MenaNGis LaH


Bismillah..

Assalamu'alaikum.

Menangis adalah suatu terapi syari'e. Menurut tajuk sebuah buku.

Dalam menghadapi kehidupan, begitu banyak dugaan yang perlu diatasi. Dengan iman dan taqwa, kita menjadi manusia yang terselamat. Peningkatan usia seiring dengan perubahan tahap kehidupan kita,mungkin pada suatu masa dahulu kita agak selesa dengan keadaan hidup yang damai dan aman dari sebarang kekacauan. Secara tiba-tiba ujian demi ujian menghimpit, meninggalkan ruang sempit untuk kita bersenang-senang, sehinggakan hati sentiasa gundah memikirkan jalan keluar. Perasaannya adalah umpama saat kita sedang leka bermandi manda dalam suasana air yang tenang namun berombak ganas secara tiba2. Cemas, risau, berdebar, takut datang bercampur baur.

Dugaan tetap akan datang menguji setiap insan yang mengaku beriman kepada Nya. Hikmahnya untuk mengekalkan kita supaya sentiasa mengingati Nya. Bagaimana kita berusaha menepati kehendak syariatnya. Walau terkadang ujian yang tiba benar2 menggugah perasaan hati, membuatkan kita keletihan mencari jalan keluar, mengumbul kekuatan untuk tabah menghadapinya.

dan Menangislah...
merintih keampunan dan pengharapan kepada Nya. Mengadu segala kelemahan yang ada. Memuji dengan takzim atas segala sifat Kebesaran Nya. Merayulah dengan hatimu, berdoalah dengan ikhlas supaya hati damai setelah bermanja dengan Nya. Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.

Allah merindukan suara kita, yang bermunajat, mendamba untuk bercinta dengan Nya. Siapakah kita tanpa izin kekuatan dari Nya? Hatta mata yang berkelip pun adalah dengan izin Nya. dan hanya kepada-Nya lah sebaik-baik tempat kembali.

ahmad fikry : menangis dambakan redha Nya
Share/Bookmark

2 comments:

puteri92 December 5, 2009 at 3:12 AM  

salam...entri yg amat berguna utk sy...Allah menguji sy dgn ujian yg berat dan Dia yakin sy mmpu utk menanggungnya...sy bnyk menangis dan menitiskan airmata utkNya disamping berdoa kepadaNya...sy yakin di setiap kesulitan pasti ada kemudahan dan setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....

AhMaD FiKRY December 5, 2009 at 8:25 PM  

Wslm..jzkllh.

Setiap ujian ada hikmahnya. Dan Allah tidak pernah menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Yakin dengan janji-janjiNya. Ujian merupakan tanda kasihNya untuk mengingatkan hambaNya. Dalam meniti kehidupan, hadapi segala cabaran dengan iman yang teguh dan hati yang tenang dengan kasihNya.

ameen..



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.