Kunjung Post!


Pantai Sri Tujuh menjadi persinggahan sepanjang cuti hujung minggu saya yang lepas. Bersama dengan rakan dan joran, saya selesa membaling umpan ke dalam laut dan berbaring menunggu di atas tikar yang dihamparkan di pepasir pantai.

Damai rasanya menatap hamparan bintang di langit malam, deru-deru angin yang menghembus mesra. Sesekali ombak yang menghempas pantai. Suasana itu saya syukuri kerana kesempatan yang telah diberikannya. Alam yang luas ini memberikan pengajaran akan betapa kita insan yang kerdil tega melanggar perintah Pencipta, Allah Azza wa Jalla.

Ketika ada yang selesa berteleku di atas sejadah, saya menggunakan peluang masa yang ada untuk muhasabah. Rentetan peristiwa dan kata-kata kini menjadi mutiara berharga.

Dalam beberapa sesi tazkirah, alhamdulillah dengan izin-Nya yang menyedarkan sesiapa jua yang dipilihNya untuk kembali kepada Nya. Sungguh betapa saya cemburui tangisan mereka yang sesal mengingati dosa lalu dan cahaya harapan dari wajah mereka untuk berazam mengubah haluan hidup kepadaNya.

Hati kecil ini bergembira,sekalipun hanya beberapa orang rakan yang menunjukkan perubahan. Gembira bukan kerana diri menjadi sebab, tapi gembira dengan pertambahan sahabat akhirat.

"Para da'i itu juga harus memiliki kemampuan untuk membangkitkan "indera ketuhanan" demi menarik simpati hati, menyatukan jiwa, dan berinteraksi dengan gerakan dakwah bersama medannya yang membentang luas. Ini semua dapat terwujud dengan ajakan dan seruan yang baik, cara yang baik, metode dialogis, dan argumentasi yang lebih baik, serta keteladanan yang "tanpa cela". Demikian itu kerana dalam tradisi yang kita kenal "kesucian suatu tujuan menuntut kesucian cara dalam merealisasikannya". Sebelum tujuan tercapai, sarana harus sudah ditentukan, tidak ada tawar-menawar dalam hal ini." - Abbas As Siisi, At Thariq ilal Quluub (Bagaimana Menyentuh Hati).

Saya dapati tiadalah kaedah mendekati mereka melainkan dengan rasa kasih yang tulus, perhatian yang segar dan juga akhlak yang indah. Mengikat hati dengan rasa bertuhan dan menjadi penyemai bagi sebuah ikatan ukkhuwah yang tulus. Menyingkapi bahasa rahsia 'sahabat, mari bersama-sama mencari Nya.'

"Satu hal lagi yang ingin saya ingatkan kepada para da'i adalah "penampilan seorang da'i harus berseri-seri dan ceria dalam segala situasi dan kondisi". Maka seorang da'i tidak boleh bermuka masam dan berkerut sewaktu menghadapi seseorang, tetapi berwajah ceria ketika menghadapi yang lain. Bahkan seharusnya ia selalu berlapang dada dan ceria. "Carilah kebaikan di saat wajah sedang ceria", demikian kata pepatah. Sesungguhnya dalam hati setiap orang tersimpan potensi besar bagi dakwah, kerana hati seseorang secara fitrah senang kepada semua yang menyambut dan melayaninya dengan baik. Allah berfirman, "Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kalian barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?" ('Abasa: 1-4)
-Abbas As Siisi, At Thariq ilal Quluub (Bagaimana Menyentuh Hati).

Perbualan juga haruslah tidak mendatar. Sesekali selitkan dengan kata-kata nasihat yang berkaitan dengan situasi. Penyampaian sederhana selayaknya seperti seorang teman yang rapat. Hadir sebagaimana yang kita inginkan daripada kehadiran orang lain dalam hidup kita. Cuba menjadi selunak mungkin dalam menambat hati, membawanya kepada amalan agama. Semangat tidak mudah putus asa dan mengalah dalam berusaha membimbing mereka dan diri sendiri yang banyak kekurangannya bersama-sama menuju redha Nya.

Sesekali menunggu umpan diragut ikan, saya senang berjalan sekitar pantai dan menghayati suasananya. Keindahan yang tidak menuntut harga wang ringgit. Ruang masa yang lapang ini saya manfaatkan sebaik mungkin. Segala tekanan kerja (hehe) dan perasaan sayup-sayup hilang dan mulai berganti dengan rasa syukur pada nikmatnya.

Dalam ruangan tulisan ini, saya sampaikan takziah buat sahabat yang kehilangan kekasih hati dari keluarganya. Dengan bersabar, pasti Allah membalas dengan ganjaran yang lebih baik. Setiap yang hidup pasti kembali kepada Nya...La Tahzan.

Allahumma ya Allah, ampuni dosa kami, kabulkan hajat kami dalam mencapai redha Mu, ya Allah.....


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.