Malam Istimewa

*********************

Daku merungkai
kata-kata hikmah
menggubah menjadi
bingkisan madah.

Daku menghisab
tiap kotak ilmu
adakah terserap
dalam amalanku

Renunganku
pada kumpulan kitab
berserta syarah nya
adakah dalam diriku

Malam menjadi
medan munajatku

Tangisanku
untuk kepuasan hati
yang merindu
yang mengharap
yang takut.

Bagaimanakah alam baqa itu
untuk ku?
kerna ia berbeza
mengikut amalan.

Bersungguhkah daku
dalam meraih cinta Nya?
atau sekadar fana
bersama nukilan-nukilan indah.

Ya Allah,
dengan rahmat Mu yang Maha Luas,
terimalah taubatku
dan kehidupanku.

..dan malam-malam
yang istimewa buatku.


******************

Share/Bookmark

0 comments:



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.