Assalamu’alaikum
Petikan dari Kitab Al Hikam;
Apabila Dia membukakan untukmu satu perspektif daripada pengenalan (yakni al-ma‘rifah), janganlah engkau menghiraukan fakta yang amalmu masih sedikit, kerana tiadalah Dia membukakannya untukmu melainkan kerana Dia ingin memperkenalkan diriNya kepadamu.
Apakah tiada engkau mengetahui bahawa pengenalan itu adalah pemberianNya kepadamu, sedangkan segala amalmu itu adalah hadiahmu kepadaNya? Di manakah [nilai] hadiahmu kepadaNya jika dibandingkan dengan pemberianNya kepadamu?
Alhamdulillah, masih dikurniakan Allah SWT kepada kita akan kesempatan untuk beramal.
Intro..fitrah jiwa merindukan kedamaian, kehidupan yang hanif dan lurus. Umum bagi kita mendambakan kehidupan yang bahagia seperti punya isteri solehah yang menyenangkan hati, anak-anak yang soleh, keselesaan dan kehidupan yang bebas dari huru hara. Tanpa kebahagiaan, jiwa kita kosong..sentiasa dahagakan perkara tulus khudus yang menyentuh hati.
Kehidupan dunia kita tidak lain dari senda gurau, main-main..beruntung bagi mereka yang beriman dan beramal soleh yang tidak terpedaya dengan godaan dunia. Bagi ana, dunia itu adalah apa yang kita genggam pada hari ini, tak semestinya kekal ada pada masa akan datang. Ibarat kata hukamak, sesiapa yang terpedaya dengan bayangan nikmat dunia yang fana,adalah satu kebodohan yang nyata.
Lantas, apakah pengisian kita terhadap kedahagaan jiwa yang kosong ini? Kita sedia maklum, kehidupan kita penuh dengan ranjau ujian. Dan sememangnya dugaan-dugaan itu adalah untuk menguji siapakah kita di sisi Allah. Dunia menjadi pentasnya. Alhamdulillah, Allah menjanjikan kebahagiaan bagi mereka yang ikhlas mentaati perintah Nya dalam ajaran agama yang hanif, Islam. Kedahagaan kita surut dengan kemanisan dalam hikmah mentaati syariat.
Sangat lazim bagi kita mendengar bait-bait kata yang mengungkapkan kegelisahan dan kekosongan hati..bagi mereka yang putus cinta, bagi mereka yang mencari-cari makna kehidupan, bagi mereka yang masih ketemu kebahagiaan yang didamba..ini kerana kita jarang meneguk kemanisan iman. Kemanisan dalam bercinta dengan Nya. Kemanisan yang tersingkap melalui solah,tadabbur Quran,zikir, doa dan amalan ihsan dalam agama. Kekosongan yang akan terisi dengan tegukan-tegukan kemanisan iman dalam istiqomah mentaati perintah agama yang membentuk taqwa. IMAN AMAL TAQWA.
Waktu ini, ana sangat merindukan sahabat-sahabat seperjuangan dulu..mereka yang ikhlas dalam bersilaturrahim. Rasyidin yang sentiasa datang mengejutkan ana sebelum subuh, untuk turun bersama-sama tahajud menunggu waktu. Shafie yang selalu membacakan firman-firman Allah SWT dan hadith-hadith dan huraiannya melalui majlis taalim kitabi, yang pada mulanya dihadiri oleh ana dalam keadaan mengantuk, terkadang selalu tersengguk-sengguk dan baring di sisi mendengarkan bacaannya. Lokman yang sentiasa membuatkan ana cemburu dengan amalan istiqomah malamnya. Kecemburuan pada amalan Azrul yang setiap kali beriktikaf di surau selepas kuliah dan bertilawah sebelum pulang kembali ke bilik. Kepada Muazz yang tak ubah seperti seorang abang, sering memberi tunjuk ajar dan nasihat, yang tidak marah dengan kelakuan ana yang terkadang geram bermain janggut panjangnya. Zubir yang tidak kekok dengan gurauan ana, pada masa yang sama sentiasa memperbaiki percakapan supaya zahir pada urusan akhirat. Zubir dengan kisah padang mashyar, Nizam dengan kisah kenikmatan syurga, Syafie dengan kisah-kisah dan pengorbanan sahabat…dan mereka semua, hafiz aziz, hafiz toyyib, hafiz azman, dan lain-lain lagi. Ana sangat rindukan kalian, kerana kasih sayang Allah yang dititipkan melalui kalian dalam penghidupan sunnah dalam kehidupan kita semua, ana merasai kebahagiaannya.
Kebahagiaan itu adalah taqwa kepada Allah, Pencipta bagi segala keindahan. Dan kedahagaan kita akan sirna dengan kenikmatan anugerah dari Nya pada syurga yang menjadi tempat para penghuninya. Bersama lah kita berusaha kembali pada Nya.
Ahmad fikry : rindu sih pada aktiviti kita bersama. Mengadakan jamuan makan dengan hasil kutipan sendiri, menghabiskan sisa2 yang tinggal sesudahnya..hehe. Malam-malam iktikaf yang sering ana baring mendengar kisah2 agama dari kalian. Teguran dan gurauan kalian yang sangat menghibur hati. Ya Allah…
JiwA Yg KoSonG
Posted by
AhMaD FiKRY
Saturday, February 27, 2010
0 comments:
Post a Comment