Madrasah Ramadhan


Para awliya dan ulama sangat suka dengan kehadiran Ramadan dan bersedih akan pengakhirannya. Mereka yang mengetahui nilai bulan rahmat ini akan gembira meraikan hadiah ganjaran yang disediakan Allah s.w.t itu dengan sebaiknya.

Ulama menggambarkan Ramadan merupakan madrasah; madrasah taqwa. Ini kerana peluang yang Allah sediakan ganjaran yang berlipat kali ganda untuk kita meningkatkan amal soleh dan darjat taqwa disisi Nya. Setiap amalan sunat diganjarkan pahala fardhu dan amalan fardhu diganjarkan pahala 70 kali ganda.

Ulama menghuraikan madrasah Ramadan adalah peluang masa untuk kita berusaha menjadikan diri sebagai hamba yang bertaqwa.

Firman Allah :
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kama agar kamu bertaqwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang teutentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya bevpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak beupuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui “(Al-Baqarah: 183-184)

Allah s.w.t. dengan kurniaannya memudahkan urusan amal dengan meruntuhkan halangan-halangan yang selama ini menyekat diri dari mengerjakan amal soleh. Ulama mengenalpasti antara 4 halangan yang diruntuhkan:

1. Pengaruh dunia – Ramadan mendidik kita merasai jiwa yang fakir dan fuqhara. Hasilnya walaupun kita melalui kehidupan seperti biasa, namun kita mampu mengatur masa untuk mengerjakan amalan soleh, dating mengimarahkan masjid. Ini keranajiwa yang fakir dan fuqhara ini merasakan kehampiran dengan Allah s.w.t. Mereka yang mengawal kehidupan dunia bukan sebaliknya. Berbeza dengan orang yang dikawal oleh dunia, dunia mengawal mereka dari memperuntukkan masa, tenaga dan harta kepada agama.

2. Pengaruh hawa nafsu- Ramadan tidak sekadar menahan lapar dahaga tetapi juga mengawal nafsu dari perkara yang dilarang. Puasa merencatkan nafsu yang degil sebagaimana kisahnya Allah s.w.t. telah merejam nafsu selama 300 tahun di dalam neraka lantaran kedegilannya. [Durratun Nasihin]. Nafsu itu punya 3 katogeri; - Nafsu amarah yang sentiasa bencikan perintah Allah s.w.t. dan sukakan dengan melakukan larangan Allah. – Nafsu lawwamah yang melakukan perintah Allah s.w.t namun pada masa yang sama mengingkari larangan Allah. – Nafsu mutmainnah pula ialah peringkat nafsu yang terdidik untuk menyukai segala perintah Allah malah menghindari larangan Nya. Inilah nafsu yang ingin kita capai sebagai seorang mukmin.
Info peringkat nafsu

3. Pengaruh syaitan dan jin – Allah s.w.t mengawqal agar syaitan dan jin tidak aktif mengganggu di bulan Ramadan. [Hadith Nabi] Syaitan yang sentiasa berusaha menghiasi perkara halal menjadikan manusia tidak gemar melakukannya dan menghiasi perkara haram menjadikan manusia seronok berbuat dosa. Ramadan telah meruntuhkan pengaruh syaitan ini dan membuka peluang untuk kita giat beramal taqwa. Adapun pada manusia yang degil adalah kerana asuhan syaitan dan jin selama ini kepada nafsu yang memperkudakan mereka. Keruntuhan pengaruh ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah jemaah yang menghadiri masjid dan menyertai amalan seperti tadarus Al Quran pada bulan Ramadan melebihi bulan lain. Alangkah baiknya jika malan ini dikekalkan dalam hidup masyarakat.

4. Pengaruh syaitan berupa manusia- Ulama menyatakan bahawa antara halangan yang wujud adalah berasal dari orang sekeliling. Timbul keadaan dimana apabila kita ingin beramal namun dipengaruhi oleh orang yang menghalangnya dalam pelbagai bentuk. Ramadan mendidik kita untuk menghadirkan diri dalam suasana yang mencerminkan keadaan amalan yang hamper dengan Allah. Berbuka,tadarus dan amalan bersama orang sekeliling.
Kesimpulannya, madrasah taqwa adalah ganjaran Allah s.w.t. di bulan Ramadan wajib dimanfaatkan sebaik mungkin. Semoga segala amal soleh yang dilakukan berkekalan istiqomah dalam kehidupan kita. Marilah sama-sama membina darjat kedudukan hamba yang bertaqwa supaya diraikan Allah pada hari akhirat.

“….Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kalian…” (al-Hujurat : 13)


'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.