Assalamu'alaikum!
Update blog! haha...
Sebenarnya jiwa meresah sebab ada masalah di tempat kerja. Berkaitan dengan pengkhianatan...haha.
Mungkin kerana sifat naif lemah saya yang sangat mudah percayakan orang, kini saya menanggung kesannya. Bahkan ia menunjukkan bahawa saya tidak bekerja dengan efektif. Soal tindakan kerja, saya bersedia.
Tapi sudut emosi, saya 'terasa'.
Kita Tidak Sama
Mungkin belum banyak pengalaman dalam kerja lapangan, saya mudah percaya. Saya mengharapkan setiap butir perkataan dan permohonan mereka itu jelas dan jujur. Bahkan senyuman dan keyakinan yang ditonjolkan mereka menjadi asas kepada kepercayaan saya.
Akhirnya berdepan dengan situasi yang sukar, apa yang dijanjikan kini semakin jauh kebenarannya. Permulaan keyakinan kini samar dengan pelbagai alasan.
"Maaf, saya tidak pandai marah. Tapi ikhlas saya rasa kecewa. Maafkan saya kerana terlalu percaya dan menyebabkan semua ini terjadi."
Saya memohon maaf bagi kesilapan saya bahkan melahirkan rasa kecewa kerana 'dibohongi'.
Resah
Sebenarnya saya bersyukur dikurniakan isteri di sisi. Tiadalah saya terbawa-bawa dengan emosi. Buruknya saya, saya terlalu memikirkan perkara yang tidak pasti, merenung jauh.
Tekanan perasaan juga saya bimbangi akan memberi kesan kepada kesihatan. Sesak nafas,sakit kepala dan rasa letih yang bersangatan..
Ah..enaknya kerja kontrak menjadi buruh binaan dulu, memerah kudrat, mengeruh sedikit sakit-sakit badan tapi tidur dengan aman dan nyenyak. Bangun dengan rasa segar.
"Abang terlalu banyak berfikir. Itu punca letih!"
Ostad Jadian
Saya sentiasa mengharapkan panggilan 'ostad' oleh rakan2 menjadi doa supaya saya benar-benar menuju ke arah itu. Saya doakan agar dimakbulkan.
Tapi tidak sangka panggilan sebegitu mengundang tanggungjawab, huhu.. Puas menjawab saya bukan Ostad, jahil bahkan tidak pernah mendapatkan pendidikan formal dalam bidang agama. Sekolah harian biasa dan tidak pernah mengambil subjek bahasa Arab.
Tugas imam,kenduri selamat, tahlil, yaasin, solah hajat, tilawah mula datang. Saya gerun memikirkan tajwid, hafalan, skrip doa dan amanah yang dipikul. Kadang-kadang terasa tugas itu diletakkan pada orang yang jahil. Bagaimana? tidak dapat ditolak walau telah menolak. Saya seram sejuk.
Tambahan pula saya mudah rasa ingin menangis jika menghayati, automatik gugup, terisak-isak.
Doa bukannya skrip ritual, tapi sebuah pengharapan,keinginan dan permohonan yang mendalam. Saya kaku.
Dengan apa yang datang, apa fokus saya pada agama?
Saya merasa berat kerana sudah lama tidak menyertai kegiatan dakwah. Ukhwah yang dirindui.
Menjadi Suami
Seorang isteri tidak akan menyuarakan apa yang dia kehendaki, dia mahu suaminya memahami.
Kadang-kadang ada rasa bimbang kerana saya ini seorang yang direct to the point. Saya mengharapkan isteri memahami dan pada masa yang sama saya juga belajar memahami..
Apabila saya melihat sebuah video yang menceritakan berkaitan kejayaan sebuah syarikat barang permainan dengan meletakkan sistem dalam permainan dan pengurusan mereka, saya tersentuh dan terfikir...
Keluarga perlu ada SISTEM. Dan sistem itu adalah berteraskan Al Quran dan As Sunnah.
Bangun awal, waktu untuk bersiap, berjemaah Subuh, sediakan sarapan.
Aktiviti taklim, mengaji, riadah, bersiar-siar, kursus, kegiatan dakwah.
Semuanya memerlukan kepada penyusunan yang bersistem. Tanpa semua itu, kehidupan pasti membosankan kerana tiada hala tuju dan matlamat.
Bagaimana lahirnya zuriat yang boleh berdisiplin andai terdidik dalam keadaan yang tidak teratur?
Bagaimana mahu bermula jika tidak timbul kesedaran?
Dengan keadaan yang sedia ada, jika sentiasa berjalan dalam keadaan yang biasa, tidak teratur, tiada perancangan, tiada aktiviti, tiada disiplin, tiada bajet, tiada kepimpinan...semuanya menuju pada kehancuran yang mungkin saja terbentuk dalam pelbagai segi.
perlu ada SUNNAH dalam rumahtangga.
***saya mengharapkan dalam menulis lagi tapi sudah lewat malam,isteri pun tengah demam.
Wassalam...
'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'
0 comments:
Post a Comment