Makhluk Terindah
www.iLuvislam.com
dihantar oleh : Hafeziftiqar*




















Dan sesiapa yang melihat dia akan mengakui, dialah makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Dialah makhluk itu, makhluk yang bernama wanita. Makhluk terindah pernah diciptakan Tuhan. Lantaran keindahan yang teramat itu, maka perlu akan penjagaan, agar keindahan itu terpelihara menghiasi, mengharumi dan mewangi sepanjang zaman. Damai, tenteram, tenteram dan damai- sepanjang zaman. Atas ihsan Tuhan yang mengenali tiap makhluknya, maka Tuhan memperkenalkan peraturan tertentu agar makhluk terindah itu terpelihara, mendamaikan dan menenteramkan seisi alam. Kerana Tuhan itu yang mencipta, maka Tuhan sudah tentu mengetahui peraturan yang mampu menjaga makhluk terindah itu daripada kerosakan dan kehancuran.

TUHAN... AKU INI SEORANG PEMBERONTAK! SEORANG PEMBERONTAK!

Dan dia menjadi gila. Dia rela mencemarkan keindahan dirinya dengan melanggar aturan Tuhan. Bermula saat dia melanggar aturan Tuhan, dia bukan lagi dia yang mendamaikan, sebaliknya dia sudah menjadi dia yang menghairahkan. Dia bukan lagi dia yang menenteramkan, sebaliknya dia sudah penjadi pengacau yang jahat dalam minda sesiapa sahaja yang memandangnya. Dia sudah menjadi dia yang gila saat dia melanggar aturan Tuhan sedang aturan itu perlu untuk dia kekal damai dan tenteram. Saat dia mempamerkan rambutnya, saat dia menyelak kerudung yang melitupi dadanya, saat dia menyentengkan lengannya. Dia sudah menjadi hina. Sedangkan sebelum ini, dialah makhluk terindah yang mendamaikan dan menenteramkan.

TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK! SEORANG PENAGIH CINTA! CINTA!

Dan saat hormon berahi menguasai tiap penjuru jiwanya, dia terkulai tidak bermaya. Dia perlukan cinta. Dia rela menjadi pelacur asalkan bayarannya adalah cinta. Lantas dibiarkan tiap inci tubuhnya dijarahi, direlakan suaranya memujuk dan merayu, dihias tubuhnya secantik termampu, diukirnya senyum termanis, dibiarkan tubuhnya dirangkul, asalkan bayarannya nanti adalah cinta. Dia sudah menjadi pelacur demi cinta. Andailah dia mampu bersabar, dia akan kekal mulia sebagai makhluk terindah yang menenteramkan dan mendamaikan. Dia sudah tidak mampu berfikir, dia ketagihkan cinta. Dia melacur demi cinta. Dia sudah menjadi pelacur sedangkan sebelum ini dia adalah makhluk terindah yang mulus, suci, tenteram dan mendamaikan.

TUHAN... AKU INI PEMBERONTAK.... TUHAN....AKU INI PEMBERONTAK....

Dan malam yang dingin itu, butir-butir mutiara berguguran jatuh ke ribanya. Sedu dan sedan. Pilu. Sedih dan rintih. Damai dan tenteram. Pulang ke pangkal jalan. Kembali.

“Tuhanku, aku ini pemberontak, pelanggar hukumMu yang setia. Aku ingin kembali. Ingin pulang. Ingin membersihkan diri dari noda-noda hitam.” Air mata berguguran.

“Tuhan aku ini pendosa, bernilaikah taubatku di sisiMu, Tuhan?” Air mata berderaian.

Taubat setulus itu, masakan Tuhan tidak menerima. Dan malam yang dingin itu, diresapi dengan damai fimanNya, mereka yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, sesungguhnya TuhanMu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-A’raf, 153)

Dan dia, lena dalam kerudung putihnya. Damai. Tenteram.


***********************************************************************
Salam...
Sentiasa lah berdoa saban waktu untuk dipelihara daripada terjebak dalam maksiat dan memohon diberikan petunjuk sentiasa.

Sesungguhnya untuk beroleh hidayah adalah sesuatu yang teramat bernilai. Namun untuk berusaha mengekalkan suasana diri dalam hidayah adalah terpaling penting.

Makna Hadis ; Sesungguhnya hati manusia itu sentiasa berkarat dan cara untuk menghilangkan karat hati adalah dengan membaca Al Quran,selalu menghadirkan diri dalam majlis ilmu dan mengingati mati.

Jesteru, penting untuk kita senantiasa kekal berada dalam suasana iman dan amal. Suasana yang mewujudkan kejernihan hati untuk 'melihat' urusan akhirat yang telah dikhabarkan Allah SWT.

Hasil muzakarah ana dengan ustaz ana, individu harus mengekalkan suasana iman yang mengingatkan kepada akhirat, antara caranya adalah melalui resepi yang telah diberikan Rasulullah SAW.

Apabila kita menjaga jarak kita daripada keterlibatan kita dalam urusan agama, maka lama kelamaan hakikat iman akan sendirinya pudar melalui komitmen yang telah disalah utamakan..

Islam sendirinya adalah kehidupan kita.
Islam sendirinya adalah keluarga kita.
Islam sendirinya adalah matlamat kita.
Mengapa harus menghindar?

Bukankah di setiap rongga rasa
tersembunyi intaian syaitan
yang mahu merusak akar niatmu?

Semailah dengan benih zikir
Pupuklah pepohon baja doa
Lebarlah dedaun muhasabah
bertunjang akar taqwa

supaya
menjulang tinggi pepohon tauhidmu
muraqabah, makrifah
pada Yang Maha Esa.

Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.