CeLoTeH...










Salam...

Hujung bulan Jun..Sekejap je masa berlalu. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Bersama muhasabah... ~take five~

Sebolehnya nak ambil cuti je pada hujung bulan. Senang. huhu.. sebab hujung bulan ni nak kena audit akaun, kemaskini dengan claim bonus untuk ahli-ahli. Nak CUTI!!!

Masa hujung bulan boleh lihat tahap kekemasan pejabat. Al Maklum, begitu banyak aktiviti di luar sehinggakan tak sempat ambo lapangkan untuk menulis. (azam nak buat buku nih.)

Ustz Din : Isyh hangpa..(sambil mengemas fail-fail..) Nak kena amik kerani perempuan juga ni. Berselerak meja.
ahmad fikry : (duk mengadap pc,berpinar-pinar biji mata lama mengadap tgk angka2) Kalu Ustaz Din amik kerani, saya mai lewat keja. saya takmau bt keja. tinggalkan meja tu. Sok saya kemas.
Ustz Din : Laa..kan dah kata sibuk sangat. Pening nak urus akaun lah, claim banus. Kata nak buat software..mana?
fikry : (Jegil mata juling2) Software? Saya nih dah 4 hari tak balik rumah. Sibuk mengalahkan menteri. Gi ekspo sana sini. Nanti dah maju sikit kita amik kerani banyak2, saya nak pindah buka cwgn tempat lain.

hehe..duhai..penat.

---------------------------









Inilah bilik ana..eh, silap.. bilik rumah peranginan. Hm, patutlah batu feringgi kena tsunami.

Average balik dalam 11.30-12.00 tgh malam. Buka buku, baca dalam 2-3 ayat pun dah tersengguk-sengguk. Letak kepala terus lelap..tahajud? dalam niat..

Kring.....kring.....
Ustz Din : fikry, dah bangun? meh turun surau solah jemaah subuh sekali.
Fikry : (tonyoh2 mata) syukur ustz kejut, saya dah tak sedar apa dah.

****ahmad fikry: terkadang selalu buat-buat tidur dalam kereta. Terdengar lah perbualan, "fikry letih sampai tertidur." huu.. Taknak kena bw keta jer sebenarnya,jalan sesak..hehe.

-----------------------------

















Salam...
Dalam keadaan terhuyung hayang balik rumah, singgah kejap di kedai fotostat untuk fotokopi sumthing. Terpandang pula benang bulu kambing segulung RM1.80. Ana amik dua.

Usai solah sunat, duk memikir nak jadikan hadiah simple dari barang ni. huhu.. moga Allah beri kelapangan masa yang bermanfaat kepada ana. Tak sempat nih. Gatai-gatai tangan nak beli barang nih.

Moga berhasil..ameen..

----------------------------















fikry : Abang nak kaler gak. Mesti abang menang punya!
Budak2 : Mana boleh! Abang dah tua.

Salah satu aktiviti di tapak ekspo. Suka tengok aktiviti budak-budak. Comel diorg ni. Hati pun bersih lagi. Sedap sangat lah kalu nak pulas-pulas cubit.

uhhh..ngantuk.
last post.

---------------------

Renungi sejenak.
Adakah kita punyai watak yang benar/ikhlas?
Adakah kita ikhlas pada kekawan kita?
Adakah kita ikhlas pada teman sekerja kita?
Adakah kita ikhlas pada perlakuan kita?
Adakah kita ikhlas mencerminkan jati diri kita, sebagai mukmin?

Paling utama, adakah kita ikhlas sebagai hambaNya?
Kenali diri..fahami watak.

hingga jelas pada diri
yg bathil itu bathil, yang dusta itu dusta.
dan..
yg haq itu haq, yang benar tetap benar.

Moga Allah golongkan diri kita semua dalam golongan mereka yang mukhlis.

ameen.
Share/Bookmark

Sang Pengaku Cinta

*************************

Sang pengaku cinta
luhurkah jiwamu
pada pengakuan mu?

Aneh...

Temukan pada ku
tanda-tanda kecintaan mu
biar ku lihat cahayanya
biar ku saksi kejernihannya

.......
Duhai sang pengaku cinta
air mataku menitis
lubuk hatiku sebak

mengapa keinginanmu
masih belum tertuju padaNya?
mengapa kehendak nafsumu
masih belum tertunduk sepenuhnya?

Sang pengaku cinta
alangkah sedihnya aku
saat kau berpaling tidak mahu
pada peluang kebaikan dihadapanmu

Sang pengaku cinta
aku membisik iman,
berusaha melonjak tanganmu
mencapai hidayah Nya
istiqomah jalan Nya.

Sang pengaku cinta..
sayu dan pilu aku
ketika nafsu menekanku
memijak-mijak bangunku
sedang kau tahu aku benar.
tidak kau bantu aku.

Sang pengaku cinta..
aku menghimpun jutaan rasa
takut dan harap pada Nya
sujud dan meratap dambakan ampunanNya.

Sang pengaku cinta,
ingin aku rasai dingin nya pelukan ibadah
sangat ku rindui hati yang syahdu berdoa
aku gembira menemani langkahmu
yang mengingatiNya sepanjang waktu.

Sang pengaku cinta
nyatakan cintamu
zahirkan ketulusanmu
sebarkan kehendakmu
pada rasa cintamu
Tuhan Yang Maha Agung.

Ahhhh..
semoga air mataku kini terhapus
pada penjara kerinduan ini.

Tetap saja ia mengalir..
..dan terus menyebut-nyebut..

Allah..Allah..Allah..
Daku rindu Allah..
Daku rindu Allah..

...sebak dan syahdu

Allah..daku rindu
pertemuan dengan Mu
yang redha pada ku..

mengakhiri lara
sang pengaku cinta

*********************

Share/Bookmark

Create the Environment !!

Salam..

Beberapa hari lepas, terlibat dengan program dakwah di sebuah kampong di kawasan pedalaman. Ana mengikut senior-senior yang khabarnya telah lama tidak menziarahi kawasan tersebut. Hampir setahun katanya.

Jumpa dengan Ustz Yahya dan disambut baik. Sangat-sangat mengalukan kedatangan kami dan kami kemudian dihidang dengan buah rambutan dan air kopi. Kemudian berjumpa dengan Ustaz Ismail yang kini bermastautin di kampung terbabit setelah beberapa tahun mengajar di pondok agama kawasan Pattani. Kampung yang daif tetapi selang sebuah rumah pasti ada gelaran ustaz.

Masya Allah, kemurahan hati penduduk kampung terzahir dengan pelbagai hidangan makanan yang disediakan. Sangat berbeza ketika buat program di kawasan taman-taman perumahan dan tempat lain. Dalam keadaan serba daif, mereka mampu memuliakan tetamu sebaiknya.

Buah durian.. Entah mengapa, datang sifat baharu ana iaitu ’mabuk’ dengan bau durian. Hari kedua, ana jadi pening, loya dan muntah-muntah setelah penduduk kampung menyediakan pulut+durian selepas Isyak dalam kuantiti yang agak banyak.. Malam itu ana berehat lebih awal. Minum madu dan tidur.

”Isy, ana rasa biasanya orang Malaysia ni tidak asing dengan buah durian..” Ustaz Shamsuddin hairan.
”Ana orang Uzbekistan..huhu”

--------------------------------------------------

Ana tangguhkan program untuk menghadiri kursus ”Merancang Kejayaan”. Alhamdulillah, suatu kursus yang sangat bermanfaat. Bermodelkan kisah-kisah sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W. Hijrah, Badar, Khandak dan sebagainya.

Peserta-peserta yang bersemangat,dan mendorong kita untuk lebih bersemangat. Tidak banyak yang ana timba dalam dua minggu dalam bidang takaful tetapi kami semua dikehendaki berucap.

”Selama dua minggu menyertai, masih banyak yang saya perlu belajar. Tapi apabila lihat semua peserta berapi-api, saya pun terasa berapi. Insya Allah, cawangan kami sentiasa ingin ’Top’ dalam bidang dakwah dan ’Top’ dalam penawar madu dan habbahtus sawda. Azam cawangan kami adalah untuk turut ’top’ dalam bidang takaful. Insya Allah, berkat dari sokongan dan doa semua.”

Dalam kursus, kami dikehendaki meletakkan target matlamat yang ingin dicapai. Dan menjelaskan usaha-usaha yang akan dibuat untuk mencapai matlamat. Kemudian akur janji yang menyatakan kesungguhan untuk melaksanakan.

Namun, memang lazim untuk masyarakat kita menggunakan waktu rehat bagi menjamu selera, berbual, dan berehat dan kemudian baru menunaikan solah bergilir-gilir. Itu sebabnya ana jarang wujud bersama kumpulan saat azan dilaungkan.
”Fikry, kenapa tak berehat sekali tadi?” tanya abang Adip.
”Saya pergi masjid. Dah makan lepas solah tadi.”
”Pejabat ni pun ada surau fikry. Macam lah kami ni tak sembahyang.”
”Hee..bukan macam tu abang. Macam kita belajar tadi, kita kena ada matlamat dan pelaksanaan. Macam saya, saya ada target yang perlu dicapai untuk akhirat saya, saya berharap sangat-sangat dapat tergolong dalam pemuda yang hatinya tertaut pada masjid atau pemuda yang dapat menjaga solah lalu mendapat redha dan syurga Allah. Sebab tu saya cuba melaksanakannya apa yang terdaya. Insya Allah.”

---------------------------------------

Usai kursus, terus kembali bersama program dakwah. Rosli meminta untuk beri sedikit tazkirah.

”Hidup kita sementara. Purata 60-70 tahun. Alangkah ruginya dalam jangka usia yang ada, tidak kita manfaatkan untuk mengenali Allah. Mungkin esok, nanti atau selangkah akan datang, ajal datang menjemput kita. Apakah persediaan kita?”
”Allah Maha Besar. Tiada sesuatu yang dapat menghijab Allah, Tiada sesuatu yang dapat menutupi Allah. Yang menghijab dan menghalangi hati kita dari mengenal Allah adalah dosa-dosa dan kelemahan iman hati kita. Bersihkan hati-hati kita dari segala belenggu yang menutupi kita dari mengenal Allah.”
”Seorang pelacur,manusia yang hina..memberi minum kepada anjing,binatang yang hina..Allah beri ganjaran syurga buatnya...”
”Tiga orang; hartawan yang dermawan, alim yang mengajar dan pejuang yang syahid, diheret dengan muka terlangkup, dicampak ke dalam neraka Allah..kerana apa?”
Kerana hati.. mafhum hadith Nabi,” Allah tidak melihat zahir rupa dan amalan kamu, tetapi Allah melihat hati kamu.”
”Bersihkan hati kita dari amalan yang beriman dengan kedudukan, pangkat, kuasa dan harta. Tiada nilainya dalam pujian, sebutan, kemuliaan, keagungan manusia. Ikhlaskan hati..ikhlaskan hati.”

Huu..tak dapat nak taip lagi..ngantuk. Ikhlaskan hati.

-------------------------------------------

Salam..

Biasanya perihal ana takut (segan sbnrnye) org pmpn nih cuma diketahui teman rapat sahaja.. Mula jd bahan ketawa oleh teman seperniagaan apabila rentetan siri ahmad fikry meng’hambat’ anak-anak dara keluar pusat rawatan. Huuu

Ana dah mula belajar memeriksa tekanan darah, kencing manis dan bacaan 20 sistem dalam tubuh.

Datang je 2 anak dara yang berpakaian sendat dan tidak bertudung (Ana rs bahaya) yang mahu diperiksa, ana akan menyuruh datang selepas waktu Zuhur, iaitu ketika giliran Abang Man

Datang pula seorang anak dara yang bertudung labuh ditemani ibu (Ana rs segan) yang juga mahu diperiksa, ana berikan alasan yang sama.

Last-last sampai ke pengetahuan Abang Man dan juga Ust Din..sb semua anak dara ana suh check dgn Abg Man. Digelaknya kat ana....huhuuu...takpe2.

Bulan skrg nih mmg elok sgt2 lah nak berpuasa sunat, dikatanya pula ana ni bujang tak tahan ujian sbb mengidam nk bernikah.. uihh,kasar... tkpe2

**Puan Maznah pun ada kata leh start bual dgn para lelaki dahulu tentang takaful kalau segan dgn pmpn. Eh, kronik sgt ke penyakit ana nih? Sampai Puan Maznah baru dalam 2 minggu kenal pun leh detect..takpe2..
---------------------------------------

Padan muka ana. Ketika mesyuarat, mamandai-mandai ana tekankan pentingnya komitmen yang perlu diletakkan untuk kita semua maju dalam perniagaan dan berhasil merealisasikan minuman madu sebagai penawar yang wahid dan minuman harian sebagaimana yang diamalkan Rasulullah S.A.W.

Dari jadual yang kosong jadi penuh dengan aktiviti. Siapa lagi yang perlu bagi contoh komitmen yang lebih kalau bukan ana? Huhu...padan muka ana. Kadang-kadang tu lepas solah di masjid, sengaja manja2 kucing minta dikurangkan aktiviti. Ust Din tak luluskan..huhu

--------------------------------------

Ceramah perubatan Islam di surau Taman Seri Bayu juru. Ahli panel pertama, Abg Osman. Sesi penggulungan, ahmad fikry.

Masya Allah, gugup juga ye tp alhamdulillah blh cover. Akan diperbaiki dari masa ke semasa. Kena belajar dgn minta nasihat dari mereka yg arif nih.

--------------------------

Haih.. nak taip pasal kepentingan membuat amal kerohanian agama dalam rumah ni. tangan tak leh menaip pula. Insya Allah akan datang, selagi nyawa dipinjam Allah.
Share/Bookmark

Capek

salam...


Dalam sedar tak sedar, ana rasa keletihan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri.. Haih.. jadi biol sikit. Astaghfirullah.

Mungkin ana banyak menghabiskan masa di pusat rawatan lebih dari rumah, berehat. Bila ada masa, ana lapangkan dengan membaca..mendownload bahan bacaan yang menarik dan uhurm...layan naruto sikit-sikit. (sikit jer)

Muhasabah kembali..apa yang ana telah pelajari minggu ini? Amal apa yang meningkat dalam diri ana? Kebaikan apa yang telah terzahir dengan izin Allah?
....kosong?

Penat itu datang dengan sendiri, bebal dengan code-code perisian yang tidak dapat difahami, susun atur proses yang rumit..mencadangkan untuk mengasah kembali ilmu yang telah berkarat dalam membangunkan website.

Pening dengan pengaturcaraan perisian yang cuba ana bangunkan untuk memudahkan kemasukan aliran tunai jualan,stok dan invois bonus untuk ahli. semakin bertambah dan merunsingkan. Memandai cadangkan diri nak bangunkan satu software yang memudahkan urusan dokumentasi syarikat, malah mengimpikan untuk mengedar dan menjual perisian tersebut kepada bakal 5 stokis yang akan tumbuh. Panjang angan ko fikry...

Huhuhuhu...gigit telinga Adham!! Belasah Hakim!! dan mengusik emak!! huhu..

Alhamdulillah, amanah dan tanggungjawab yang diberi, akan dipikul sebaiknya.
Menyusup dalam di sanubari,
" Tiada daya dan kekuatan hanya melainkan izin dari Mu, Ya Allah."
"Permudahkan urusanku, percantikkan akhlak ku, tingkatkan taqwa ku, agar setiap langkah lebih dekat dan dekat pada Mu."
"Ya Allah, berikanlah padaku kefahaman para nabi, hafazan para rasul dan ilham para malaikat yang dekat dengan Mu ..ameen."

"Tiada daya kekuatan tanpa izin dari Mu, Ya Allah."

**ahmad fikry : Azam!! : masa yang mendatang akan menjadi mukmin yang terbaik akhlaknya, terbaik amalannya, terbaik lisannya..pada kadar usaha yang terbaik oleh ku dengan kehendak Mu. Ameen..
Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.