Secebis

*******************************


Seimbas..
fikiran merumuskan suasana..
akan dunia.

fikiranku bercambah
pada penghuninya..
umat manusia.

Air mataku menitis
kerana umat bersangkutan
dengan kasih..seorang Insan mulia.
Rasulullah SAW.

Lantas membayangkan
sirah perjalanannya,
lafaz bicara sunnahnya,
kasih dan kerisauannya
pada saudaranya
umat ahkir zaman.

Kepala ku berat,
hatiku sebak,
wajahku murung..

Sememangnya dunia dan tipu dayanya
semakin merosak jiwa yang rebutkannya.

Pena ku terhenti..
sekilas mencari noktahnya
pada penderitaan ummah.

Merenung kata-kata hukamak
merumus kisah-kisah sahabat r.anhum.

Duhai manusia..
dengan jiwa mu.
Cintailah Allah.. Cintailah Allah..

zahirkan di mata hatimu
akan keRahiman Nya
akan urusan akhirat firman Nya.
akan kasih utusan Nya.

Duhai jiwa-jiwa
cintai Allah


************************************

**************************************


Ramadhan yang dirindu,
kembali melirik rasa hatiku,
menghiaskan dengan keindahan,
dan keberkatan anugerah Penciptanya.

Hati mana yang tidak tertawan,
dengan janji banyaknya keberkatan,
saat Rasul S.A.W turut menyahut,
dengan mempertingkat amalan.

Ya Ilahi Robbi,
Terimalah amalanku,
taubat dan hajatku,
seindahnya Ramadhan..
bulan keberkatan Mu.

********************************

*************************

Syahdu..
dengan kasih dari Tuhanku.

Andai diriku hanyut,
biarlah dalam kecintaan padaNya

Andai diriku sedih,
biarlah kerana lemahnya aku.

Andai diriku gembira,
biarlah kerana sukanya Dia.

Lantas biarkan diriku,
sentiasa dalam pandangan redha Nya.

dimana lagi kegelapan?
pada jiwa yang terdapat cahaya Ilahi di dalamnya.

dimana lagi kesunyian?
pada jiwa yang sentiasa berteman oleh Penciptanya.

dimana lagi kesusahan?
pada jiwa yang sentiasa kaya dengan kasih Nya.

Tiada daya kekuatan tanpa izinMu, Ya Allah.
Tiada cinta dan keindahan tanpa rahmat Mu, Ya Allah.
Tiada ketenangan dan kedamaian tanpa redha Mu, Ya Allah.

amiin..amiin..aminn ya Rabbal A'lamiin.

************************************
*******************************

Mana kan datang cinta Nya..
tanpa kasih yang tulus
dari kalbu mu...

Mana kan datang kasih Nya
tanpa niat yang ikhlas
dari amal mu...

Mana kan datang cahaya Nya
tanpa hati yang bersih
dari penyekutuan pada Nya...

Mana kan bersemayam Keagungan Nya
tanpa jiwa yang benar
dambakan kedatangan Nya...

Mana kan bersimpuh redha Nya
pada jiwa yang bersarang
riya, sum'ah dan nifaq pada Nya...

Mana kan bertemu Keindahan Nya
tanpa watak seorang hamba
yang dibawa kekasihNya, Rasulullah.

Adakah kehidupan kita
ke arah itu, semuanya..?


***********************

Share/Bookmark

0 comments:

Katogeri



Dimanakah lagi 'kegelapan' pada jiwa yg mengenal Allah dan Rasul-Nya.

Powered by Blogger.