.
Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia keruh.
Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia mendung.
Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dengan iman.
Assalamu'alaikum.
SMS daripada seorang teman. Entah kenapa,rasa terkesan dengan sms yang dikirim selepas baca. Mengingatkan ana pada suatu pengalaman.
Alkisah, saat ana ditemuduga untuk suatu jawatan. Usai sesi soal jawab berkaitan kemahiran yang diperlukan, seorang panel bertanyakan tentang matlamat hidup ana. Sebagai seorang yang telah bersedia, ana menjawab lancar soalan yang telah ditanyakan. Berkaitan dengan masa depan, kerjaya dan harapan.
Panel itu bertanya lagi, apakah matlamat sebenar hidup fikry?
Ana terdiam. Berkatalah dalam hati, "Apa kes ni? tak dengar ke org jwb panjang lebar tadi?" Namun, apabila ana perhatikan wajah si panel,hati yang gemuruh menjadi tenang..
Matlamat sebenar saya adalah nak bahagia dunia dan akhirat. Nak usahakan kesempurnaan agama wujud dalam seluruh kehidupan saya. Nak capai keredhaan Allah selagi hayat dikandung badan. Hati saya, jiwa saya, ruhani saya sangat dahagakan kebahagiaan, yang mana dahaga itu hanya boleh dihilangkan dengan kasih sayang dari Nya. Dalam apa jua pekerjaan yang saya lakukan, saya mahu ia diredhai Allah. Matlamat kehidupan saya adalah menuju kepada Allah semata.
Ana lihat wajah bersih ahli panel yang tersenyum. Yang kemudiannya menasihati ana dalam beberapa hal dalam menjaga perintah Allah, tugas2 kita sebagai khalifah di bumi ciptaan Nya. Alhamdulillah..
Abis citer.
Sebenarnya, dalam perjalanan kita menghadapi kehidupan seharian, apakah yang telah mengubah kita? Ana pernah mendengar kata-kata; "semakin kita membesar, semakin sukar untuk kita mengakui,semakin sukar untuk kita meminta maaf."
Adakah hijab ilmu, jawatan, pengaruh kedudukan dan pangkat sedikit sebanyak telah merosakkan identiti kita yang sebenar? Yang mengubah kita menjadi seseorang yang lain. Terkadang, kita sendiri tidak tahu bilakah kita telah mencampakkan identiti diri yang tulus. Identiti diri yang sebati dan serasi dengan kehendak jiwa yang beriman.
Berikhlaslah dalam setiap urusan. Laksanakan setiap kehendak iman. Jadikan amanah itu hiasan diri, jujur dalam bicara, benar dalam perlakuan. Semaikan identiti perwatakan diri setulusnya sebersih salji, seindah pelangi. (ayat bunga..huu)
Ana suka pada budak2 kecil. Kerana wajah mereka, cakap mereka melambangkan hati mereka. Pastinya kita akan tersenyum saat ini, mengenangkan diri kita yang begitu naif..menangis bila sedih, ketawa bila gembira, cemburu dan merajuk bila dipinggir. Tiada siapa yang dapat merampas senyuman kita mahupun merampas sekudus identiti kita.
Mungkin tulisan ana tidak berilmiah, namun inilah coretan peribadi ana. Mungkin kebudak-budakan dan tidak disokong oleh teori-teori, namun inilah perasaan ana.
Kita adalah diri kita. Perasaan, keinginan dan kemahuan kita melambangkan perwatakan kita. Setiap dari kita dambakan kebaikan, dan tiada siapapun di dunia ini mendambakan keburukan dan tenteram dengan keburukan untuk dirinya.
Mungkin saja kita sering tersilap dengan perasaan marah, iri hasad, sombong..mungkin juga terkadang kita terpengaruh dengan kuasa, harta mahupun kedudukan..
..Namun,jangan terus hanyut dilambung arus nafsu dan cinta dunia. Kerana diri kita di dunia yang fana tetap jua akan kembali bertemu dengan Nya. Berlaku benarlah pada diri.
ahmad fikry : rindukan sahabat-sahabat benarku..huuu
SeTuLus IDeNTiTi
Posted by
AhMaD FiKRY
Friday, November 27, 2009
0 comments:
Post a Comment