.
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal.
- Saidina Ali r.a.
Berpenat lelah lah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan.. Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup ini diciptakan..
- Imam Asy Syafie rah.
Bismillah.
Assalamu'alaikum.
Kata-kata hikmah yang ana letakkan di sudut tepi blog ini. Ana sendiri sering terlupa akannya, dalam menghadapi ranjau kehidupan.
Setiap dari kita punya ujian dalam kehidupan. Dari pelbagai segi.. Malah setiap ujian punya hikmahnya. Sejauhmana kita mencari kelemahan diri dan meneroka kekuatan yang dikurnia Allah.
Dalam setiap keadaan, Allah SWT melihat hati kita. Susah mahupun senang, sihat mahupun sakit, lapang mahupun sibuk, kaya mahupun miskin, mulia mahupun hina.. Allah melihat apa yang terkandung dalam hati qalbu kita.
Kejernihan hati adalah hati yang sentiasa berserah kepada Allah. Dimana tersemadinya taqwa dan segala sifat mahmudah. Bisakah seseorang mengakui mencintai Allah sedangkan dia masih belum mengenali dirinya sendiri.
Ujian merupakan satu percubaan dalam menilai tahap keimanan kita. Dalam golongan manakah kita berada, wujud sifat apakah dalam diri, sesuci bagaimanakah jiwa yang dilanda ombak ujian.
Ujian pastinya menghiris hati, untuk membongkarkan apa yang terkandung dalamnya.
Terus teguh berdiri
menongkah kehidupan
menepis dugaan
menahan terjahan halangan
Terus garang mengaum
pada pendusta
menghapus fitnah
mengibarkan kebenaran
Terus tekad melangkah
landasan yang utuh
Al Quran dan Sunnah
dan lidah warisnya
Tersiat-siat perasaan ini
terbakar ruang emosi
berdarah luka sang hati
ku serahkan pada Ilahi.
wajar..
dambaanku..kesenangan hakiki
inginku..jiwa yang qudus
matlamatku..redha Sang pencipta
wajar..
kerana kesusahanku pasti sirna
kerana keletihanku pasti lesap
kerana kesedihanku pasti luput
Allah ya Rabbi
hanya pada Mu aku berserah.
pada janji Mu yang pasti.
ahmad fikry ; keletihan pasti hilang, kebaikan pasti kan terus kekal.
MenGHiRiS HaTi
Posted by
AhMaD FiKRY
Sunday, November 29, 2009
2 comments:
Salam Ziarah..
nice puisi..
nukilan dr hati ke??
so perfect..
salam ukhuwah fillah..
(*_*)
Salam ukhuwah
semua puisi adalah nukilan sendiri, hentam2 jer, tk pentingkan sgt ritma ayat atau gayanya.
terima kasih sudi komen.
jzkklh
Post a Comment