Saya tergamam melihat video keganasan dari tentera-tentera zalim di Syria.
Air mata mengalir apabila melihatkan mayat saudara seislamku terbaring bergelimpangan. Mereka ditembak di leher, kepala. Pecah. Bernyawa lantas syahid.

Hati hiba melihatkan muslimah cedera, turut di tembak. Berita di aljazeera melaporkan mereka berpagi-pagi dengan peluru dan bom. Berhempas pulas untuk hidup dalam kesejukan. Sekalipun risiko ditembak, mereka terpaksa demi hidup dalam mendapatkan makanan dan bahan bakar.

Tidak kurang dengan siri penderaan yang dilakukan oleh tentera zalim itu kepada pemuda yang ditangkap.

Gambar anak perempuan kecil yang disembelih itu sangat sangat meruntun hati.
Juga ibu mengandung yg ditembak hingga terkeluar janinnya.

...dan 1001 kezaliman.


Minggu ini saya diselubungi sedih. Kerja serba tidak kena. Rasa sering hiba.

Ya Allah..selamatkan mereka, kurniakanlah mereka kejayaan.








'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.