Kasihi Aku


Assalamualaikum.

Agak lama tidak ‘post’ dalam blog Bingkisanku.

Akhir-akhir ini, agak sibuk dengan kerjaya baru dan pengalaman baru. Menjadi suatu kepuasan apabila kerjaya kini melibatkan interaksi dengan ramai orang. Alhamdulillah.

Minat untuk menjadi seorang blogger yang ‘bermanfaat’ itu tetap ada, namun masa agak terhad untuk menguruskan apa yang termampu. Sesekali sekadar menyimpan di draft apabila tulisan seringkali terpalit dengan intonasi ‘letih’ dan ‘tidak bersungguh’. Kesegaran untuk ‘menyampaikan’ itu hilang dek kesibukan kerja dan keletihan tenaga.

Seronok rasanya menguruskan satu pusat yang terdiri dari berpuluh-puluh orang dengan pelbagai ragam. Insya Allah, dengan nekad niat untuk membantu ikhtiar mereka untuk menambah rezeki. Senyuman mereka, gembira dan luahan mereka menjadi penawar bagi keletihan diri yang sengaja ‘workaholic’. Pengalaman yang tidak mahir untuk saya susun menjadi tulisan di blog. Ah! Betapa blog ini tidak punyai identiti yang tersendiri. Masih dalam kerangka mencari personaliti.

I LOVE YOU

Seringkali dalam beberapa siri tazkirah mahupun sembang2 bersama teman saya tekankan tentang cinta sesama kita. Ayat yang sama, dan intonasi yang berulang-ulang.

“Tiada cinta yang lebih murni dari jiwa yang luhur melainkan cintanya seorang saudara akan kerisauan sesungguhnya kepada azab neraka dan pengharapan kepada nikmat syurga kepada saudara seislamnya yang lain . Menggarap kehidupan ke arah jalan redhaNya, bersama-sama.” ..erk, Cuma mungkin ia lebih indah dalam bentuk tulisan..eh ye ke?.. Hehe.

Setiap jiwa ingin dicintai dan dikasihi. Ingin dipeduli dan dimengerti. Lantas melengkapkan fitrah kita sebagai manusia yang mahukan kedamaian, kebahagiaan dan kasih sayang.

Sukarnya menyatakan kasih, lalu kita bersandarkan kepada perlakuan kita agar yang dikasihi tahu kita mengasihi.(berbelit-belit..hehe) Teman, keluarga mahupun rakan fb..dan betapa sukar untuk mengerti kefahaman mereka terhadap ‘kiasan halus’ kita.

Mengkias lembut nada penjagaan solah dalam nasihat, menggambar indah kebaikan dalam ibadah...sebagai cermin yang mahu dipantulkan pada mereka yang ingin memahami. Membebel panjang dalam telefon,menyampai rasa ukhwah yang tulus.

Variasi ‘persembahan’ kasih sayang kita berlaku; sekalipun penerimaannya tidaklah seperti yang kita harapkan. Malah, kadang mengundang kecewa,frust berpanjangan.

>“Jangan berhenti berkasih!”


Yup. Sekalipun usaha ini telah membuat kita menangis kesedihan, mengeluh keletihan dan terdampar lemah, kosong tanpa balasan.

Kerna apa yang kita tuju tidaklah sia-sia melainkan redha Nya.. yang menjadi isotonik, kekuatan dalaman yang paling istimewa.

Berusahalah sehingga segala pengorbanan itu menjadikan kita lebih bersemangat untuk mencicipi nikmat syurga!

Wassalam.

ahmad fikry: bukan kasih murahan.

TIPS MELAHIRKAN KECINTAAN DALAM JIWA MANUSIA
1- Orang yang berbudi baik.
2- Orang yang ikhlas dalam amal perbuatannya.
3- Orang yang tawadduk ( merendah diri ).
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 954.


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

Rindu Tak Tertahan


Pagi ini
Usai menunaikan subuh.
Pulang ke rumah.
Membuka satu surah dan memulakan bacaan.

Sesudahnya,
Hati begitu rindu.
Saya menangis terisak-isak.
Berdoa sampaikan salam rinduku.
pada Rasulullah saw.
sungguh-sungguh saya merindui Baginda saw.

Usai dari tangisan.
Saya mengharapkan
azam diri lebih cekal
untuk mengikuti sunnahnya
dan menghayati sirahnya

dan merasai dahaganya
sehingga ku temu anugerah nikmatNya.

Ya Allah,
kabulkan keinginanku
amiin..

ahmad fikry : setiap ummatnya pasti sangat berharap bertemu dengan junjungan mulia Rasulullah saw.


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.