Mencari Tujuan

************************

Pastinya
selagi hayat..

air mata kan menitis
senyum bahagia kan menguntum
benih amarah kan berputik..

dikhabarkan
dunia itu takkan sunyi
dari dugaan
dan mainan..

alangkah ruginya
dengan masa
dengan usia
terus berlalu
tanpa meningkatnya
iman dan taqwa..

...tanyalah
hati yg gundah

sesungguhnya
hati ini bakal berbeza
jika kupenuhi dengan taqwa.

nyata diri langsung berbeza
andai mahu
berguru pada yang arifbillah
bersahabat para muhibbin
berhartakan qana'ah
berkeluargakan sakinah

ku seru
carilah kehidupan itu

jgn lagi membutakan hati
mengapai-gapai cahaya
yang tidak kunjung tiba

soalnya
mengapa tidak

apakah jawapan yang sempurna
bagi sebuah persoalan
betapa kau mencuba
berusaha mengenali Nya
ketika masa dan usia
menjadi saksinya


*****************************

ahmad fikry merenung, mentafsir dan berfikir
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.