ibu
jantung hatiku
ibu
ku sayang ibu
ibu
redhailah diriku
sebagai anak soleh mu
ibu
sekudus doa
mensyukuri kasihmu
ibu,kulihat syurga di tapak kakimu
As Salam..
Pernah tak merasakan tugasnya ibu? Baru-baru ini disebabkan ibu kurang sihat dan ahli keluarga yang lain mengikuti rombongan, Ana menjadi pengasuh kepada dua orang bayi 2 bulan dan 7 bulan. Membancuh susu, dodoi dan dukung ambil angin.
Menjaga adik dan anak saudara ini ana fikirkan mudah. Kerana sekadar menjaga makan pakai, dan dodoikan tidur. Tapi ana belajar karenah bayi. Dan anak saudaraku lebih kerap menangis dan sukar tidur. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang silap.
Menangis..menangis..menangis..
Sebelum ini ana bangga dengan tangan yang mendodoi. Setiap bayi yang diletakkan pasti akan ana dodoi sehingga lena. Tidak pernah gagal. Tapi yang sorang ni memang susah nak tido. Sampai naik lenguh tangan mendodoi..masih celik.
Walaupun ibu masih menguruskan kerja rumah yang lain, ana tetap tidak sempat mengikuti solah fardhu berjemaah di surau, tidak sempat bertilawah sepertimana lazimnya..Mustaqim berjaya ditakluk, tapi Si Mukhriz sangat-sangat menguji.
Kesibukan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bayi kecil itu gambaran diriku.
Dan mengenangkan kasih ibu sepanjang usiaku..
Ana lihat wajah ibu, penuh kasih sayang walaupun keletihan.
Tidak pernah merungut, tidak pernah memprotes.
"ala cayang-cayang mak ni.."
Allahu ya Allah..
air mata bergenang,terharu dengan ketulusan ibu..
Alhamdulillah, kerana minggu yang lepas merupakan tingkatan pemahaman cintaku tentang kasih ibu. Dalam doa, ana bersungguh-sungguh untuk ibu..untuk keluarga.
Dan selepas ini, ana akan terus menjadi 'khadam' kepada ibu dengan secara rela dan redhanya diri ini. Insya Allah, tidak akan ada sekelumitpun ragu-ragu dengan kasihmu ibu.
Sungguh telah ku lihat mengapa syurga itu terletak di tapak kakimu.
Ya Allah, segala pengorbanan ibuku, tempatkan ibuku di syurga, dikalangan mereka yang Engkau kasihi ya Allah...
ahmad fikry : speechless..
0 comments:
Post a Comment