meletihkan..

salam...

Meletihkan..
itulah yang terlintas apabila seharian menekan nafsu untuk bermalas-malas.
..dan bila membayangkan kebaikan2 yang kita peroleh dari masa yang telah digunakan,alhamdulillah..

Nawaitu bagaimanakah yang membuat kita letih?
Muhasabah..

Teringat satu kisah semasa di Melaka dulu..
Kami telah merancang satu program dakwah bersama junior2. Perjalanan program berlangsung selama 2 hari. Alhamdulillah,dapat banyak juga nama peserta dan disusulkan untuk berjumpa di surau hostel.

Alkisahnya..dalam surau cuma terdapat 6 orang.
melalui 6 orang ni..kami pergi mencari nama2 yang telah diberi bersama alamat bilik satu persatu.. dari asar hinggalah ke tgh malam..
..dalam 6 orang, terdapat beberapa orang yang memilih untuk i'ktikaf sahaja di surau sepanjang waktu itu.

Tgh malam itu, seorang senior mengajak ana keluar makan.
dalam perbualan, dia menunjukkan rasa tidak puas hati kepada senior2 yang lain yang tidak mahu aktif bergerak. Kasihan dia,murung je wajah. Keletihan terlihat. Semestinya senior itu senang meluahkan yang terbuku dgn sikap ana yg mendengar.

Sahabat2 perjuangan ku..
Ganjaran yang besar menanti untuk orang yang membantu agama Allah.
Ganjaran apa pula yang menanti kita kalau kita membuatnya atas tujuan lain..untuk perorangan? untuk nama? untuk perhatian? Kosong+penat+letih+habuk...
Sebab itu kalau kita lihat sesetengah individu melepaskan diri daripada komitmen dalam usaha tarbiyyah yang dilakukan sebelumnya..
Semuanya dalam niat..setiasalah kemaskinikan niat anda semua.

Sahabat2..
berikhlaslah dalam urusan Allah.
Allah akan berikan kekuatan.

Ana sendiri selalu selitkan hadith yang menceritakan tentang 3 manusia; seorang pejuang syahid, seorang alim yg mengajar dan seorang kaya yg dermawan yang diheret untuk dicampakkan ke dalam api neraka.
Amalan yang hebat..tapi niat yang tersimpang kepada selain Allah.

Kukuhkan berpegang pada tali Allah sebab ia adalah tonggak ketika tonggak yang lain khianat kepada mu.

Halusilah nawaitu kita.
***************************

aku mendambakan
jiwa yang terbongkar
yg meluah ulat2 dengki
yg membuang nanah2 rohani

agar dgn jiwa itu
menjd bersih nurani ku
utk kuserap cahayaNya
melihat keindahanNYa
menyingkap tabir makrifatNya

dan dgn jiwa itu
dpt ku alirkan airmata
dgn seikhlasnya
hingga memadamkan
panasnya api neraka.


** dont giv up, dont lose hope, you shall win.
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.