Terjemahan; ( kredit to http://muzir.wordpress.com )
“Saya mengaku bahawa saya telah banyak melakukan dosa!”
“Sekarang saya berada di sini. Dan saya suka jika tuan dapat melakukan beberapa doa.”
“Saya telah melakukan dosa-dosa yang tuan tidak akan berani untuk fikir mengenainya.”
“Saya adalah seorang pemuda dari Boujdour. Saya adalah anak kalian semua. Saya telah pun meninggalkan dosa-dosa itu.”
“Sampai bila para pendakwah hendak berselindung di sebalik tabir??!”
“Sampai bila kita mahu hidup dalam keadaan tidak dilindungi dari godaan-godaan, yang mana itu semua akan menimbul keinginan kita semua?!”
“Saya pernah duduk di dalam kelas yang mana di dalamnya terdapat gadis yang secara terbuka menayangkan sebahagian besar bahagian tubuhnya.”
“Apabila saya keluar (dari kelas itu) pula, saya cuma dapat melihat perkara-perkara yang membuatkan syaitan senang untuk mempermainkan saya.”
“Tiada dosa yang saya tidak pernah lakukan.”
“Saya tidak katakan tiada orang yang membimbing saya. Saya tidak salahkan para pendakwah.,,”
“Saya salahkan diri saya! Saya salahkan diri saya! Saya salahkan diri saya sendiri!”
“Sekarang saya melihat tuan-tuan semua di sini. Apa yang perlu saya buat? Apa yang saya boleh buat?”
“Saya ke sini secara kebetulan sahaja. Seorang rakan sekerja saya memberitahu saya bahawa pada hari ini akan ada seorang ulama di sini.”
“(Sebenarnya) saya berasa berat hendak meluahkan dengan kata-kata yang betul.”
“Rakan sekerja saya itu telah menunjukkan beberapa filem dari ulama tersebut di dalam internet. Saya tak pernah melihatnya sebelum ini…”
“Sebabnya bukan saya tidak tahu menggunakan internet.”
“Masalahnya ialah pada setiap laman web kita akan melihat banyak (wanita-wanita) yang bertelanjangan.”
“Tidak ada tempat yang boleh saya lihat/baca walau satu ayat al-Quran.”
“Bagaimana tuan mahukan saya hidup dalam keadaan terbimbing dalam keadaan dunia ini penuh dengan perkara-perkara tidak bermoral?!”
“Semuanya menjurus kepada yang haram!!! Tiada pun yang dapat membimbing kita kepada perkara yang baik!”
“Semalam, saya baru sahaja mulai solat dan umur saya sekarang sudah pun 25 tahun!!!”
“Saya dah tak tahan dengan keadaan ini!”
“Dan saya bukanlah hanya seorang sahaja begini. Ini adalah situasi saya yang saya ceritakan pada tuan…”
“(Dan) inilah adalah situasi ribuan lagi pemuda-pemuda di Morocco!!”
“Tuan bercakap tentang dosanya seorang pendakwah jika pendakwah itu mendiamkan diri dan tidak berdakwah kepada orang lain!”
“Apa pula akan jadi pada saya?? Apa yang akan saya bawa bersama saya pada Hari Akhirat nanti??”
“Apakah destinasi terakhir saya wahai tuan-tuan sekalian??!”
Ada beberapa situasi yang terjadi adalah berkisar kepada perkara yang sama. Betapa kami para pemuda ingin berubah namun terhalang dengan dosa-dosa kami. Beberapa siri tazkirah antara golongan kawan-kawan saya menjadikan kisah di atas familiar tapi atas suasana lebih harmoni. Tangisan itu disandarkan kepada saya, kisah itu disampaikan kepada saya dan penyesalan itu terluah secara lebih tertutup.
Hati mudah tersentuh bila kita berbicara soal syurga dan neraka, dosa-dosa yang kita lakukan dalam kelompok rakan terdekat. Tambahan apabila kita 'mengagak' kedahagaan antara kita terhadap konsep taubat dan penghampiran kepada Allah. Air mata mengalir apabila menceritakan tentang keluasan rahmat Allah dan Maha Pengampun Allah, pintu taubat yang terbuka luas. Mereka menangis terisak-isak.
Hati yang gersang namun sangat mendambakan benih hidayah. Mencari siraman yang dapat menyuburkan jiwa yang sekian lama kontang.
Sering juga mereka mengadukan 'prasangka' mereka pada agamawan yang tidak prihatin nasib mereka, dan tidak tulus mendekati mereka sekaligus perasaan bersalah menyelubungi diri mereka kerana 'sendiri' tidak mahu berusaha mencari persekitaran yang lebih konduksif untuk berubah. Keresahan sentiasa hadir bila ingin berubah baik. Jiwa meronta -ronta menjerit kemana harus dituju, bagaimana hendak mula dan sukar sekali untuk berubah dan aku akan tetap begini.
Tangisan mereka meruntun hati, kerana aku tahu akan ketidakdayaan mereka menghadapi gelombang maksiat, bahkan aku sendiri bersama usia mereka. Dalam meraba-raba jalan pulang, mereka terasa keseorangan, hilang pedoman. Tiada kekuatan untuk berpegang harap,kerana kehidupan benar menguji.
Sekadar ku titipkan harapan, bahawa kita kan pasti pulang. Carilah teman yang benar kisah dan risau akan kamu. Bermula khabar dengan iman dan amalanmu. Jelas kerisauannya pada akhiratmu. Jangan tinggal dia, jangan sepikan dia.
Maafkan diri ini kerana tidak sungguh menyentuh hatimu, wahai sahabatku. Dan ketaatan yang hadir dalam kehidupan, adalah anugerah Tuhan yang kita wajib syukuri bersama.
Segenap rasa, aku kasih padamu.
'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'
0 comments:
Post a Comment