

Usai mengerjakan solah Dhuha, Nizam memanjatkan doa kepada Allah. Secara tiba-tiba hatinya terasa kurang senang. Nizam meneruskan doanya dan cuba menghayati setiap lafaz yang diucapnya. Permohonan mendamba redha dan ampunan Nya. Nizam bingkas bangun melangkah menutup suis kipas berdiri yang menghadapnya. Apabila berpaling, Nizam dengan segera merasakan sesuatu kekurangan. "Beg kecil aku!"

Duit jualan kelmarin RM750 ringgit, dokumen identiti dirinya, lesen dan telefon bimbitnya... Nizam merasa gelisah. Dengan cepat dia melangkah keluar melihat sebarang pergerakan manusia. Tiada! Nizam sekali lagi beralih melihat ke dalam masjid. Dilihatnya Pak Cik Ikbal sedang menyandar dengan mata yang terpejam. Nizam melangkah ke arahnya, namun terhenti kerana terfikir untuk tidak mengganggu rehat Pak Cik Ikbal. Nizam masih gelisah. Dia kembali melangkah lebih jauh di luar melihat-lihat sebarang pergerakan manusia. Sebarang pergerakan yang boleh ditangkap dengan mata. Tetap tiada...

Perlahan...."Ya Allah..."

Nizam melangkah menuju ke bahagian rak yang menyimpan nashkah-nashkah mushaf Al-Qur'an dan mencapai salah satu darinya. Nizam duduk di antara dua sujud lantas membuka helaian pada muka surat yang dicarinya. Nizam menyusun pembacaannya supaya tartil dan tenang.

---------------------------------------------------

10 minit kemudian, Nizam menyimpan kembali mushaf Al-Qur'an yang diambilnya. Dia melangkah menuju ke ambang pintu masjid dan disapa.
"Assalamu'alaikum Nizam." suara serak yang dikenali.
"Wa'alaikummussalam, Pak Cik Ikbal. Dah makan? " jawab Nizam dan terus bertanya.
"Belum makan lagi, Nizam nak kemana? jom teman Pak Cik makan roti canai dulu. Tapi duitnya Pak Cik tertinggal di rumah. Boleh guna duit Nizam dulu." ajak Pak Cik Ikbal bersahaja. Dia memang biasa bersarapan dengan anak muda di hadapannya setiap kali waktu fajar. Nizam kelu. Beg galasnya telah hilang.
"Um, hari ni tak dapatlah Pak Cik. Saya ingat nak siap-siap pergi ke balai polis. Beg galas saya hilang tadi. Lesen, IC semua dalam tu." balas Nizam.
"Lor..macam mana boleh hilang pula? Beg galas hitam yang Nizam selalu bawa tu? Di mana hilangnya? Banyak ke duit dalam tu?" tanya Pak Cik Ikbal sambil mengerutkan dahi.
"Entah, Saya letak belakang saya tadi sekejap. Alih-alih dah takda. Cari tadi kot-kot saya silap letak. Tak berjumpa pula. Itu sebab nak buat laporan polis kalau-kalau dijumpa orang. Duit tu, takdalah banyak sangat." jawab Nizam sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Pak Cik Ikbal.

Pak Cik Ikbal menyambut tangan Nizam dan tidak melepaskannya. "Jomlah makan dulu, Pakcik belanja. Nizam tolong ambil beg atas rak sejadah tu." Pak Cik Ikbal menudingkan jarinya ke arah rak sejadah. Nzam berpaling dan melihat beg galas hitamnya tersembunyi di sebalik juntaian kain sejadah. Nizam tersenyum.

"Boleh tahan juga Pak Cik ni ye? hehe" Nizam berpaling melihat Pak cik Ikbal yang sedia tersenyum.

"Saje Pakcik nak mengusik, nak tengok kelaku hang,Nizam..." Pak Cik Ikbal tertawa kecil. Muka Nizam memerah.

"Terkena saya dengan Pakcik..kelam kabut saya cari tadi. Ingatkan dah dilarikan orang..rupanya ada orang tolong simpankan,ye?" gurau Nizam sambil melangkah mengambil kembali begnya.

Pak Cik Ikbal ketawa kecil. " Tapi Pakcik tengok Nizam rilek je. Mula-mula je Nizam gabra sikit..hehe..dah.dah..jom kita pi kedai Seman."

"Jom." Nizam menuruti langkah Pakcik Ikbal. Mereka berjalan di tepi sebelah kanan jalan. Pada masa yang sama, Safi memandu kereta bertentangan dengan arah yang dilalui oleh mereka, menuju ke sekolah. Diikuti deruan-deruan kenderaan yang lain..


----------------------------------------

Setelah usai menikmati roti canai dari kedai makan Abang Seman, Nizam menuju ke kedainya yang terletak berhadapan dengan masjid. Dia terhenti seketika dalam melangkah menaiki tangga apabila kepalanya tiba-tiba terasa sakit berdenyut-denyut. Nizam mengurut-ngurut kepalanya sambil membaca surah Fatihah dan ayat-ayat syifa'. Nizam terus melangkah apabila sakit kepalanya sedikit reda.

Telefon bimbit Nizam berbunyi sebaik sahaja Nizam melabuhkan punggungnya ke kerusi. Lagu nasyid "Rayuan Rindu" nyanyian kumpulan Raihan kedengaran. Nizam menjawab telefon sambil mengurut-ngurut kepalanya lagi.

"Assalamu'alaikum..Pusat Rawatan Islam,Asy Syifa" ucap Nizam.
"Wa'alaikummussalam..Khairul ada?" tanya orang yang menelefon.
"Khairul? oh..dia keluar kursus dalam sebulan lebih. Sekarang ni saya yang ambil alih semua urusan pusat rawatan. Ada apa boleh saya bantu?" jawab Nizam.
"Boleh tolong sampaikan kepada Khairul yang saya, Ustaz Razi ingin sangat bercakap dengannya. Katakan ada hal penting, Assalamua'laikum." Nizam mula memahami yang menelefonnya adalah Ustaz Razi.
"Wa'alaikummussalam..Insya Allah,saya akan sampaikan.."ujar Nizam.

Nizam tersenyum sendiri. Dia tahu hubungan pelanggan dengan Khairul adalah sangat rapat sekali. Dia cemburu pada akhlak Khairul yang begitu ramah dalam memberikan khidmat kepada pelanggan. Nizam berhenti berfikir apabila sakit kepalanya kembali berdenyut-denyut. Dahinya berkerut menahan kesakitan. Nizam duduk bersandar sambil memejamkan mata. Dengan lafaz Bismillah, Nizam mula membaca ayat surah lazim yang dihafaznya.

-------------------------------------

Nizam terlelap sebentar dan tersedar. Sakit kepalanya telah berkurang. Perhatiannya kini kepada bunyi tapak kaki dan pada bayang manusia yang akan memasuki ruangan kliniknya. Nizam tersenyum apabila melihat seorang makcik berumur dalam lingkungan 50-an melangkah memasuki kliniknya.

"Assalamu'alaikum" Makcik Rodziah memberi salam. Nizam melihat makcik tersebut termegah-megah kepenatan.
"Wa'alaikummussalam makcik, duduklah. Penat Makcik datang balik ke?"
Nizam mempersilakan Makcik Rodziah duduk.
"Hm.. macam inilah selalu. Tapi alhamdulillah, baik sikit daripada dahulu. Dulu makcik tak boleh naik tangga langsung. Penat." jawab makcik Rodziah sambil mengeluarkan dompet dari beg bimbitnya.
"Hurm.. Nak, ubat yang tu berapa harganya. Khairul kata nak beri pada makcik 60 ringgit. Yang mana satu,makcik taktahu." Sambung Makcik Rodziah sambil menuding ke arah Madu campuran 7 herba arab.
"Makcik dan amalkan kandungan madu yang ini? Saya syorkan untuk makcik amalkan yang ini sebulan atau dua bulan, kemudia baru berpindah pada yang lain." jelas Nizam.
"Dah nak. Dah 2 botol makcik habiskan, dalam 2 bulan juga." Jawab Makcik dengan nafas yang jelas kepenatan.
"Ohh..Makcik cuba yang ini." Nizam mencapai produk madu yang bergabung dengan habbahtus sawda'. Kemudian Nizam menerangkan cara pemakanannya.

"Madu ni makcik, nanti makcik sediakan satu cawan air dingin/suam, Makcik campurkan dengan satu sudu teh madu. Makcik gunakan sudu plastik yang saya berikan ini. Jangan guna sudu besi, nanti reaction tindak balas chemical tu akan buatkan khasiatnya hilang. Dimakan bila waktu perut kosong. Seeloknya pada waktu malam sebelum tidur dan bangun pagi. Jangan simpan dalam peti ais."

"Ya, Khairul dah terangkan dekat makcik hari tu, ni minum kena kacau ikut lawan jam dan selawat kan? Haa..ni makcik nak tanya, boleh tak pesakit ghout yang teruk amalkan penawar ni?"

Nizam tersenyum. "Insya Allah Makcik, boleh. Lagipun dah agak ramai juga pesakit ghout yang berkunjung ke pusat rawatan kami telah sembuh dengan izin Allah. Inilah berkatnya bila kita kembali pada tuntutan Al Qur'an dan Hadith. Sebelum ni pun ada pesakit ghout yang datang sampaikan kami terpaksa papah, dukung naik ke atas untuk buat pemeriksaan. Alhamdulillah, kini dah sembuh setelah 3 tahun menderita sakit ghout."

'Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat penyembuh bagi manusia.'( An Nahl : 69 )

'Sabda Rasulullah S.A.W ; Tetaplah kamu berubat dengan Habbahtus Sawda ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali mati.'
( Hadis Riwayat Muslim)

Insya Allah makcik, segala penyakit boleh sembuh. Keyakinan saya berlandaskan pada jaminan Al- Qur'an dan Hadith." Nizam menjelaskan sambil melihat makcik Rodziah yang bersungguh-sungguh mendengar. Dilihatnya penat pada makcik itu semakin berkurangan.

Nizam mengambil beberapa helai kertas dan berikan kepada makcik Rodziah. "Makcik, nanti kalau ada sesiapa tanya makcik lagi, makcik berikan kertas ini. Insya Allah, pada sesiapa yang telah penat berubat selama bertahun-tahun, makcik boleh syorkan gunakan kaedah penawar dari Al-Quran dan Hadith. Kandungan dan dos yang kami syorkan adalah berlandas kitab tibbun nabawi, kaedah perubatan zaman Rasulullah S.A.W."

Makcik Rodziah mencapai kertas yang diberikan Nizam dan kembali bertanya, "Nak, macam mana kalau makcik nak amalkan madu tualang yang kita orang melayu selalu makan tu?" Makcik Rodziah kembali menatap wajjah Nizam.

Nizam masih tersenyum," Alhamdulillah,yakin dengan janji Allah dalam madu adalah penawar. Makcik, dari apa yang saya belajar, Madu Malaysia yang beriklim khatulistima, mempunyai kandungan air melebihi 15 %. Khasiatnya berkurang apabila kita masukkan ke dalam botol kaca yang mempunyai tindak balas tertentu."

"Madu yang kami gunakan adalah dari Iran. Kalau ikut ranking, adalah ke 5 terbaik dalam dunia. Kandungan air dalam madu nya adalah kurang daripada 15% yang amat sesuai untuk tujuan perubatan."

Makcik Rodziah mengangguk faham. Terdorong dengan rasa bersemangat untuk menerangkan lebih lanjut, Nizam menambah, " Makcik, saya lihat dalam video, Israel sudah membuat kajian terhadap madu lebih 17 tahun dan telah menjadikan madu sebagai ubat rasmi dalam hospital-hospital mereka. Seharusnya, kita sebagai umat Islam, lebih yakin dan percaya akan jaminan Allah dan Rasul menjadikan madu dan habbahtussawda' sebagai penawar. Insya Allah makcik ye?" Nizam tersenyum sambil meminta maaf kerana mungkin telah mengambil masa Makcik Rodziah.

"Takpa lah nak, bukannya makcik ada kerja apa-apa. Tinggal pun kawasan berhampiran sini je. Insya Allah,nanti makcik mai lagi ya? nak bawa anak makcik sekali. Assalamu'alaikum."

"Wa'alaikumusssalam. Terima kasih makcik." jawab Nizam sambil menghulurkan kotak madu dan menerima duit bayaran darinya. Nizam kemudiaanya mengiringi makcik Rodziah menuruni tangga.



------------------------------------------------------

Suasana hiruk pikuk murid-murid yang bermain tidak lagi kedengaran. Sesi pengajaran sudah bermula. Safi menuju ke bilik kaunseling untuk menyiapkan laporannya. Dia sedikit mengeluh apabila mengingatkan bahawa pensyarah akan datang menilainya pada keesokan harinya. Bagaimanapun, Safi cepat-cepat menyedarkan dirinya bahawa dia sudah bersedia. Laptop yang dibawanya diletakkan di atas meja tetamu. Sememangnya dia telah mendapatkan kebenaran untuk menggunakan bilik kaunseling untuk sebarang aktiviti perbincangan atau untuk menyiapkan tugasan harian yang perlu dilakukannya daripada guru besar sekolah, Haji Shuib.

Safi duduk bersimpuh menghadap laptopnya. Dibuka pada folder dan fail yang berkaitan. Disemaknya sebarang kesalahan yang mungkin wujud sebelum diserahkan kepada pensyarah yang menilainya esok. Tumpuan Safi terganggu apabila handset miliknya bergetar. Safi membuka sms yang diterimanya.


Shu

Salam.. Safi! watpe skrg? Lama tk dgr khabar?
ehem2..dah bt kenduri makan nasi minyak ke?



Safi tersenyum melihatkan sms yang dikirim daripada sahabatnya, Shuhada. Mereka berkenalan sewaktu sama-sama aktif dalam persatuan Pusat Islam dahulu. Kini, Safi sedang menjalani latihan praktikal dalam proses menjadi seorang guru.

Mungkin sahabatnya kini akan terkejut sekiranya dia memberitahu bahawa pertunangannya dengan Syafiq, lulusan sarjana daripada Al Azhar, Mesir telahpun diputuskan. Safi mengeluh kenangkan perbincangan antara dia dan Syafiq..

"Safi, umur abang dah mencecah 26 tahun, Safi kena faham. Abang taknak tangguhkan pertunangan kita lama-lama. " Jelas Syafiq.
"Abang, bukannya Safi tak faham abang. Tapi sebelum pertunangan lagi Safi dah jelaskan Safi hanya akan menikah selepas Safi habis belajar, dan itu keputusan Safi. Abang sendiri setuju dan datang meminang Safi." jawab Safi,lembut.
"Tapi Safi, abang takut jadi fitnah antara kita." Jelas Syafiq.
Safi terdiam dan cuba memahami maksud Syafiq. "Fitnah? Apakah fitnah yang dimaksudkan? Hanya sekali sahaja aku dengan dia berjumpa, saat majlis pertunangan. SMS dengan berbual di telefon sahaja jarang-jarang sekali, fitnah apa yang mungkin wujud?" getus hati Safi. Dia kemudian menyambung perbualannya dengan Syafiq.
"Abang..terpulang kepada kehendak abang. Tapi Safi muktamad dengan keputusan Safi. Safi hanya akan bernikah selepas Safi habis belajar, setahun akan datang." Safi mematikan perbualan di telefon bimbitnya. Geram dan merajuk. Al maklum, hati perempuan. Namun hatinya masih tertanya-tanya apakah fitnah yang dimaksudkan oleh Syafiq. Dia agak tersentak apabila telefon bimbitnya bergetar menerima sms daripada Syafiq.

Syafiq
Terpulang pada Safi.
Tempoh yang abg bagi utk Safi cuma akhir tahun ini.
Kalau Safi masih tetap dengan keputusan Safi,
abg akan putuskan pertunangan kita melalui ibu bapa abg.



Safi geram. Air matanya berlinang. Safi melepaskan telefon bimbitnya di atas tilam dan menghempaskan badannya meniarap. Dicekup mukanya dengan bantal dan menjerit perlahan.

"Dia beria-ria datang merisik dan meminang aku. Kemudian tak sabar-sabar nak bernikah! Bukannya aku boleh lari. Faham lah sama! Cuma setahun lagi sahaja!" jerit hati Safi. Datang pula bisikan-bisikan mencelah,"Sudahlah Safi. Bukannya dia ambil berat tentang kau. Kau demam 3 hari pun dia tidak tahu. Sudah lah. Minta putus sahaja."

Safi bangun beristighfar. Dia mengelap air mata dan hingusnya dengan kain selimutnya kemudian dilemparkan ke sisi tilam. Safi bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Dia masih belum solah Isya'.


------------------------------------------

Safi segera tersedar daripada lamunannya apabila loceng sekolah kedengaran kuat. Safi beristighfar sambil membetulkan tudungnya. Dilihatnya screen laptop telah menayangkan gambar-gambar foto nya yang comel. Ditutupnya laptop dan bersedia untuk ke kelas. Safi cuba menenagkan dirinya. Dia tidak mahu kelihatan monyok di hadapan muridnya. Dia senyum dan melangkah dengan penuh keyakinan.

"Insya Allah, aku yakin dengan jodoh yang telah ditetapkan Allah kepadaku."





------------------------------------------------------

Safi tersenyum ceria selepas keluar daripada kelas. Melayani karenah muridnya adalah sangat menghiburkan. Kanak-kanak yang belum lagi pandai berbohong. Kalau adapun yang suka bercakap besar, dapat dikesan dengan jelas perwatakannya. Kanak-kanak yang putih bersih daripada pelbagai kotoran dunia. Safi melangkah dengan perasaan riang gembira.

Safi tersenyum, dia kembali mengingati bahawa dia adalah seorang maksu yang bersikap 'kejam' terhadap anak buahnya. Seringkali dia membuatkan sekalian anak buahnya menyimpan perasaan geram dan dendam kepadanya. Mana tidaknya, Safi sering merampas gula-gula dan barang hiasan atau mainan kepunyaan anak buahnya. Safi begitu gembira melihat muncung-muncung yang terbit dari bibir merah kesemua anak buahnya. Perkataan 'maksu jahat, maksu jahat' sudah lali di telinga. Safi tersenyum puas. Sungguh tidak disangka dirinya kini menjadi seorang guru. Suka benar dia ber'interaksi' dengan semua murid asuhannya.

Hari ini, Safi sengaja meminta Hanif berdiri di hadapan kelas. Dia cuba melakukan 'eksperimen'. Safi dapati Hanif adalah seorang yang pemalu dan cuba melihat sama ada Hanif mampu atau tidak untuk berhadapan dengan orang ramai iaitu semua murid-murid kelas 3 murni. Safi dapat melihat wajah Hanif yang kemerahan dan tertunduk-tunduk malu.

Safi melihat Hanif yang sedang menunduk terkumat-kamit melafaz sesuatu. Safi merasa hairan lalu bertanya. "Hanif, Hanif baca apa?"

Hanif terkejut dan bacaannya terhenti. Dia mula berfikir.."Aaa...Hanif baca Alam Tarokai...aaa...surah Al Fiil..Cikgu" cakapnya terketar-ketar. Kakinya mengkuis-kuis lantai dihadapannya, dia menunduk malu.

"Kenapa Hanif baca surah Al-Fiil?" tanya Safi sambil melahirkan ekspresi wajah ceria. Sungguh, pengalaman bersama Hanif adalah suasana yang baru baginya.

"aaa..sebab abang Nizam kata, kalau Hanif takut atau gementar, abang Nizam suruh baca surah Al-Fill, nanti boleh jadi berani." Ujar Hanif.

Safi tergamam. Sungguh besar pengaruh si Nizam dalam mendidik adik-adiknya. Hinggakan pada saat begini, adiknya, Hanif dapat mengingati setiap pesan yang disampaikan olehnya. Mungkin hasil dari kebiasaan Nizam mendidik adik-adiknya. Sentiasa dengan nilai-nilai kehidupan islami.

"Um..Hanif takut?" tanya Cikgu Safi dengan lembut dan senyum. Safi mengawal senyumannya agar senyumnya tidak terlihat seperti senyum mengejek tetapi sebagai senyum yang mendorong.

Hanif tidak bersuara. Hanif cuma mengangguk-angguk sambil kakinya masih tetap menguis-kuis lantai simen dihadapannya. Hakim terus pula mengetawakannya namun tidak diperdulikan Hanif.

"Hanif, Cikgu minta tolong Hanif mengaji ayat yang Hanif ingat boleh? Cikgu nak murid-murid semua rajin mengaji lepas tengok Hanif mengaji nanti. Boleh?" rayu Safi dengan lembut.

Hanif cair dengan pujukan Safi. Hanif mengangguk. Hanif mula mendongakkan kepalanya ke atas. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak melihat ke arah Hakim yang sangat menyakitkan hati baginya. Safi dapat melihat sinar-sinar keyakinan yang terzahir dari raut wajah Hanif. Bismillah...

Sekalian kelas terdiam apabila mendengar ayat hafazan yang diucap oleh Hanif. Mungkin kerana setelah diberi amaran oleh Safi untuk diam atau kerana mereka betul-betul mengikuti, menghayati bacaan Hanif. Safi sendiri agak terkejut dengan hafalan murid kecil dihadapannya. Hanif bukan lagi seperti budak yang malu-malu mengkuis-kuiskan kakinya. Hanif kini adalah seorang murid darjah 3 yang sedang melantunkan bacaan ayat-ayat lazim Al- Quran dengan lancar. Dengan wajah yang yakin dan berhati-hati dalam melafazkan hafazannya. Masya Allah..

Safi melangkah riang, untuk mempunyai seorang murid seperti Hanif dalam kelasnya adalah sangat menyenangkan. Bangga, mungkin. Safi bersyukur kerana ditemukan Allah pada generasi yang lahir dari keluarga yang utuh mengamalkan asuhan islami. Safi tersenyum bahagia. "Anak ini di tanganku, kan ku jaga dia selama dia di tanganku."

Safi masih ingat persoalannya tadi selepas Hanif berhenti dan kembali menjadi malu untuk memandang murid-murid dihadapannya.

"Kenapa Hanif tak masuk sekolah agama? Hanif pandai baca Al-Quran." Soal Safi kebudak-budakan.

"Abang Nizam nak Hanif sekolah agama, tapi ummi nak Hanif sekolah sini. Sebab sini dekat. Abang Nizam kata kalau Hanif nak berjaya kat dunia dengan dapat masuk syurga , Hanif kena jadi hafiz. Nanti Allah bagi abah dengan ummi pakai makhota dekat padang mahsyar sebab Hanif jadi hafiz."

Safi kagum malah mula menyintai Hanif,anak murid kesayangannya.

----------------------------------------------------------

Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.