QalBu Yg HiLaNG















Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Alhamdulillah, pasti semuanya luar biasa baik..huhu

Rasanya kini telah hampir sebulan pindah ke rumah'baru'.
Perubahan yang ketara berlaku..
agak malas sekarang nih..huhu
hati seakan mati...
nasihat dan kata-kata juga sudah tidak dapat menyentuh relung hati.
kian pudar dan pudar...

Sahabat...
ku perlukan huluran tanganmu dan mutiara kata nasihatmu..
mungkin kini masanya..

Ya Allah, kuatkan hatiku...
Share/Bookmark
















Daku melutut hiba
Bebanan yang terpikul
Kesedihan yg sarat
mula menguasai saraf2 rasa

Hati ini..
memendam pilu perasaan
rela tersenyum dalam duka
dari mengguris tenangnya teman

Ku persembah tarian hidup
seindah irama, selindung duka
ku zahirkan gembira
semanis mungkin, sembunyi luka

Duhai teman..
daku rela sendiri
dari menghidup api
kerisauan jiwa mu

Malam yang ku lalui
bersama rintihan dan air mata
semoga diampunkan dosa
dimudahkan urusan
dunia dan akhirat

Sesungguhnya,
Hanya Allah lebih tahu



ahmad fikry
Share/Bookmark

ULasaN BuKU

Assalamu'alaikum

Apa khabar semua? semoga sihat semua dengan rahmat redha Allah...
Pandanglah kehidupan dengan keluasan rahmat kasih sayang Allah.
Senyum dan terus hidup berlandaskan pegangan kukuh Al Quran dan Sunnah.
Ingat mati tapi bukan minta mati yer? (huhuhu)

Alhamdulillah, disini ana hendak share beberapa buah buku yang ana baca secara ringkas. ini gambarnya..




Alhamdulillah, satu sumber bacaan yang sangat-sangat menarik. Gaya penulisan dan penyampaian yang sangat mudah dihadam dan menarik. Kandungan buku ini disusun dengan teliti dan berhati-hati. Sebuah buku kegemaran ana. Membacanya telah membuka fikiran ana bukan sahaja pada sejarah hidup tokoh sufi ini namun juga terhadap bidang tasawwuf yang telah dipandang serong oleh segelintir pihak. Buku ini menjelaskan dengan baik konsep tasawwuf dalam Islam dan sangat-sangat mencerahkan kembali pandangan kita kepada ilmu penyucian jiwa. Kita akan dibawa menyelusuri bagaimana jauhnya kita pada jiwa yang bersih hanif dengan jiwa2 para sahabat r.anhum, para tabi' tabi'in dan juga salafus soleh..

Membelinya mmg tidak akan merasa kerugiannya kerana kandungannya amat bermanfaat untuk panduan perjalanan hidup kita. Tambahan pula sudah lama ana mencari buku seperti ini yang meriwayatkan sejarah hidup dan perjalanan kisah tokoh sufi As Syeikh Abdul Qadir Al Jailani. Ketelitian penyusun dari menjaga tulisannya dari mencacatkan mahupun melebihkan tokoh ini sangat2 baik.

Info sampingan :: Belilah juga buku terjemahan kitab Sirrul Asrar, Al Fath Ar Robbani, dan Futhul Al Ghaib..buku yang sangat bagus dan baik untuk rohani.





Kalau sebelumnya ana telah dicadang untuk membeli karya-karya Habibirrahman el Shirazy (ayat2 cinta, ketika cinta bertasbih,Di atas sejadah cinta, pudarnya pesona cleopetra, dll) kini teman yang sama telah mencadangkan untuk membeli karya Ramlee Awaang Mursyid dimulai dengan "Bagaikan Puteri". Gamabar pun masih lagi belum koyak plastiknya.. Sebuah novel yang bagus untuk bacaan umum untuk tatapan santai kita.
Insya Allah.















Sebuah buku yang merangkumi syariat fardhu ain yang lengkap untuk tatapan umum. Sanagt2 menarik kerana dilengkapi dengan gambar-gambar serta sisipan informasi yang memperkayakan lagi pengetahuan dalam fardhu ain. Amat bagus untuk koleksi bacaan seisi keluarga kerana melalui pembacaan yang menarik ini dan bergambar akan membantu pemahaman kita dalam asas syariat tuntutan fardhu ain dalam menuju kesempurnaan hidup beragama, Insya Allah.

ahmad fikry :: minat membaca

_------------------------------------------_

















Tomyam udang special dari rumah bujang.
sekadar gambar sisipan..
resepi plg mudah.
air,perencah, serai, bawang, daun limau purut,
udang, fish cake, fish ball, tomato ..masuk je semua..

jadilah tomyam...


Share/Bookmark

MeNJaDi SuPeRHeRO

Assalamu'alaikum

Ayuh kita berbicara soal manusia.
Soalan UMUM.
Berapakah masa yang kita ada di dunia?
Setiap kesilapan yang kita lakukan mampukah kita berulang membetulkannya?
Nyawa ini, hati ini berapakah kalikah kita akan miliki?
Kita sememang terbina dengan sifat baharu; mengkritik. Darinya kita melihat kekurangan dan kesilapan. Alhamdulillah jika ianya dapat membetulkan kesilapan. Jika tidak?
Kita menuju kiamat. Suatu perkara yang pasti. Namun mengapa saya dan kamu seringkali alpa?
Kan mudah kalau masing-masing semuanya mampu beringat...

Astaghfirullah... astaghfirulllah..
Ighfirili ya Allah..

Pernah kah kamu merasakan lemah tidak bermaya?
Saat saudara, teman dan masyarakatmu menuju kehancuran di hadapan mata?
Tidak berdaya kamu melakukan apa-apa.
Contoh??
saatnya saudara kamu membangkang apa yg kamu lihat betul.
saatnya sahabat kamu gembira dengan apa yang kita risaukan.
saatnya kawan kamu berpasangan seperti seorang yang persis buaya.
saatnya kerisauan kamu memuncak namun tak terkata apa.
saatnya masyarakat kamu pasif langsung tiada berubah.
berapa banyak kali saat daa...sempurna sangat ke kita?
Hakikatnya..kerna kita melihat sendiri kekurangan kita, menjadi kelu dan tidak terkata.
Kita tidak terhias dengan akhlak yang mengkagumkan.
Kita tidak dikurnia dengan kekuatan yang super duper hebat.
Kita tidak diberi pangkat kedudukan yang menundukkan manusia.
Kita biasa-biasa sahaja dan terpalit hina. Siapakah kita?

Jelas?
Jadi bergeraklah dengan kekuatan Allah.
Melangkah dengan tabah dan doa.
Siapalah kita di sisi pandangan Allah.
Biarlah hina di mata manusia, asalkan dihisab betul di jalan Allah.
jadi..sekeping puisi kering untuk gambarkan perasaan ana.
Terimalah..

Lazatnya diri merasakan dunia
Terawang indah menerjah syurgawi nafsu

Bisakah kita memahami?
akan keperitan sesudahnya?
pada kekesalan yang tiada akhirnya?

Tidak duhai manusia..
sama sekali tidak..
kerana kita mencongak taubat dengan kesempatan.
kerana kita menghitung amal dengan usia.
kerana kita membayang azab dengan syahwat.

Bukan caranya!!!
congak taubat dengan nafasmu.
hitung amal dengan ajalmu.
bayang azab dengan hatimu.
sehingga..sehinggakan..
..tubuhmu bergigil
..lehermu meremang
..air matamu menitis
..hatimu sesak dengan keinsafan.

Duhai
aku lemah, kamu pun lemah..
sama2 kita beringat
pada dunia yang fana
yang bakal menghancurkan kita

Setulusnya..
kita menyedari
hanya pada Nya kita kembali.
bagaimana keadaannya?
telitilah amalan kita..
mirip amalan penghuni syurga
ataupu perilaku penghuni neraka.

Sayangi diri, jangan dizalimi.
Ighfirli ya Allah..


ahmad fikry : memang tak sesempurna mana pun
Share/Bookmark

MenGeNAL KETuLUsaN



Assalamualaikum..

Telah agak lama ana tak update blog ini.

Sedikit kata-kata sebagai perkongsian...
"Di antara penipu yang paling teruk di dunia, kadangkala penipu itulah adalah ketakutan yang ada dalam diri sendiri."

Yup..terkadang, diri kita sukar nak menerima cabaran dalam hidup, menjadikan kita seringkali terkebelakang dalam mencapai impian dalam hidup.

Dalam menjalani hidup seharian, pelbagai perkara yang telah kita terlepas tanpa sedar. Malah melalui pemerhatian daripada pakar-pakar kaunseling menggambarkan bahawa manusia lebih berdukacita atas perkara yang masih belum mereka miliki berbanding bersyukur dengan apa yang ada pada diri mereka.

Contoh?
Misalannya seperti dalam alam perkahwinan, bagaimana seorg isteri berprasangka buruk terhadap suami,menjadikan alam perkahwinan berantakan, kurang berbahagia dengan apa yang telah dimiliki.

Dalam hal ini sebenarnya turut berlaku pada hubungan persahabatan. Kita sering berprasangka akan perkara yang tidak berlaku pada kita. Kita sering menduga sebuah kehilangan, kekecewaan dan pelbagainya daripada bersyukur serta sentiasa mengekalkan dan memperbaiki apa yang kita telah miliki.

Berbahagialah dengan apa yang kita miliki.

satu ayat lagi...

"Happiness could be simple."

Kebahagiaan yang kita inginkan tidak tersemestinya tersemat dalam pelbagai pengorbanan dan terselit bersama harta mahupun usaha yang merumitkan. Cukuplah sekadar kita menimba kebahagiaan dengan apa yang kita miliki. Tersenyum dengan apa yang seikhlasnya hadir buat kita
.

Belajarlah untuk bersifat qanaah (berpuas hati) dengan apa yang kita miliki. Supaya kelak kita tidak menyesali akan apa yang telah kita terlepas dalam jangka masa mengejar apa yang masih belum kita miliki. Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak dapat.

Rebutlah peluang selagi ia terhidang di hadapan anda untuk anda mencapainya. Jangan biarkan ia terlepas sehingga anda kekal di tahap lama dalam kehidupan anda.

Untuk menjadi seorang yang dikasihi, berikan apa yang terbaik daripada kita..seikhlas dan sejujurnya.


ahmad fikry : "happiness could be simple"

Share/Bookmark

SeKiLaS

Aku
dimana kini?
simpangan berliku
membungkam rasa ingin tahu
bagaimanakah nasibku
dahulu, kini
dimana?

Sirna
keindahan dunia
meratap nangis dan hiba
pada kefakiran di akhirat
menghisab amal
hidup

Hati
diselubungi
titik hitam noda dosa
mengkaburkan pandangan
dari melihat jelas
petunjuk Nya

Daku
jadi kaku
mengungkap syahdu
tulusnya doa dariku
sebahagian dari umurku
kadang leka kadang ingat
mampukah hati
kembali taat?

Penciptaku
maha luas pengampunan Nya
lantas dengan sequdus kemahuan
aku melafaz cinta, dan harap
merintih takutkan azab
melalui taubat

Jiwa insan
berpaksi fitrah kebenaran
merindui pada kehidupan hanif
melalui Islam
terungkaplah segala keindahan





AKULAH LELAKI YANG MELAMARMU
KS Ilmar

Inilah diriku, kekasih
bergelar sepotong jasad
bersama jiwa dan resah hasrat

Dikau akan kulamar dengan tulus niat
Kerana kuingin bersama
mengajakmu menghadap Kiblat
atau jika aku sesekali lama terlelap
bimbinglah daku agar kembali ke dalam Solat

Inilah diriku, kekasih
sepotong jasad lelaki
menagih kilau kasih
dari bening hati
pengucap tasbih

Akan kulamar dikau, kekasih
kerana wujudmu adalah jiwa
yang selalu bersama hadir
di dalam khusyuk doa
seorang pengembara
mencari hujung perhentian.

ahmad fikry : sekilas


Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.