Assalamu'alaikum..
Kehidupan ini adalah suatu pencarian pada perkara yang pasti.
Dalam menempuh kehidupan, kita dibekalkan dengan panduan.
Al Quran dan As Sunnah, peninggalan daripada utusan Nya, Rasulullah SAW.
Seringkali ana terkesan acapkali membaca kisah2 berkenaan golongan mereka yang beriman dan cinta Allah s.w.t yang terpancar dari mereka boleh menyedarkan orang-orang yang mempunyai hati tetapi terhijab oleh kelalaian. Perihal kata-kata yang sangat menyentuh kalbu yang leka.
Dalam mengekalkan keikhlasan, begitu banyak ujian untuk menguji tahap keimanan. Untuk menjadi seorang yang mukhlis, perlu kepada hati yang bersih jernih, dan jelas melihat pada nur petunjuk Nya. Suatu perjalanan dalam mengenal hakikat diri dan Pencipta Rabbul Izzati.
Sombong..memusnahkan akar-akar keimanan. Terkadang leka dalam ketaatan, terbuai dalam pujian, lalai dalam menginsafi kelemahan. Seringkali ana ingatkan diri dengan mafhum riwayat hadith berkaitan dengan 3 golongan manusia, pejuang yang syahid jalan Allah, alim yang mengajar ilmu dan hartawan yang dermawan yang diseret dgn muka terlangkup dan dicampakkan ke neraka kerana niat yang terpesong pada selain Allah. Itu pentingnya ikhlas.
Pada siapa kita beramal? pada siapa kita berlaku baik? pada siapa kita menyembah? Persoalan demi persoalan harus dihunjam ke lubuk hati untuk sentiasa mengingatkannya akan bahaya sifat mazmumah dan juga nafsu yang membuak lantaran bisikan syaitan.
Ana teringatkan satu kisah akan seorang murid yang meminta pulang ke kampung halaman dari gurunya. Bagaimana gurunya bertanyakan soalan akan caranya untuk menghadapi gangguan anjing yg akan sentiasa mengejarnya.
"Kamu akan lelah dan letih jika sentiasa berlari dari anjing itu kerana dia akan sentiasa mengejarmu, pohonlah pertolongan dari Tuan anjing itu kerana tuannya berkuasa ke atasnya."
Benar, hanya dengan sentiasa berdoa dan berdoa memohon bantuan dari Nya untuk terus kuat menempuh dugaan hidup dan godaan syaitan. Kita makhluk yang lemah dan tiada daya upaya sebarang kekuatan pun tanpa izin dari Nya.
Bentuk lah keikhlasan..sehingga hatimu menangis haru..rindukan Penciptanya, dahagakan sapaan dari Nya untuk kalbu mu. Bentuklah keikhlasan, agar amanah hidup dalam amalanmu, jujur dalam bicaramu, ikhlas dalam ibadahmu, qanaah dalam hartamu, bersifat syukur mencukupi atas segala kurniaannya.
Allahumma ya Allah..hanya Engkau lebih memahamiku. Bimbing daku mengenal Mu. Kabulkan ya Allah, kabulkan permintaan setiap hamba yang mahu bercinta dengan Mu. Ameen.
Membentuk Keikhlasan
Posted by
AhMaD FiKRY
Tuesday, November 24, 2009
0 comments:
Post a Comment