Perubahan




Assalamu'alaikum

Rasanya telah lama tidak update blog.

Hari ini seorang diri, ada masa menulis sedikit.
Pengalaman hari ini adalah berkali-kali berulang ke masjid kerana ingin mendapatkan kunci kereta yang tertinggal dalam stor semasa gotong royong.

Berkali-kali? (merungut ke nih)

Bukan itu yang saya ingin tekankan.
Tapi selama berbual, ada beberapa perkara yang saya kira lazim dalam pengurusan,

"Tak kenal imam? tak layan."
"Sepatutnya orang yang bertugas datang."
"Maaf. Bukan tugas saya, cuba telefon sekian-sekian."

Saya baru usai menguruskan program ceramah "Penghayatan Sirah Rasulullah saw dalam kehidupan."
dan realitinya?

Kadang-kadang kasihan juga dengan anak muda yang hadir pohon surat nikah ditegur terang-terangan disebabkan tidak kenal imam. (tak datang jumaatlah tu)



Begitu juga anak kariah yang lain yang 'terpaksa' menghadirkan diri kerana urusan melibatkan pengurusan masjid.

MESRA PELANGGAN

Apa yang kita faham daripada sirah? Bagaimana Junjungan Mulia kita melayan tetamu dan orang yang berhajat padanya.

Saya jatuh cinta mengikuti siri video youtube pendakwah yang mengamalkan konsep terbuka dalam menyebarkan Islam.

Mendekati dengan senyuman, rasa kasih dan penyampaian yang penuh hikmah. Jika masyarakat kita dapat adaptasi kaedah penyampaian sebegitu.

Muhasabah mungkin kian lupus dalam kalendar akhlak dan ilmu kita. Melihat kaedah muhasabah dalam ruang tertutup.

optimis, positif.

*Saya letak diri saya pada orang yang mahu berjinak-jinak dengan masjid.
*Peluang! indahnya kalau dia istiqomah, jatuh cinta dengan masjid.
*Datangnya berhajat, datangnya mengharap.
*Saya hadir sebagai umat yang cuba mencontohi sunnah Baginda SAW.


Perubahan itu perlu.



'Kindness is a language which the deaf can hear & the blind can see'


Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.