Bernikah Sudah

As Salam..

Tidak update post sejak Jun 2012. aha..

Alhamdulillah, syukur kerna telah selamat bernikah pada Okt 2012. Doa yg dipanjatkan pada Ramadhan lepas dimakbul Allah. Alhamdulillah, kini selamat bersama isteri. Isteri berhenti kerja sebagai seorang kerani dari syarikat pelancongan dan ikut bersama saya yg bertugas di Kelantan.

Seronok tak bernikah?
Seronok, kerana terhindar dari dosa. Segala perlakuan dan perkataan menjadi halal dan limpahan perasaan kasih terus direct pada kekasih. Walaupun pada awalnya rasa canggung hidup berkongsi, tapi dengan masa kita dapat menyesuaikan diri. Hurm, cuma perlu belajar menerima komen dalam cara masakan kerana saya selalu kunci pintu dapur ketika memasak kerana tidak mahu dikomen,haha.

Segalanya berkongsi. Saat ini jam menunjukkan pukul 3 pagi, saya bangun solat, turun mencari roti sandwich dan sekaya. Terasa nak update bingkisanku. selagi isteri tak terjaga..haha. Mungkin letih berjalan-jalan di Rantau Panjang petang tadi.

Hendaknya,
kita berdua beriringan ke masjid menunaikan fardhu jemaah. (Dah takmau duk sorang rumah..hehe)
bertilawah Al Quran. (Syg yg request minta abang ajar)
Bacaan taklim kitabi (Tgk syg bt diam jee..takpa nak baiki cara penyampaian..haha)
Mesyuarat. (Lebih pada nak gi mana, dengan nak masak apa..haha sebenarnya lebih menjurus pada urusan akhirat, tkpa2 ongoing process)
Jogging. (syg tk bawa kasut..kan Abang dah boroi)
Kenalkan dengan group dakwah (sbb telah menjadi tugas kita sebagai khalifah, tidak boleh tinggal amalan ni)
dan lain-lain...(ayat mengantuk dah ni..haha)

Of course Abang bersyukur sangat-sangat dikurniakan isteri seperti sayang.
Perjalanan hidup kita perlu diteruskan, dan abang harap dan berdoa agar kehidupan kita makin terisi dengan 'makna'.

Iaitu kehidupan kita makin mendekat dengan kehidupan orang-orang yang Allah redha, sedikit demi sedikit.
Dan moga kefahaman kita makin menjurus pada orang yang lebih memahami tuntutan syariat.

Perlukan dua ini,
KEFAHAMAN (ilmu) dan PENGORBANAN (libat aktiviti)

Chaiyok! Chaiyok!!......haha

'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'




Share/Bookmark

1 comments:

mrS pinu December 15, 2012 at 7:17 AM  

so suwettt..semoga kehidupan kita sentiasa dilimpahi rahmatNya..amin

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.