Salam..

Israel masih menyerang lagi..
Umat Palestin terus tertindas..

Ustaz ana kata..di sini telah terzahir kelemahan kita umat Islam.
Kita tak bersatu.

Teringin nak sentuh sedikit..
jgn cakap pasal perjuangan kalu kita masih berterusan menyokong produk pasaran Yahudi.

Ana telah check di pasaran.. mmg ada alternatif selain drp produk2 pemakanan yang bersangkutan dgn syarikat yang menyumbang kepada Israel nih. Apa salahnya kita bersusah-susah sikit mencari..tak sampai pun hingga mengorbankan nyawa.

takkan lah nak dijadikan kita bangun2 tidur tiba2 berada di tengah2 Gaza yang hancur barulah nak tersemat kesedaran?

Kita wajib bersatu.
Share/Bookmark

“Sebuah kelompok dari umatku akan selalu menegakkan perintah Allah, tidak membahayakan mereka orang-orang yang menyalahi dan berbeza pendapat dengan mereka, sampai datang keputusan Allah atas mereka. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, di manakah mereka? Nabi menjawab: Di Baitul Maqdis dan di sekitarnya.”

(Riwayat Ahmad)
Share/Bookmark

...........

Jumaat ,16/01/2009 - “Ya Allah ! Tidak pernah saya menyaksikan kezaliman sebuas begini !”, teriak Kayed Abu Aukal. Doktor di bilik kecemasan tidak percaya melihat apa yang tinggal pada syuhada Shahd umur 4 tahun, hanyalah saki baki cebisan daging yang masih melekat pada tulangnya.

Beliau mati selepas dibom oleh kereta kebal di kem Jabaliya dimana beliau sedang bermain. Bila mana ibu bapa mereka hendak menyelamatkan beliau, tembakan peluru Israel menghalang mereka berbuat demikian.

Selama 5 hari, abang beliau Matar dan Mohamed berusaha untuk mendapatkan jenazah beliau tetapi dihalang dengan tembakan peluru Israel. Tidak tahan melihat perbuatan kejam dan buas itu yang berlaku didepan mata mereka, akhirnya mereka memberanikan diri dan lalu menemui syahid.

“Mayatnya dibiarkan oleh Israel laknatullah dengan sengaja untuk anjing-anjing merobek beliau yang tidak meninggalkan walau sebahagian daripada badan beliau”, teriak Abu Aukal dimana belliau tidak pernah melihat pembunuhan sekejam ini.

Mereka bukan sahaja membunuh malah tidak berperikemanusiaan dengan melakukan kebuasan terhadap jenazah kanak-kanak.

sumber : http://www.islamonline.net

***************************************************************

****************************

Mampukah untukku
senyum selebarnya
kerana kini
senyumku sering terhalang
pada bayangan mayat bergelimpangan

Mampukah untukku
makan seenaknya
kerana kini
kunyahanku sering terhenti
pada ngiangan tangisan berpanjangan

Mampukah untukku
tidur selenanya
kerana kini
tidurku sering terganggu
pada igauan dentuman menakutkan

Duhai hati
mampu bagaimanakah lagi
cara untuk menenangkan mu

Tangisan malam
isak syahdu dan pilu

sungguh wahai hati
aku tidak merasai
apa yang telah dirasai
saudaraku Palestin

sungguh wahai hati
kan ku usaha
apa yang termampu olehku

kesedihanmu
bersesuaian dengan
kesedihan
hati seorang mukmin

Allah..berikanlah kejayaan
Dunia dan Akhirat


****************************
Share/Bookmark

BUZZ!!

Salam..

apakah yang dicari?
cinta?
kebahagiaan?
kedamaian?
ketenangan?

apakah yang ditemu?
sesukar mana jalanmu?

luahkan semua
yang melemaskan jiwa batinmu

sungguh
bersyukurlah
Qana'ah itu sifat mahmudah
yg menjadikan kamu kaya.

sebelum
sakit meragut sihatmu..(huhu)
sibuk meragut lapangmu..
tua meragut mudamu


ya Allah...
penin2..tak jadi...tk jadi
salam

**********
penin sikit pun dah tk tahan..
bygkan keadaan umat palestin sana
memangku mayat saudara.
menahan sakit derita.
Ya Allah..lapangkanlah masa
berdoa penuh harap

Slap..slap...(penampar)
sedarlah..penyakit al wahn
carilah ubatnya.

ahmad fikry nk termuntah, penin, sakit perut
Share/Bookmark

LAKSANAKAN TUGAS

Salam..

buat semua umat Islam..laksanakan yang termampu bagi kita.
tak susah pun..Bayangkan penderitaan umat Palestin di sana.















BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH



~ kalu ikut ana banyak lagi nak senaraikan nih..takpe2..kita ikut strategi.

ahmad fikry memboikot~ dan mengajak semua-semua-semuanya..
Share/Bookmark

Mencari Tujuan

************************

Pastinya
selagi hayat..

air mata kan menitis
senyum bahagia kan menguntum
benih amarah kan berputik..

dikhabarkan
dunia itu takkan sunyi
dari dugaan
dan mainan..

alangkah ruginya
dengan masa
dengan usia
terus berlalu
tanpa meningkatnya
iman dan taqwa..

...tanyalah
hati yg gundah

sesungguhnya
hati ini bakal berbeza
jika kupenuhi dengan taqwa.

nyata diri langsung berbeza
andai mahu
berguru pada yang arifbillah
bersahabat para muhibbin
berhartakan qana'ah
berkeluargakan sakinah

ku seru
carilah kehidupan itu

jgn lagi membutakan hati
mengapai-gapai cahaya
yang tidak kunjung tiba

soalnya
mengapa tidak

apakah jawapan yang sempurna
bagi sebuah persoalan
betapa kau mencuba
berusaha mengenali Nya
ketika masa dan usia
menjadi saksinya


*****************************

ahmad fikry merenung, mentafsir dan berfikir
Share/Bookmark

Segenap Matlamat ku

*************************

Bismillah
munajat pada Nya
menyeru hati yang leka

Siapkan dirimu
melihat kefanaan dunia

Hitung umurmu
menuju penghabisannya

teliti amalmu
sebersih putihnya ikhlas

zahirkan
buku catatan amal mu
rupa sebenar ruh mu
melalui mata hatimu

adakah
masa itu milikmu?
sihat itu tetapan mu?
lapang itu hartamu?

Laungkanlah
dengan hatimu
dirimu harganya syurga
takkan digadai dengan dunia

Merintihlah
dengan hatimu
mengemis ampunanNya
pada pepasir lalai mu
gegunung ingkarmu
lautan dustamu

Koyak lah topeng wajahmu
biar terpancar
cahaya imanmu
sinar ketuhananmu

engkaulah manusia
yang paling kaya

Cukuplah Allah bagimu

..dan perlahan
datang menyapa
rasa makrifatullah menyelimutimu
rasa rindu menusuk kalbumu

Wajah~mu Allah
Belaian~mu Allah
Cinta~mu Allah
Redha~mu Allah
bersama dengan Mu,
Allah

sehingga namaNya
menggetarkan
segenap rasa jiwamu

"Cukuplah Allah bagiku"


**********************

tatkala air mata
mengiringi syahdunya cinta

Allah matlamatku.

* Allah Maha Mengetahui
Share/Bookmark

Bersama berjuang!














Salam..

http://www.youtube.com/watch?v=DvFl27EnRWk

~selagi tak remove la..

Lihatlah di pelbagai media tentang kekejaman yang dilakukan Israel.
Aneh, dunia arab saling tuding menuding.
Ntah apa yang membutakan.
Sama2 kita boikot Israel dan sekutunya.
Usaha kita belum terbatas.
Usaha kita bisa pergi lebih meluas.



******************


Simpatiku
berdengung tangis

Hatiku hiba
Dadaku sesak
Mataku basah
Suara ku kelu

Bagaimana yg lain?

Sungguh..
takkan ku bisa
makan, minum dan tidur sebiasanya.

Tangan ku bisa menulis
Lidah ku bisa berbicara
perbuatan ku bisa melebar

Sungguh
Usahaku belum terbatas

Lafazku
bukan sekadar kata
bkn seketika cuma

Bagaimana yang lain?

Sungguh
usaha kalian belum terbatas

Saudaraku
Palestin.

***********************

ahmad fikry sentiasa berdoa dan berusaha
Share/Bookmark

Hilangnye waktu Sehari

***********************************

Salam.

Sedarkah kita akan Masa yang berlalu pergi?
Usia kita makin berkurang dari hari ke hari..
Menuju ke alam yg kekal abadan abada...

Dah lama ana tak gi shopping complex
lihat lah pasangan muda
berpimpin tangan, sempat pula ana lihat ada yg berciuman.
apakah ni?

Kenapa berlaku gaya gini?

Sedih ana...sedih...

Jangan gadaikan akhirat kamu untuk keseronokan dunia.
Jangan berlaku zalim...jgn berlaku zalim...

Sedarkah hakikat zalim?

Bukan zalim sebab tahan diri dari ber couple
Bukan zalim sebab kena jaga sembahyang..
bukan zalim sebab ikut perintah Allah..

Zalim sebab..
Zalim sebab..
Zalim sebab kita sediakan diri kita untuk dihumban kedalam neraka Allah.

Dalam perintah Allah itu terdapat kasih sayang Allah.
Dalam syariat Nya menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

Duhai..
jgnlah berlaku zalim..

Zalimkah diri utk menahan
pesonanya seorang ajnabi
dari memanah hatiku?

Zalimkah diri utk tertib
menjaga sgala kesempurnaan
dlm solah menyembahNya?

Zalimkah diri utk menangis
pada keseronokan maksiat
dari sebati menutupi jiwaku?

Zalimkah diri
kerna menutup ruang
pada api nafsu
dari membuak-buak?

Sebenarnya,
hakikat zalim itu adalah
diri dengan rela
menyediakan tempatnya
di neraka.


*****************************
ahmad fikry tak dapat tidur
Share/Bookmark

Petikan La Tahzan~ suka bangat

*******************************

Ambillah semua dunia kamu
dan biarkanlah hatiku bebas, merdeka dan terasing.
kerana sebenarnya aku adalah orang yang paling kaya,
sekalipun kamu membiarkanku dalam kesunyian dan tak punya apa-apa.

*******************************
Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.