MenGHiRiS HaTi

.

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal.
- Saidina Ali r.a.

Berpenat lelah lah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan.. Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup ini diciptakan..
- Imam Asy Syafie rah.


Bismillah.
Assalamu'alaikum.

Kata-kata hikmah yang ana letakkan di sudut tepi blog ini. Ana sendiri sering terlupa akannya, dalam menghadapi ranjau kehidupan.

Setiap dari kita punya ujian dalam kehidupan. Dari pelbagai segi.. Malah setiap ujian punya hikmahnya. Sejauhmana kita mencari kelemahan diri dan meneroka kekuatan yang dikurnia Allah.

Dalam setiap keadaan, Allah SWT melihat hati kita. Susah mahupun senang, sihat mahupun sakit, lapang mahupun sibuk, kaya mahupun miskin, mulia mahupun hina.. Allah melihat apa yang terkandung dalam hati qalbu kita.

Kejernihan hati adalah hati yang sentiasa berserah kepada Allah. Dimana tersemadinya taqwa dan segala sifat mahmudah. Bisakah seseorang mengakui mencintai Allah sedangkan dia masih belum mengenali dirinya sendiri.

Ujian merupakan satu percubaan dalam menilai tahap keimanan kita. Dalam golongan manakah kita berada, wujud sifat apakah dalam diri, sesuci bagaimanakah jiwa yang dilanda ombak ujian.

Ujian pastinya menghiris hati, untuk membongkarkan apa yang terkandung dalamnya.


Terus teguh berdiri
menongkah kehidupan
menepis dugaan
menahan terjahan halangan

Terus garang mengaum
pada pendusta
menghapus fitnah
mengibarkan kebenaran

Terus tekad melangkah
landasan yang utuh
Al Quran dan Sunnah
dan lidah warisnya

Tersiat-siat perasaan ini
terbakar ruang emosi
berdarah luka sang hati
ku serahkan pada Ilahi.

wajar..
dambaanku..kesenangan hakiki
inginku..jiwa yang qudus
matlamatku..redha Sang pencipta

wajar..
kerana kesusahanku pasti sirna
kerana keletihanku pasti lesap
kerana kesedihanku pasti luput

Allah ya Rabbi
hanya pada Mu aku berserah.
pada janji Mu yang pasti.


ahmad fikry ; keletihan pasti hilang, kebaikan pasti kan terus kekal.
Share/Bookmark

SeTuLus IDeNTiTi

.


Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia keruh.
Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia mendung.
Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dengan iman.


Assalamu'alaikum.

SMS daripada seorang teman. Entah kenapa,rasa terkesan dengan sms yang dikirim selepas baca. Mengingatkan ana pada suatu pengalaman.

Alkisah, saat ana ditemuduga untuk suatu jawatan. Usai sesi soal jawab berkaitan kemahiran yang diperlukan, seorang panel bertanyakan tentang matlamat hidup ana. Sebagai seorang yang telah bersedia, ana menjawab lancar soalan yang telah ditanyakan. Berkaitan dengan masa depan, kerjaya dan harapan.

Panel itu bertanya lagi, apakah matlamat sebenar hidup fikry?
Ana terdiam. Berkatalah dalam hati, "Apa kes ni? tak dengar ke org jwb panjang lebar tadi?" Namun, apabila ana perhatikan wajah si panel,hati yang gemuruh menjadi tenang..

Matlamat sebenar saya adalah nak bahagia dunia dan akhirat. Nak usahakan kesempurnaan agama wujud dalam seluruh kehidupan saya. Nak capai keredhaan Allah selagi hayat dikandung badan. Hati saya, jiwa saya, ruhani saya sangat dahagakan kebahagiaan, yang mana dahaga itu hanya boleh dihilangkan dengan kasih sayang dari Nya. Dalam apa jua pekerjaan yang saya lakukan, saya mahu ia diredhai Allah. Matlamat kehidupan saya adalah menuju kepada Allah semata.

Ana lihat wajah bersih ahli panel yang tersenyum. Yang kemudiannya menasihati ana dalam beberapa hal dalam menjaga perintah Allah, tugas2 kita sebagai khalifah di bumi ciptaan Nya. Alhamdulillah..

Abis citer.
Sebenarnya, dalam perjalanan kita menghadapi kehidupan seharian, apakah yang telah mengubah kita? Ana pernah mendengar kata-kata; "semakin kita membesar, semakin sukar untuk kita mengakui,semakin sukar untuk kita meminta maaf."

Adakah hijab ilmu, jawatan, pengaruh kedudukan dan pangkat sedikit sebanyak telah merosakkan identiti kita yang sebenar? Yang mengubah kita menjadi seseorang yang lain. Terkadang, kita sendiri tidak tahu bilakah kita telah mencampakkan identiti diri yang tulus. Identiti diri yang sebati dan serasi dengan kehendak jiwa yang beriman.

Berikhlaslah dalam setiap urusan. Laksanakan setiap kehendak iman. Jadikan amanah itu hiasan diri, jujur dalam bicara, benar dalam perlakuan. Semaikan identiti perwatakan diri setulusnya sebersih salji, seindah pelangi. (ayat bunga..huu)

Ana suka pada budak2 kecil. Kerana wajah mereka, cakap mereka melambangkan hati mereka. Pastinya kita akan tersenyum saat ini, mengenangkan diri kita yang begitu naif..menangis bila sedih, ketawa bila gembira, cemburu dan merajuk bila dipinggir. Tiada siapa yang dapat merampas senyuman kita mahupun merampas sekudus identiti kita.

Mungkin tulisan ana tidak berilmiah, namun inilah coretan peribadi ana. Mungkin kebudak-budakan dan tidak disokong oleh teori-teori, namun inilah perasaan ana.

Kita adalah diri kita. Perasaan, keinginan dan kemahuan kita melambangkan perwatakan kita. Setiap dari kita dambakan kebaikan, dan tiada siapapun di dunia ini mendambakan keburukan dan tenteram dengan keburukan untuk dirinya.

Mungkin saja kita sering tersilap dengan perasaan marah, iri hasad, sombong..mungkin juga terkadang kita terpengaruh dengan kuasa, harta mahupun kedudukan..

..Namun,jangan terus hanyut dilambung arus nafsu dan cinta dunia. Kerana diri kita di dunia yang fana tetap jua akan kembali bertemu dengan Nya. Berlaku benarlah pada diri.

ahmad fikry : rindukan sahabat-sahabat benarku..huuu
Share/Bookmark

Kasih Buatmu

Hatiku terhiris
dgn luka yg dalam
merintih menangis
saban malam

Jiwaku sesak
nafasku semput
dlm isak rayuanku

Dalam kewalahan
aku mencari kekuatan
menyusun ketabahan

Intailah hatiku
kan kau lihat dia berselindung
sembunyikan sebuah keperitan

Duhai adikku sayang
kau mengerti bicaraku
kau fahami nasihatku

lantas
carilah..carilah hikmahnya
sembuhkan kelukaan aku
dengan keredhaan dariNya



ahmad fikry; mencari kekuatan
Share/Bookmark

Membentuk Keikhlasan

Assalamu'alaikum..

Kehidupan ini adalah suatu pencarian pada perkara yang pasti.
Dalam menempuh kehidupan, kita dibekalkan dengan panduan.
Al Quran dan As Sunnah, peninggalan daripada utusan Nya, Rasulullah SAW.

Seringkali ana terkesan acapkali membaca kisah2 berkenaan golongan mereka yang beriman dan cinta Allah s.w.t yang terpancar dari mereka boleh menyedarkan orang-orang yang mempunyai hati tetapi terhijab oleh kelalaian. Perihal kata-kata yang sangat menyentuh kalbu yang leka.

Dalam mengekalkan keikhlasan, begitu banyak ujian untuk menguji tahap keimanan. Untuk menjadi seorang yang mukhlis, perlu kepada hati yang bersih jernih, dan jelas melihat pada nur petunjuk Nya. Suatu perjalanan dalam mengenal hakikat diri dan Pencipta Rabbul Izzati.

Sombong..memusnahkan akar-akar keimanan. Terkadang leka dalam ketaatan, terbuai dalam pujian, lalai dalam menginsafi kelemahan. Seringkali ana ingatkan diri dengan mafhum riwayat hadith berkaitan dengan 3 golongan manusia, pejuang yang syahid jalan Allah, alim yang mengajar ilmu dan hartawan yang dermawan yang diseret dgn muka terlangkup dan dicampakkan ke neraka kerana niat yang terpesong pada selain Allah. Itu pentingnya ikhlas.

Pada siapa kita beramal? pada siapa kita berlaku baik? pada siapa kita menyembah? Persoalan demi persoalan harus dihunjam ke lubuk hati untuk sentiasa mengingatkannya akan bahaya sifat mazmumah dan juga nafsu yang membuak lantaran bisikan syaitan.

Ana teringatkan satu kisah akan seorang murid yang meminta pulang ke kampung halaman dari gurunya. Bagaimana gurunya bertanyakan soalan akan caranya untuk menghadapi gangguan anjing yg akan sentiasa mengejarnya.
"Kamu akan lelah dan letih jika sentiasa berlari dari anjing itu kerana dia akan sentiasa mengejarmu, pohonlah pertolongan dari Tuan anjing itu kerana tuannya berkuasa ke atasnya."
Benar, hanya dengan sentiasa berdoa dan berdoa memohon bantuan dari Nya untuk terus kuat menempuh dugaan hidup dan godaan syaitan. Kita makhluk yang lemah dan tiada daya upaya sebarang kekuatan pun tanpa izin dari Nya.

Bentuk lah keikhlasan..sehingga hatimu menangis haru..rindukan Penciptanya, dahagakan sapaan dari Nya untuk kalbu mu. Bentuklah keikhlasan, agar amanah hidup dalam amalanmu, jujur dalam bicaramu, ikhlas dalam ibadahmu, qanaah dalam hartamu, bersifat syukur mencukupi atas segala kurniaannya.

Allahumma ya Allah..hanya Engkau lebih memahamiku. Bimbing daku mengenal Mu. Kabulkan ya Allah, kabulkan permintaan setiap hamba yang mahu bercinta dengan Mu. Ameen.
Share/Bookmark

TAekwondo







Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah..
Usai program daripada Kejohanan Terbuka Taekwondo Antara Kelab-kelab, Kuala Muda kali pertama. Program berjalan dengan lancar.
Sepanjang kejohanan, para urusetia yg terdiri daripada student banyak berkorban untuk memastikan kelancaran program. Tahniah buat pihak pengurusan dan para peserta.





Share/Bookmark

Buat Ar Rijal dan AN Nisa'

Assalamu'alaikum..

Pendahuluan
Dengan nama Allah, Segala pujian adalah untuk Allah s.w.t. Selawat serta salam kita ucapkan kepada Rasulullah s.a.w.Enam puluh tahun saya berpidato dan menulis, belum pernah karya saya mendapat perhatian melebihi penulisan ini, terutamanya mengenai "Wahai Puteriku", yang saya tulis pada tiga puluh tahun yang lalu. Ketika itu umurku menjangkau. setengah abad.Sekarang seperti yang tercatat, sudah empat puluh enam kali karya ini diulang cetak dan entah berapa kali pula yang tidak saya ketahui. Saya mohon kepada Allah agar mengurniakan kesihatan dan husnul khotimah. Juga agar niat saya menulis untuk berdakwah ini, diberikan curahan pahala oleh Allah s.w.t.
Saya mengharapkan para pembaca mengucapkan "amin".Dewasa ini kita diserang dari dua jalan iaitu Jalan Syubhat (perkara yang meragukan) dan Jalan Syahwat. Penyakit syubhat adalah penyakit yang lebih parah dan lebih besar bahayanya. Penyakit ini menular dengan lambat dan tidak semua orang mampu menerimanya. Pemuda dan remaja yang dibangkitkan dan dibangunkan oleh nafsu syahwatnya menerusi jalan syubhat ini akan terus menyambut dan menerimanya. Manakala penyakit syahwat adalah penyakit yang cepat menjalar dan meluas.
Tingkatan bahayanya adalah terbatas pada menyusahkan. Penyakit ini tidak memusnahkan dan tidak mematikan. Manakala penyakit syubhat boleh membawa kepada kekufuran dan boleh merosakkan malah terus membinasakan penghidapnya.Dari tulisan pertama tiga puluh tahun yang lalu dan kemudian diulang cetak sehingga sekarang ini, tiada satu huruf pun yang saya ubah, ia tetap dengan keasliannya. Kerana, apa yang ada itu telah tersebar luas, dibaca oleh orang-orang di Barat ataupun di Timur. Selain dalam tulisan asalnya iaitu bahasa Arab, juga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Urdu.Akhimya, saya memohon keampunan dari Allah.
12 Rabiulawwal1406H
Syeikkh Ali Thantawi
Sekapur Sirih

Api syahwat yang membara mampu merubah kejernihan menjadi keruh dan gelap kehitaman. Hanya sedetik hilang pertimbangan seusia hidup menanggung beban. Apakah yang dapat meredam bara-bara nafsu selain ilmu dan kesedaran? ltulah noktah kegelindran ......... akibat kealpaan dan kelalaian.Semoga buku kecil hasil curahan pengalaman murni Sheikh Ali Thantawi ini dapat menambah kedewasaan kita sebagai remaja dalam meredah lautan cabaran di celah liku-liku kehidupan. Apakah yang kita cari selain kemurniaan hidup yang sentiasa menjurus kepada mencari keredhaan Allah SWT.Wahai rakan-rakan yang dikasihi sekelian, apakah tidak ingin kita menyumbang untuk memadamkan bara-bara kemurkaan Allah dan unsur-unsur keruntuhan masyarakat? Kami mengambil peluang ini dan membuka medan sumbangan kepada anda sekalian agar sama-sama kita dapat memberikan sumbangan terbaik dalam membinagenerasi sejahtera dan berwawasan...!Sekian,


KEPADA PUTERIKU
Wahai puteriku........aku seorang bapa yang sedangberjalan memasuki usia lima puluh tahun.Usia muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.Wahai puterikubanyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku gunakan menjaditumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu pun negara Islam yang mampu mengelak.Sebagai contoh Negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya-Allah!!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada dihadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau menyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk"....... dan setelah engkau kecurian barulah tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak "Tolong tolong .......aku kecurian".Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu....... iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.Wahai puterikuDemi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian.Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …….. bohong ....... Bohong…… demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu.
Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.Apakah sesudah itu wahai puteriku?Renungkanlah!Kamu berdua, bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. Dan engkau….akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya. Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru, engkau perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.Engkau sedih dan muram.Engkau bingung dan gelisah.Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan….. diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: "Dia yang dahulu sesat, tetapi sekarang sudah bertaubat".
Tapi engkau?Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu.Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas….. Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya Seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau tanggalkan kasut dari kakimu dan pukullah kepalanya Kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar tempat itu akan serentak menolongmu.Sesudah itu….Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.Wahai puteriku .......Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan,menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu.
Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: "Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik".Cita-cita seperti itu pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira sama ada dia seorang ratu, keluarga raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.
Aku mengenali dua orang sasterawati dari Mesir dan Syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya dikagumi, kekayaanya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya. Kedua-duanya telah kehilangan suami, namun tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya ....... dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya, pasti semua orang Mesir dan Syria sudah mengenalinya.
Perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota parlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau rosak akhlaknya. Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista, pasti dengan segera lelaki itu pergi meninggalkannya. Dia akan tegap melangkah keluar.Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya. Seorang pemuda jalang yang rosak dan menjijikkan, apabila tidak mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi alat permainannya dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela dikahwini dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut syariat binatang, pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang isteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.
Puteriku,….suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan, penyebabnya adalah kerana kesalahanmu sendiri. Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan dan semakin pesat bursa pelacuran juga adalah kerana perbuatanmu!Lantas, kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?
Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu?Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan berkemampuan bertindak daripada kaum lelaki.Kamu sebagai wanita terhormat, mulia, memiliki harga diri dan memegang teguh agama, pada akhirnya akan menjadi mangsa dan korbannya.Hampir di setiap rumah di negeri Syam terdapat gadis-gadis pada usia yang layak berkahwin belum mempunyai calon dan gadis yang sudah lewat usianya belum juga bersuami.Para pemudanya merasa puas dengan hanya berpacar-pacaran dan bergaul bebas daripada beristeri. Mungkin keadaan seperti ini juga terdapat di negara-negara Islam yang lain.
Wahai puteriku .......Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya terdiri daripada para cendiakawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran.Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan tidak rasa takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya.Kalau mereka tidak juga peduli, berikan penjelasan dan contoh-contoh kenyataan yang ada, katakan kepada mereka:"Anda remaja cantik, ramai pemuda yang tertarik dan mengharapkan anda. Kecantikan anda seperti sekarang ini apakah akan terus bertahan?Bagaimana nasib anda nanti setelah tua? Ketika muka anda sudah kerepot dan badan membongkok? Siapakah nanti yang akan menguruskan anda? Siapakah ketika itu akan memperhatikan nasib anda? Tahukah anda, siapa yang akan menghormati dan memuliakan orang tua yang tidak berdaya lagi? Hanya anak dan cucu-cucunya! Di tengah-tengah mereka, orang tua sepertinya menjadi ratu di antara rakyat, bermahkota, duduk di singgahsana.Bagaimana nasib anda nanti jika terus begini? Bagaimana derita anda di kemudian hari? Anda lebihtahu dari kami.
Cuba anda renungkan "Apakah boleh disamakan lazatnya berhubungan yang sebentar sahaja nikmatnya itu dengan penderitaan-penderitaan anda?Apakah patut, harga kegadisan anda dibayar begitu murah dan penderitaan anda setelah itu ditebus dengan harga sebegitu mahal?Saya rasa, anda cukup mampu mengarahkan dan memberi petunjuk pada kawan-kawan yang tersesat dan perlu dikasihani. Saya tidak perlu berlama-lama memberi bimbingan kata kepada anda. Saya yakin anda sendiri tentu telah mempunyai banyak bahan untuk melakukan penyelamatan.Sekiranya segala usaha penyelamatan yang dilakukan kepada mereka tidak membawa hasil. Ya cukuplah....... anda perlu menukar sasaran. lakukan penyelamatan kepada mereka yang belum terkena. Cegah mereka dari serangan penyakit menular itu. Pada umumnya, penyakit seperti itu mudah menyerang wanita-wanita lalai dan gadis yang menginjak dewasa. Bimbinglah mereka agar tidak tersesat jalan.Apa yang anda lakukan adalah secara bertahap. Saya tidak mengharapkan anda mengajak para wanita Islam melakukan perubahan yang drastik, sekali nasihat terus berubah menjadi muslimah sejati. Segalanya hendaklah dengan wajar, perlahan dan mencapai sasaran.Biasanya, adalah mustahil dengan memberi sekali kefahaman kemudian dapat mengubah haluan3. Kembalikanlah dia kepada kebaikan selangkah demi selangkah, sebagaimana dia sebelumnya sedikit demi sedikit menuju kepada kejahatan.

Ketika aku sedang berjalan di kota Brussel (Belgium), berhampiran dengan tempat lintasan pejalan kaki, aku melihat seorang nenek tua dengan susahnya menyeberangi jalan itu. Dengan tubuh yang mulai membongkok dan badan yang gementar, dia berusaha sendiri menyeberangi jalanraya yang banyak kenderaan. Dia menyeberang tanpa seorangpun merasa perlu membantunya. Orang-orang disekitarnya tidak mengendahkannya, seolah-olah apa-apapun yang terjadi terhadap nenek tua itu ditanggung sendiri risikonya. Aku berjalan dalam bangunan. Aku berkata kepada kawan-kawan aku: "Mari kita bantu dia".
Salah seorang anggota rombonganku adalah Dr. Nadim Dhibyan, dia telah menetap di Brussel lebih dari empat puluh tahun. Dr. Nadim berkata: "Tahukah anda siapa wanita tua itu? Dia ketika muda, adalah wanita tercantik di negeri ini, amat terkenal dan setiap penampilannya mengundang perhatian orang. Ramai lelaki yang tergila-gila kepadanya. cukup terkenal dan cantik, sehingga ada lelaki tidak merasa sayang untuk mengeluarkan wang yang banyak walaupun sekadar melihat muka dan gayanya dalam pertunjukan atau untuk menjamah tubuhnya. Tetapi sekarang, sesudah usia mudanya berlalu dan kecantikannya menjadi layu, lelaki terasa geli tubuhnya untuk mengangkat, menolong dan menyeberangkannya di jalan sesak itu.
Kamu semua sedikit demi sedikit memendekkan pakaian, di kaki dan di tangan. Kamu juga menipiskan kain tudung. Dan prosesnya berjalan perlahan-perlahan selama berabad-abad. Sebaliknya, kaum lelaki tidak melihat dan merasakan perubahan itu seperti apabila kita perhatikan jam dinding, kita dapat lihat jarum pendek seolah-olah tidak bergerak. Tetapi apabila anda datang setelah dua jam anda akan melihat jarum itu bergerak. Begitu juga peralihan dari masa kanak-kanak menjadi remaja dan usia muda kepada tua, seolah-olah tidak boleh diikuti dengan indera. Demikanlah juga berubahnya satu umat manusia, dari satu keadaan kepada keadaan lain yang berlaku secara berperingkat.Majalah dan suratkhabar perosak akhlak terus beredar dan semakin meluas.
Para penganjur kerosakan moral bersorak gembira kerana berjaya meraih kemenangan besar dalam pertandingan. Kini, kita telah sampai pada batas yang tidak lagi diredhai islam.Jika anda membaca sejarah, anda tidak akan menemui keadaan seperti ini. Bahkan kaum majusi pun tidak mengenali kebebasan yang sedemikian itu. Binatang yang tidak mempunyai akal pun, tidak sehina manusia masa kini.Dua ayam jantan akan bersabung mempertaruhkan nyawa untuk berebut ayam betina demi menjaga kehormatannya. Tetapi manusia, dengan dalih kebebasan mengorbankan harga dirinya. Dijual dengan harga yang murah tubuh dan kehormatannya.Kita ambil contoh yang dekat saja, tak perlu melangkah jauh ke negera-negara Barat. Kita pergi ke pantai dan lihat betapa wanita-wanita muslimah mempertontonkan tubuhnya. Hampir seluruh tubuhnya diperlihatkan. Kecuali dua bahagian yang tertutup. Malah ada yang lebih berani membuka bahagian atasnya. Tontonan seperti itu ada di mana-mana. Di negara muslim atau di negara yang majoritinya muslim.Di tempat pesta atau kelab malam di mana keluarga "moden" datang, menari berganti pasangan, saling bertukar isteri untuk bergoyangan dan berpelukan, berhimpitan dada, perut dan menggenggam tangan. Tidak ada perasaan malu dan memberi harga kepada diri mereka sendiri. Di sekolah atau universiti, terdapat juga pergaulan bebas. Para puteri membuka sebahagian aurat tanpa pencegahan ibubapanya. Contoh-contoh seperti yang aku sebutkan itu hanyalah sebahagian dari fenomena yang berlaku. Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang beraneka ragam yang pasti anda juga melihatnya. Semua itu tak mungkin diubah sekelip mata. Maka kita memerlukan cara khusus dan proses waktu untuk menghilangkannya. Jalan yang tepat yang perlu ditempuhi adalah kembali kepada hak dan kebenaran dengan melalui jalan yang boleh membawa kepada kebaikan. Jalan tersebut memang memakan masa yang lama dan lambat. Tetapi itulah satu-satunya jalan yang mesti dilalui.Usaha awal kita ialah membanteras pergaulan bebas dan pembukaan aurat. Bagi wanita yang bergaul bebas tetapi masih memakai tudung dan menutup aurat, penggarapannya lebih mudah. Mereka yang bertudung diusahakan agar tudung dan pakaian muslimah yang dipakainya tidak diniatkan untuk meningkatkan kecantikan dan menggoda lelaki.Perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai pergaulan bebas adalah: Seorang wanita menerima tetamu lelaki di rumahnya. Manakala ditempat umum, berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Bersama-sama pergi atau pulang dari sekolah (kuliah, berbual secara bebas, berkumpul dengan dalih belajar bersama). Semua itu tergolong dalam pergaulan bebas. Dan ini merupakan sumber malapetaka kehancuran akhlak.Cara pergaulan seperti itu dianggapnya biasa. Dia lupa bahawa Allah menciptakannya sebagai wanita dan yang lain ialah lelaki. Masing-masing mempunyai kecenderungan dan daya tarikan. Tidak ada satu makhluk di muka bumi ini yang dapat mengubah ciptaan Allah atau membuat persamaan di antara keduanya ataupun menghilangkan kecenderungan (hasrat) dari pihak masing-masing.Wanita-wanita menganjurkan persamaan hak dan pergaulan bebas, menuntut persamaan di atas dasar kemajuan dan tuntutan zaman adalah pembohong besar.
Mereka sebenarnya hanya mencari kepuasan nafsu sahaja. Mereka beranggapan, bahawa kaum lelaki lebih mendapat kenikmatan daripada wanita. Kerana itu mereka berusaha untuk merasakan kenikmatan itu.Mereka tidak berani untuk menyatakan secara terang-terangan. Mereka sembunyikan hasrat itu dan yang ditonjolkan ialah isu "tuntutan zaman", "seni dan budaya", "kehidupan kampus", "alam mahasiswa atau pelajar", "semangat kesukanan". Mereka gembar-gemburkan perkara ini seperti suara beduk kosong yang tidak membawa sebarang pengertian.Hak yang mereka tuntut adalah batil. Mereka menjadikan Amerika dan Eropah sebagai kiblat dan pemimpin kemajuan. Apa-apapun yang datang dari sana maka itu adalah baik dan tepat. Eropah mengirimkan tarian, diterima! Mengirimkan model pakaian telanjang, ditiru! Percampuran bebas di kampus, mempertontonkan paha dan dada di kolam renang dan tepi pantai dipandang wajar. Sebaliknya, yang datang dari timur dipandang jelik dan batil, walaupun itu adalah pancaran dari suara masjid, bimbingan dan tuntunan agama, kehormatan dan harga diri, kebersihan dan kemuliaan jiwa, hati dan jasmani serta penutupan aurat sebagai pelindung dan harga peribadi muslimah.
Kita sebagai orang timur menerima mentah-mentah apa yang datang dari barat. Tapi sebahagian orang barat menolak "produknya" sendiri. Masyarakat Eropah dan Amerika, sebahagiannya menolak pergaulan bebas. Mereka sangat menjaga pergaulan anak-anaknya. Di Paris, kebanyakan orang tua melarang puterinya keluar bersama pemuda untuk ke pawagam misalnya. Ada juga yang muak jika menonton filem lucah. Di Amerika, ramai orang tua yang memilih sekolah khusus untuk puteri untuk anak-anak gadisnya. Mereka takut untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah yang bercampur dengan pemuda. Mereka juga mengawal jika puteri-puterinya pergi berenang._3 Malam gelap gelita dan siang terang benderang. Allah tidak merubah gelap menjadi terang dalam masa yang singkat, tetapi dengan perlahan-Iahan siang masuk ke malam tanpa manusia merasakan perubahannya.

APAKAH PERGAULAN BEBAS DAPAT MEMBENDUNG GELOJAK NAFSU SYAHWAT?Mereka menjawab: "Boleh! Pergaulan bebas boleh mengurangkan atau memadam api nafsu yang membara, boleh mendidik untuk berlaku sopan dan berbudi pekerti "mulia" dan boleh mengurangkan gelojak dorongan nafsu.Jawapan itu aku kembalikan kepada mereka yang telah mempraktikkannya. Kita tanyalah kepada pelajar sekolah yang bercampur dan sekolah yang berasingan di antara kedua-dua jantina ini.Rusia, negara yang tidak mengenali agama dan tidak pernah mendengar nasihat-nasihat ulama, paderi atau pendeta kini mengubah haluan setelah melihat kesan negatif dari pergaulan bebas.Amerika, negara yang dijadikan kiblat kemajuan, telah dipeningkan oleh ramainya siswi-siswi hamil yang jumlahnya terus meningkat.
Lalu, di manakah buktinya yang nyata jika pergaulan bebas akan memberikan jawapan seperti di atas? Dan siapa yang selesa melihat kesulitan seperti di Amerika itu terjadi di negara kita?Apa yang aku tulis ini bukanlah ditujukan kepada pemuda. Para pemuda pasti menolak dan mengambil mudah pendapatku ini. Kerana aku mengharamkan apa yang menurut mereka enak dan lazat. Aku hanya berbicara kepada engkau wahai puteri-puteriku yang suci, mulia dan terhormat. Kerana engkaulah yang bakal menerima akibat, engkau yang bakal menjadi korban kepada pengikut-pengikut iblis.
Janganlah engkau mudah menerima pandangan orang-orang yang berdalih dengan "Persamaan dan Kebebasan", "Kemajuan dan Modenisasi", "Kebudayaan dan Kesenian", "Kehidupan Kampus", "Alam Pelajar dan Mahasiswa". Orang-orang seperti itu kebanyakannya tidak mempunyai isteri atau anak. Mereka hanya akan menjilat dan mengemam kelazatanmu untuk seketika, kemudian berlalu pergi meninggalkan engkau.Aku, adalah ayah kepada beberapa orang puteri. Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri. Aku menghendaki yang baik kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula kepada anak-anakku. Mereka, para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri. Mereka tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda. Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu? Pasti tidak seorangpun akan datang membantumu. Mereka akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati. Tapi sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.
Wahai Puteriku,Itulah nasihatku yang hak dan benar,mudah-mudahan engkau mahu mendengar. Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,yang mengajak kepada kelalaian.Hanya di tanganmu wahai puteriku, bukan di tangan kami kaum lelaki. Hanya di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan. Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat akan menjadi baik.

KEPADA PUTERAKU

Tulisan di bawah ini adalah jawapan kepada surat seorang pemuda bernama MA, berasal dari Ismailiyah, Mesir. Dia meminta agar aku menjawab suratnya dan menyebarkannya di media massa. Surat itu aku terima pada tahun 1955 dan pada tahun yang sama aku jawab dan aku sebarkan.Puteraku,Kenapa engkau menulis surat itu dengan perasaan ragu dan main-main? Apakah engkau mengira hanya engkau saja yang mempunyai perasaan seperti itu.Puteraku, getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya nafsu syahwat bukan engkau saja yang merasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para remaja. Tenangkan hatimu, keluhan itu bukan hanya engkau saja yang merasakannya.
Puteraku, usiamu yang baru menjangkau tujuh belas tahun, tetapi seringkali engkau tidak dapat tidur kerana godaan seksual. Sebenarnya godaan seperti itu turut dirasakan oleh orang-orang lain, muda mahupun tua.Orang yang kurang merasakan nikmatnya tidur adalah seperti murid yang mengabaikan pelajaran, seorang yang melalaikan pekerjaan atau perniagaannya. Syair dan pantun yang ditulis oleh para sasterawan, ungkapan hati para penulis terkenal dengan pujuk rayu dan kemesraan. Semuanya adalah serupa dengan godaan nafsu seperti yang engkau alami sekarang.Engkau ungkapkan dengan terbuka, lalu orang lain tahu dengan harapan agar mereka tidak mudah tertipu, sementara mereka menutupinya seperti bungkusan coklat yang ditutup dengan rapi dan indah.
Engkau teguk air dari sumbernya terus ke mulutmu. Sedangkan yang lain minum dengan gelas terukir emas. Air di dalam gelas Abu Nawas yang pernah dimiliki oleh Kaisar Parsi, serupa dengan air dari mata air yang engkau minum.Nafsu syahwat (seksual) yang engkau huraikan dalam suratmu itu adalah sama dengan nafsu syahwat yang dihuraikan dengan cumbuan para penyair atau gambargambar para pelukis atau suara merdu penyanyi.Engkau sampaikan masalahmu dengan hati terbuka, sedang orang lain berusaha menyembunyikan isi hatinya. Ketahuilah puteraku, penyakit yang paling berbahaya adalah yang tersembunyi.Gejala yang timbul terhadap seorang seusiamu iaitu: Nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora. Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Baginya, wanita adalah segalanya, tumpuan harapan dan cita-citanya. Wanita dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah….. menarik….. menawan….. sempurna….. seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal.Patung bagi seorang penyembah berhala adalah Tuhan, sedangkan wanita bagi pemuda yang dalam mabuk cinta adalah berhala khayalan.Memang, kejadian seperti itu wajar dan dapat diterima akal.
Tetapi yang menjadi tidak wajar dan tidak masuk akal ialah jika seorang remaja yang berusia lima belas tahun sudah dilanda gelojak seperti itu padahal anak seusia itu masih perlu belajar dan bersekolah sehingga………ya, kira-kira dua puluh lima tahun. Lalu, apakah yang patut dilakukannya selama lebih kurang sepuluh tahun itu? Di mana pada masa-masa itugelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya? Adakah ini satu cabaran!Sekiranya kita kembali dan berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah…… berkahwin!!!Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk, kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah, iaitu…. berkahwin !!!Ketiga-tiga alternatif tersebut adalah:Pertama : Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-gambar lucah, sama ada menerusi filem, cerita kotor, gambar dan potret perempuan telanjang. Apa yang dikhayalkan, dilihat, dibaca dan didengar ialah wanita yang tidak senonoh. Kesemua itu dapat dilihat setiap waktu. Bangun tidur kelihatan di dinding kamar, membaca buku pelajaran, terpamer di meja, pendek kata disetiap kegiatan, sama ada di alam sedar ataupun mimpi.Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila atau putus asa.Kedua : Melakukan masturbasi (istimnaa). Kebiasaan buruk ini merupakan yang paling ringan dari alternatif yang ketiga. Cara masturbasi ini apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya, murung, muka pucat, menyendiri,menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap tanggungjawab. Sesungguhnya dia mati sebelum mati.Ketiga : Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat, menjadi pelanggan rumah-rumah pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan kepemudaannya dan agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja dirasakan.Apabila anda terus hidup dalam dunia penzinaan, sehingga menyebabkan anda diberhentikan sekolah atau anda kehilangan pekerjaan dan jawatan, kehilangan ilmu pengetahuan yang anda cita-citakan, maka ini bererti anda tidak lagi mempunyai daya kemampuan, kekuatan dan kegairahan untuk bekerja secara bebas.Puteraku, jangan engkau kira bahawa sekali berzina kemudian engkau akan berhenti, puas dan kenyang. Tidak! Sekali engkau berhubungan dengan wanita, engkau akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan. Setelah ramai pelacur yang engkau gauli, sepuluh, seratus, seribu pelacur engkau tiduri, lalu engkau menemui satu yang menolak, pasti engkau akan berusaha dengan apa-apa carapun untuk mendapatkannya.Andaikata engkau mampu membayar harga wanita, walau berapapun harganya, kerana harta dan kekuasaanmu, apakah tubuhmu mampu melakukannya? Apakah kesihatan dan kekuatan tubuhmu yang mempunyai batasan itu akan mampu menuruti nafsu syahwat yang buas dan besar?Kita pernah mengenali jaguh-jaguh sukan berkaliber dunia, atlit olahraga, penggusti, pemain bolasepak atau lain-lain lagi. Tetapi, oleh kerana mereka menuruti dorongan nafsu syahwat, akhirnya turunlah prestasinya.Suatu keajaiban dan hikmah kebijaksanaan Allah ialah memberi ganjaran bagi mereka yang beramal soleh dan berakhlak mulia iaitu diberikan kesihatan dan kesegaran tubuh. Sebaliknya, Allah memberi hukuman bagi mereka yang melakukan perbuatan rendah dan kotor berupa kelemahan tubuh dan penyakit. 4Kita dapat melihat, betapa ramai orang-orang yang usianya baru sekitar tiga puluhan, tetapi oleh kerana mereka banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang membawa kerugian pada dirinya, kelihatan fizikal dan wajahnya seolah-olah berusia enam puluh tahun.Ada pepatah dari barat: "Barangsiapa memelihara usia mudanya, maka ia akan terpelihara pada usia tuanya"Apabila manusia dibiarkan hidup sesuai dengan fitrahnya tanpa digoda dan dirangsang oleh filem lucah, gambar wanita telanjang dan pelacuran. Pasti nafsu syahwatnya akan dapat dibatasi, misalnya sekali dua sahaja sebulan.Menurut penyelidikan, bahawa haiwan (sama seperti manusia) semakin tinggi tahap kemajuannya, semakin berkurang nafsu bersetubuhnya dan semakin lama pula masa kehamilannya.Binatang seperti ayam, bersetubuh setiap hari, kerana masa bertelumya juga setiap hari. Tetapi kucing (dari jenis haiwan menyusu) bersetubuh beberapa kali saja dalam setahun, kerana bilangan kehamilannya hanya sekali atau dua kaIi dalam setahun. Biasanya, musim kucing hamil pada bulan Februari.Manusia lebih tinggi dan maju daripada kucing, tetapi kenapa manusia bersetubuh terus menerus tanpa musim? Setahun penuh tanpa mengenal batasan waktu. Persoalannya kenapa? Sebabnya ialah manusia menghadapi godaan dan rayuan yang selalu mengganggu.
Malapetaka bagi manusia ini memang sengaja dibuat oleh mereka iaitu pengikut-pengikut iblis dengan pelbagai cara. Para wanita diperhiaskan, disuruhnya untuk memakai pakaian yang terdedah dan separuh bogel. Bercampur dan bergaul bebas di atas nama kemajuan, kemodenan dan akhirnya melakukan seks bebas.Mereka menangani dan menguruskan kaum wanita serupa seperti pedagang kambing. Kambing-kambingdipelihara dan diberi makanan terpilih supaya gemuk, dengan tujuan disembelih.Para penganjur pergaulan bebas menyebarkan idea-idea lucah dengan penampilan yang sama sekali tidak sopan dan biadap. Mereka berjaya memasuki sekolah dengan model berpakaian separuh telanjang iaitu ketika siswa-siswi bersukan atau bersenam. Berpakaian dengan berseluar pendek dan berbaju ketat.Selain itu memberi contoh menerusi para pelancong yang begitu berani melepaskan pakaian di pantai-pantai.Mereka telah berusaha sejak sekian lama, berjalan dengan perlahan, lancar, penuh kesabaran dan sistematik. Akhimya pesanan-pesanan iblis disambut dan dilaksanakan.Liberalisasi seks menerusi video sudah sampai ke tahap mengkhuatirkan dan terlepas daripada kawalan. Justeru benar-benar merupakan ancaman serius kepada kehidupan pelajar dan remaja
Allah S.W.T memberi pengajaran dengan mengirim peringatan-peringatan, agar kita dapat mengambil hikmahnya. Disebar-Nya penyakit berbahaya seperti yang kita lihat sekarang ini. Sehinggalah para penyelidik menjadi bingung untuk mengatasi permasalahan AIDS. Penyakit ini dihidapi oleh mereka yang terlibat dengan pelacuran atau homoseksual. Nanti, suatu ketika jika doktor sudah menemui ubat untukpenyembuhan penyakit itu, Allah akan mengirim penyakit yang baru, peringatan demi peringatan disampaikan kepada manusia. Sehinggalah kepada bencana yang terakhir, di mana manusia tidak lagi dapat menolak dan mencegahnya, iaitu Hari Kiamat. Di mana ketika itu, api neraka menyala, membakar setiap orang kufur dan berdosa.
Resepi yang kedua ini bersifat altematif, tetapi cukup ampuh, kuat dan bermanfaat sebagai pertahanan sementara.Manusia pasti suka dan cinta pada dirinya. Kalau dia menghadap cermin, melihat tubuhnya yang kelihatan seperti atlit, tentunya tidak mudah untuk dikorbankan hanya kerana kerlingan mata wanita.
Puteraku, sekiranya kita mendengar pandangan para perosak atau orang-orang yang lengah dan lalai, mereka mengatakan bahawa untuk memulihkan keruntuhan moral di dalam masyarakat ialah dengan membiasakan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan.Dengan cara itu keganasan nafsu syahwat dapat dilemahkan dan dipadamkan. Pelacuran secara sembunyi dapat dihapuskan dan dibuat tempat rasmi untuk pelacur yang diawasi. Ketahuilah sesungguhnya, alasan-alasan itu adalah kebodohan yang besar.Malah negara-negara bukan Islam yang telah mempraktikkan teori seperti itu, ternyata hasilnya ialah keruntuhan moral dan rangsangan nafsu syahwat menjadi semakin meluas.
Apabila penempatan pelacur diwartakan secara rasmi maka akibatnya jumlah pelacur yang disediakan hendaklah sesuai dengan keperluan pemudanya, tempatnya perlu diperbesarkan agar dapat menampung pertemuan mereka.Sebagai contoh, di kota yang berpenduduk dua setengah juta orang, di mana jumlah pemudanya mencapai dua ratus ribu, maka paling tidak diperlukan lebih dari sepuluh ribu wanita yang bersedia dilacurkan.Untuk menjaga "keadilan", apabila lelaki dibolehkan mendatangi tempat pelacuran tanpa memerlukan perkahwinan, maka bagaimanakah nasib para puterinya?Apakah untuk mereka juga perlu disediakan tempat-tempat mencari kepuasan seks yang penghuninya ialah lelaki?Omongan kosong puteraku.Demi Allah, semua itu kebohongan besar.Mereka tidak berbicara berdasar petunjuk akal.Mereka berbicara dengan watak dan fitrah hawa nafsu.Mereka tidak menghendaki pemulihan akhlak, moral dan budi pekerti.Mereka tidak menghendaki kemajuan kaum wanita.Mereka tidak menginginkan meningkatnya jiwa kesukanan dan tersebamya olahraga.Mereka juga tidak mengharapkan kebaikan kehidupan kampus, suasana kemahasiswaan dan pelajar.Jika mereka itu berkata apa yang dilakukannya adalah untuk semua seperti di atas, semua itu sebenamya hanyalah slogan kosong saja.
Negara-negara Skandinauia memberi kebebasan penuh kepada rakyatnya untuk melakukan pergaulan seks secara terbuka. Mereka diberi kebebasan menghamburkan nafsu syahwat tanpa peraturan. Pertanyaannya sekarang: "Apakah dengan cara itu mereka dapat hidup bahagia?" Mereka merupakan pemecah rekod dalam kes bunuh diri, penyakit saraf, narkotik dan ubat-ubat terlarang dan apaapa sahaja yang mendorong mereka untuk lari dari tanggungjawab kehidupan. Pornografi telah melampaui batas-batas yang dapat diterima oleh masyarakat. Tindakan biadap terhadap wanita sudah mencapai puncaknya, sehingga memuakkan rakyat. Kaset-kaset video dijual seperti kacang goreng, tersebar di mana-mana. Filem lucah yang melampui batas sudah menjadi pemandangan biasa di televisyen. Masyarakat di sana sendiri sebenarnya ramai yang tidak setuju. Penonton televisyen ramai yang protes. Tetapi rupanya pemerintah belum mahu mengerti, tetap memberi ruang dan merestui.
Mereka mempunyai wawasan, setiap masa bersiap sedia dengan slogan-slogan baru untuk menjayakan programprogramnya dengan mengelabui masyarakat.Puteraku, mereka menghendaki agar puteri-puteri dan adik-adikmu keluar rumah untuk dilihat auratnya, dinikmati oleh yang halal atau yang haram, boleh diajak keluar bersama untuk menemani ke mana saja dan apa acarapun, boleh menghiburkannya dengan menari atau di tempat tidur.Ramai orang tua tertipu. Mereka rela menerima pengorbanan puteri-puterinya hanya sekadar untukmendapat gelaran moden.Apakah yang akan berlaku jika semua itu menjadi kenyataan wahai puteraku? Na'uzu billaahi minzaalik.
Puteraku, jangan engkau ragu untuk menulis surat kepadaku apabila engkau anggap jawapan suratmu ini kurang memuaskanmu.Engkau jangan merasa malu jika memiliki nafsu syahwat yang membara. .Itu adalah sebagai pemberian Allah kepadamu. Dan perkara itu pula sebagai petanda bahawa engkau mempunyai kekuatan tubuh dan keperkasaan sebagai pemuda.Puteraku, kesimpulan dari nasihatku ialah engkau patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Apabila engkau belum mampu, engkau mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah.
Engkau hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada kesenian, kesukanan, organisasi atau lain-lain lagi.Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungikenikmatan.Puteraku, membahaskan pertanyaanmu akan sangat panjang. Hanya inilah sekadar untuk memenuhi waktu, memanfaatkan kesempatan dalam memberi jawapan.


_-----------------------------------

sedikit perkongsian saat menikmati kuih siput.

Membaca tentang pengalaman dan nasihat seorang ulama sepanjang dalam meniti kehidupannya, sedikit sebanyak jadi suluhan untuk kita menghadapi hidup seharian.
Pesanan buat ar rijal dan annisa'.

Titik tolak dalam menghadapi kehidupan adalah rasa cinta yang hakiki pada Allah SWT. Rasa cinta yang akan mematikan cinta selain Nya. Bercinta dan dicintai hanya kerana Allah.

Diri menyaksikan kemusnahan akibat cinta haram..duhai remaja, jauhilah. Terlalu banyak suasana yang menjerumus ke arah itu. Ya Allah, kuatkan diriku.

Sedih sekali kerana ana tidak dapat mengikut program dakwah yang dilaksanakan di Singapura. Sekadar sekali imbas laporan daripada teman2 di sana.

ahmad fikry : bersedih
Share/Bookmark

KeHiDuPaN



"Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari,
Perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu,
Pernikahan adalah kebahagiaan untuk sebulan,
Harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan..
Keimanan adalah kebahagiaan untuk seumur hidup."

Salam..

Terkesan ketika membaca mutiara kata dari majalah Alumni terbaru. Terfikir seketika saat merenung maksudnya. Benar, kebahagiaan di dunia itu hanya sementara. Cuma bezanya nafsu tidak henti2 dambakan keseronokan. Alangkah indah kebahagiaan seumur hidup, yakni keimanan dan ketaqwaan pada Allah.
Indahnya makanan, perjalanan, pernikahan dan harta yang sentiasa disulami dengan taqwa. Kehidupan Islami yang sgt mendamaikan hati. Namun, syarat untuk mendapat cinta Allah adalah ujian.

Ya Allah, kini hamba Mu ini sedang memikul ujian yang berat. Namun tidak pernah putus harap dari rahmat Mu.. Hikmahnya, kini daku lebih tabah untuk sabar berusaha menempuh kehidupan. Ujian Mu,..ya Allah, tetap jua membuatkan aku merintih dan menangis, mendambakan hidayah Mu. Sebagai peringatan untuk diri yang lemah. Kuatkan daku hadapi semua ini.

Ya Allah, bahagiakan ibuku. Yg melihat tangisan dalam tawaku. Yang mengerti kesedihan dalam senyumku. Dgn kasihMu, ku pohonkan hidayah Mu. Atas segala kelemahan dan kesilapan selama usahaku.

Allah sentiasa bersama dengan hamba Nya, saat sedih dan gembira..yang mejadikan aku seorang yang paling 'kaya'.

Every successful person has a painful story.
Every painful story has a successful ending.
..Accept the pain,
And get ready for success.



***********************

Bintang gemerlapan itu
bilakah dapat kugapai?
kerna terbangku
masih terbelenggu

Terkadang diri terasa letih
untuk terus mencuba
berteleku lutut
brsama lumpur-lumpur beban

Namun hatiku..
jiwaku dan inginku
sentiasa melonjak
menerjah awangan

Sabar..pujuk hatiku
Tabah..tegas jiwaku
Mari..ajak inginku

Lantas aku bangun
meronta kesungguhan
merungkai ikatan

Inilah aku
Inilah inginku
inilah rohaniku..

Untuk menggapai bintang keimanan
merentas angkasa ketauhidan
menuju cinta Yang Esa

Apapun halangannya,
takkan aku berhenti berusaha.


********************
Share/Bookmark

Pakej Pelancongan : Gunung Bromo!!

Assalamu'alaikum





Menarik?

Inilah pakej pelancongan yang anda inginkan. Penghayatan kepada keindahan alam ciptaan Allah dan juga eksplorasi yang bermanfaat untuk pengalaman anda.
Harga pakej pelancongan dalam anggaran RM 1200. (3H 2M)

Aktiviti :
Surabaya --> Safari --> Bromo
Mendaki Gunung Bromo dgn kuda.
Penginapan.
Air terjun tinggi.

Maaf kalau detail masih belum mencukupi. (sebenarnya nak cari teman nak gi sana)

ahmad fikry : harap2 lah teman2 yg baca ni juling mata nak pergi jugak. Insya Allah, kita pergi tahun depan, jgn ragu2 lagi..


Sekarang ni free seat di air asia thn depan, oklah. moh join skali
Share/Bookmark

Just An Ordinary Person =)

Assalamu'alaikum..

Penjelasan yang mudah. Panggillah ana dengan apa-apa panggilan yg kalian suka, ana aminkan doa semuanya. Tapi jgn berlebih-lebih dalam layanan, kerna mungkin saja ana masih lagi bukan di tahap itu sepertinya seorang yang arif dan alim tentang agama. Kerana bimbang terbuai-buai terbiasa dengan watak kononnya arif dan alim. fitnah hati tu...

Sejak bila berkopiah?
~ Sejak tadika, sekolah, ipt dan insya Allah istiqomah. Memang sudah terbiasa berkopiah, dan selalu niat nak ikut sunnah tutup kepala..

Penampilan? ...mcm Ustaz la..
~Suka kurta (baju melepasi lutut). Pakai kemeja~rasa skema. Pakai tshirt~rasa sejuk. Lagipun memang mata ana sejuk memandang berpakaian gitu. Kemas, Bersih. Bak kata sorg kawan, sesuka hati la... (hak individu bagi ana). Dah banyak baju gitu, mak abah pun beli baju gitu, raya pun baju gitu.. Suka hati la.

Boleh jawab soalan agama..
~kena confident..so ana kelentong pun korang tak tahu. huhu. Tak adalah, sebenarnya banyak membaca dan banyak bertanya. Kalau ditanya boleh dijawab, ana jawab.. kalau ana tak tahu, ana takkan buat2 tahu.

Bahasa sopan, tak banyak merepek..
~Suka makan kerepek.. Bahasa yang paling agung adalah diam. Kan2? Pemalu sebenarnya nak tegur orang. Bila dah banyak terlibat dalam suasana masjid dan dakwah, maka percakapan sia2 dan merepek bukan lagi satu keperluan. (tanyalah rakan ym asyraf dgn nur, banyak nye bebelan ana..mereka pun bosan mendengar..kan?kan?)

Kesimpulannya, cuma taknak lebih2 sangat. Manusia biasa yang tidak lekang dari melakukan kesilapan dan bimbangkan fitnah. Takut2 nanti berjalan tak berpijak tanah. Nasihat dan ingatan untuk diri sendiri.

**ahmad fikry : Allah bersama ku dalam gembira dan sedihku. Kalian..marilah senyum denganku, bersahabat denganku..buatkan aku tertawa walau bersedih.



----------------------------------
Kerja Di Waktu Senggang.



Salam..

Duk menyibukkan diri dgn pelbagai aktiviti berfaedah. Selain sibuk berbekam, gunakan juga minat di waktu cuti dengan tiling, memasang mozek. Ini adalah hasil kerja ana sehari di sebuah warung makan. Sorg2 je blh buat kerja ni..

ahmad fikry : Ya Allah, sungguh Engkau memahami diriku. Kuatkanlah, kuatkanlah, kuatkanlah jiwaku..hindarkan diriku dari kepura-puraan. ameen..ameen..
Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.