- STeP FoRWaRD -

Assalamualaikum.

Bismillah..

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."
(Surah Al-Baqarah, ayat 214)

Kehidupan sememangnya begini. Penuh dengan ranjau dan duri. Sebagai satu ujian untuk melihat iman dalam diri. Iman yang benar atau yang dusta. Mukmin atau munafiq.

Manusia sangat perlukan muhasabah diri. Insan yang maksum dari segala jenis dosa, Rasulullah SAW, 70 kali sehari beristighfar bertaubat pada Allah SWT. Apatah lagi kita insan biasa? sangat-sangat perlukan ampunan dari Allah pada dosa-dosa kita.

Berhenti sejenak.. suatu ketika, saat ana beristirehat iktikaf dalam masjid selepas Zuhur, ana ditegur oleh seorang Pokcik dari Yala Thailand. Dia merungut tentang orang yang meninggalkannya di situ masih lagi tidak datang mengambilnya. Ana lebih banyak sengih dari bercakap, kurang faham kata-katanya. Ana petik sedikit kata-katanya.
"Allah dah takdok. Itu yang kita duk tarik bala. Rumah aku, harto aku, duit aku, bini aku...semua aku. Allah dah takdok."
Itu lah yang ana fhm lebih kurang. Ana fikirkan kata-katanya, mengapa dia kata Allah tiada? Subhanallah, Maha Suci Allah dari sebarang kelemahan.

Fahamlah ana kemudiannya. Kita, umat akhir zaman harus muhasabah segenap segi aspek dalam kehidupan kita. Adakah agama Allah SWT di dalamnya? Benar, Islam bukan sekadar solah lima waktu,zakat dan haji. Islam adalah kehidupan yang dicontohkan melalui Rasulullah SAW. Adakah semua itu dalam hidup kita?

Saat kita dihimpit kesusahan, sakit,tiada duit, kecewa ditipu, dan sebagainya..adakah kita menjadikan Allah sebagai tenpat mengadu? atau kita terus kepada asbab? yakin dengan ubat, duit dan manuisa dapat selesaikan masalah kita.
Let us find the way to get Allah.

Saatnya kita senang, gembira, hidup berjalan dengan lancar.. adakah kita istiqamah bersyukur malah menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah? atau kita terus kepada asbab..sibuk dengan pujian, leka dengan kesenangan, beli belah, berseronok.
Ana mula mengerti apa yang dimaksudkan. Allah tiada dalam kehidupan kita, kita telah menarik bala.

Ana mula ingati lafaz nasihat ustaz.
"Untuk islah diri kepada kehidupan yang dituntut Allah, Jangan lihat atau cenderung pada kehidupan siapa2 di kalangan kita. Kita akan berakhir dengan putus asa dan kecewa. Kehidupan saya adalah untuk diri saya! Saya yang kena faqih untuk betulkan kehidupan saya! Saya yang kena berusaha untuk istiqomah dalam amalan hidup saya!..dalam pencarian kita untuk lebih dekat padaNya, cenderung padaNya..Allah akan buka jalan-jalannya."

Hati..kita kena usahakan agar hati sentiasa ikhlas kepada Allah. Kerana itu kita perlu kepada muhasabah. Apa gunanya ketaatan kita tanpa hati yang ikhlas kepada Allah. Seringkali ana selitkan hadith Nabi SAW dalam tazkirah ana tentang 3 org alim, pejuang syahid dan hartawan dermawan yang telah dicampakkan ke neraka, lantaran hati yang bersimpang kepada selain Allah. Acapkali juga ana lihat ustaz-ustaz berkaca-kaca matanya mendengar hadith itu. Kita semua harus takut pada hari penghisaban yang mendatang. Tiada yang akan terlepas.

Allah Maha Adil. Allah telah letakkan kejayaan hanya dalam beragama. Kaya,miskin,sihat,sakit,tua,muda,mulia,hina boleh berjaya dengan taqwa pada Allah. Sesungguhnya orang yang paling dekat di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di kalangan kita.

Pesan Saidina Ali r.a, tinggalkan apa yang meragukan bagi kamu. Ana fikirkan pengertiannya. Malah pernah sampai satu ketika, ana perlu membuat pilihan dan ragu dengan keputusan. "Adakah pilihan ini akan menjauhkan hubungan aku dengan Allah?"

itulah pentingnya muhasabah iman.

Bersama kita melangkah maju kehadapan dengan jejak kehidupan yang dicontohkan Nabi SAW kepada kita. Selusuri sirah dan kisahnya. Destinasi kita bukan datangnya waktu pencen, tetapi adalah untuk akhirat selama-lamanya. step forward
Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.