Jangan berpura-pura, perbaiki perangai kita agar ianya mulia
Kata Umar al-Khatab RA ;
'Barangsiapa yang menghiasi dirinya dengan memaparkan pada manusia dengan suatu sikap yang Allah tahu bahawa ianya bertentang dengan perangainya yang sebenar maka dia pasti akan dimalukan dan dihinakan oleh Allah.'
[riwayat al-Daruquthni]
Islam mencela kepura-puraan, berlagak wara' dan berakhlak depan manusia tetapi dibelakang hanya Allah sahaja yang tahu betapa ianya menipu.
Diriwiyatkan baginda salallahualaihiwassalam bersabda ;
إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ أُمَّتِيْ كُلُّ مُنَافِقٍ عَلِيْمِ اللِّسَانِ
“Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan ke atas umatku adalah setiap munafik yang pandai dalam bercakap.” [riwayat Ahmad]
Perkataannya memukau manusia, hujah dan tutur bahasanya mencairkan hati yang mendengar namun dia dengan Allah amat jauh hubungannya!
'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'

0 comments:
Post a Comment