FiTRaH WaL JiWa



Assalamu'alaikum

Setiap jiwa punyai fitrah sebagai bekal baginya untuk mencari kebenaran. Fitrah itu adalah suatu perasaan yang rindukan kebenaran. Fitrah itu adalah keinginan yang mendalam pada kehidupan yang hanif. Fitrah itu adalah Islam yakni rasa penyerahan diri pada Dzat yang Maha Kuasa, Allah S.W.T.

Fitrah sukakan kebaikan, kebahagiaan dan keinginan untuk hidup dalam ajaran yang hanif, lurus, tidak ada penyelewengan, bersih dengan tauhid dan tidak dikotori dengan debu syirik. Tanpa semua itu, jiwa tidak akan tenang dan sentiasa tercari-cari makna kebenaran dan kebahagiaan yang hakiki.

Fitrah yang belum disinari nur Al-Quran dan Sunnah maka ia masih dalam kegelapan, ia masih belum boleh melihat, ia masih dalam lembah kejahilan. Walau fitrah sentiasa dambakan kebenaran, lazim untuk kita memilih jalan nafsu daripada bersusah untuknya. Menyebabkan fitrah terbenam jauh di sudut hati, lemah dalam mengungkapkan keinginannya. Kita sering mengambil jalan mudah tanpa berfikir panjang akan kesannya terhadap jiwa. Lantaran itu, kita melalaikan ibadah, melupakan jihad dan menyenangi maksiat. Rasa bersalah yang terkadang wujud dalam jiwa terabai kerana penguasaan nafsu ke atas kita. Lantas menjadikan kita seorang yang buta dan tuli dalam menerima hakikat kebenaran.

Jiwa kita tenang dengan ibadah dan zikrullah, mengapa kita bermalas?
Jiwa kita membenci maksiat dan keseronokan dosa, mengapa kita abaikan?
Jiwa kita menyenangi kebahagiaan dari tautan ukhuwah, mengapa kita bersikap sombong? Jiwa kita bersemangat untuk jihad, mengapa kita lemahkan?

Persoalan itu yang sering ana tanyakan pada diri sendiri yang masih mempunyai jiwa yang berkecamuk antara keinginan fitrah pada syariat dengan hawa nafsu yang merosakkan. Berperang dengan rasa jiwa yang damai dengan ikhlas kebaikan dengan jiwa yang gelisah oleh bisikan syaitan. Semoga Allah terus mengekalkan ana dan kita semua untuk terus teguh berada atas landasan Nya, Al Quran dan Sunnah.
Kita sering memandang perlakuan seseorang dengan sangkaan yang buruk padahal kita tidak mengetahui langsung keadaan jiwanya. Sehinggakan kita leka dalam menilai keburukan diri sendiri yang ternyata banyak kekurangan. Kita menasihati dengan menurut rasa prasangka bukannya secara hikmah yang menyentuh lembut relung hatinya.

Bagi ana, kalaulah dicari intisari yang terkuat dari segala kekuatan..jawabnya adalah sabar. Dengan kesabaran, kita melihat sesuatu secara hikmah. Dengan kesabaran, kita meneroka kebahagiaan dalam kesusahan. Dengan kesabaran, kita berusaha wujudkan situasi yang lebih baik. Semua dengan izin Nya.

Bentuklah jiwa yang hanif, iaitu jiwa yang cenderung kepada Nya, melihat kepada kebaikan dan bersangka baik...jiwa yang lurus dan bersih.
Dan hanya kepada Allah, segalanya dikembalikan.

-----------------------------------------

Salam..
Ibu ku telah dimasukkan ke wad dan ditahan selama dua hari sudah..sama-sama kita doakan kesihatannya.

Share/Bookmark

KeMBaLi BeRDiRi

.



Assalamu’alaikum

“Seorang yang telah biasa terjatuh, mudah baginya untuk melalui tompokan lumpur.”

“Ambillah semua dunia kamu dan biarkan aku tetap bebas, merdeka dan terasing. Kerana sesungguhnya akulah seorang yang paling kaya sekalipun kamu membiarkanku kesunyian dan tidak punya apa-apa.”

Ana ambil petikan kata-kata yang ana sukai. Mengapa? Kata-kata pertama bagi ana bermaksud seseorang yang biasa menghadapi pelbagai rintangan dalam hidup akan mudah baginya untuk bersedia mengatasi cabaran yang mendatang.

Kata-kata kedua pula dari pujangga Islam yang menggambarkan pergantungannya kepada Allah SWT. Benar.. dalam mencapai kejayaan dunia, betapa ramai di kalangan kita sanggup mencemarkan hati dengan perasaan hasad dengki, iri hati, sombong, dusta,zalim dan sebagainya. Hindarilah jiwa kita dari semua ’dunia’ sebegitu. Biarkan jiwa kita bebas, merdeka dan terasing dari unsur-unsur yang akan merosakkannya. Dan bila jiwa kita suci bersih dalam berhubungan dengan Allah, siapakah lagi yang lebih ’kaya’ daripada kita? Dengan cinta Allah, kita punya segalanya. Jiwa kita bebas dari segala pergantungan nafsu jahat dari mencapai redha Nya.

Doa adalah kekuatan bagi kita, umat Islam. Doa yang baik adalah daripada jiwa yang luhur. Jiwa yang luhur lahir dari mukmin yang taat. Sentiasalah berdoa..saban waktu, zahirkan betapa lemahnya kita, kerdil dan hinanya kita, sebagai hamba Nya.

Kita jarang berdoa untuk diri kita. Kenapa? Kebanyakan daripada kita tidak memahami bahasa arab, sekadar mengaminkan doa sesudah solah. Walaupun memahami, tak pernah kita ambil sikap untuk menghayati. Tidak pula kita melapangkan masa malam kita dengan berdoa dalam bahasa yang paling difahami, dihayati dan bahasa lazim kita. Jarang kita menangis haru, berdoa dengan jiwa yang benar-benar kudus dahagakan hidayah Nya. Kerana tanpa hidayah Nya, hati kita bisa lalai walaupun taat..bisa menjauh walaupun semakin mendekati.

Ayuh..kembali berdiri. Kita hiasi diri kita dengan akhlak yang dicontohkan Nabi SAW. Kita sebarkan kasih sayang tanpa terputus mati. Kita bersangka baik sehingga terzahir kebaikan. Kita hindari fitnah sehingga tersebar hidayah. Kita adalah apa yang kita usahakan, insya Allah.

Akan tiba masa saatnya orang terdekat meragui kita. Akan tiba masa saatnya segala pergantungan sirna meninggalkan kita. Akan tiba masa saatnya kita merasa kesunyian, lelah, letih dan tidak berdaya. Akan tiba masa saatnya kita benar-benar terhimpit antara harapan dan putus asa.

Kembali berdiri..
Kerana...

Bila kita letih dan hilang semangat..
Allah tahu kita telah mencuba sedaya upaya.

Bila tangisan kita berpanjangan dan hati kita duka..
Allah telahpun mengira titis air mata kita.

Bila kita rasa ketinggalan dan masa melewati kita..
Allah tetap bersama kita.
Bila kita kebuntuan akal..
Maka Allah adalah penunjuk jalan.


”Tiada yang tersingkap di hatiku, hanya melainkan Allah..”



Share/Bookmark

Program Maal Hijrah


Share/Bookmark

MenaNGis LaH


Bismillah..

Assalamu'alaikum.

Menangis adalah suatu terapi syari'e. Menurut tajuk sebuah buku.

Dalam menghadapi kehidupan, begitu banyak dugaan yang perlu diatasi. Dengan iman dan taqwa, kita menjadi manusia yang terselamat. Peningkatan usia seiring dengan perubahan tahap kehidupan kita,mungkin pada suatu masa dahulu kita agak selesa dengan keadaan hidup yang damai dan aman dari sebarang kekacauan. Secara tiba-tiba ujian demi ujian menghimpit, meninggalkan ruang sempit untuk kita bersenang-senang, sehinggakan hati sentiasa gundah memikirkan jalan keluar. Perasaannya adalah umpama saat kita sedang leka bermandi manda dalam suasana air yang tenang namun berombak ganas secara tiba2. Cemas, risau, berdebar, takut datang bercampur baur.

Dugaan tetap akan datang menguji setiap insan yang mengaku beriman kepada Nya. Hikmahnya untuk mengekalkan kita supaya sentiasa mengingati Nya. Bagaimana kita berusaha menepati kehendak syariatnya. Walau terkadang ujian yang tiba benar2 menggugah perasaan hati, membuatkan kita keletihan mencari jalan keluar, mengumbul kekuatan untuk tabah menghadapinya.

dan Menangislah...
merintih keampunan dan pengharapan kepada Nya. Mengadu segala kelemahan yang ada. Memuji dengan takzim atas segala sifat Kebesaran Nya. Merayulah dengan hatimu, berdoalah dengan ikhlas supaya hati damai setelah bermanja dengan Nya. Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.

Allah merindukan suara kita, yang bermunajat, mendamba untuk bercinta dengan Nya. Siapakah kita tanpa izin kekuatan dari Nya? Hatta mata yang berkelip pun adalah dengan izin Nya. dan hanya kepada-Nya lah sebaik-baik tempat kembali.

ahmad fikry : menangis dambakan redha Nya
Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.