Showing posts with label Catatan Diari. Show all posts
Showing posts with label Catatan Diari. Show all posts

Celoteh Wasiat Perpisahan.


Sedikit sayu rasa hati bila mahu pergi.
Langkah ini wajib lantaran kehadiran sekadar ber'uzlah' mencari kekuatan hati.

Masa begitu cepat berlalu.
Seolah baru kelmarin bersapa mesra. Hadir tidak terasa, pergi mengundang hiba. Ingin kekal tetapi ada matlamat yang perlu diusahakan. 'Zon selesa' ini harus saya tinggalkan.


TERIMA KASIH

Alhamdulillah,sekalipun bukan pelajar lepasan jurusan agama,saya berbangga secubit ilmu yang dimanfaatkan Allah pada kalian yang dahagakan kehampiran dengan syariat agama. Sama-sama mempelajari al Quran, ruangan muzakarah dan tazkirah, adalah ingatan supaya saya kekal hampir dengan perintah Allah. Ketawa,senyum dan teguran kalian akan kekal terakam dalam memori saya. Saya menghirup nikmat silaturrahim ini.

Saya senang hati memancing senyum di wajah kalian. Syukran atas segala makan minum, jemputan dan doa kalian. Maafkan jika ada yang terasa dengan usikan dan gurauan saya. Hati ini tidak sama sekali berniat mahu menyakiti. Semoga 'fikry' yang ada dalam anggapan kalian adalah insan yang mendamaikan. Pandangan Allah jua yang hakiki. Ameen.


JANGAN SEDIH

Mungkin wajah mengukir senyum, tapi jiwa ini simpati.
Sama sekali diri saya tidak terasa dengan teguran/leteran kalian. Sekalipun kemarahan kalian geramkan saya/ tangan makcik yang cepat memulas telinga/garang suara nenek bila memaksa..hehe

Sayu hati bila kalian bertanya-tanya kesalahan dan meminta maaf atas pemergian ini.
Hiba rasa bila kalian jangkakan kesunyian tanpa insan hina ini.
Sedih bila wajah muram pakcik menerima berita ini. Wajah rajuk tidak puas hati. Cuma mungkin saya sangat suka mengusik, jadi tidak terzahir rupa kehilangan dalam diri ini.

Saya akan ziarah. Akan kekal jadi doktor tiada tauliah. Jadi penasihat ustat celup. Bertanya khabar dan rajin singgah jemputan makan(hehe). Insya Allah.. doa saya akan sentiasa mengiringi kalian.

Sedikit celoteh dan mungkin luahan dari sudut sisi yang tidak dilafaz.


ahmad fikry : perghh..ayat. Macam tinggal wasiat nak mati. hoho
Luv you all. (dan yang baca) hehe..lillahi ta'ala.

Share/Bookmark

Dorongan


As Salam..

Kegigihan usahamu pada [perkara-perkara] yang telah pun dijaminkan untukmu (yakni di dalam urusan-urusan rezeki) di samping kelalaianmu pada [perkara-perkara] yang telah dituntut daripadamu (yakni di dalam mengerjakan ibadat) adalah satu dalil bagi terhapusnya al-bashirah (penglihatan mata hati) daripada dirimu. [Al Hikam : 5]

Janganlah engkau menjadi syak mengenai janji itu ketika tiada terjadi yang dijanjikan, sekalipun ia telah ditentukan waktunya, agar tiadalah terjadi dengan demikian itu pengurangan pada basirah-mu (penglihatan mata hati) dan pemadaman bagi cahaya sarirah-mu (rahsia batin). [Al Hikam : 7]


Sirah Nabawiyah, Kisah Para Sahabat r.anhum, Zikrullah, Ta'alim, Muzakarah, Mesyuarat, Iktikaf, Khidmat dan Jaulah.

Ibu, keluarga,saudara dan teman-teman seislam..

..adalah dorongan dalam mengenal Pencipta yang Maha Esa.
...supaya langkah ini tidak terhenti. Insya Allah

Allah..Allah..Allah..


ahmad fikry :

Bagaimana hidupku?
Resah kadang menghimpit.
Jalan melangkah harus bagaimana?

Beriman hati yang celik
Indah hamparan bintang di langit malam
Cukup..
Cukup Allah bagiku.

Share/Bookmark

Mengenal KeJujuRan


As Salam..

Semalam berfikir panjang muhasabah berkaitan "JUJUR".
Kerana kejujuran dalam ukhuwah itu manis.

Ukhuwwah ibarat seutas tasbih..ada awal tiada penghujung..dicipta utk mengingatiNya..dibahagikan untuk cintaNya..diratib utk redhaNya..ianya bukan ada pada indahnya pertemuan tp pd ingatan seseorang thdp saudaranya dlm setiap doanya..

Di kedai makan. (Makcik Garang)
"Demam? Basahkan kepala dengan air perahan limau nipis. Hingus jernih tu tanda kepala panas."
-Ok makcik. Air asam suam satu, nasi ayam satu.

Makcik Jiran
"Fikry, minum air ni." (sambil menghulur secawan air rebusan belimbing buluh)
-Taknak. Saya tak suka.
"Minum juga! Makcik buat susah-susah.Bagus untuk darah tinggi"
-Yelah..(tk suka masam2..)
"Habiskan semua!"
-Dah abis..Terima Kasih Makcik,tapi lain kali jangan buat dah ye..hehe

Pakcik Jiran (Maghrib)
"Fikry..Pakcik nak ikut ke masjid"
-Ye? Tapi saya nak tunggu ustaz mengajar sama..
"Ok. Fikry pergilah."
-(tak boleh lg nak tackle pakcik duk iktikaf masjid lama-lama sikit)

Rumah Sewa (Lepas Isyak)
-Assalamu'alaikum ya ahlul kuburrr...
"Wa'alaikummussalam ya ahli dunia!"
-Hang ikut aku jemaah kat masjid pun takpa dari main game tu dari tadi.
"Biar lah, aku tk buat jahat kat luaq"
-Wei..hang download citer kamen rider episod baru tak? nak tengok.

Telefon (Mak)
-Mak..abang demam. Badan panas.
"Jelum la kepala tu. Cuaca sekarang ni memang tak menentu. Tadi...(cerita kisah hari ni)..."
-Mak..abang demam.
"Makan la ubat pastu jelum kain basah atas kepala bila tido nanti."
-Mak...abang demam..

Rumah Sewa
-Syuk..tak rasa nyamuk banyak ke?
"Ada la kena gigit juga"
-Syuk..nyamuk banyak.
"Ye lahhh...aku pasang le ubat nyamuk."


Ye, semalam saya demam.
Terima kasih semua teman yang mengenali saya. Saya sangat gembira dengan kejujuran kalian. Dan juga makcik, pakcik yang takkan baca tulisan ini.

Tapi semalam ada kawan buka lagu nasyid sebagai teman tidur. Saya tidak boleh tido disebabkan itu. Harap maklum...hehe

Allahu ya Allah..
Alhamdulillah..atas segala nikmat kurniaan Mu.
Bimbing daku, bimbing kami untuk semakin dekat pada Mu.
Ikhlaskan jiwa kami, hati kami untuk melakukan kebaikan.
Pilih kami ya Allah..bersama golongan mereka yang beroleh redhaMu..

ahmad fikry : dan hari ini saya masih demam dan tulisan ini turut demam..
Share/Bookmark

Dakwah?



















Salam.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.
Baru-baru ini ana berjaya membuka sebuah kiosk produk HPA di ipt untuk mengkaji pasaran yang wujud di ipt tersebut. Selama tempoh beberapa hari, ana beriktikaf di surau dan masjid.

Dalam tempoh tersebut,ana dapat msg dari sahabat ana yang mengajak ana membuat income sampingan. Caranya adalah dengan mendaftar, membeli barang dan menjual semula barangan yang dibeli kepada syarikat terbabit. Disebabkan keliru dgn sistem yang diamalkan dan aqadnya, ana tidak ambil pusing sangat ajakannya biarpun nampak untung padanya. Keberkatan yang ana cari dahulu, baru keuntungan..

Sahabat ana ini juga ingtkan ana agar jangan lupakan dakwah utama, dan dia dalam perjalanan menuju ke jemaah di melaka. (kami student sana dahulu). Ana pula ingatkan dia agar teliti dalam pengambilan makanan halal lagi baik. Pentingkan kesucian hati kerana hidayah terhijab lantaran hati yang mati.

Sepanjang ana beriktikaf di surau, kalian pasti faham berapa ramai student lelaki yang beragama Islam bagi sbuah kolej penginapan di IPTA. Ana gemar mengambil tugas melaungkan azan. selama 5 hari, jumlah jemaah subuh pada kuantiti yang sama..5-6 orang sahaja. Ana dan seorang lelaki melayu yang istiqamah dan beberapa student berbangsa Arab.

Kemana perginya student yang lainnya? Hatta yang bersebelahan pintu dengan surau pun tidak mampu mengimarahkan rumah Allah.

Kita lancang menyatakan perjuangan, kita tekad melaksanakan strategi, kita penuh dengan idea-idea menarik dan bernas, kita terpelajar, kita berkualiti..namun apakah realiti kita pada kehidupan islam kita?..

Sungguh..kejayaan itu hanyalah dalam agama Allah. Mengasingkan agama dalam kehidupan kita adalah suatu kejahilan yang terbesar.

Insya Allah, ana akan mewujudkan sebuah stokis di ipta tersebut. Pastinya ana bakal menjadi satu komuniti dengan student di sana selagi rezki Allah bagi ana di situ.

Pasti Allah dengan Rahim Nya sentiasa bersama dengan golongan yang ikhlas berjuang untuk Nya.

************* ahmad fikry berdoa
Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.