TaNGiSAn AgaMa

Bismillah..


Assalamu'alaikum..

Akhir-akhir ini, pelbagai keadaan telah berlaku. Suasana politik, gerakan dakwah dan perselisihan menerjah ruang masa tahun ini. Bangunnya tidur para-para pecinta agama dengan air mata yang berlinangan...

contohilah Rasulullah saw, insan teladan sepanjang zaman.


ahmad fikry : kelu..

Share/Bookmark

PeCiNTa Si PeMaBuK

Assalamu'alaikum..

Alkisah..
Seorang ahli ibadah mendapat mimpi, perihal temannya di syurga.
Dari kebiasaannya, dia keluar mencari teman yang dikatakan..
Jiwa yang menggalau..tersangat ingin mengetahui siapakah dia, bagaimanakah amalannya dan bagaimana akhlaknya.

Perjalanan membawa dirinya ke suatu tempat..
yang dipenuhi sejumlah besar manusia..
yang menimbulkan ragu dalam hatinya.
disinikah tempatnya penghuni syurga?

Sekelilingnya dipenuhi para pemabuk arak.
bergelimpangan, merapu dan khayal.
kakinya terasa jijik untuk meneruskan langkah.
kini, dia hampa dan kecewa..
kerana mana mungkin temannya seorang pemabuk.
meragui mimpinya

Disitu, dia melihat seorang lelaki..
sibuk menguruskan para pemabuk itu..
tidak menghiraukan bau arak yang tengik dari mereka.
dia pimpin dan membetulkan kedudukan mereka,
menyedarkan mereka...
hairan...siapakah dia??
bersama dengan sekumpulan pemabuk?

Keinginannya bertanya mendorong dia ke hadapan.
Ingin bertanya namun terkesima bila diberi salam.
"Assalamu'alaikum sahabat akhiratku."..
dengan wajahnya yang manis tersenyum.

"Wa'alaikummussalam....
Bagaimana kamu mengetahui tujuan kedatanganku?"

"Aku juga..wahai teman..mendapat mimpi sepertimu."

"Kamu..kamu bersama dengan sekumpulan pemabuk?"

Lelaki itu tersenyum, tenang dan damai...

"Alhamdulillah...sejumlah orang pemabuk telah bejaya kusedarkan dan bertaubat kembali ke jalan Allah. Di jiwa mereka punya iman kepada Allah dan sangat mengharapkan disemai dengan hidayah Allah."

Subhanallah...disini dia bersama dengan para pemabuk, mendambakan hidayah sesama mereka, melakukan pengorbanan dalam membawa manusia ke jalan Allah.

Suatu ajakan.
"Ayuh teman..mari membantu bersamaku."

Tamat.

Allah berfirman maksudnya: Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman. (Surah al-An’am, ayat 125)

Salah seorang saudara pernah berkata," Apa yang kamu tahu melaluiku, kamu sibuk dengan masjid, sibuk dengan usaha kamu, pernah kamu cuba faham?"

..dan situasi yang sama sewaktu di persekolahan, seorang yang dikenali sebagai 'samseng' di sekolah amat suka sekali dapat berbual dengan ana. Latar belakang, aktiviti dan keinginannya langsung diceritakan kepada ana. Namun begitu, ada sinar iman yang melonjak-lonjak untuk membawa dirinya mengenal solah. Ana bersimpati dengannya.

..begitu juga kini, seorang remaja lelaki meminta ana mengajarnya Al Quran dan mengakui bahawa dahulunya dia kerap ponteng dan selalu keluar merayau, berlepak dengan kawan-kawan yang lain. Selepas berpindah, menjadikan dia sedar perlunya dia untuk tidak buta Al Quran..dan kisah-kisah yang lain.

Benarkah kita tidak memahami mereka? atau mereka yang memilih untuk menutup pintu hati untuk difahami. Apakah perasaan mereka? Apakah keinginan mereka? Apakah kesedaran mereka?

Dosa itu kotor..dan dengan dosa dapat menutup hati dari bersatu dengan kebenaran. Hati yang tertutup sering menafikan kebenaran dan mengalihkan perhatian dari urusan akhirat yang pasti kepada nikmat dunia yang sementara. Dibuai-buai indah dengan nikmat yang bakal membinasakan.

Bisakah orang yang berpakaian bersih mahu berdamping dengan mereka yang comot, penuh terpalit dengan kekotoran?

Ada..mereka yang mencontohi akhlak junjungan mulia Rasulullah saw. Mereka yang memberi manfaat untuk orang lain.

Kawan samseng ana diejek bila bersiap segak ke masjid, belum lagi menjejakkan kaki ke saff. Bahkan ana sendiri sewaktu ingin berbuka puasa di bulan Ramadhan dalam sebuah masjid dalam keadaan musafir pernah disindir oleh Bilal yang mengatakan hanya datang untuk berbuka percuma. Situasi begini tidak membantu.

Semoga Allah melapangkan dada kita dengan hikmah dan hidayah. Hanya Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah sahajalah yang dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, dari kemaksiatan kepada ketakwaan, dari kezaliman kepada keadilan, dari kegelapan kepada cahaya kebenaran dan dari kegelisahan kepada ketenangan jiwa.

Setiap makhluk Allah bergantung pada Nya. Tiada daya upaya hanya melainkan dengan keizinan Allah.

Ya Allah, ampuni lautan dosa-dosa kami dengan keluasan rahmat pengampunan dari Mu...amiin
Share/Bookmark

THe tHing ThaT we HavE Done...

Assalamu'alaikum..

Kalau kandungan blog y disajikan terbaik..tidak perlulah kita sibuk meminta org lain meninggalkan komen di blog kita..ikutlah resmi Nabi Ibrahim yang menyampaikan seruan Haji dgn seruan yg terbaik..maka Allah sebarkan kepada seluruh umat. Jadi dengan itu, sampaikan isi yang terbaik.

Tulisan diatas membuatkan ana terfikir, betapa 'manfaat' yg diperoleh dari blog ini? atau sekadar tulisan bersahaja yang menarik minat pembaca. Juga ana menghitung pertuturan yang ana bawa seharian..jelas atau kabur motifnya? kayu ukur "yang terbaik" dimanakah letaknya?

Sering juga ana imbaskan segala tulisan dan melihat apa yg wujud dan apa yg tidak dalam diri ana. Kita lancar menulis tanpa amal melekat di jiwa. Kita petah berbicara tanpa kesan yang mempengaruhi kehidupan.

Suatu hari, ana bersama teman berkumpul bersama seorang tokoh. Dia menyatakan bahawa antara kami bakal ada yang menyumbang jasa besar untuk agama. Sepanjang program dakwah yang berlangsung di kawasan pedalaman pahang, memang ada seorang sahabat yang betul-betul tawajuh dengan segala aktiviti yang dijalankan. Sepanjang program yang panjang itu, keperibadiannya terserlah, sedikitpun tidak terlihat cela.

Ana cemburu..kerana dia melakukan yang terbaik. Hafazannya, Dzikir dan tilawahnya, dhuha dan tahajudnya...setiap patah bicaranya menjadi kami terpegun kaku, ta'azim dengan penghayatan terhadap Kebesaran Allah dalam berita urusan ghaib yang wajib kita imani, azab kubur, mahsyar, syurga dan neraka.

Pernah dia berpesan, jika kita tinggalkan dakwah, asbab dunia akan datang menggoda dan membuatkan kita terkejar-kejar padanya. Namun jika kita kekal utuh, dunia akan datang dalam keadaan hina. Kesahihan bukti yang dianugerahkan Allah pada keteguhan taqwa para sahabat r.anhum.

Nyata, hidayah Allah mahal harganya. Datang hanya bagi insan dipilihNya.

Selagi hidup, sucikan hati daripada pergantungan kepada makhluk, supaya benih cinta Ilahi dapat tersemai. Kekuatan iman yg hakiki ternyata apabila hati ini dengan khudus meredhai Allah sebagai Rabb yg Maha Agung, tiada yang lain melainkan Dia.

Ujian adalah tarbiyyah hati, supaya kita melihat hanya pada Nya..hanya pada Nya..
..menghilangkan pergantungan makhluk selain dari Nya..
Insya Allah...


ahmad fikry : mencari hakikat

Saatnya aku dikuburkan
Gelap gelita, sunyi hambar..
seorangan..kesepian..
tiada siapa lagi menemani.

Dimana teman keluarga?
Dimana sahabat taulan?
Dimana kekasih dirindui?
Dimana harus bersandar harap?

menunggu gerun Sang Malaikat

Dunia jadi pentasnya
pada jiwa yang tidak pernah kosong
akan rasa cinta, gembira dan duka
akan segala ehwal mencengkam jiwa
makrifatullah dimana?

dan ujian adalah tarbiyyah
terkandung misteri hikmah

dalam mengenal Allah
wujudkan mujahadah

wallazi najahadu fina lanahdian nahum subulana..

Share/Bookmark

OMbaK PalestiN





















Assalamu'alaikum


Pernah, ombak ini datang waktu ketika perang meletus di Gaza.
Protes berlangsung di premis2 yang berkaitan dengan sumbangan pada Israel.
Pernah semangat ini hidup. bahkan sentiasa berazam melihatkan penderitaan masyarakat umat Islam di Palestin.
Pernah rintihan doa penuh kesungguhan, mengharapkan nusrah Allah ke atas ummat.
Pernah video dan gambar jadi tatapan...air mata menemani kepiluan hati.

Namun....tetap juga terlena, dan ditimbun masalah-masalah hidup sendiri.

Boikot tetap boikot. Protes tetap protes. Pada masa yang sama, media Barat memperlihatkan imej 'ganas' yang sengaja ditonjolkan. Sejenak membaca artikel "Palestin dan Orientalisma" dari saifulislam.com, ana melihat sekilas gambarannya. Apakah yang menjadi faktor 'kekebalan' Israel?

Israel + Amerika = Penduduk Amerika = Media = 2(false) - 1/2(true)

Ya..kekebalan israel datang dari sokongan dan sumbangan sekutunya Amerika. Hasilnya daripada undi demokrasi penduduk Amerika yang mensahihkan polisi kerajaan dan cukai-cukai yang dibayar sebagai sumber.

Kita mujahadah dalam memboikot agar dapat jadikan iktibar buat diri supaya sama-sama simpati nasib melanda penduduk gaza.
Kita melakukan protes menunjukkan ketidakadilan yang berlaku.
ana setuju sebab itu satu jalan.

Tapi apabila melihatkan kepada PUNCA, iaitu masyarakat Barat khususnya penduduk sekutunya Amerika, sangat perlu diberi faham tentang apa yang telah salah dicanangkan oleh media mereka sehingga mereka tega berdiam diri menyalurkan secara terus sumbangan ke Israel.

Startegi yang perlu bagi menarik perhatian mereka, menjelaskan apa yang mereka percayakan selama ini adalah salah...dengan cara strategi yang lebih baik dan istiqomah daripada lawan.

Israel - Amerika = resident of Amerika (who vote for government policy,pay taxes) + 10(true media) - 2(false media)

dan Kekuasaan hanya milik Allah. Kejayaan kita yang mutlak adalah dalam taqwa.

ahmad fikry : ada berkata kita lebih bersemangat protes dari menegakkan sunnah, kita lebih bersemangat melabel komuniti Yahudi, kita itu dan ini...just show your action.
sokong seorang sahabat yang bersemangat mengumpul informasi dalam bahasa English dalam bentuk se'menarik' mungkin berkaitan 'Keindahan Israel' yang memaparkan fakta dan bukti kekejaman mereka.

any information? email : musafir_berlalu@yahoo.com



Share/Bookmark

MalaM yG PaNjanG

"Jika ada seseorang pinta Cintamu, katakanlah ia untuk ALLAH, Rindumu untuk RASULULLAH SAW dan kasihmu untuk IBU BAPAMU. Tetapi, jika dipinta keikhlasanmu berilah pada yang tahu menghargainya."

"Dahulukan
ALLAH dan RASULULLAH, Nescaya kehidupan bahagia."


Assalamu'alaikum..

Malam yg panjang....
Kehidupan yang penuh dengan ranjau ujian telah menjadikan kita seorang yang berfikir. Namun tafsiran bagi maksud kehidupan berbeza bagi setiap dari kita. Ada yang mencukupi kebahagiaan dengan harta benda, ada juga yang mencukupinya dengan keluarga dan tidak kurang juga pada pangkat dan kehormatan.

Lebih dari itu,hal semasa juga mencorakkan pola pendirian kita seiring meningkatnya usia. Kita bisa jadi seorang yang tegas, bersimpati,lembut dan sifat-sifat yang terwujud dengan dasar pemikiran kita terhadap bagaimana harus kita bertindak.

Semua berbalik pada asas, cinta Allah dan Rasul.. sejenak,diri menyesali kerana sering terleka dari menghisab amalan diri seperti sebelumnya. Ternyata faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mencorak suasana iman. Ujian Allah untuk diri agar lebih teguh memegang syariat Nya.

Sebelumnya, setiap kali tiba pada perkara yang meresahkan iman, akan terdetik untuk melakukan perbicaraan dalam diri..
"Apakah pandangan Allah jika aku melakukan begini?"
"Bagaimanakah perasaan Rasulullah saw jika aku berbuat begini?"
...dan sering solah istikharoh menjadi selitan..dan kesungguhan dalam berdoa.

Bersyukur pada masa malam yang padanya Allah memberikan taufiq untuk diri memikirkan apa yang telah berlaku sebagai muhasabah. Dan diri mendapati, jika diri ini tidak teguh dalam mewujudkan kehidupan Islami dalam diri dan persekitaran, maka penyakit umat akan tertimpa dalam keluarga, malahan diri.

Malam yang panjang ini...diri memikirkan, tiada amalan yang hebat untuk ana banggakan hadapan Allah, tiada jiwa malaikat tanpa dosa dapat kupersembahkan, tiada jejak kelalaian dapat kuhapuskan...hanya air mata untuk menangisi pengharapan yang mendalam pada keampunan dan redha Nya.

mafhum hadith; "Allah tidak melihat rupa dan amalan kamu..tapi Allah melihat HATI kamu."

Ya Allah, jangan kau palingkan hatiku dari mencintai Mu..sinarilah ia dengan cahaya hidayah Mu, kuatkan ia dengan syariat Mu...indahkan akhlak ku, seindah akhlak Rasulullah... amiin


ahmad fikry : bersimpati dengan nasib saudara seislam ku...janji Allah itu pasti.

Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.