Damai

Salam…

Tak hadir ke ekspo hari ni. Kebetulan abg elias, supplier ana masuk ke hospital kerana masalah batu karang. Jadilah ana seorang yang kalut..hehe.

Somehow, orang tengah ana untuk dapatkan tempat kena marah. Ye lah, tempat yang disediakan kosong.

”Salam..Sy ahmad fikry. Maaf tak dapat hadir sebab supplier saya masuk hospital. Insya Allah, saya akan bagi jawapan esok. Tapi saya pohon dengan ikhlas, kita sama-sama profesional, saya harap tiada siapa kena marah. :) TQ” (berguna juga baca novel..hehe)

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ketua pengurusan ekspo itu pun dah minta maaf dekat kwn ana.


Alangkah indahnya
Bertaut kasih kita
Damai dan bahagia
Rasa ikhlas
Sesama makhluk Allah

Alangkah indahnya
Setiap umat manusia
Menyedari peranan dan wataknya
Dalam dunia yang sementara

Hadirnya siang sesudah malam.
Menguntumnya bunga selepas kemarau yang panjang.
Alangkah indahnya..
Dalam mensyukuri nikmat Tuhan.


Setiap manusia dambakan kebaikan. Tiada pencuri ingin dirinya dirompak. Tiada pembunuh ingin dirinya ditikam,dihiris senjata tajam. Tiada pemarah yang ingin dirinya dimarah dan dihina.

Bagi ana, setiap apa yang kita lakukan harus difikir kesannya ,muhasabah. Paling penting, awal niat kita. Benar, terkadang kita didorong oleh emosi dan perasaan namun kita harus mengawasinya. Sebaik-baik mukmin plg kurang adalah yang tidak menyakiti perasaan saudara seislamnya. Penyelesaian dan pendekatan yang berhikmah dan tegas pd syariat.. uhuk2..Tak blh tulis panjang lagi..kepala duk pusing. hehe

**ahmad fikry berpusing-pusing
Share/Bookmark

Doakan ana!

Daku bercermin
dengan cermin iman

Melihat wajah kehidupanku,
Susuk ibadahku
Mencari cela di raut jiwa
Menghias taubat
Membetul niat

Semoga
Wajah senyumku
Tiada lagi cela tersirat
Yang dipandang Penciptaku


Assalamu’alaikum

Hari-hari yang sibuk. Selit sedikit beberapa nasihat dahulu..untuk diri sendiri dan umum.

Tidak sampai kepada ketinggian nilai kemanusiaan tanpa berlakunya perubahan dan kemajuan dalam diri.

Dunia diciptakan penuh dengan ujian..dan engkau mengkehendakinya bersih dari musibah dan ujian??

Buat masa ini, tiba-tiba teringatkan pada seorang ustaz muda yang mengajar ilmu tajwid di sebuah masjid daerah pahang. Ana suka dengan pendekatan yang dibawanya dan sedikit muhasabah untuk dikongsi bersama.
Ustaz itu dalam kuliahnya turut menyentuh soal kafiat dalam solah. Tentang kedudukan dalam solah pada masa itu. Yang kebanyakan dari kita tidak ambil pusing pada kesalahan yang wujud pada sesetengah orang.
Dalam kuliah, turut berjalannya tabung2 wang di hadapan jemaah yang biasanya berlaku pada jangka waktu solah jumaat sahaja. Kemudian baru ana faham setelah ustaz muda tersebut menayangkan slaid-slaid rumah penduduk miskin di kawasan berdekatan. Teguran lembut beliau pada ajk masjid untuk menanggung amanah dalam membantu ahli kariah masjid sekitarnya.
”Selepas ini, dengan duit yang dikumpul, saya nak ahli-ahli ajk masjid bertanggungjawab dalam menguruskan orang-orang miskin di kawasan sekitar. Saya nak lepas ni bila saya mengintip ambil gambar, tiada lagi rumah2 buruk yang nak rebah. Kalau ada juga, saya nak serang ahli ajk masjid!!..Teguran yang menghiburkan.
Turut disentuh soal televisyen,
” kita suka menghias rumah dengan ayat-ayat suci al Quran. Lazim menunjukkan identiti rumah ahlinya muslim. Namun sedar tak, seringkali kita menonton cerita yang memaparkan wanita yang membuka aurat, meneguk arak dan pelbagai maksiat yang lain(teliti balik siri televisyen kegemaran)..dengan anak-anak. Nanti di akhirat, anda semua kena jawab di hadapan ayat-ayat Quran yang menjadi saksi, yang tidak anda hormati tuntutannya!!” dapat ana rasai suasana tiba-tiba sepi dan sejuk..seolah-olah sekalian jemaah dicucuk kesedaran(kena batang hidung sendiri.)

Ana simpulkan sifat yang ada pada pendakwah muda itu.
1. Prihatin. Seorang pendakwah yang prihatin dengan kariah ahli majlisnya. Mengambil tahu keadaan penduduknya dan melapangkan masa untuk ziarah di sekitarnya.
2. Bijak. Menyesuaikan diri dengan suasana, walaupun konsep utama kuliahnya adalah ilmu tajwid, namun pelbagai pendekatan digunakan untuk menghidupkan suasana.
3. dan banyak lagi...(ngantuk)
(hm..mcm buat komponen sastera tingkatan 5 pula)

Televisyen di rumah dah hampir 3 bulan rosak. Tetap begitu walaupun tempat baiki televisyen cuma jiran sebelah sahaja..alhamdulillah, adik2 tak merungut (aneh juga rasanya).


Baru-baru ni dapat sms ”fiq, aku nak kerja! Ada?” huhu..
Bt masa ni, ana tak mampu lg rasanye nak upah orang.. upah diri sendiri je..
Insya Allah, doakan lah..kadang-kadang tu rasa melampau pula duk jumpa kawan asyik2 minta doa. ”Kita nak sesuatu yang berkah, mengharap pada yang menuju ke arah keredhaan Allah. Its okay my pren”-Zahir ....alhamdulillah.

Hm...esok ada ekspo di bukit kachi uum- 6 hari. Moge2 berjalan lancar. Penat berulang alik, sewa rumah? tapi tknak pula abaikan ayam itik di kampung..(kambing berkandang?..Huhu)

------------------------------------

Terlibat dengan program dakwah. Semakin ramai budak yang belajar ttg solah tapi tak reti bersolah sbb tak praktik bg lengkap fardhu ain. Cari lah yang pandai angkat tayar motosikal bawa ke masjid. Garu2 kepala masing2. Buatlah sedikit jamuan tanda terima kasih untuk penduduk kampung.

Kalau bagi ana tugas masak, tomyam je la.. sebab main campak-campak..(hehe)

Sepanjang waktu tu, nampak lah seorang ikhwan yang muka monyok je..nak tanya takut..nanti termasak ”Gulai kepala fiq”. Penat kot. Duduk jauh-jauh..SMS..

”Senyumlah..kerana senyuman mu termanis di galaksi. Dicemburui penghuni Marikh, Diimpikan warga Zuhal, dirindui alien Pluto.”

Dari jauh..terlihat dia tersenyum. Dicari-carinya kita dan msg... ”Uii..melampau ayat.”

Reply balik kat dia –
” Senyumlah, kerana senyum seorang mukmin itu lebih indah dari kuntum2 bunga, digemari para malaikat dan penghuni alam sekelilingnya, mengundang rasa damai pada orang yang dekat padanya.”

Sekali lagi dia tersenyum dari jauh..”fiq...tomyam tawar sikit.”

Adeh...

** ahmad fikry – hidup ini bernasihat atas kebenaran dan kesabaran.

----------------------------------------

Bangkai kalaupun ditutup, tetap saja tersebar bau busuk bangkainya.
Usahlah berselindung di sebalik kemegahan, di sebalik kepalsuan, namun pada hakikat tu dah rosak punah segala isi baiknya.

Andai seluruh isi dunia datang mencarimu, kemanakah kamu rasa arah tujuan nya? Tentu saja dia menuju kefanaan.

berhentilah menjadikan dunia sebagai matlamat agungmu.

---------------------------------------------

Semakin lama, semakin banyak yang kita belajar apa itu erti kehidupan. Semakin ingin tahu kita, daifnya kita dalam lautan ilmu Allah.

Benar..andai kita komited dengan matlamat kita untuk mendapat redha Allah. Ujian dan halangan datang menerpa. makin banyak kita belajar

Namun bagi mereka yang ikhlas, mereka yang menghadapinya dengan tersenyum puas. Puas dan yakin dengan janji-janji Allah. Hati yang kosong dari pelbagai halangan dalam menggapai cinta Allah.



** ahmad fikry – be proactive!! ...huhu
Share/Bookmark

.........

Salam...

.............
..............
.................


.............
...............
................

.............
..............
................
Share/Bookmark

Stand up!!

==============================

Cahaya keinsafan itu..
adakah ia di jiwaku?
bagaimana terang malapnya?
mampukah menerangi..
sudut gelap hati ku?

Dapatkah aku berubah?
Mampukah aku bertahan?
Sungguh aku sangat ingin..
semarakkan cahaya itu.

Cahaya itu
merobek-robek gelap hati
memenuhinya dengan azam
untuk berislah, untuk berjihad
mengisytiharkan perang
pada nafsu yang merosak
pada syaitan dan sekutunya

Syarat mendapat cinta Nya
kekuatan iman menempuh ujian
seringkali menangis
akan ketidakdayaan.
duduk berdoa dengan lemah
pada Dzat yg Maha Pengasih

bermulalah kehidupanku
damai dan membahagiakan
berlandas al Quran;Kitabullah
mengikut acuan As Sunnah
meninggalkan kebathilan

Sungguh cahaya itu
semakin menerangi jiwaku
yang ku teliti nyalaan nya
dengan menjaga ibadahku
dgn menghalusi ikhlasku
dengan mengingati tiba ajalku
dengan rasa khauf dan cinta..
pada Pencipta

Ribuan ujian tetap mendatang
dari nafsu yang mendesak
dari syaitan yang membisik

Namun,
ku pegang teguh cahaya ini
Al Quran dan As Sunnah
tidak ingin ku lepaskan
kebahagiaan hakiki ku
cintaku pada Nya.

Alangkah indah dan bahagia
detiknya Allah menzahirkan Rahim Nya
merungkaikan rantai-rantai ujian
yang sarat membelenggu

Hingga sampai saatnya
ditimpa dan dihimpit ujian
dalam munajat dan air mata
aku tersenyum yakin
Allah sentiasa bersama ku

*******************************

salam...

Baru usai membaca buku " Bagaimana menyentuh hati manusia ".
Praktikal-praktikal-praktikal....

Benar kata orang, utk memotivasi orang.. kita sendiri kena punya motivasi yang kuat. kena ada akhlak yang baik.

Paling penting kena amanah, sbb byknye yang minta nasihat minta rahsiakan.

Ya Allah , kurniakan daku kemuliaan budi pekerti.

**********************************

ahmad fikry yg suka mengusik kekwn.
Share/Bookmark

Bekam (Al Hijamah)

******************************

Pernahkah..
Diri merasa kesunyian..
Sepi dan pilu..
dengan ujian yang melanda.

Pernahkah..
Diri merasa gembira..
Riang dan bahagia..
dengan nikmat yang dikurnia.

Pernahkah..
Diri merasa sesal..
Insaf dan taubat..
dengan dosa yang dilaku.

Pernahkah..
Diri merasa bosan..
Jemu dan tertekan
Dengan masa yg berlalu..

Beginilah ungkapan..
Jutaan perasaan,
Terlahir dari hanya..
..segumpal hati.

***************************

Lazim bagi hati..
Merasai kesedihan dan kegembiraan,
Kesunyian dan kebahagiaan,
Dan jutaan rasa yang silih berganti.
..kerana begitulah kehidupan.

Maha Besar Allah..
Yang mengetahui..
Segala rahsia hati
setiap makhluk Nya..

pasti tidak ditemui pendusta
andainya hati berbicara
melafaz yang tersimpan.
merungkai yang tersirat.

Cemburulah
Pada hati yang bercahaya
Yang sentiasa merindukan PenciptaNya
Berhiaskan taqwa
Melangkah makrifah..
Menggapai keredhaan Tuhannya.

Sungguh sangat ku cemburui
Hati para ahlullah
Berdamping ribaan cinta Nya
Merasa nikmat tiada taranya.

Duhai hati..
Berusahalah..
Menggapai cinta Nya.

Bersihkan titik dosa.
Hidupkan nur ibadah
Lahirkan akhlak mulia
Rasai kerinduan pada Nya

Sungguh ingin ku bersama mereka;para ahlullah..
Merasai dan mengecapi bahagianya..


**************************************************

Salam..

Alhamdulillah
Akhirnya ana berjaya menghabiskan kursus berbekam (al Hijamah ). Banyak informasi tetang cara perubatan bekam. Turut juga belajar tentang hadith2 dan peristiwa yang menyentuh soal bekam. Ana juga diberi satu set alat bekam.

Masa di dalam kursus, ana menjalani latihan praktikal. Model yang akan dibekam adalah seorang perokok dan tidak pernah dibekam. Kelihatan dia banyak keluarkan darah kotor yang pekat dan banyak.


Ana juga tidak pernah dibekam (kecuali bekam kering). Memang tergolong dalam jenis pemalu dan mmg lambat nak buka baju walaupun masih menutup aurat dan dikalangan lelaki.. dan akhirnya dibekam juga pada titik peredaran darah ana, di belakang bahu. Darahnya sikit..tapi anginnya banyak..hehe


dalam gambar tu adalah abang perokok tu, dia berazam dah nak berhenti merokok sebelum bekam lagi.

Belajar juga tentang titik-titik umum bekam yang pernah Nabi SAW lakukan.

Sesudah menjalani kursus, pulang je ke rumah..dan siap menunggu pelawat yang mahu dibekam..tapi niat nak bekam abah dengan emak dahulu. Tambahan pula masih belum beli hidrogen peroxide yang membasmi kuman.

Emak meminta ana membuka pusat berbekam..
"Cek takda masa la mak..huhu"

*****************************************
ilmu Allah itu luas
kepada yang mahu
timba lah semahu mahunya..

ahmad fikry bersyukur
Share/Bookmark

masa..


















Yang mendiagnos itu Nurul Hayat. Bukan ana..hehe

Salam...

Begitu cepat masa berlalu. Sungguh beruntung pada manusia yang Allah kurniakan padanya keberkatan masa.

Aku mencemburui
Para arifbillah
yang dengan masanya
terserap jutaan ilmu

Aku mencemburui
Para Muhibbin
yang dengan masanya
bertambah ketaqwaan pada Allah

Kehidupan yang fana
terzahir dengan masa

Sungguh aku seorang yang rugi
andai dengan masaku
tidak dapat menjadikanku
termasuk dalam
golongan yang beriman dan beramal soleh
golongan yang berpesan-pesan dengan haq
golongan yg berpesan-pesan dgn kesabaran


Teman..
ayuh..
Dengan setiap detik masa yang ada
tingkatkan keimanan..
ketaqwaan kita pada Allah.

*********
ahmad fikry memohon doa
doakan kejayaan kita bersama
dunia dan akhirat.
Share/Bookmark

Rehat...

















"Adham..lepas ni, abg bagi adham makan kismis minda dgn madu tau. Abg nak bg adham skolah tahfiz. Adham nti mesti belaja baik-baik. Jadi ustaz pastu tlg org. Jgn jadi macam abg, abg mls belajar. Nanti adham jadi ustaz ye? bw cahaya Ilahi pada hati-hati manusia....cuma satu jer adham tak leh lawan abg, abg lg encem dr adham..weeekk..hehe"

Terlihat emak tergelak. hehe.. seronok rasanya melapangkan masa begini dengan keluarga. Alhamdulillah, Allah SWT masih beri kesempatan untuk ana bersama keluarga. Need to be abg yg tegas..yg garang..huhu.

Sedikit demi sedikit, ana mula belajar apa itu pentarbiyyahan keluarga. Tanggungjawab yang berat. Inilah asas dari penglibatan kita dalam masyarakat. Masyarakat lihat siapa kita, kawan kita dan juga akhlak kita.

Iman itu tidak dapat diwarisi.. namun, pembentukan iman itu harus wujud sejak dari mula. Apa yang ana lihat adalah usaha pentarbiyyahan keluarga memerlukan usaha yang berterusan, disertai dengan rasa amanah pada perintah Allah dan juga rasa kasih sayang yang mendalam, dan jangan pernah putus asa.

Ana tidak perlu menjadi garang. Bentuk peribadi kita supaya dihormati sebagai seorang abang yang disayangi dan bertanggungjawab. Tauladan kita; Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Ya Allah.. berikan lah kekuatan pada keluarga ku untuk bergantung harap hanya pada Mu. Jauhkan kami dari maksiat dan seksa api neraka. Berikanlah Jannah Mu kepada kami. Jadikan kami beristiqomah pada jalan Mu. Redhai kami, Ya Allah....ameen (T-T)


Andai dapat ku bentuk..
rasa kasih dan sayangku padamu..
menjadi sebuah hadiah.
Pastinya..
itulah hadiah yang terbaik.
sepanjang umurmu.



==================================================

Nampaknya 27 mac - 1 april nih akan berlangsung lagi satu ekspo. Syukur ada dua org pembantu. Malas nak turun padang..hehe

******************
kebanyakan para sufi itu berdoa ; Ya Allah, Jadikan lah dunia ini terletak di tanganku, tapi bukan di dalam hatiku."

ahmad fikry berdoa sayu
Share/Bookmark

Kami Rindu
















***********************

Saat malam berlabuh,
ketika berlalunya isyak
dan segala majlisnya,
bersurai para jemaahnya

.. waktu ini..
.. ku cuba bayangkan
.. suasananya..

Saat sekalian kaki jemaah
melangkah dengan hiba
mengikuti langkahnya
Muhammad Rasulullah..

Sekalian para sahabat
berhati sayu dan hiba
berpeluk,salam dan menangis
kerana akan..
berpisah dengan Nabi Nya.

.. waktu ini,
.. ku cuba rasakan
.. perasaannya..

saatnya para sahabat
melihat Nabi menutupkan pintunya
saat nur wajahnya yang mulia
hilang dari pandangan mata

.. nafasku menjadi sesak
.. mataku menjadi basah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Peredaran takdir Nya
subuh menyingkap tabirnya,
bersama hati-hati
yang bangun untuk mentaati-Nya,
bersama seruan azan
menyembah Allah yang Maha Esa..

Rasulullah sentiasa solah berjemaah,
yang langkahnya..
pastinya menuju Rumah Allah,
taman-taman Syurga.

dan saat ketika...
waktunya..
detiknya..
dan masanya..

pintu rumahnya dibuka..

berhadapanlah Rasulullah
sekalian sahabat yang tertunggu-tunggu..
dengan wajah2 yang tersenyum,
dengan wajah2 yang gembira,
dengan wajah2 yang bersinar indah,
dengan mata yang berkaca-kaca..
lantas berkata..

"Kami rindu Ya Rasullullah."

=============================
"Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad"


Share/Bookmark



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.
Powered by Blogger.