Destinasi Cinta

Salam

*************************

huhu.. hari yang panjang.

Selalulah muhasabah diri dalam segala pekerjaan yang dilakukan.
Melalui muhasabah, kita akan menutup ruang dari Syaitan untuk memasuki relung2 hati supaya dapat dipesongkan kepada keburukan.

Jangan pernah terlalai dgn kebaikan yang dilakukan.
Mungkin saja dalam kebaikan itu terselit niat2 riak,sum'ah,takbur ujub..yang memesongkan dari tujuan asal matlamat segala ibadah pekerjaan ; Allah SWT.
Berikhlaslah dalam pekerjaanmu!!

***************************************

Baru2 ini, secara tidak langsung..ana mula 'mengaktifkan' diri dalam bidang perniagaan produk islam; HPA. Dgn inayah daripada Allah SWT...berkat kemahuan sahabatku, hayat yang baru habis belajar di kelantan untuk berbisnes.

Secara tidak langsung juga, ahli semakin bertambah. dalam minggu ini mungkin dalam 7,8 ahli yang akan masuk. Alhamdulillah..
Ana menyesal kerana tidak bermula lebih awal. Ternyata orang terdekat khususnya, amat menanti-nantikan pendedahan tentang produk halal..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sesetengahnye mula memesan barang melalui ana. Khilafnya, ana bimbang ana terlewat untuk menghantar kerana agak terikat dgn komitmen yg khusus. Insya Allah.

Alhamdulillah, setelah melalui perbincangan melalui pemilik stokis cawangan.. beliau berhasrat untuk menemukan ana dengan ketua bahagian multimedia untuk perbincangan lanjut ana berkaitan dengan jualan dan pendaftaran online.

Setelah melalui kursus dan taklimat, sememangnya diantara mereka mempunyai wajah yang bersih. Pernah sekali disindir kerana bertanyakan umur seorang makcik yang kelihatan awet muda.

"fiq...nanti kita cari isteri ahli HPA eh? boleh sama2 berjuang..bagi borang je.."

He he..terasa lucu dengan kata2 seorang sahabat.

Syukurlah.. moga hidup ini, kehidupan ini, dilimpahi keberkatan..melalui pengamalan kehidupan secara islami..

Allah..bimbing daku menuju redha Mu.
Limpahi hidupku dengan cahaya hidayah Mu.
Jadikan kehidupanku beroleh berkat dari Mu.
Berikanlah daku kesenangan, namun tariklah kesenangan itu andai itu membuatku jauh dari Mu.

ahmad fikry melangkah menuju Mu.
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.