Ramadhan!!

Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah, usai melakukan program di sebuah kawasan perumahan. Untuk meningkatkan kecintaan pada Bulan Ramadhan dan juga menarik golongan remaja khususnya pelajar yang sedang bercuti. Berehat sebentar dari bidang perniagaan.

Tiada kata dapat menggambarkan betapa syukurnya hati ini. Nikmat demi nikmat datang menjengah. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah.

Sepanjang program dalam menghimpunkan para pelajar yang cuti dalam kawasan perumahan tersebut, pelbagai keletah dan ragam remaja yang dihadapi. Pernah Haji Talib, pengerusi kawasan perumahan mendekati lalu bertanya, ”Apakah usaha dalam menarik remaja-remaja melayu yang terbabit dengan gejala rempit, lepak dan sebagainya? Pernahkah ada usaha untuk mendekati golongan ini?”.

Terfikir sejenak. Memang begitu persoalannya. Kalau diiklankan atau dikhabarkan akan program masjid yang melibatkan remaja, pastinya yang datang hanya segelintir pelajar yang biasa dengan masjid dan disuruh ibu bapa. Bagaimana dengan keadaan mereka yang jauh dari suasana sebegitu?

KECUALI..dipelbagaikan aktiviti seperti bola sepak, dan sesi2 lain yang digemari. Tapi tujuan program kali ini memang semata-mata untuk memupuk kecintaan pada masjid dan bulan ramadhan. Tazdkirah dan sesi taaruf sesama jemaah yang hadir.

Satu pasukan telah dibentuk untuk mendekati golongan remaja sebegini.

Ana termasuk dalam pasukan tersebut. Dalam mendekati golongan remaja yang begini, cara pendekatan yang digunakan harus berbeza. Tambahan apabila melihat budaya dar remaja lelaki yang memakai rantai, gelang, gaya rambut yang berbagai, pakaian yang koyak rabak sana sini. Macam mana nak tarik mereka.

Masih ana ingat kata-kata salah seorang mentor ana dalam bidang perniagaan,
” Kalaulah tok siak kampung saya dulu tak ajak kami biasakan diri dengan masjid untuk bersolat walaupun dengan keadaan pakaian dan keadaan kami yg teruk, pasti takkan terdetik rasa malu di hati saya dan rasa ingin berubah. Mungkin sekarang saya masih bersama teman-teman yang sekarang telah menagih dan sebagainya”

Menangani bantahan dalam golongan remaja yang bermasalah adalah satu pengalaman. Dari segi percakapan mahupun dalan body language, adalah satu cabaran untuk peka dalam menarik perhatian mereka. Masih ingat lagi saat semua tertawa bila ana mencabar mereka untuk datang ke program, ”Amacam? Ada berani?”

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Dapat lagi satu skill memasak. Kari daging dan nasi daging. (Daging kena basuh dengan tepung ek?..hehe)

Kesan pada diri ana adalah untuk mencintai bulan Ramadhan dan berlumba-lumba untuk dapatkan kebaikan darinya, dan tidak kurang juga tazkirah dari Rashid yang menyampaikan tentang kasih Rasulullah SAW yang mendalam pada umat akhir zaman.
Wallahu’alam.

::ahmad fikry::
Sempena Bulan Ramdhan yang mulia, ana ingin meminta sedikit masa para pembaca sekelian untuk mendoakan kejayaan ”Pusat Mu’amalah Islam”, insya Allah..yang akan kami tubuhkan. Dan dalam perangkaan jangka masa yang panjang, sebuah madrasah tahfiz untuk masyarakat sekitarnya. Doakan..ameen.





























bangunlah sahabat dari selimutmu..hee
satu sesi pagi di Perak
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.