Suatu pagi saat masih asyik lena dibuai mimpi, dikejutkan dengan 'alarm' yang mengejutkan tidur pada pukul 5 pagi. Kebiasaan saya adalah dengan membuat alarm kuat setiap setengah jam bermula pukul lima. Oleh kerana tidur lewat diakibatkan melayari internet, berniat mahu bangun 5:30 pagi, alasan masih sempat untuk bersiap-siap ke subuh dan rasa mengantuk.
Saat ingin mematikan alarm telefon,hati terdetik, "Izinkan aku menangis." Lantas diri menghitung dosa semalam, bertilawah Quran ke aku? Zikir? Bersedia untuk tahajud? Atas alasan apa lewat tidur? Amalan apa semalam?
Astaghfirullah..
Beginilah keadaan iman yang lemah, yang leka dengan aktiviti yang tidak bermanfaat sehingga mengabaikan waktu tidur. Meninggalkan ruang yang sempit dan waktu berkualiti beribadah kepada Allah.
"Bukankah kerjamu juga ibadah? Bukankah sikap baik dengan orang lain itu ibadah? Malah senyum juga sedekah? Untuk apa bersusah lagi?" Getus nafsu memujuk..
Benar. Namun contoh para sahabat dan salaf telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja hebat dengan kejayaan mereka dalam memberikan yang terbaik untuk pekerjaan mereka, malah mereka sangat bersungguh memperbanyakan amalan malam mereka.
Kita masih terlalu jauh. Segenap hati mereka penuh dengan perasaan cinta kepada Khalid sehingga membuahkan perbuatan yang terbaik hasil daripada ketakwaan mereka. Sedangkan kita masih diulit dengan kelalaian dan alasan tak sudah-sudah.
Sebelah pihak kita ditindas dengan kezaliman pemerintah, sebelah pihak diancam kematian disebabkan kelaparan, sebelah pihak bergelut dengan perang saudara, sebelah pihak lagi sedang berjuang mendapatkan hak sebagai seorang Islam.
Pastinya kita akan ditanya mengapa kita tidak melakukan yang terbaik.
Semasa kita leka menonton televisyen, asyik melayari facebook, seronok berbual, dan sebagainya; adakah saat itu fikiran kita kosong dari memenuhkan amanah yang telah diberi sebagai khalifah? Atas dasar apakah yang kita ambil untuk melepaskan tanggungjawab kita; dengan bersenang lenang menunggu "yaumal qiyamah"? adakah mungkin 'amalan' kita telah berkepuk-kepuk banyaknya untuk dijadikan bekalan menghadap Allah?
Ighfirly ya Allah.
Allahumma balighna Ramadhan.
'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'
0 comments:
Post a Comment