Siapakah
















Siapa diri
untuk menongkah langit
untuk mencapai bintang
untuk memeluk bumi??

Dari mana
datangnya kekuatan
datangnya keupayaan
datangnya kejayaan??

Sedar lah diri
datangmu cuma sementara
masamu amat berharga
destinasimu hampir tiba

Mengapa harus di sia-sia
pada batu-batu kecil
yang menghalang jalanmu?

Mengapa harus dikurung
dengan sangkar
yang membelenggu hatimu?

Mengapa harus dibiar
pada sungai
yang hanyutkan imanmu?

hancurkan batu-batu
yang menghalang..
teruskan hidupmu

bukakan sangkar
yang mengurungi..
terbang tinggi taqwamu

Renangi sungai
yang berarus..
selamatkan imanmu

kerana kamu
akan lebih mengenali
siapa kamu

merasakan
lazatnya dalam bercinta
bebasnya dari belenggu
dalam mengenali
Rabb, Tuhan mu yang Maha Agung.

kenali
siapa
diri mu, Pemilik mu


***********************************************



Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.