MalaM yG PaNjanG

"Jika ada seseorang pinta Cintamu, katakanlah ia untuk ALLAH, Rindumu untuk RASULULLAH SAW dan kasihmu untuk IBU BAPAMU. Tetapi, jika dipinta keikhlasanmu berilah pada yang tahu menghargainya."

"Dahulukan
ALLAH dan RASULULLAH, Nescaya kehidupan bahagia."


Assalamu'alaikum..

Malam yg panjang....
Kehidupan yang penuh dengan ranjau ujian telah menjadikan kita seorang yang berfikir. Namun tafsiran bagi maksud kehidupan berbeza bagi setiap dari kita. Ada yang mencukupi kebahagiaan dengan harta benda, ada juga yang mencukupinya dengan keluarga dan tidak kurang juga pada pangkat dan kehormatan.

Lebih dari itu,hal semasa juga mencorakkan pola pendirian kita seiring meningkatnya usia. Kita bisa jadi seorang yang tegas, bersimpati,lembut dan sifat-sifat yang terwujud dengan dasar pemikiran kita terhadap bagaimana harus kita bertindak.

Semua berbalik pada asas, cinta Allah dan Rasul.. sejenak,diri menyesali kerana sering terleka dari menghisab amalan diri seperti sebelumnya. Ternyata faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mencorak suasana iman. Ujian Allah untuk diri agar lebih teguh memegang syariat Nya.

Sebelumnya, setiap kali tiba pada perkara yang meresahkan iman, akan terdetik untuk melakukan perbicaraan dalam diri..
"Apakah pandangan Allah jika aku melakukan begini?"
"Bagaimanakah perasaan Rasulullah saw jika aku berbuat begini?"
...dan sering solah istikharoh menjadi selitan..dan kesungguhan dalam berdoa.

Bersyukur pada masa malam yang padanya Allah memberikan taufiq untuk diri memikirkan apa yang telah berlaku sebagai muhasabah. Dan diri mendapati, jika diri ini tidak teguh dalam mewujudkan kehidupan Islami dalam diri dan persekitaran, maka penyakit umat akan tertimpa dalam keluarga, malahan diri.

Malam yang panjang ini...diri memikirkan, tiada amalan yang hebat untuk ana banggakan hadapan Allah, tiada jiwa malaikat tanpa dosa dapat kupersembahkan, tiada jejak kelalaian dapat kuhapuskan...hanya air mata untuk menangisi pengharapan yang mendalam pada keampunan dan redha Nya.

mafhum hadith; "Allah tidak melihat rupa dan amalan kamu..tapi Allah melihat HATI kamu."

Ya Allah, jangan kau palingkan hatiku dari mencintai Mu..sinarilah ia dengan cahaya hidayah Mu, kuatkan ia dengan syariat Mu...indahkan akhlak ku, seindah akhlak Rasulullah... amiin


ahmad fikry : bersimpati dengan nasib saudara seislam ku...janji Allah itu pasti.

Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.