Kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah Tuhannya
Tidak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
Tidak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala
Kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya
Tidak pernah lelah memberi cerah cahaya
Tidak pernah lelah mehangatkan jiwa
-petikan dari filem KCB 2
Ya udah.
Abdullah Khaerul Azzam, satu nama yang saya kenal melalui novel Ketika Cinta Bertasbih karya Kang Abik. Watak utama yang memainkan peranan sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dan seorang anak yang soleh. Watak yang pernah suatu ketika dulu mehangatkan jiwa ini bahawa keindahan yang mampu dicapai dan suasana yang terbentuk dari perlakuan seseorang yang bersih hatinya, murni jiwanya dan taat pegangan agamanya. Detik bermulanya saya melayani tulisan 'novel' dan tenggelam membayangkan persekitaran yang dibentuk pengarangnya.
Juga saat debaran akhir ceritanya, mahu dibaca sendiri malah cemas jika diberitahu.. hehe
Alhamdulillah, akhir-akhir ini setelah setengah tahun kesibukan, saya mulai dapat menumpukan kembali kepada meneliti bahan bacaan. Kebetulan mengisi waktu dengan menonton lagi filem KCB walaupun telah lama disiarkan. Dalam hela nafas yang ada, saya bersyukur kepada Allah kerana kesempatan yang diberikan bagi muhasabah amal kehidupan selama ini.
Pernah sekali hadir musibah yang terasa perit di jiwa. Menerima beritanya saja seakan telah meragut separuh nyawa. Air mata bercucuran dan jiwa mendesah kehibaan. Tamparan daripada musibah tersebut menjadikan saya membisu sendirian, sekadar menjamah makanan saat kelaparan benar-benar menguji, kesedihan hadir dalam jangka masa berbulan. Bagiku, musibah itu lebih perit dari menerima berita suatu kematian.
Allah, Engkau dekat..penuh Kasih Sayang
Takkan pernah kau biarkan hamba Mu menangis
Kerna Kemurahan Mu, kerna Kasih Sayang Mu
- Opick, cahaya Hati
Jadi saya menghitung hikmah kesibukan yang diberikan Allah. Bahawa amal yang baik itu tidaklah sia-sia. Daripadanya saya melihat manfaat yang tersebar. Kekecewaan itu perlu diisi dengan rasa insaf dan taubat, diwangikan dengan amal dan dihiaskan oleh keikhlasan. Diri yang lemah, saya pohon kepada Allah agar diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan.
Alhamdulillah.. Sungguh melimpah ruah kurniaan Allah.
Ketulusan doa dan usaha telah menghadirkan teman-teman yang cakna pada perintah agama. Bermulanya pada pendirian solah 5 waktu dengan sempurna, meninggalkan maksiat dan juga mulai hampir dengan jalan orang-orang soleh. Perubahan demi perubahan yang ditunjukkan sedikit sebanyak mengubat hati yang lara. Bahawa usaha ke arah kebaikan itu tidaklah sia-sia walau wujud ujian datang menerpa.
"Umpama gelas yang kosong, menjadi manfaat kepada orang yang dahaga apabila diisikan air kepadanya. Hakikatnya masih sebuah bekas yang kosong. Manfaatnya dari kandungan air yang dicurah."
Hidayah milik Allah.
Semoga kita semua menjadi gelas kosong itu, memberi manfaat pada yang dahaga, dengan nikmat air yang dikurnia Nya.
'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'
Hilang Dahaga
Posted by
AhMaD FiKRY
Friday, March 2, 2012
0 comments:
Post a Comment