Assalamu'alaikum..
Mengapa tajuk post sebegitu? huuu..
Lazimnya, seorang insan hanya suka mendengar perkara-perkara kebaikan. Fitrah itu tetap wujud dalam diri ana yang sukakan kebaikan. Hatta seorang pencuri sendiri tidak ingin dirinya dicuri. Setiap dari kita sukakan kebaikan.
Intro..termasuk lah diri ana yang hina dina, daif dan tidak punya apa-apa. Hati mudah tersentuh apabila sesiapa berkata buruk pada diri ana. Namun mungkin saja kemarahan ana tidak terlihat, tetapi ana seorang manusia biasa.
Maaf...tegur kalau ana tersilap.
Kita mungkin seringkali gopoh dalam melakukan prasangka. Kita tidak mengambil kira bagaimana perasaan seseorang dan bagaimana kita ingin dilayan jika berada di tempatnya. Hasil daripada kegopohan kita, dalam tidak sedar kita telah melukakan hati. Andainya niat kita berpaksi pada kebaikan, menjadi hancur punah lantaran hilangnya manis hikmah.
Kebanyakan isi nasihat dalam post di blog ana, ana tujukan khusus buat diri ana. Supaya darinya sedikit sebanyak dapat ana ambil iktibar dan amalkan dalam kehidupan ana. Sememangnya khusus buat ana yang punya pelbagai kekurangan dalam segenap segi. Ana sama sekali tidak melihat diri ana melebihi kalian, bahkan ana mungkin lebih tercorot ke belakang.
Cemburu..setakat yang ana pelajari adalah satu sifat mulia bagi setiap lelaki yang dikurniakan Allah. Dengan cemburu, lelaki mempunyai sikap untuk membela maruah kehormatan seorang wanita. Dengan hilangnya sifat cemburu dalam diri lelaki, siapakah lagi yang mahu tampil membela maruah kehormatan pihak wanita?
Ana sensitif dalam perkara yang ana lakukan. Ana menangis jika kesedihan mencuit hati. Kekejaman, kezaliman dan juga fitnah yang berleluasa meruntun jiwa seorang mukmin.
Marah, Benci, Gembira adalah fitrah kita manusia dan mengundang kebaikan jika diletakkan pada tempatnya.
Bukankah sensiviti kita sebagai ummah kian menghilang?
Kita mengadu panas dari merapatkan saff jemaah solah dari menghitung kehendak syariat.
Kita enteng dalam menunaikan waktu solah dari mengerjakan amalan lagho.
Kita aman dengan keselesaan kita dari berkongsi jerih payah saudara semuslim..
Keregangan kita kian parah, sambutlah huluran mereka yang bangkit untuk mengimarahkan ummah.
Ana sedari mungkin ana punya kelemahan. Ana jijik dengan najis-najis yang terapungan di mangkuk-mangkuk tandas. Ana jelik dengan bauan hanyir air kencing.
Tokoh sufi yang ana teladani, mengangkat tong-tong najis yang berlumuran melimpah di pakaian, berniat, "Aku mahu hapuskan sombong dalam diriku."
Dan ana tidak segan silu mengambil tugas itu dan sememangnya efektif dan berkesan untuk membentuk peribadi yang merendah diri. Siapa kita di bumi Allah?
Dan sekali lagi ana memohon maaf, kerana sensitif dengan mereka yang tidak meletakkan hak pada tempat yang sepatutnya. Ana meletakkan diri sendiri di tempat anda, sehikmah mungkin dari ana tidak mengguriskan hati sesiapa kecuali teguran yang ikhlasnya hanya pada penilaian Allah SWT.
wassalam..
ahmad fikry : huhuhu...merajuk.
Im Sensitive !!
Posted by
AhMaD FiKRY
Tuesday, February 16, 2010
0 comments:
Post a Comment