~ PieCe of Me ~

********************************



**************************************

assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, nyawa dan nikmat kesihatan telah dikurniakan Allah pada ana dan anda semua. Tambahan pula dengan penularan wabak H1N1 yang kian membimbangkan. Saat ini, kita masih bebas daripada wabak itu dan mungkin saja esok saatnya kita akan dikuarantin.

Saudara saudari yang saya hormati, ingatkah kita pada betapa luasnya anugerah Allah pada kita, hambaNya. Takkan dapat dihitung segala nikmat yang dianugerahkan pada kita selama hayat dikandung badan. Bersyukurkah kita?

Pernah ana ingat satu tazkirah dari ustaz..
"Kalau sekiranya Allah menghantar bil setiap kali hujung bulan untuk claim bayaran pada udara-udara yang kita sedut, air yang kita minum, makanan yang kita makan, dan pelbagai nikmat lain kurniaan Nya..mampukah kita membayarnya? Hatta manusia yang paling kaya di dunia pun akan muflis serta merta. Inilah sifat Rahman Allah yang tiada tandingannya."

Masya Allah.. dengan diri, harta, tenaga dan masa kita..sebanyak manakah yang telah kita korbankan di jalan Allah? Sejauhmanakah kehidupan kita mirip dengan kehidupan yang dituntut Allah? Marilah kita bermuhasabah...

Bandingkan usia kita..meningkatkah iman kita dengan sejalannya masa dan usia? dimanfaatkah segala ilmu yang dipelajari? Semakin baik kah akhlak kita sebagai seorang mukmin?

H1N1 hanyalah satu wabak daripada pelbagai wabak..yang kehadirannya sebagai peringatan dari Allah yang Maha Penyayang pada hambaNya yang leka. Saat ini, waktu ini, ketika ini..sempurnakah pengabdian kita kepadaNya? bersihkah hati kita dari segala noda? tuluskah perasaan dan prasangka kita padaNya?

Moga kita teruskan usaha pengislahan diri untuk mencapai satu kedudukan di sisi Allah. iaitu kedudukan orang yang bertaqwa di sisiNya.


:: ahmad fikry :: al-fatihah kepada arwahyarham Ustz Asri. Innalillahiwa inna ilaihirajiun.
Share/Bookmark

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.