Assalamualaikum..
Alhamdulillah..dipanjangkan usia untuk kita bernafas di bumi Tuhan, kesempatan untuk kita,hamba Nya dalam mengenal Nya.
Baru-baru ini, ana dihubungi oleh salah seorang teman ustaz ana, dan juga seorang sahabat dari kecil. "Oit..ni hantu ka?" Berat hati untuk menjawab panggilan mereka.
Dalam hati, tidak henti2 memohon kekuatan agar Allah permudahkan segala urusan dan memberikan daya kekuatan untuk terus maju melangkah bersama. Namun, masalah yang ditimpa membuatkan ana terdorong ke belakang, teragak-agak untuk menyusun langkah.
Andai hati dapat berbicara mengungkapkan segala rasa hati, insya Allah titisan air mata beban perasaan ini akan sirna kerana setiap insan yang mengenali akan turut merasai rasa jiwa ini..lidah sukar untuk melafazkan bicara hati,terasa berat untuk meluahkan mahupun memendam..hanya Allah sebagai pergantungan, Pencipta yang Maha Mengetahui.
Dalam proses mencari kekuatan,diri yang hina dan kerdil ini masih lagi dikurniakan Allah sebagai teman belajar dan mengajar. Ketenangan hadir apabila seorang teman semakin lancar membaca Al Quran dari dulunya buta huruf. Doa lirih merindukan kesungguhan dan keazaman yang nekad.. Allahu ya Robbi..
Diri ini masih lagi jd tempat rujukan bg mereka yg ingin bertaubat, masih lagi menjadi teman penasihat bagi mereka yang ingin mencari redha Nya..secebis demi secebis kelemahan diri ana semakin tersingkap,pada bicara yang tidak sehikmah sebelumnya, pada nur yang semakin pudar,pada usaha yang kian berkurang..seakan kata-kata datang mengetuk pintu hati, "Anda lemah melangkah, bangunlah.bangunlah..."
Allahu ya Robbi...saat ini air mataku menitis. Ampunilah segala kelalaian kami, dosa kami Ya Allah. Kuatkan lah hidayah dalam diri kami untuk kekal mentaati syariat Mu. Pilihlah,pilhlah,pilihlah kami menjadi dai'e Mu, pejuang penegak agama Mu. Allahu ya Robbi..Allahu ya Ghaffar..ampunilah daku..ampunilah daku....
KiTa Yg TerLeKA
Posted by
AhMaD FiKRY
Saturday, March 6, 2010
0 comments:
Post a Comment