Mencari Ilmu, Menghias Akhlak

Hari ini kami di bawa guru ke tengah bandar kl, melihat pelbagai gelagat manusia, kata guru, anak-anak, nak jadi pendakwah kena tahu penyakit masyarakat, kena kenal masyarakat, kami di lihat guru dengan pelbagai jenis manusia dan cara nak bergaul dan cara kaedah menegur mereka, kata guru, ilmu ugama sahaja tidak cukup untuk berdakwah, ilmu lain kena ada.

Jika kamu ilmu penuh di dada anak muda, apalah gunanya ilmu kamu itu jika sampah depan mata tidak dapat kamu kutip?maksiat depan mata kamu tidak dapat nak tegur, kamu hidup dalam membetulkan diri sendiri dan menjauhi diri dari masyarakat dan biarkan orang jahil terus jahil, dan kamu langsung tak ada cita-cita berjuang membagunkan islam, hati-hati anak muda, teliti hal ini.


Saya tertarik dengan status sahabat FB yang berkongsi segala ajaran dan kata-kata gurunya. Senantiasa dikemaskini kalam hikmah yang diterimanya.

Ilmu itu cahaya yang menyinari hati. Dengan ilmu kita mengetahui syariat dan memupuk ghairah dalam amalan. Dengan ilmu, kita mengenal jalan yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada kita. Mengambil manfaat dan berkat dari ilmu yang bermanfaat, ilmu yang menjadi amal kehidupan.

Ilmu dan peribadi yang mulia mencetuskan kedamaian pada jiwa yang ingin mendekat. Dengan akhlak, jiwa menjadi lebih terdidik dan tabah menempuh ujian. Amalan yang istiqomah akan menekan nafsu syahwat yang membinasakan diri menempuh akhirat. Dan perkerjaan yang terbaik itu adalah pekerjaan yang dilakukan terus menerus walaupun sedikit. Sememangnya kehidupan ini lapangan ujian. Ujian dalam menentukan tema iman di dalam hati. Zindik, munafik, fasik atau mukhlis?..dan penilaian itu berakhir pada keadilan Allah yang Maha Mengetahui.




RUTIN MEMBIAS NASIB

Hidup ini fana. Tanpa pegangan iman yang kukuh, tanpa malu, berbuatlah apa yang kita suka. Hati menjadi tega menipu, mendedah aurat, menzalimi dan meninggalkan syariat.

Lidah (..dan juga jari) mudah menghias perkataan dan ayat menghalalkan dosa diri, sedangkan hati pasti gundah resah dengan lumuran tompok hitam dosa itu. Rutin harian hidup kita menentukan siapa kita. Seorang kerani atau peniaga, seorang benar atau dusta, seorang taat atau ingkar.

Rutin harian bagi seseorang yang melazimi kerja keras, beribadah, bertilawah, tahajud dan berdoa.
Bagi seseorang yang gigih berdakwah, perbaiki mutu akhlak dan adab dan muhasabah malam hari. Bagi seseorang yang tekun belajar,..dan selainnya pasti berbeza dengan seseorang yang sambil lewa menjalani hidupnya.

Berbeza bukan? dengan rutin ibadah sekadarnya tanpa menghadirkan hati dan kesungguhan. Kadang buat,kadang tidak.
Lisan yang tidak terjaga membusuk, memburuk dan memfitnah.
..dan lain-lain. (hidup harus menyebar kebaikan, pesan guru :D )

Belajar dan amalkanlah. Sedari kecil, dari seorang budak yang tidak mengerti apa-apa, kita telah meningkat usia mempelajari bagaimana bersolah, berpuasa dan sebagainya. Kini, adakah pembelajaran kita telah berakhir?
Jangan 'mati' sebelum ajal.

Hiasi diri dengan akhlak, budi pekerti yang tinggi.
Jangan mudah bersikap keras sesama kita, cuba mencari hikmah yang terbaik untuk mendekati saudara sasaran kita.
Dan dakwah itu menghubungkan hati ke hati. Seni dalam memikat jiwa sanubari memperkenalkan tauhid pada Pencipta Rabbul Izzati, Allah SWT.
Dakwah menguji,pasti kesannya lebih untuk diri sendiri.
Jadikan amalan rohani sebagai cahaya, melangkah dengan akhlak,adab mulia dan teguh dalam bersabar.

Insya Allah.



'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

Harta Bersama



Kisah Sufi

Tersebutlah seorang hamba Allah bernama Nidzam al-Mahmudi. Ia tinggal di sebuah kampung terpencil, dalam sebuah rumah kecil. Isteri dan anak-anaknya hidup dengan amat sederhana. Akan tetapi, semua anaknya cerdik dan berpendidikan. Selain penduduk kampung itu, tidak ada yang tahu bahwa ia mempunyai kebun subur berhektar-hektar dan perniagaan yang kian berkembang di beberapa kota besar. Dengan kekayaan yang diurus dengan mahir itu ia dapat menghidupkan ratusan keluarga yang bergantung padanya. Tingkat cara hidup para pekerja dan pegawainya bahkan jauh lebih tinggi daripada sang majikan. Namun, Nidzam al-Mahmudi merasa amat bahagia dan damai menikmati perjalanan usianya.

Salah seorang anaknya pernah bertanya, "Mengapa Ayah tidak membangun rumah yang besar dan indah? Bukankah Ayah mampu?"
"Ada beberapa sebab mengapa Ayah lebih suka menempati sebuah rumah kecil," jawab sang sufi yang tidak terkenal itu. "Pertama, kerana betapa pun besarnya rumah kita, yang kita perlukan ternyata hanya tempat untuk duduk dan berbaring. Rumah besar sering menjadi penjara bagi penghuninya. Sehari-harian ia cuma mengurung diri sambil menikmati keindahan istananya. Ia terlepas dari masyarakatnya. Dan ia terlepas dari alam bebas yang indah ini. Akibatnya ia akan kurang bersyukur kepada Allah."

Anaknya yang sudah cukup dewasa itu membenarkan ucapan ayahnya dalam hati. Apalagi ketika sang Ayah melanjutkan lagi hujahnya, "Kedua, dengan menempati sebuah rumah kecil, kalian akan menjadi cepat dewasa. Kalian ingin segera memisahkan diri dari orang tua supaya dapat menghuni rumah yang lebih selesa. Ketiga, kami dulu cuma berdua, Ayah dan Ibu. Kelak akan menjadi berdua lagi setelah anak-anak semuanya berumah tangga. Apalagi Ayah dan Ibu menempati rumah yang besar, bukankah kelengangan suasana akan lebih terasa dan menyiksakan?"

Si anak terus terpegun. Alangkah bijaknya sikap sang ayah yang tampak lurus dan dungu itu. Ia seorang hartawan yang kekayaannya melimpah. Akan tetapi, keringatnya setiap hari selalu bercucuran. Ia ikut mencangkul dan menuai hasil tanaman. Ia betul-betul menikmati kekayaannya dengan cara yang sangat bertepatan. Ia tidak melayang-layang dalam buaian harta benda sehingga sebenarnya bukan merasakan kekayaan, melainkan kepayahan semata-mata. Sebab banyak hartawan lain yang hanya bisa menghitung-hitung kekayaannya dalam bentuk angka-angka. Mereka hanya menikmati lembaran-lembaran kertas yang disangkanya kekayaan yang tiada tara. Padahal hakikatnya ia tidak menikmati apa-apa kecuali angan-angan kosongnya sendiri.

Kemudian anak itu lebih terkejut tatkala ayahnya meneruskan kata-katanya, "Anakku, jika saya membangun sebuah istana anggun, belanjanya terlalu besar. Dan biaya sebesar itu kalau kubangunkan rumah2 kecil yang memadai untuk tempat tinggal, berapa ramai orang fakir miskin dan yang memerlukan akan terangkat martabatnya menjadi warga terhormat? Ingatlah anakku, dunia ini disediakan Tuhan untuk segenap mahkluknya. Dan dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan semua penghuninya. Akan tetapi, dunia ini akan menjadi sempit dan terlalu sedikit, bahkan tidak cukup, untuk memuaskan hanya keserakahan seorang manusia saja."

Hebatnya kata-kata sang sufi yang penuh hikmah dan pengajaran. Sama2 kita ambil iktibar....


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

Mehnah Kesihatan


Salam

Demam. Yang betul-betul demam.
Menggagahkan diri menghadiri temuduga terbuka di Penang. Mencuba kerjaya baru yang tidak berorentasikan keuntungan semata(definisi lemah..hehe).Mencari kepuasan dalam minat dan kerjaya. Dengan suara (bak pelat kelantan kata panel temuduga) dan juga seloroh yang tidak terkawal.

Sebelum itu menghadiri kenduri sebagai pengiring pengantin lelaki (secara tidak sengaja),sungguh tidak terkahwin saya kalau perlu memperuntukkan dana untuk majlis walimah seperti itu. hehe. Setia berpakaian bersama sweater yang dihadiahkan. Berwajah selamba tapi teruja dengan lensa kamera :). Esoknya berehat sepenuh hari tanpa bayi(hehe) kerana semua ahli keluarga pergi kenduri dalam jarak yang jauh.

Masih lagi demam, selsema dan mula batuk-batuk. Cuti rehat digunakan untuk menelaah buku pinjaman dari rakan. Balasan dari pinjaman saya kepada dia akan buku konsep siasah dalam Islam.

Sebelum hari tersebut menghadiri majlis tazkirah di sebuah madrasah. Mendengarkan kalam nasihat daripada Ustaz berkaitan KEMATIAN. Mulanya berkaitan nikmat-nikmat di syurga dan seterusnya menggegarkan kesediaan pada sebuah KEMATIAN.

Sakit itu kafarah dosa,

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR Bukhari-Muslim)
Lazimnya, dalam keadaan tidak sihat, mata mudah mengalirkan air mata. Bersama doa dan harapan,pada sebuah kehidupan yang menuju redhaNya. Pada kekuatan untuk tabah menghadapi ujianNya. Pada senyum manis akan segala nikmat kurniaanNya. Pada impian, hanya kepadaNya semata-mata.

Amiin, amiin, ya Rabbal 'alamin

p/s: tulisan demam


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

Siapa Soleh?

Bukit H, Sg Petani


Petang kelmarin mengambil Firdaus untuk jogging di bukit H. Sekadar berjalan mendaki bukit dan bersembang-sembang. Sesekali menghela nafas panjang kerana kepenatan.

Apabila melihat kepada pemandangan atas bagi sekitar Sungai Petani, teringat kepada teguran seorang arif kepada Khalifah apabila melihat umat yang melakukan tawaf semasa dia di atas bukit.
"Kami hanya dipertanggungjawabkan oleh amalan kami, tetapi kamu wahai amirul mukminin, akan dipertanggungjawabkan oleh sekalian dari mereka (sambil menunjuk ke arah umat di bawah bukit)" Khalifah menangis tersedu-sedu lantaran teguran itu memikirkan nasibnya di akhirat. Saya terdiam memikirkan juga nasib saya di akhirat dan mereka yang berada di bawah tanggungan saya.

Antara inti perbualan adalah berkaitan bagaimana mahu menentukan pilihan kepada fikrah jemaah yang ingin diikuti. Berbual berkaitan tasauf,tarikat dan fahaman lain yang mencabang.
Pesan guru,
"Kesolehan yang sebenar adalah bagi mereka yang paling dekat dengan sunnah Rasulullah SAW."
Ya..sesungguhnya tiadalah manusia lain yang lebih dekat dengan Allah SWT melainkan kekasih Nya, Rasulullah SAW. Dalam surah al-Ahzab, ayat 21, maksudnya “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik untuk kamu”

Selain itu,saya berkongsi pengetahuan akan terjemahan kitab-kitab tasauf dan ciri-ciri golongan tarikat yang sesat. Perbincangan menjurus kepada fahaman *wasabi, *syieh, dan juga *ahhbas yang banyak merunsingkan orang awam. (*bukan ejaan sebenar)Juga berkaitan penipuan sejarah yang telah dilakukan golongan syiah.

Beramallah dengan ilmu yang bermanfaat, semoga kita beroleh rahmat. Insya Allah.

Sedikit petikan daripada;

Khutbah Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.

Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya.

Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.

Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin.

Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.

Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : “Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga” Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang.


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.