Wasiat Syeikh Sya'rawi untuk Kita

"Dan sesungguhnya aku Tuan Presiden,

Aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq.
Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.
Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya.
Samada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.

Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.
Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah.
Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka.
Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu.
Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).

Allah S.W.T telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah S.W.T kata?
“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan(Namrud)."
(surah al-baqarah :258)

Maka kekuasaan itu Allah beri kepada sesiapa yang dia mahu.
Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah.
Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah.
Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah.

Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya.
Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.
Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Wayamkuruuna wayamkurullah.”
(dan mereka merancang(perkara yang jahat) dan Allah juga merancang.

Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.”
(Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga)

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta.
Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya."

Wahai Tuan Presiden,
Aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!

“Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar).

Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami)."


:: ahmad fikry :: ana begitu terkesan dengan kata-katanya. Berbekas di hati
Share/Bookmark

Resepi : Karamel Ramadhan

Assalamu’alaikum..

Resepi yang chef ingin tuliskan di sini adalah..ehem..
“Puding Karamel Ramadhan”


...sekadar gambar hiasan






Resepi ini mempunyai nilai nostalgia bagi ana pada bulan puasa kerana
pada kali pertama ana membuat karamel adalah untuk hidangan berbuka
puasa tahun yang lepas. Sedikit karamel dihantar ke rumah tok ana.

Uniknya adalah walaupun tak berapa menjadi bentuknya, tetapi arwah tokwan,
Hj Abu Bakar amat berselera menghabiskan karamel buatan cucunya ini.
Masa tu arwah sudah sakit-sakit dan tidak punya selera makan.
Dapat tahu arwah berselera habiskan karamel ana pun sudah menggembirakan ana.

Moga Allah permudahkan ana untuk membuat lagi karamel ini.


(untuk hidangan dua orang)

Bahan-Bahan;
-untuk karamel;
1) 4 biji telur
2) 1 tin susu cair
3) 2 sudu teh gula

-untuk ’gula hangus’
1) 3 sudu besar gula
2) sedikit air.

Cara membuatnya;
1)Masukkan bahan-bahan untuk dibuat karamel tadi di dalam mesin pengisar
(blender) dan kisar sehingga sebati.
2)Untuk gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali dan panaskan sehingga
gula mencair dan berwarna keperangan.
Masukkan sedikit air dan kacau jika gula melekit.
3)Dengan cepat, tuangkan ’gula hangus’ tadi ke dalam mangkuk
yang berbentuk cantik. (untuk nilai estetika)
4)Tuangkan bahan karamel yang dikisar atas gula hangus tadi
dan kemudiannya di masukkan ke dalam peti ais.
5)Setelah membeku, tekapkan mangkuk tadi atas piring dan
keluarkan dengan perlahan. (Huhu..boleh pecah karamel)
Share/Bookmark

25 KenaNGaN MaSa KeciL Ku

Assalamu'alaikum

Banyak dah yang lupa tentang kenangan waktu kecil.

1)Suka kejar dan pijak anak ayam bila balik kampung.(kesian tok)
2)Takut dengan angsa. (sekarang tak..)
3)Selalu tlg emak bt kuih tetepi tidak pandai menjaja. Suka tunggu
di tangga dan balik ke rumah dengan jumlah kuih yang sama sedangkan
Kak Long dah habis jual.
4)Pernah lompat dari atas papan gelonsor rebutkan towel. Abah yang
dukung balik, sambil bagi main ranting pokok. (??)
5)Suka mengamuk. Suka hempuk dahi di dinding bila botol susu
tak sampai-sampai. Besar punya botol (ada gambar..haha)
6)Nakal dgn kwn-kwn. Naik tingkat atas rumah pangsa yang kosong
mencari anak burung.
7)Suka komik sampai simpan duit sekolah, tak makan. Tapi bila bosan
selalu bakar semua komik (huhu)
8)Sangat suka mengadap TV melihat kartun tak kira bahasa.
9)Suka mencipta macam-macam. Baiki mainan rosak, rosakkan mainan elok.
10)Sangat suka bela ikan. Selalu perhi memancing dan menyauk ikan.
11)Kaki bangku tapi suka main bola. Kalu dapat jaring gol, akan gembira
berhari-hari.
12)Suka ikut kawan mandi sungai dan lombong. Selalu lemas sebab
tidak tahu berenang.
13)Suka duduk di perpustakaan masa cikgu takda atau masa rehat, membaca
buku tentang wali-wali Allah dan buku-buku islamik.
14)Sangat jarang makan di waktu rehat semasa di sekolah. Suka berpuasa dan
balik makan di rumah.
15)Istiqomah pakai songkok sejak daripada tadika hingga ke tingkatan 5.
16)Berkali-kali jatuh basikal. Jatuh, jatuh dan jatuh.
17)Suka makan coklat choki-choki.
18)Suka minta emak carikan susu segar(kambing,lembu). Nak jadi badan besar.
19)Pernah amal makan telur mentah (uwekk)
20)suka melukis, menconteng dan menulis
21)suka mengikuti pelajaran ilmu pertahan diri.
22)cuti sekolah suka kerja buat rumah, angkat bata dan bancuh simen.
Selalu tlg emak di kebun.
23)Suka jadi muazzin di surau.
24)Suka cari pasal dan gaduh dengan Kak Long
25)Suka nangis, zikir bandingkan kelemahan diri dgn kedudukan para wali Allah mengikut cara seorang budak..huhu
Share/Bookmark

Ramadhan!!

Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah, usai melakukan program di sebuah kawasan perumahan. Untuk meningkatkan kecintaan pada Bulan Ramadhan dan juga menarik golongan remaja khususnya pelajar yang sedang bercuti. Berehat sebentar dari bidang perniagaan.

Tiada kata dapat menggambarkan betapa syukurnya hati ini. Nikmat demi nikmat datang menjengah. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah.

Sepanjang program dalam menghimpunkan para pelajar yang cuti dalam kawasan perumahan tersebut, pelbagai keletah dan ragam remaja yang dihadapi. Pernah Haji Talib, pengerusi kawasan perumahan mendekati lalu bertanya, ”Apakah usaha dalam menarik remaja-remaja melayu yang terbabit dengan gejala rempit, lepak dan sebagainya? Pernahkah ada usaha untuk mendekati golongan ini?”.

Terfikir sejenak. Memang begitu persoalannya. Kalau diiklankan atau dikhabarkan akan program masjid yang melibatkan remaja, pastinya yang datang hanya segelintir pelajar yang biasa dengan masjid dan disuruh ibu bapa. Bagaimana dengan keadaan mereka yang jauh dari suasana sebegitu?

KECUALI..dipelbagaikan aktiviti seperti bola sepak, dan sesi2 lain yang digemari. Tapi tujuan program kali ini memang semata-mata untuk memupuk kecintaan pada masjid dan bulan ramadhan. Tazdkirah dan sesi taaruf sesama jemaah yang hadir.

Satu pasukan telah dibentuk untuk mendekati golongan remaja sebegini.

Ana termasuk dalam pasukan tersebut. Dalam mendekati golongan remaja yang begini, cara pendekatan yang digunakan harus berbeza. Tambahan apabila melihat budaya dar remaja lelaki yang memakai rantai, gelang, gaya rambut yang berbagai, pakaian yang koyak rabak sana sini. Macam mana nak tarik mereka.

Masih ana ingat kata-kata salah seorang mentor ana dalam bidang perniagaan,
” Kalaulah tok siak kampung saya dulu tak ajak kami biasakan diri dengan masjid untuk bersolat walaupun dengan keadaan pakaian dan keadaan kami yg teruk, pasti takkan terdetik rasa malu di hati saya dan rasa ingin berubah. Mungkin sekarang saya masih bersama teman-teman yang sekarang telah menagih dan sebagainya”

Menangani bantahan dalam golongan remaja yang bermasalah adalah satu pengalaman. Dari segi percakapan mahupun dalan body language, adalah satu cabaran untuk peka dalam menarik perhatian mereka. Masih ingat lagi saat semua tertawa bila ana mencabar mereka untuk datang ke program, ”Amacam? Ada berani?”

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Dapat lagi satu skill memasak. Kari daging dan nasi daging. (Daging kena basuh dengan tepung ek?..hehe)

Kesan pada diri ana adalah untuk mencintai bulan Ramadhan dan berlumba-lumba untuk dapatkan kebaikan darinya, dan tidak kurang juga tazkirah dari Rashid yang menyampaikan tentang kasih Rasulullah SAW yang mendalam pada umat akhir zaman.
Wallahu’alam.

::ahmad fikry::
Sempena Bulan Ramdhan yang mulia, ana ingin meminta sedikit masa para pembaca sekelian untuk mendoakan kejayaan ”Pusat Mu’amalah Islam”, insya Allah..yang akan kami tubuhkan. Dan dalam perangkaan jangka masa yang panjang, sebuah madrasah tahfiz untuk masyarakat sekitarnya. Doakan..ameen.





























bangunlah sahabat dari selimutmu..hee
satu sesi pagi di Perak
Share/Bookmark

Al HikMah WaL FadhilaT SakiT

Salam..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.

Selama ini, kerjaya sebagai perawat membuatkan ana secara tidak sedar, memandang ringan akan perkara yang dikatakan 'sakit' atau 'penyakit'.

Alhamdulillah, Allah tidak pernah membiarkan ana terleka..dengan rahmatNya, ana jatuh sakit.

Pada masa yang sama, faham lah ana apa itu yang dikatakan sakit. Takkan ana ambil ringan akan perasaan pesakit yang datang berkunjung ke pusat rawatan. Kesembuhan yang diberikan Allah pada pesakit-pesakit sebelum ini adalah semata-mata dari rahmat Allah, namun datangnya 'sakit' tetap juga sebagai peringatan buat manusia.

Dan, ana mulai mengamalkan penawar madu dan habbahtussawda walaupun sesibuk mana pun ana. Takkan ana lupa lagi. Insya Allah.

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.


ahmad fikry :: walau didiagnos punya 1000 penyakit sekalipun, takkan ana sangsi kesahihan firman Allah dan Hadith Nabi akan penawar yang terkandung dalam Madu dan Habbahtussawda.

"Tetaplah kamu dengan Al Habbah Al Sawda, kerana ia merupakan penawar bagi segala penyakit kecuali mati." (HR Bukhari)

--------------------------
Share/Bookmark

~ Rintihan Syahdu ~

****************************

Langkah ku semakin lemah
penglihatanku semakin kabur
Kepala ku terasa semakin berat
Ya Allah,..
berat rasanya azab sakit ini.

Ya Allah..
berikan aku kesempatan
untuk mengenal dan dikenal
untuk mencintai dan dicinta
pada Mu, Ya Allah
hanya pada Mu, ya Robbi.

Ya Allah, ampunilah daku
kerna terleka dalam buaian dunia
terlalai dari mengingati Mu,
dari mencari Mu..

Ya Allah,
suburkan hati ini..
sungguh..dalam kesempatan usiaku
ingin sekali aku mengenal Mu
ingin sekali aku makrifat pada Mu

Ya Allah...
zahirkan alam barzakh dalam hatiku
wujudkanlah alam akhirat dalam jiwaku
semaikanlah benih syurga dalam impianku.

agar hidup dan penghabisanku
menyembah sujud dalam redha Mu

ameen..ya Rabbal a'lamin.


****************************
Share/Bookmark

JourNeY to The PeraK

***********************************




***********************************



Gambar mana tah ana cekau..huhu.

Salam. Alhamdulillah, selamat perjalanan dari perak. Selama dua hari di Kg Gajah, Perak. Kami berhasil menjalankan program untuk pemeriksaan kesihatan percuma dan pemasaran produk halaggel. Alhamdulillah, ahli dan stokis yang sedia ada turut mendapatkan produk halagel.

Seronok rasanya dapat ber'loghat' perak dengan para perakian di sana. Sesekali cuba meniru loghatnye. Mungkin kerana banyak tersengih, dapat lah azab pening kepala.

Petang hari pertama, ana menghabiskan masa dengan tidur. Sangat baik hati orang kampung di sana. Ana dilayan macam raja. huu..tak sakit pun rasa nak buat2 sakit.

Sepanjang malam memanfaatkan masa di masjid, sangat terkesan dengan tazkirah yang diadakan.

Kontra nya, walaupun dalam kawasan Felcra, ana lihat kebanyakan para remaja wanita tidak bertudung. Kesedihan menggamit perasaan. Suasana begini telah wujud dimana-mana. Mudarat daripada dakyah televisyen menyampaikan budaya nasrani walau di mana ceruk berada.

Allah humma Ya Allah, selamatkan kami dari azab neraka dan lindungi kami daripada keterlibatan dalam bermaksiat pada Mu, dari murka Mu...ameen.
Share/Bookmark

~ PieCe of Me ~

********************************



**************************************

assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, nyawa dan nikmat kesihatan telah dikurniakan Allah pada ana dan anda semua. Tambahan pula dengan penularan wabak H1N1 yang kian membimbangkan. Saat ini, kita masih bebas daripada wabak itu dan mungkin saja esok saatnya kita akan dikuarantin.

Saudara saudari yang saya hormati, ingatkah kita pada betapa luasnya anugerah Allah pada kita, hambaNya. Takkan dapat dihitung segala nikmat yang dianugerahkan pada kita selama hayat dikandung badan. Bersyukurkah kita?

Pernah ana ingat satu tazkirah dari ustaz..
"Kalau sekiranya Allah menghantar bil setiap kali hujung bulan untuk claim bayaran pada udara-udara yang kita sedut, air yang kita minum, makanan yang kita makan, dan pelbagai nikmat lain kurniaan Nya..mampukah kita membayarnya? Hatta manusia yang paling kaya di dunia pun akan muflis serta merta. Inilah sifat Rahman Allah yang tiada tandingannya."

Masya Allah.. dengan diri, harta, tenaga dan masa kita..sebanyak manakah yang telah kita korbankan di jalan Allah? Sejauhmanakah kehidupan kita mirip dengan kehidupan yang dituntut Allah? Marilah kita bermuhasabah...

Bandingkan usia kita..meningkatkah iman kita dengan sejalannya masa dan usia? dimanfaatkah segala ilmu yang dipelajari? Semakin baik kah akhlak kita sebagai seorang mukmin?

H1N1 hanyalah satu wabak daripada pelbagai wabak..yang kehadirannya sebagai peringatan dari Allah yang Maha Penyayang pada hambaNya yang leka. Saat ini, waktu ini, ketika ini..sempurnakah pengabdian kita kepadaNya? bersihkah hati kita dari segala noda? tuluskah perasaan dan prasangka kita padaNya?

Moga kita teruskan usaha pengislahan diri untuk mencapai satu kedudukan di sisi Allah. iaitu kedudukan orang yang bertaqwa di sisiNya.


:: ahmad fikry :: al-fatihah kepada arwahyarham Ustz Asri. Innalillahiwa inna ilaihirajiun.
Share/Bookmark

20 PeRKara Ttg SaYa?

Salam..

Apadia apa tag tu? huu.. siap award lagi.

20 perkara tentang diri ana. Banyak sangat laa..

1. Pendiam tapi suka berterus terang.
2. Pemalu
3. Seorang yang suka mendengar, mudah dan sukar membantah. (kecuali pada org yang pemikiran dia mmg salah berdasar hujah dan dalil berkaitan. Memang menyinga la ana tk kira status..huu)
4. Penyegan dengan perempuan.(dah brape tahun ye tak bercakap dgn pmpn ajnabi?)
5. Suka membaca dan menconteng
6. Suka sgt minyak wangi. Musuh pun leh jadi akrab kalu dia bg minyak wangi. huu..syg sgt2. (xda musuh lg)
7. Suka alam. Kalau tensen2 sgt tu, suka lah gi explore gunung atau hutan, sorg2 pun jd keje. Tgk Kebesaran Allah, damai hati.
8. gemar tomyam, sup dgn pajeri terung,ayaq asam. Gaul dgn nasi dgn sup penuh mangkuk..pergh..
9. tak gemar pulut, buah tempatan dgn keturunan siput,kerang dll.
10. Suka pedas tapi tak tahan dgn pedas..huu..
11. Terburu-buru dgn ketegaq bila risau atau geram. (bad habit)
12. Suka mengusik dgn org yg rapat. (suka pekena)
13. Setakat ni, tiada sape pernah tgk ana mrh kot? (kcuali adik2..hehe)
14. tak tahan bila lapar, blh mkn org. (dlm hati)
15. sedikit gila2 bila penat, letih dan sibuk.
16. Sangat2 tidak suka menjawab panggilan..(maaflah kwn2. habit. sms ok.)
17. Paling tak suka org tak reti nk flush lepas guna mangkuk tandas.
18. Suka ceramah kt diri sendiri sebelum tidur. (bila penat,letih biasanya)
19. Haa....suka kaler hijau lembut, biru lembut, koko, maroon dgn hitam.
20. suka minta nasihat, minta diceramah dgn mencari-cari jalan untuk mentarbiyyah hati, supaya dekat, makfirah pada Allah..(ya Allah...kenalkan kami pada Mu sehingga kami benar-benar mengenali Mu.)


Itu lah serba sedikit tentang diri ana. Apapun yang lebih mengetahui hanyalah Allah Azza Wajalla.

Nak kena tag org lain? hurm...siapa eh?

:: Tag Ini Dituju Kepada ::
Semua orang yang telah membaca...hoho.
Share/Bookmark

Sekilas LaLu

------------------------------




Salam...

Dalam menyertai ekspo, dapat juga ana melihat baju tshirt muslimah labuh yang ada harga offer. Sambar satu untuk saiz L. Kegemaran fadzillah, adik ana no 2 adalah warna pink tapi ana ikut warna kegemaran ana, hijau muda (sbb ana yg beli..hehe)

Sempat berbual-bual dengan peniaga dan ambil kad bisnes dia, mudah untuk ana cari supplier untuk baju muslimah ni. Bulan depan insya Allah beli untuk amirah, adik no 3 pula sebab dia pun dah mencebik rajuk..nak kaler itu juga.

"Nah..amik ni ilah. Sebab murah yang abang beli, kalu tak, abang tak beli."
"Kedekut."
"Bak balik sini"
"taknak, baju ni cantik.."
"Hurm, cukup bulan bayar abang 50 rgt, tambah duit minyak..hehehehe.."

ahmad fikry :: suka tengok para remaja muslimah yang mengenakan baju labuh dan tudung labuh. (tengok pada pandangan seorang abang...)


-------------------------------------



Pembinaan kedai kedua. eh..bukan.

Alhamdulillah, gambar proses pembinaan kedai yang berpindah ke ground floor. Setelah penat mengemas dan mengecat, adalah diharapkan jualan akan meningkat untuk bulan hadapan.

Objektif tetap sama walaupun terdapat beberapa pertambahan produk dalam kedai baru.
Bersama tegakkan mu'amalah Islam.

Cuti sehari akibat migrain kata doktor yang cuti panjang.


--------------------------



Huuu... terperosok sini lagi benang bulu kambing nih...
Memang tak ada masa langsung nak buat ni.
Insya Allah, akan usahakan untuk buat 'penunjuk' buat adik-adik yang malas mengaji Al-Quran. Step-step akan ditunjukkan pada post akan datang.

ahmad fikry:: doa dipermudahkan segala urusan.

---------------------------

Mengantuk...salam.
Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.