Saya tergamam melihat video keganasan dari tentera-tentera zalim di Syria.
Air mata mengalir apabila melihatkan mayat saudara seislamku terbaring bergelimpangan. Mereka ditembak di leher, kepala. Pecah. Bernyawa lantas syahid.

Hati hiba melihatkan muslimah cedera, turut di tembak. Berita di aljazeera melaporkan mereka berpagi-pagi dengan peluru dan bom. Berhempas pulas untuk hidup dalam kesejukan. Sekalipun risiko ditembak, mereka terpaksa demi hidup dalam mendapatkan makanan dan bahan bakar.

Tidak kurang dengan siri penderaan yang dilakukan oleh tentera zalim itu kepada pemuda yang ditangkap.

Gambar anak perempuan kecil yang disembelih itu sangat sangat meruntun hati.
Juga ibu mengandung yg ditembak hingga terkeluar janinnya.

...dan 1001 kezaliman.


Minggu ini saya diselubungi sedih. Kerja serba tidak kena. Rasa sering hiba.

Ya Allah..selamatkan mereka, kurniakanlah mereka kejayaan.








'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

Cinta Nabi


Assalamu'alaikum.

Untuk seminar peringkat ke-3 ini, saya diperlukan untuk membuat satu program bersama 25% warga pusat. Perkara utama yang dapat difikirkan adalah kunjung tarikh 5Feb ini, tanggal 12 Rabiul awal.

Proses menyiapkan kertas kerja, saya menyiapkan bahan yang diperlukan dalam program tersebut. Meneliti bahan-bahan dan asyik membaca penyusunan indah sang penulis.

"Bila kita kenal sesuatu yang indah, baik dan benar, kita akan jatuh cinta. Bila sudah cinta, kita banyak mengingat apa yang kita cintai itu. Dan bila kita banyak mengingat, pasti banyak pula kita menyebutnya… Kata orang tua dahulu, bila hati teringat, mulut akan menyebut!

Jadi, tanda cinta kita kepada sesuatu, banyaklah kita menyebut-nyebutnya. Dan begitulah kitaran cinta kepada Rasulullah saw. Tanda kenal, cinta. Tanda cinta, ingat. Dan tanda ingat, banyak menyebut… Semakin banyak ingatan, semakin banyka pula sebutan. Dan di situlah signifikannya selawat!"

-Yang tersirat di sebalik selawat -Ust Pahrul Mohamad Juoi

Dan juga tulisan berkaitan keunggulan cinta Rasulullah SAW,
- nurjeehan

Rasulullah pernah bersabda:
"Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu." (riwayat Bukhari dan Muslim).


Sepanjang pembuatan kertas kerja dan juga isi ceramah yang ingin disampaikan, saya mahu diri ini dan audien yang memdengar memahami bahawa penyaksian cinta kepada Rasulullah SAW bukan hanya pada tarikh tertentu sahaja malahan sirah pengorbanan yang telah dijalani Baginda SAW perlulah dihayati sepanjang masa.

Sedikit perkongsian bersama melalui artikel yang disertakan tadi.

Untuk menukil rasa kasih dan cinta, diri kaku untuk menaip. Lidah kelu untuk berkata. Hati bergetar menafsir sejarah para pecinta-Nya. Bergenang air mata akan kesyahduan, keindahan sebuah CINTA yang tak terungkap.

Kerinduan yang tidak mampu dihitung hari.
Kemesraan yang sangat menagih harap.
Kasih yang panjang,tiada putus.

Cintailah Rasulullah, amal sunnahnya, cambahkan akhlaknya, dan bersama dalam jalan cintanya...maka akan terkesan menjadi hati seorang perindu, pecinta Allah Yang Maha Pengasih.

Allahumma ya Allah.....

'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.