Masjidku Taman Syurgaku


















Kalau 50% orang lelaki Islam solat di masjid, Allah akan beri kekuatan ekonomi pada Islam. Kalau 70%, Allah beri sifat malu pada wanita, dan lebih best lagi kalau 100% sudah cukup memberi kesan kepada orang kafir masuk Islam. Itulah pentingnya solat berjemaah.”

Salam..
Petikan ayat tadi itu adalah SMS daripada sahabat ana, Zubir. Katanya daripada tazkirah ahli syura Indonesia. Duhai, rindu sungguh rasanya diri ini bersatu kembali dengan ikhwan2 yang lain. Moge kita ikhlas bertemu kerana Allah, berpisah dan bertemu kembali kerana Allah jua.

Kalau hendak diteliti, sekiranya di sesebuah tempat tidak terbangun ataupun yg sedia tertubuh sesebuah institusi pendidikan agama, tetap sahaja masjid kosong daripada golongan belia..bahkan penghuni kawasan itu sendiri. Istilah “orang pencen” kerap digunapakai bagi ahli masjid. Masjid yang gah dengan kebesaran ruangnya, gah dengan hiasan dan system audio nya..namun daif dalam meraih jemaah solah 5 waktunya. Mengapa?

Pernah sekali sedang ana beriktikaf di sebuah masjid, terdengar pendapat daripada seorang veteran, ” Solah jemaah ni sesuai untuk golongan orang-orang lama je, yang muda sepatutnya kena kuat berusaha cari nafkah. Memang masa tu kena bagi untuk kerja dengan keluarga. Kalau bagi masa datang solah jemaah, memang tak dapatlah nak usaha kuat cari nafkah.”

Muhasabah.. sebenarnya benarkah kita tidak sempat melakukan solah jemaah di masjid,ataupun singgah solah di masjid?

Ana tertarik dengan jadual kerja 2 buah syarikat yang mementingkan solah jemaah. HPA Industries Sdn Bhd dan juga Naza Automotive Sdn Bhd yang memastikan setiap pekerja lelaki muslim menunaikan solah jemaah.

Secara individu, cuba teliti pula jadual kita. Berapa banyak masa yang kita habiskan untuk agama Allah? Dan berapa banyak masa pula yang kita habiskan untuk kerehatan diri kita kononnya. Sebenarnya,kita belia mampu memberi masa kita untuk masjid. Kurangkan masa melepak di hadapan televisyen, masa berbual dengan kawan-kawan, dan aktivti lain yang kita tahu langsung tidak mendatangkan manfaat walaupun dihabiskan untuk tempoh 10 tahun.

Masalah utama kita adalah masalah hati. Hati kita yang telah mati. Elemen-elemen hiburan yang berlebihan, pemakanan, gaya hidup, kawan2 telah merosakkan hati kita. Kita boleh menangis atas kelemahan kita melaksanakan tuntutan agama, namun kita takkan berubah selagi hati kita tidak tergerak untuk meninggalkan apa yang merosakkannya.

Masjid dilimpahi dengan nur sakinah, usahakan menghidupkan amalan agama di dalamnya. Naluri kita akan bercahaya menerangi sudut gelap hati kita. Sahabat-sahabat yang ikhlas beragama akan hadir satu persatu dalam hidup kita. Paling best, kita telah melakukan sesuatu yang menyukakan Allah.

Kita mampu! Kenali masjid kita, ahlinya dan ceburi aktivitinya. Percayalah, selangkah perubahan kita mengikut jalan menuju Allah amat berkesan pada hati daripada mencari-cari ketenangan yang tidak kunjung tiba melalui jalan-jalan lain.

Percayalah, isi waktu kita dengan beriktikaf, solah sunat dan zikir. Dan dengannya, kita pulang ke rumah dengan hati nurani yang bercahaya, mewujudkan sakinah dan mawaddah dalam keluarga.

Bayangkan..dengan kekuatan solah jemaah, hati-hati dapat dipupuk dengan rasa amanah, rasa bertanggungjawab akan urusan muslimin dan juga wujudnya rasa malu untuk melakukan maksiat. Saat ketika umat bersatu menunaikan perintah Allah.

Ana sering bayangkan yang kehidupan kita di dunia bukan sekadar makan dan minum, kerja dan rehat, dan keluarga semata-mata. Namun kita semua punya tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Tanggungjawab kita pada Rabb yang Esa. Tiada gunannya lagi andai kesedaran itu wujud saat nyawa bukan lagi menjadi milik kita. Saat azab dan segala kedahsyatannya menjadi nyata pada kita.

“Dan mereka memikirkan tentang perciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”. (Ali Imran: 191)
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.