Kena Marah

Assalamu'alaikum.

Rasa-rasa macam nak tinggalkan saja dunia blog ni tapi terpanggil pula untuk menaip malam ni. Sebab ada kes? hehe...

Hmm.. tak tau bagaimana nak mula.

Hari ni bini marah sebab terlalu lebihkan orang. haha
Maksudnya selalu jadi pak sanggup.
Harap tu nak mengadu nasib, last-last kena tambah cili. pedasss....

Macam mana nak keluarkan kenyataan mempertahankan diri? haha..
Tergelak sorang-sorang bila bini conteng jadual waktu seharian (sungguh ada beb!)
Balik keje FB, Lepas maghrib FB, Lepas Isyak sembang FB...haduii...itu yang dicontengnya.

Haha..
Jadual waktu yang teratur itu sebenarnya adalah impian dalam mendisiplinkan diri. Tidak salahkan bini juga sebab bila hidup bersama dengan dia, dia memerhatikan perkara itu tersasar. Isteri saya ni straight to the point. haha

Pasal berbuat baik.

Mungkin pelik kalau ada orang yang hanya senyum bila dihina, dimaki. Tentu pelik bila tiada tindak balas bila ditindas. Umpama pohon yang dibaling batu tetapi dibalas buah.

Dulu dah rajin sangat baca sirah, mungkin..mungkin laaa tersangkut sikit pasal tidak mahu menyakitkan hati orang lain. Orang buat apapun terima jaa....

Saya pun mencuba nak jadi baik sangat-sangat..(haha) bezanya adalah hati saya tidaklah setulus mana dan suka balik rumah mengadu kat isteri...(kan dah ada bini)

Sebab dulu, walaupun ada mengadu dekat SMS...tapi tenang juga bila enjoy dengan kawan2, belai kucing, dan menangis di tikar sejadah. Sekarang ni kalau menangis, jenuh menjawab kat bini dia takut laki kena buli..haha

dan kelemahan saya adalah saya suka menyumpah dalam hati bila marah, dan kerana itu saya lampiaskan pada pengaduan. Takda la rosak hati.

Saya nak buat baik tapi hati tak ikhlas mana dan hati suka menyumpah. Tapi saya tetap berusaha nak tunjuk akhlak baik nak mencontohi akhlaknya Rasulullah saw (walaupun jika dibanding seperti debu di kaki kuman). dah memang hati lembut, tak sanggup lihat bila orang minta tolong.

Yang membezakan adalah batas kesabaran, dan batas diri. Kalau tak meletup tu kira sabar lah tu..haha (ayat yang bini tak suka)

Ini bukan salah anwar. haha
Salah saya juga kerana tidak menonjolkan apa yang saya nak dia faham daripada saya. Salah saya juga kerana tidak melibatkan dia dengan segala bagai aktiviti masa dulu yang telah 'melembutkan' hati saya daripada seorang pemarah, baran.

Betul ke saya tidak melawan langsung. Saya sendiri masih belum jelas kerana saya rasa saya sedang bersabar dan masih boleh bersabar dengan karenah mereka yang tidak sepatutnya.

Orang ambil kesempatan?
itu urusan mereka dengan Allah (huhu..ayat mudah)

Sekian. nak tido.

assalamu'alaikum. jawab jangan tak jawab

Nyamuk gigit pun biar je..haha (gimik je ni)




'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.