Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah, syukur dan syukur atas nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah SWT kepada setiap dari kita, hamba Nya.
Hujung minggu yang sibuk, di samping meluangkan masa dengan yang tersayang, kebanyakan masa juga diisi dengan aktiviti riadah bersama 4 sahabat. Semakin 'cekap' dalam permainan badminton dan bowling...
Ighfirli ya Allah..
Pada jadual bulanan di buku catatan yang masih kosong. Jadual2 kuliah, pengajian dan perniagaan yang masih belum dirancang lonjakannya. Semoga Allah permudahkan kita semua jalan untuk menghampirkan diri kepadaNya..
-------------------
Sekilas..
Lahirnya kita ke dunia, apakah yang kita bawa?
Dengan izin Allah, kita dikurniakan dengan berbagai nikmat dunia.
Makan pakai dan kegunaan yang secukupnya..
Alhamdulillah..
Sedari apabila meningkat usia,perasaan keakuan mula meliputi hati. Ana bercakap untuk diri sendiri khususnya. Percaya? Kita melihat segala sesuatu yang mampu dimiliki sebagai hak milik kita. Baju aku..makanan aku..harta aku..duit aku.. KE'AKU'AN makin menyusup menyelimuti hati dari melihat pada hak yang sebenarnya. Lazim bagi kita mencongak segala harta yang ada berdasarkan kegunaan kita. Malahan sifat ke'aku'an ini menuntut lebihan untuk diri sendiri.
Pernahkah? Kita mengira2 simpanan dalam bank ketika menyemak baki di mesin ATM, menghitung belanja, dan kegunaan hari muka. Sering ketika kita keluar dari pintu, tertunggunya seorang penjaga di sebuah tabung menuntut derma dan pembelian tanah wakaf untuk pembinaan institusi kebajikan Islam. "Untuk aku pun tak cukup.." Lazim bukan ...(untuk ana dan sewaktu dengannya)
Dan sering..jika hidayah Nya menerpa..tergambar nasib2 yang kurang berdaya..anak-anak yatim yang daif, sekolah-sekolah yang uzur..terselit apakah pembelaan yang menjamin pada bakal anak2 kita jika sekiranya dengan izin Allah, kita menghembuskan nafas akhir, melepaskan segala amanah? Tulus kemurahan kita hilang. lenyap dimamah ke'aku'an..masjid2,rumah anak2 yatim datang merayu memungut pada lebihan belanja kita..
Berat..tersangat berat..melepaskan rancangan duniawi.
Percutian 3H2M di Pulau..Pakaian baru tambahan koleksi almari..mendesak kita.
RM 500 + RM 200 + RM 0.10 + .... hitungan kita tidak terhenti.
Mana cukup untuk "aku" ?!!!
Gigit nafsu,kunyah2 sampai lunyai...
Usahakan sesungguh-sungguh dan seperit-peritnya
Hulurkan pengorbanan pada hak yang sepatutnya.
Pijak2 sebentar kebangkitan ke'aku'an..
berniat lah seikhlas nya..
~~ alhamdulillah.
tahniah buat mereka yang melakukan pengorbanan..
balasan resit pembelian tanah wakaf sekian2..
untaian doa kebaikan dari penerima..
perbelanjaan yang kekal hak miliknya.
rahmat Allah ke atas kalian yg ikhlas..
Apa yang kita ada?
Perbelanjaan duniawi yang tiada surutnya..atau
saham ukhrawi yang pasti untung tiada rugi..
Tahniah bt mereka yang bermujahadah (^_^)
Ahmad fikry : berat sungguh ke'aku'an ni..khusus bt diri sendiri.
ApA YanG KiTa AdA?
Posted by
AhMaD FiKRY
Saturday, February 13, 2010
0 comments:
Post a Comment