DIA yang Teristimewa



1:1

Surah Asy-Syu'ara' : 78 - 82


26:78
Who created me, and He [it is who] guides me.


26:79
And it is He who feeds me and gives me drink.


26:80
And when I am ill, it is He who cures me.


26:81
And who will cause me to die and then bring me to life


26:82
And who I aspire that He will forgive me my sin on the Day of Recompense."


Assalamu'alaikum..

Saya kelelahan dengan masalah. Memikirkan penyelesaian bagi pelanggan,kerana prestasi kerja bergantung pada kelancaran hubungan kerja bersama pelanggan. Namun, tidak semuanya sempurna dan kadang-kadang saya berurusan dengan  pelanggan yang bermasalah yang masih mempunyai komitmen dengan organisasi.

Pulang ke rumah dengan fikiran yang berserabut, memikir jalan keluar dan sebab musabab yang perlu ditanggung akibat permasalahan yang wujud.

Perasaan berkecamuk tanpa memperdulikan selera. Rasa lapar dibiarkan begitu sahaja. Ingin tidur, ingin reda daripada keserabutan yang melanda.

Tapi saya sedar, tidur bukanlah satu penyelesaian. Lantas memikirkan jalan untuk menenangkan perasaan.

Hendak ditelefon emak, semestinya sedang berehat setelah penat mengemas barang kantin.
Hendak ditelefon tunang, "ah! jenuh potong kredit. Sekejap je habis beringgit."

Termenung, melayari FB ustaz-ustaz.
Kadang, kalam bicara status mereka membuatkan aku asyik mengikuti.
Lantas terjumpa status update;

Betapa terharunya membaca Surah Asy-Syu'ara' ayat 78 - 82;

الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ - وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ - وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ - وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ - وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

"Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;


Ighfirly ya Allah,betapa hamba Mu ini sering terlupa atas segala nikmat kurniaan Mu. 


Aku merasakan diri lemah selemah lemahnya dan menyerah sepenuh perasaan. Ku ulang-ulang ayat-ayat Nya. Mengenang nikmat, mengingat dosa, mengharap rahmat.


Allahumma ya Allah..




'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

Sebelum Lafaz "Aku terima Nikahnya"



Assalamu'alaikum.

Perkahwinan adalah amanah.
Tidak hairan mengapa ada yang membayangkan perkahwinan itu "menyekat" kebebasan dari perwatakan seorang individu. Pelbagai perkara yang dirasakan pastinya akan berubah jika sudah bergelar suami.

BERUBAH
Istikharah saya adalah untuk ketetapan hati. Tangisan saya adalah untuk mengadu kelemahan diri pada Nya. Berdoa agar dipermudah segala urusan.

"If you want something in your life, and you aren't praying Tahajjud for it, then in reality you really don't want it." - Syeikh Yasir Qadhi

"Jom. Kita perkemas apa yang patut." .. SMS saya kepada tunang. Saya pasti dia sangat gembira dengan keputusan saya untuk bernikah tahun ini. Insya Allah, tambahan 'pakej 5 hari' susulan jika berjalan lancar urusan pernikahan kami nanti. "Syokk..!!" Saya tersenyum sendiri.

Bertatih dengan menjadikan rutin bersedia sebelum azan Subuh, berjalan menuju solah berjemaah, membaca Al-Quran, waktu ta'alim, waktu menulis, waktu bersenam dalam rangka hidup berjadual memerlukan istiqomah dan juga kecekapan pengurusan waktu. Waktu ta'alim tidak boleh bertindih dengan waktu facebook. Waktu menulis tidak boleh bertindih dengan waktu video. Semuanya memerlukan konsentrasi dalam memupuk kebiasaan. Tidak dapat tidak.

Saya bertazkirah dengan laptop. Merekod dan melihatnya kembali. Sama ada penyampaian membosankan atau kosong. Menarik atau lesu. Meneliti bahan-bahan kekeluargaan dan juga pemupukan nilai dalam diri keluarga. Membayangkan diri ini suatu hari akan menjadi pemimpin kepada sidia, dan juga anak buahnya, dan insya Allah zuriat keturunan. Saya ingin mereka tidak jemu dengan penyampaian saya.

Tiada hikmah yang dapat dicapai tanpa amal. Tiada penyampaian dapat berbekas di jiwa tanpa amal. Amal itu 'ruh' bagi setiap keberhasilan pekerjaan kita.


MERIAHKAN HIDUP
Jadualkan masa beriadah. Berjogging setiap hujung minggu, berjalan di taman setiap petang pulang dari kerja. Bersama ke pasar. Rancang lawatan.

Saya sedar saya seorang yang kaki buku. Cukup sekadar buku yang menemani masa saya. Kerana itu, teman sekerja begitu hairan dengan sikap saya yang suka memerap di dalam rumah. "Tak berdunia" kata mereka.

Kerana itu saya meriahkan hidup saya dengan berjogging di hujung minggu, merancang dan melawat kawasan hijau, lokasi menarik dan memancing. Kadang, saya tidur bertemankan bintang di hamparan langit malam di pesisir pantai. Kadang saya bermain dengan deruan air terjun. Kadang saya meninjau kedai-kedai yang bersangkutan dengan dekorasi dan binatang peliharaan. Saya menziarahi sahabat-sahabat.

'Pak Ustat' ni tidak sekadar tahu memimpin tangan ke ceramah, ye sayang!..hehe..
Kerana itu saya memasukkan satu waktu mesyuarat dalam hidup. Berkaitan susunan waktu yang ingin diluangkan bersama.

Dan pastinya nanti amal hidup ini akan menjadi sebuah perkongsian.

PERSEFAHAMAN
Bagaimana kita untuk 5,10 atau 20 tahun akan datang?

Kadang tersenyum sendiri kerana persefahaman ini takkan wujud tanpa ikatan pernikahan. Dengan perkongsian, hati lebih bertaut untuk memahami perasaan, tindakan dan juga pemikiran pasangan.

Sesetengah hal, saya tahu apabila penyampaian saya tidak dapat difahami. Mengapa saya menangis ketika menerangkan keadaan saudara seislam di rantau berbeza? Mengapa acapkali saya hiba dan bergenang apabila dikisahkan kewafatan Rasulullah SAW? Mengapa perlu saya sentiasa bercakap pasal ukhrawi?

Kita akan berkongsi perjuangan itu, berkongsi perasaan itu, berkongsi kerisauan dan perasaan atas apa yang telah sama-sama kita lalui, masa yang kita luangkan dan amal yang kita lakukan.
Untuk mewujudkan persefahaman.

PANDUAN
Saya petik artikel dari blog 'Genta Rasa' milik Ust Pahrol yang bertajuk "Seorang Suami Bernama Muhammad SAW";


Sekiranya kita bertanya siapakah orang yang paling baik? Dengarlah jawapan dari Rasulullah saw ini: ”Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu terhadap keluargaku.”
Mari sejenak kita layangkan fikiran dan terbangkan rasa menjelajah rumah tangga Rasulullah. Kita saksikan bagaimana manusia agung ini berjuang dalam gelanggang yang paling kecil tetapi sangat besar pengaruhnya kepada pembinaan ummah. Ya, bagaimana sikap, cakap dan diam baginda sebagai seorang suami. Semoga kita tidak hanya mengumpul riwayat dan hikayat, tetapi benar-benar menghayati makna sirah yang tersurat dan tersirat.
Adakalanya baginda pulang ke rumah lewat malam malah  menjelang dinihari. Kerja dakwah dan memimpn masyarakat acapkali menyebabkan baginda berenggang dengan isteri. Sejarah menceritakan bagaimana baginda tidak akan mengetuk pintu rumah untuk mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur. Bahkan dibentangkannya sahaja kain ridaknya lalu dijadikan lapik untuk baginda tidur di muka pintu.
Apabila baginda bertanya kepada isterinya apakah pada hari itu ada makanan untuk dimasak dan apabila isterinya menjawab tidak ada… baginda akan tersenyum lalu memutuskan pada hari itu baginda akan berpuasa. Tenang dan indah sekali. Pada hari ada rezki untuk dimakan, baginda syukur. Apabila tidak ada, baginda sabar.
Sejarah menceritakan juga bagaimana baginda sendiri menjahit bajunya yang koyak dan menampal kasutnya yang bocor. Walaupun dia insan yang paling agung dan mulia, tetapi sentiasa sedia turun ke bawah membuat kerja-kerja yang dianggap remeh dan kecil oleh lelaki-lelaki lain yang kononnya lebih hebat dan unggul. Mereka terlupa bahawa pemimpin yang hebat ialah mereka yang rela membuat kerja-kerja kecil tetapi dengan jiwa yang besar. Dan Rasulullah telah membuktikan hakikat itu!
Bayangkan baginda yang sering menangis, bimbang dan takut akan nasib umatnya di akhirat tetapi masih punya masa untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Bukan sekali baginda berlumba lari dengan iserinya hinggakan Aisyah berkata, “adakalanya baginda menang, adakalanya aku menang.” Sikap baginda yang romantik itu merupakan sesuatu yang masih sangat baru di kalangan umat Arab, kerana baru beberapa tahun sebelumnya wanita dianggap warga kelas dua sehingga bayi perempuan pun biasa ditanam hidup-hidup.
Sikap ‘gentleman’ dan romantik baginda bukan sahaja pada Aisyah yang jelita tetapi juga pada Saudah, seorang janda yang telah dinikahi oleh baginda ketika telah berusia. Oleh kerana Saudah telah tua dan kurang berdaya  dan badannya yang besar, baginda sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah apabila isterinya hendak menaiki unta. Sebagai perbandingan,  ramai daripada para suami kini yang membuka pintu kereta untuk isterinya?
Sekiranya terbayang juga kebimbangan pada raut wajahnya ketika masuk ke rumah isterinya, baginda akan menjawab jika isterinya bertanya kenapa? Ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah dimetrai dan para saabat begitu sedih sehinggakan tidak sedar akan perintah Rasulullah supaya bercukur dan menyembelih binatang, Ummu Salamah mendengar kebimbangan baginda itu lalu mencadangkan agar Rasulullah saw dahulu yang bercukur dan menyembelih korban…
Mata baginda bersinar atas cadangan dan pandangan isterinya lantas keluar semula lalu bercukur dan menyembelih kambing tanpa berkata sepatah pun kepada sahabat-sahabatnya. Baginda ‘bercakap’ dengan sikap seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Dan melihat perbuatan baginda itu, para sahabat tersentak, tersedar lalu turut bercukur dan menyembelih binatang.
Bayangkan betapa besarnya jiwa baginda tetapi masih sudi mendengar cadangan daripada para isterinya. Jika benar dan betul, baginda akan menerimanya tanpa rasa malu dan ego. Tetapi jika batil dan salah, baginda tidak akan mengalah atau berundur walaupun selangkah.
Pernah baginda dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama keluarga. Baginda meminta Aisyah agar memberikan daging-daging kambing kepada orang yang lebih memerlukan. Aisyah dengan segera menunaikan perintah baginda… cuma ditinggalkan sedikit yakni bahagian kaki untuk Rasulullah saw. Ya, Rasulullullah gemar memakan kambing terutama bahagian kakinya dan itulah yang dititip oleh Aisyah untuk suaminya tersayang.
Apabila tiba waktu makan, Rasulullah bertanya apakah daging-daging kambing itu telah diberikan kepada fakir miskin? Lantas Aisyah menjawab sudah kecuali bahagian kaki yang dimasak untuk baginda. Baginda tersenyum gembira, namun masih sempat mengingatkan isterinya dengan kenyataan  yang penuh tarbiah dan hikmah, bahawa semua bahagian kambing itu menjadi hak mereka di akhirat kecuali bahagian kaki itu!
Di rumah baginda sentiasa tersenyum, ceria dan menolong kerja-kerja rumah. Hanya apabila azan bergema baginda akan berhenti dan serta merta menuju masjid seolah-olah tidak mengenal isterinya lagi. Jangan terkejut jika diberitakan adakalanya baginda akan mandi bersama dengan isterinya dan menceduk air dari bekas yang sama. Bukan berlakon-lakon, jauh sekali mengada-mengada, tetapi itulah realiti peribadi Rasulullah, insan paling kasih, paling sayang, yang segala perbuatannya lahir dari hati nurani yang paling murni. Sifat romantiknya lahir dari hati.
Banyak kali baginda mengingatkan, agar suami berlaku baik kepada wanita dan digalakkan bergurau senda dan bermain-main dengan isteri. Baginda bersabda:” bermain-main itu boleh dalam tiga hal. Ketika melatih kudamu, memanah dan bercanda dengan isterimu.” Biasa baginda mencium isterinya, ketika hendak berpergian jauh ataupun dekat, lama atau sekejap. Ciuman yang bukan hanya apabila nafsu bergolak, tetapi ciuman cinta yang lahir dari hati yang penuh kasih, kasihan dan sayang.
Baginda adalah suami yang ‘sporting’. Suatu ketika pada suatu Hari Raya, Sayidina Abu Bakar masuk ke rumah Aisyah di mana pada ketika itu ada dua orang perempuan sedang menari dan memukul gendang, sedangkan nabi menutup dirinya dengan baju (tidak melihat), maka Abu Bakar yang melihat keadaaan itu membentak kedua wanita tersebut, lalu Rasulullah menampakkan wajahnya seraya berkata, “hai Abu Bakar, biarkanlah mereka, sekarang adalah Hari Raya.”
Baginda minum daripada gelas yang sama dengan isterinya. Bahkan baginda mencecahkan bibirnya pada tempat di mana betul-betul bibir isterinya minum. Bahkan pada saat-saat akhir pemergiannya pun baginda meminta Siti Aisyah melembutkan kayu sugi dengan menggigitnya dan kemudian baginda minta disugikan dengan kayu sugi tersebut. Hinggakan kerana itu Aisyah menyatakan air liurnya dan air liur baginda bertemu sehingga saat akhir menuju kewafatannya.
Apabila baginda berada di bulan Ramadan, sentiasa baginda akan bangun pada waktu dinihari untuk solat dan munajat. Demi kasih sayang terhadap isteri, baginda akan mengejutkan mereka untuk sama-sama memburu kecintaan Allah. Tidak digerakkan isterinya  dengan gerakan yang kasar ataupun lengkingan suara yang tinggi, tetapi cuma disentuh dengan penuh kasih sayang dan dibelai dengan kata-kata bujukan.
Jika kita ingin menjadi suami… contohilah seorang suami yang bergelar Rasulullah – utusan Allah yang membuktikan kepada kita bahawa perkahwinan itu bukan hanya soal hidup bersama  tetapi ‘cinta bersama’ buat selama-lamanya.
Masyhurlah kemudiannya kata-kata “marriage is loving-together, not just living together” namun Nabi Muhammadlah suami yang membuktikan hakikat itu dalam kehidupan berumahtangganya lebih 1400 tahun yang lalu.Teladanilah seorang suami bernama Muhammad s.a.w
sumber : Genta Rasa


Insya Allah, sebelum lafaz "Aku Terima Nikahnya"


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

Hingga Kelesuan itu Lesu Menemani mu!

Umpama semut memerhatikan kilang gula!

Kita hidup sebagai Islam dan berbangga dengan nilai Islam yang ada pada kita. Kita mencari dan berusaha menambahkan nilai Islam dalam diri dan menuju kepada jawatan mukmin yg diredha Allah SWT. Perjalanan yang berterus-terusan.

Setiap kali berdampingan dengan orang yang berilmu, minda seakan terbuka melihat keluasan ilmu. Rasa terpegun dengan pengisian demi pengisian, mencintainya sehingga melupakan rasa lapar dan mengantuk. Ghairah barangkali!

Sekadar perkongsian..

Uslub Dakwah

 “Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya.

“Bahaya bagi setiap jemaah (kumpulan) yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan bekerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka. “Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia – dengan izin Allah – dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya.

“Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa – setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah – tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, khusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.” (rujukan: al-Qaradawi, al- Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).



Para daie perlu mengambil peluang dalam semangat menyampaikan dakwah dengan rasa kasih juga perlu seiring dengan perjalanan mencari ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang membuahkan amalan bagi mendekatkan kita kepada Allah SWT, menjadi hamba Nya.







'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.