Orang yang benar-benar mengikut sunnah Nabi amat menjaga kebersihan diri dan sentiasa menggosok gigi serta menjaga bau mulut dan hygiene badan mereka. Ini kerana mereka mencontohi sunnah Nabi salallahualaihiwassalam yang amat menjaga kebersihan diri sekalipun di waktu baginda hampir nazak.
Perkara ini dapat dilihat daripada hadith Ibu orang yang beriman, Aisyah RA yang menceritakan detik nazak baginda salallahualaihiwassalam ;
لما دخل عبدالرحمن بن أبي بكر رضي الله عنهما على النبي - صلى الله عليه وسلم - ومع عبد الرحمن سواك رطب يستن به فأبدَّه رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ببصره (يعني نظر إليه) وأطال النظر إليه, قالت عائشة رضي الله عنها: فعرفت أنه يريده فأخذته ثم قضمته ثم طيَّبته فدفعته للنبي - صلى الله عليه وسلم - فاستن به فما رأيت استناناً أحسن منه
'Apabila masuk Abdurrahman bin Abu Bakar RA menghadap baginda nabi salallahualaihiwassalam, dan ditangannya ada sebatang siwak. Maka baginda rasulullah salllahualaihiwassalam terus menerus melihat kearah siwak tersebut, (tetapi baginda tidak mampu berkata-kata kerana nazak).
‘Aisyah RA berkata:”Aku memahami dari pandangan kedua mata baginda bahawa baginda menginginkan siwak tersebut. Maka aku pun mengambil siwak itu darinya (yakni Abdurrahman bin Abu Bakar), kemudian aku meletakkan ia dimulutku, agar aku dapat melunakkannya untuk Nabi salallahualaihiwassalam, kemudian aku berikan siwak tersebut kepada baginda nabi salallahualaihiwassalam dan baginda bersiwak dengannya dan aku tidaklah pernah melihat baginda bersiwak dengan lebih bersungguh atau lebih baik dari waktu itu.' [riwayat al-Bukhari]
Ahli sunnah bukanlah seorang yang penggotor, busuk dan tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana di dalam Islam, kebersihan itu termasuk sebagai salah satu cabang keimanan.
Sabda Rasulullah salallahualaihiwassalam ;
الطهور شطر الإيمان'Kebersihan itu termasuk salah satu dari cabang iman.' [riwayat Muslim]
'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'
0 comments:
Post a Comment