Ke Mana Kita Akhirnya?

Salam..

Alhamdulillah,baru usai menjayakan ekspo program kesihatan di sebuah ipt.

Kini ahli rangkaian di ipt tersebut hampir mencecah 30 org. Mendapat sambutan juga sebab ada buat aktiviti mendiagnos saraf tapak tangan dgn percuma.
Syukur, dapat bantuan dari sahabat2.

Ana turut mengedarkan video "Halal Haram" persatuan pengguna Islam Msia (PPIM).
Bt khidmat terangkan kandungan buku 'Halal Haram' persatuan pengguna p.pinang (CAP).
Turut tgk tapak tangan sikit2..tapi tak berani nak diagnos tapak tgn org lagi. Pantau kwn jer..hehe..

Alhamdulillah,ana memang banyak bercakap sepanjang dua hari itu. Nak timbulkan kesedaran tentang apakah status halal dlm produk harian kita. Isu2 yang wujud yang kita pandang sebelah mata.

Alhamdulillah, buku halal haram tersebut mmg berlandaskan kajian terhadap produk di pasaran kita. Ana pun baru tahu yg CAP ada keluarkan akhbar utk pengguna. Mmg bermanfaat.

Kontra..ekspo tersebut sepatutnya berlandaskan kesihatan tetapi entah kenapa lebih pula kepada hiburan. Pening lihat gelagat student yang terkinja2 menari, bergaul tanpa batas sempadan, bergurau yg keterlaluan ..hurm...

Mungkin ini yang kita damba..hiburan..hasil dari benih pemikiran yang kita tanam selama ini.

terlafaz..."Apakah gunenya hiburan begitu walaupun diluangkan masa 100 tahun untuknya..tetap saja tidak akan mendatangkan manfaat pd agama, bangsa dan negara. Tetap saja memundurkan..tetap saja meruntuhkan.."

Ke mana kita akhirnya? Jgn pernah berhenti bertanya pada diri.

*************************
ahmad fikry ..Ya Allah, kurniakan hidayah mu.
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.